Kekasih Ibu penagih Dadah, Syafia derita

Ingat lagi post NK yang semalam tentang Syafia Humairah Sahari ? Rupa-rupanya Lelaki yang berlaku kejam terhadap beliau merupakan pemandu teksi yang menagih dadah. Berita terbaru ni NK dapat semasa baca Berita Harian Online tadi.

Related Post : http://notakosong.com/?p=134

Teruskan membaca update dari Berita Harian ni.

Azab Syafia

Oleh Wan Faizal Ismayatim
wfaizal@bharian.com.my

mainpix1 Kekasih Ibu penagih Dadah, Syafia derita

Jenazah Syafia

Pendarahan otak; Cedera parah di perut, ginjal; Luka, lebam seluruh badan

KUALA LUMPUR: Bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang mati dipercayai didera teman lelaki ibunya kelmarin, mendapati berlaku pendarahan otak, kecederaan parah di perut dan sekeliling buah pinggang akibat hentakan kuat di kepala dan abdomen mangsa.

Selain itu, bedah siasat terhadap Syafia Humairah Sahari di Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB), Hulu Selangor yang mengambil masa kira-kira tiga jam mulai 10.30 pagi, juga menemui kesan luka dan lebam seluruh badan, selain kesan penderaan lampau.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Bakhtiar Rashid, berkata polis akan memanggil beberapa individu yang rapat dengan suspek, termasuk ibu mangsa bagi membantu siasatan.

“Polis percaya mereka mempunyai hubung kait atau tahu mengenai penderaan berulang yang dipercayai dilakukan suspek, seorang pemandu teksi berusia 28 tahun itu.

“Kita juga akan memanggil beberapa saksi yang mendakwa melihat suspek menendang kanak-kanak itu di padang berdekatan rumahnya pada hari berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Bakhtiar berkata, bedah siasat yang mendapati kesan kecederaan lama akibat penderaan lampau, termasuk yang dikesan beberapa hari sebelum kematiannya menunjukkan mangsa didera secara berterusan.

“Kecederaan luaran yang baru dan lama itu dipercayai disebabkan pukulan dengan benda keras dan kesan hentakan kuat. Bahagian belakang tubuh mangsa juga ada kesan lebam selain leher, pipi dan bahunya,” katanya.

Semalam, akhbar melaporkan, Syafia Humairah mati dengan kesan luka pada muka dan perut, dipercayai didera teman lelaki ibunya di kediaman suspek di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, dekat Batang Kali, malam Khamis lalu.

Mangsa dipercayai ditampar dan disepak di perutnya beberapa kali sehingga mengalami kecederaan parah pada tubuh selain luka di muka, dagu, telinga serta lebam kaki dan tangan.

Syafia Humairah dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan ke HKKB ketika dibawa suspek dan ditinggalkan di wad kecemasan selepas mendakwa kanak-kanak itu mati akibat kemalangan jalan raya.

Bagaimanapun, pihak hospital mengesyaki berlaku penderaan terhadap mangsa selepas menemui banyak kesan luka dan lebam pada tubuh kanak-kanak itu dan polis menahan lelaki terbabit kira-kira jam 3 pagi kelmarin yang mengaku mencederakan Syafia Humairah.

Bakhtiar berkata, ujian air kencing terhadap suspek mendapati lelaki itu positif dadah jenis ganja.

“Suspek kini ditahan reman tujuh hari mulai semalam (kelmarin) dan kita akan memohon untuk melanjutkan tempoh tahanan reman sehingga 14 hari. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Jenazah kanak-kanak malang itu dituntut oleh keluarga ibunya di HKKB sebaik selesai bedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuang, kira-kira jam 4 petang.

Terdahulu, suasana di pekarangan bilik mayat HKKB kecoh seketika apabila keluarga teman lelaki ibu mangsa turut datang menziarah jenazah kanak-kanak itu dan dikatakan mahu menuntut jenazah mangsa sebelum keadaan kembali reda beberapa minit selepas itu.

Source : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/BeritaUtama/20100227234813/Article/index_html

Related Posts with Thumbnails

17 Responses to “Kekasih Ibu penagih Dadah, Syafia derita”

  1. lieya MI says:

    …kenapa lah dibelasah arwah budak ni sampai camtu sekali..terukkk

  2. Maya says:

    patutlah tk betul..isss

  3. shafiq says:

    surat khabar metro semalam ada.
    :)

  4. iday says:

    sepak arwah macam bola kat padang bola dengan kasut bola sambil dilihat pemain bola yang main bola yang tengok saja macam tengok perlawanan bola..

    urm..xabis2 dengan kes2 manusia bertopengkan syaitan ni..
    tq2 4 dat info…:)

    • notakosong says:

      thanks melawat notakosong.com

      main bola tak pandai, sepak bola tak kena, boleh lak pegi sepak budak tak bersalah. manusia takde akal

      • iday says:

        taw xper…
        td sembang2 dengan sedara..dia cakap..orang yang tengok,datuk,nenek,mak dia..semua salah…bila dah kena,,,bru semua nak celik mata..brular cakap..budak tu kena dera dulu..

  5. said says:

    budu punya penagih dadah……..

  6. NABILLA JAIS says:

    allah ya rabbi kenapa sekarang ni ada orang penagih dadah….

Trackbacks/Pingbacks


Leave a Reply

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda:

Sponsors

Follow Us!

twitter / notakosong
twitter / whykimi

As seen in

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic
Blogged.my
Free Automatic Backlink
Web Analytics
BHO Malaysia Top Site Ranking

BlogMalaysia.com

Partly powered by CleverPlugins.com