Tren Elektrik KTMB yang dijanji akan mula beroperasi pada minggu pertama Ogos akan datang dikatakan akan ditawarkan pada harga antara RM30 dan RM35.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, harga perkhidmatan tren tersebut adalah ditentukan setelah mengambil kira taraf pendapatan bakal pengguna tren transit berkenaan.
Harga yang diminta oleh KTM Berhad pada awalnya dikatakan melebihi RM50, dimana ianya telah dibantah pada peringkat kementerian.
Ia dikatakan bertentangan dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan pengangkutan yang selamat, mudah dan jimat bagi para pengguna. Dengan ini dapat juga mengurangkan kadar kemalangan jalanraya yang banyak melibatkan kenderaan awam seperti Bas Ekspres.
Segala perihal lanjut mengenai penggunaan Tren Elektrik tersebut boleh dibaca di kiriman NK sebelum ini.
Tren Elektrik Ipoh-KL-Ipoh










ok la tu kot rm35..takdela mahal sangat
yup, berbaloi la kot..
lagi best kalau ade student price ke kan, RM25, hoho