Mati disepak Kekasih ibu

mainpix Mati disepak Kekasih ibu

Gila. Itu merupakan ayat yang mampu untuk menerangkan tindakan seorang lelaki tiada akal yang sanggup mendera seorang kanak-kanak berumur 3 tahun sampai mati. Bayangkan, kanak-kanak yang sepatutnya dicorak dengan kehidupan bahagia, dengan didikan dan kasih sayang ibu bapa, sanggup dilakukan sedemikian rupa.

Memang gila, tak wajar langsung. Berdasarkan apa yang NK  faham, kanak-kanak tersebut langsung tidak bersalah, ini sememangnya tindakan seorang lelaki yang tidak waras.

Yang paling pelik dan tak masuk akal, mana perginya ibu kepada kanak-kanak tersebut? Sebenarnya boleh dikatakan, lelaki yang dikatakan sebagai kekasih ibu ini langsung tidak ada hak walau untuk menyentuh sekalipun kanak-kanak perempuan itu. Malah untuk menengking sekalipun. Teruskan membaca artikel dibawah untuk fahaman lebih lanjut

Didera sampai mati

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@bharian.com.my

Syafia Humairah Sahari, 3, ditampar, disepak teman lelaki ibu

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dengan kesan luka pada muka dan perut, dipercayai didera oleh teman lelaki ibunya di kediaman mereka, di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, dekat Batang Kali, malam kelmarin.

Syafia Humairah Sahari dipercayai ditampar dan disepak di perutnya beberapa kali sehingga mengalami kecederaan parah pada tubuh selain luka muka, dagu, telinga serta lebam kaki dan tangan.

Mangsa dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kubu Bahru (HKKB) ketika dibawa oleh teman lelaki ibunya dan ditinggalkan di wad kecemasan selepas mendakwa kanak-kanak itu mati akibat kemalangan jalan raya.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Affandi Yahya, berkata lelaki berusia 28 tahun bersama rakannya melarikan diri sejurus jururawat bertanya maklumat terperinci mengenai kanak-kanak berkenaan.

“Ketika dihampiri jururawat, dia mendakwa perlu bergegas ke balai polis untuk membuat laporan kemalangan itu.

mainpix2 Mati disepak Kekasih ibu

“Kira-kira jam 11 malam, polis dimaklumkan oleh pihak hospital dan meminta menyiasat secara terperinci kerana mengesyaki berlaku penderaan selepas melihat kanak-kanak berkenaan mempunyai banyak kesan luka dan lebam.

“Polis menjalankan siasatan berhubung kemalangan seperti yang dimaklumkan, namun tiada sebarang laporan mengenai kemalangan membabitkan kanak-kanak berusia tiga tahun,” katanya semalam.

Norel Azmi berkata, pemeriksaan awal hospital mendapati ada tanda-tanda kecederaan dipercayai dipukul menggunakan objek tajam.

“Berdasarkan kecederaan, penderaan dipercayai baru dilakukan dan mangsa mengalami pendarahan dalaman sehingga menyebabkan kematian.

“Kira-kira jam 3 pagi, polis menahan teman lelaki ibu mangsa yang bekerja sebagai pemandu teksi untuk siasatan. Hasil soal siasat, suspek mengaku mencederakan kanak-kanak itu dengan menampar dan menyepak mangsa,” katanya.

Beliau berkata, polis turut menahan untuk soal siasat ibu mangsa, seorang ibu tunggal berusia 20-an selepas suspek mendakwa ia dilakukan bersama teman wanitanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan, bapa suspek enggan mengulas mengenai kejadian itu dan akan memberi keterangannya kepada polis apabila diperlukan.

Menurut saksi yang enggan dikenali, sebelum kejadian, suspek ke padang berdekatan untuk bermain bola dengan membawa mangsa bersamanya.

Ketika sedang bermain bola, kanak-kanak itu menangis dan suspek pergi ke arahnya lalu menyerang kanak-kanak itu.

Orang ramai meleraikannya sebelum mengangkat kanak-kanak itu ke dalam teksi milik suspek dan membawanya ke hospital.

Source : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/BeritaUtama/20100226233420/Article/index_html

Hmm, apa nak jadi dengan dunia sekarang ni..

Related Posts with Thumbnails

14 Responses to “Mati disepak Kekasih ibu”

  1. mat says:

    emm..yg maknye ne pn satu..gatal sgt

  2. Mus says:

    Aku rasa mmg patut pendera tu dihukum mati jugak.
    Biar nyawa di balas nyawa..

  3. Merrinette says:

    OMG that is so cruel!
    I think the mum left her with the guy
    Hoping he will take a good care of her :(

  4. yana says:

    kejam kejam.

    dtg jenguk dr forum geng blogger

  5. ax says:

    budak comel tp tergamak lelaki kejam ni sepak sampai mati.harap undang2 negara dapat menjatuhkan hukuman setimpal pada pembunuh yang tak berhati perut ni.manusia sebegini amat merbahaya untuk dibiarkan hidup bermasyarakat.

  6. QASEH says:

    HUKUMAN YANG WAJAR HARUS DIKENAKAN TERHADAP PESALAH. JIKA TIDAK SEMPAT DI DUNIA, DI AKHIRAT KELAK TIDAK AKAN TERLEPAS WALAU SEKECIL ZARAH.

Trackbacks/Pingbacks


Leave a Reply

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda:

Sponsors

Follow Us!

twitter / notakosong
twitter / whykimi

As seen in

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic
Blogged.my
Free Automatic Backlink
Web Analytics
BHO Malaysia Top Site Ranking

BlogMalaysia.com

Partly powered by CleverPlugins.com