Isu subsidi minyak ; Tidak Berubah

Sumber berita dari Kosmo! Online. NK lepas baca berita ni terfikir, berapa harga petrol kita perlu bayar kalau tanpa subsidi ye?. Adakah sebab kita dah terlalu lama dalam sistem subsidi, sehinggakan kita amat dapat terasa jika ianya ditarik. Apa kesan terhadap ekonomi kalau tiada sistem subsidi?

ne 02.1 Isu subsidi minyak ; Tidak Berubah

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Subsidi petrol berperingkat batal

Oleh ZULKIFLI MANZOR

PUTRAJAYA – Kerajaan semalam mengesahkan tidak akan meneruskan cadangan mengadakan sistem subsidi minyak berperingkat yang sepatutnya dilaksanakan pada 1 Mei depan dan tiada kenaikan harga bahan api itu buat masa sekarang.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkan perkara itu berkata, keputusan tersebut dibuat selepas kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat.

“Keputusan ini bermakna sistem petrol bersubsidi negara kekal seperti biasa dan rakyat asing di negara ini masih boleh membeli petrol dengan harga subsidi.

“Saya juga ingin nyatakan tidak ada kenaikan harga petrol setakat ini,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.

Sebelum ini, kerajaan bercadang melaksanakan penggunaan MyKad sebagai mekanisme kepada sistem dua harga petrol untuk rakyat tempatan dan bukan warganegara mulai 1 Mei depan.

Sumber : http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0305&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

Berita tentang subsidi minyak turut boleh didapati di Utusan Malaysia Online. : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0305&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Related Posts with Thumbnails

5 Responses to “Isu subsidi minyak ; Tidak Berubah”

  1. bulat says:

    habis 2 cam mana dengan harga keta..xtrun lar ekk..bru plan nak angkat keta..xdapek lar ag..tpksa mrempit balik nie..xckup duet..hehe

  2. hydir says:

    moga isu ini disetelkan dengan sebaik mungkin,
    macam mana pun kerajaan tak boleh selamanya menampung dan memberi subsidi tetapi mesti ada satu kaedah terbaik utk menangani isu ini tanpa membebankan rakyat ..

  3. zadd79 says:

    SALAM…. SUBSIDI BUAT RAKYAT… SUNTIKAN BUAT ORGANISASI BESAR YANG KIAN HANCUR…. MENGAPA JADI MACAM NI? BOLEHKAN GAJI DI NAIKKAN SETARAF NEGERA MAJU JIKA SUBSIDI DI HAPUSKAN SEMUANYA….. LIHAT GAJI GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH…. JIKA SUBSIDI DI HAPUSKAN ATAU DI KURANGKAN, SEDANGKAN GAJI MEREKA DI TAKOK LAMA. MACAM MANA MEREKA NAK HIDUP DALAM SELESA…. SUBSIDI SATU RAHMAT BUAT GOLONGAN MISKIN…. SATU BONUS BUAT GOLONGAN KAYA….. 1 MALAYSIA

Trackbacks/Pingbacks


Leave a Reply

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda:

Sponsors

Follow Us!

twitter / notakosong
twitter / whykimi

As seen in

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic
Blogged.my
Free Automatic Backlink
Web Analytics
BHO Malaysia Top Site Ranking

BlogMalaysia.com

Partly powered by CleverPlugins.com