Archive | April, 2010

Puasa 70 tahun, mampukah anda?

Hebat, orang tu yang berumur 82 tahun dari India ini dikatakan telah berpuasa tanpa makan dan minum selama 70 tahun, dan setelah diperiksa doktor, beliau tidak mengalami apa-apa masalah kesihatan!. Bayangkan orang ni dah puasa 7 dekad, ada antara kita puasa tak sampai 12 jam pun dah tak larat… ish ish ish.

Continue Reading

Posted in Food, LOL, Picture4 Comments

Notakosong.com dah ada Facebook Fanpage!

facebook logo Notakosong.com dah ada Facebook Fanpage!

Wah, akhirnya setelah lebih 2 bulan notakosong.com berjaya diasaskan, NK telah cipta sebuah Fanpage Khas untuk peminat Notakosong.com!

Facebook FanPage Notakosong.com ni sebenarnya dah dicipta 3 hari yang lalu, dan telah dipromosikan oleh rakan-rakan NK kepada rakan-rakan yang lain, setakat ini, FanPage tersebut telah mengumpul lebih 100 peminat! Pencapaian yang NK boleh banggakan walaupun diluar sana NK tahu ada antara FanPage Laman web lain yang telah lebih 4000 peminat pun. icon razz Notakosong.com dah ada Facebook Fanpage!

Continue Reading

Posted in Picture1 Comment

Koc (gerabak) KTM untuk perempuan

ktm komuter Koc (gerabak) KTM untuk perempuan

Bermula dari semalam, 28 April 2010. KTM Berhad telah memperkenalkan Koc (gerabak) Khas untuk penumpang Wanita. Koc ini diwujudkan adalah bagi memenuhi permintaan penumpang Komuter KTM sendiri yang kebanyakannya terdiri dari Wanita, dimana berdasarkan statistik, menunjukkan 60% penumpang Komuter adalah Wanita.

Bagus juga ada Koc Khas begini, dapat la mengelakkan dari berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini seperti diambil kesempatan diraba ke, penyeluk saku dan sebagainya. Bermakna sekarang penumpang wanita boleh berlega hati dengan kemudahan terbaru dari KTM Berhad ni. Satu usaha yang amat Murni dari KTM Berhad. Tapi kanak-kanak lelaki bawah 12 tahun dibenarkan jikalau ada pengiring wanita bersama.

Berikut adalah kenyataan dari Laman Web KTM Berhad,

Koc Wanita Pertama Di Malaysia Bermula Pada 28hb April 2010

27 April 2010 – Bertindak atas keperluan semasa, KTM Komuter mengambil inisiatif memperkenalkan koc wanita yang pertama di Negara ini yang memulakan operasi untuk laluan Sentul – Pelabuhan Klang, sepanjang hari bermula hari ini.

Pelaksanaan Koc Wanita ini berpandukan statistik yang menunjukkan 60% pengguna perkhidmatan KTM Komuter adalah terdiri daripada kaum wanita.

Menggunakan tema ‘Wanita Sahaja Sepanjang Masa, Ladies Only At All Times’ koc wanita ini berada di gerabak yang tengah dan dibezakan dengan pelekat khas koc wanita yang berwarna merah jambu (pink).

Para pelanggan akan dapat mengenali koc ini melalui pelekat khas yang dipamerkan di tingkap, pintu dan di dalam koc. Manakala di stesen, penumpang boleh mengenal pasti lokasi pemberhentian Koc Wanita ini melalui kain rentang yang dipamerkan di platform dan tiang yang diwarnakan dengan warna merah jambu.

Secara ringkasnya kedudukan Koc Wanita bagi setiap tren Komuter yang mempunyai tiga (3) koc (gerabak) adalah seperti berikut:

- Koc Hadapan – Koc Biasa (lelaki dan wanita)

    - Koc Tengah - Koc Wanita (wanita sahaja)

    - Koc Belakang – Koc Biasa (lelaki dan wanita)

Posted in Malaysia, News, Picture2 Comments

Penutup ‘Butt-crack’ – untuk perempuan

Haha, pernah tak pembaca-pembaca lihat remaja-remaja sekarang ni yang berfesyen seluar jeans yg seksi-seksi sampai boleh nampah celah punggung? haha, bukan jarang-jarang jumpa, sekarang dah selalu, kebanyakan nya perempuan, tapi lelaki pun tak kurang ramai juga. Bukan tak sengaja, tapi sengaja nak menarik perhatian kaum berlainan jantina~

