Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor ataupun dikenali ramai dengan panggilan Dr SMS telah mengumumkan bahawa beliau akan berkahwin dengan wanita pilihan beliau, Dr Halina Mohd Yunos pada tarikh 10 Oktober 2010.
Tarikh 10 Oktober dipilih kerana ia merupakan tarikh ulangtahun ketiga Dr Sheikh Muszaphar ke angkasa lepas menaiki Soyuz TMA-11 menuju ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) dari pelancaran di Rusia.
Perkahwinan yang bertema ‘Pahlawan Melayu di Istana Kayangan’ pada waktu pagi akan berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya pernikahannya dimana orang ramai dijemput hadir, dan pada waktu malamnya di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Wah, akhirnya tamat juga zaman bujang Dr SMS yang kini dah berumur mencecah 38 tahun.
Tahniah diucapkan kepada Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Halina Mohd Yunos!










Dr. SMS? lol…
pergh tarikh terbaek tuh.. 10/10/10 .. manyak feng shui…
kui3
haha, x sesuai ke dengan nama dr sms?
yup, menarik betul nombor die, pandai pilih tarikh,
tahniah2..Dr SMS nie brusaha gigih akhirnya jd angkasawan dan mnjadi idola ramai pelajar2,bdk2 muda dan mak cik2 kt luar sana..dia juga mmbanggakn malaysia..bagus tu..tp kalau Raja SMS plak sbb menang program realiti pastu mnjadi kegilaan mak cik2 tp silap langkah last2 jatuh gak akhirnya..jd kn pngajaran..=P
haha, betul2, nice way to put it.
sorang doktor, sorang raja.
yup, bangga jugakla ade senior macam DR SMS ni,