Nampaknya ada yang sanggup ambil kesempatan untuk jenis fesyen ni, dengan menjual produk untuk tutup celah-celah yang agak kurang menyenangkan ni kadang-kadang. icon razz Penutup Butt crack   untuk perempuan

Continue Reading

Posted in LOL, Picture6 Comments

Budak 2 tahun diseksa melecur tangan

Kenapa la manusia sekarang ni kejam sangat, apa la dosa kanak-kanak 2 tahun tu. Mungkin la nakal sikit, degil, perkara biasa la tu, umur 2 tahun kot, what do you expect??? (english sikit.. hehe)

Kejam melampau, kanak-kanak comel ni dicelup tangannya ke dalam sup panas sebagai hukuman, tak pasti kenapa dan apa salahnya. Dan dikatakan bahawa, kemungkinan besar, kanak-kanak tersebut akan Cacat selama-lamanya!. Tak guna punya pengasuh! bayar dah la mahal! RM900 sebulan! ini memang daylight robbery!! Huh, ambil kesempatan upah mahal, tapi tak nak jaga betul-betul! Otak kat mana??

Continue Reading

Posted in News, Picture12 Comments

Patung mainan Barack Obama

Dahsyat kan? Kreatif betul orang sekarang ni, patung mainan berupa tokoh politik terkenal pun boleh dijadikan mainan. Hampir sama pula tu, dengan saiz skala 1/6 yang agak besar tu. NK tak pasti kalau ada yang tak kenal dengan Barack Obama, tapi bagi mereka yang tak kenal beliau, beliau merupakan Presiden Amerika Syarikat sekarang, menggantikan George W. Bush setelah menang dalam Pilihanraya Umum pada tahun 2008. Saksikan gambar patung mainan yang dikatakan tersebut.

Continue Reading

Posted in LOL, Picture8 Comments

Wayne Rooney menang pemain terbaik tahunan

Tahniah kepada Wayne Rooney, penyerang hebat dari Manchester United telah berjaya merangkul Anugerah Pemain Profesional Terbaik oleh Persatuan Pemain Profesional (PFA). Antara calon-calon yang beliau berjaya tewaskan ialah Didier Drogba (Chelsea), Carlos Tevez(Manchester City) dan Cesc Fabregas(Arsenal). Sebelum ini, Rooney juga pernah memenangi

Beliau yang sekarang berada dalam kecederaan turut menyampaikan hajat untuk bermain mewakili England pada FIFA World Cup yang akan berlangsung beberapa bulan je lagi.

Continue Reading

Posted in News, Picture6 Comments

BN rampas Parlimen Hulu Selangor dari PKR

Akhirnya keputusan bagi Pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor telah diumumkan. Pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor yang diadakan ini adalah berikutan kerana kematian Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, daripada PKR pada 25 Mac lalu akibat barah otak. Setelah semua 137 saluran dikira undi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), akhirnya keputusan undian pun diumumkan, Barisan Nasional (BN) menang Parlimen Hulu Selangor – calon BN, P Kamalanathan (24,997 undi); Zaid Ibrahim (PKR) 23,272 undi, majoriti 1,725 undi kepada BN.

Continue Reading

Posted in Malaysia, Picture6 Comments

Karangan budak sekolah – Lawak

Haha, NK tak pasti anda semua dah baca atau belum, tapi NK belum pernah baca lagi. Apa yang NK dapat tahu, karangan ni dah lame dah tersebar kat internet, sejak dari tahun 2004 lagi. Tapi sekadar berkongsi, hiburan di hari minggu ni. Setakat ni, ini adalah karangan yang paling lawak NK pernah baca. Kesian cikgu-cikgu bahasa Malaysia kat sekolah tu ye,

Continue Reading

Posted in LOL, Picture22 Comments

Pelajar putus cinta, cuba terjun bangunan

Macam-macam pelajar sekarang ni. Susah sangat ke hidup sebagai pelajar? Tekanan terlalu tinggi? Pernah dulu NK ceritakan tentang pelajar lari dari rumah, itu sebab tekanan juga ke? Dan ada juga NK ceritakan tentang seorang pelajar yang bunuh diri selepas dimarahi ayahnya, kenapa senang sangat nak lepaskan nyawa yang orang lain susah payah nak kekalkan?

Continue Reading

Posted in LOL, Malaysia, Picture44 Comments







Partly powered by CleverPlugins.com