Salah satu dari antara kapal yang mengikuti konvoi misi bantuan ke Gaza, Mavi Marmara telah diserang olah pasukan komando Israel. Kapal Mavi Marmara yang turut menempatkan 11 orang sukarelawan Malaysia, dan ramai lagi sukarelawan termasuklah dari Indonesia.
Menurut laporan sekurang-kurangnya 10 orang yang telah terbunuh, manakala ramai penumpang lain cedera dengan serangan tentera komando Israel tersebut. Berdasarkan maklumat dari Astro Awani, dikatakan juga 2 orang rakyat Malaysia mungkin antara mereka yang telah terbunuh dalam misi bantuan tersebut.
“If you ignore this order and enter the blockaded area, the Israeli navy will be forced to take all the necessary measures in order to enforce this blockade,”
Begitulah antara bunyi ugutan dari Israel yang cuba untuk menghalang misi bantuan ke Gaza ini. Konvoi ke Gaza ini memuatkan segala keperluan asas bagi rakyat Palestin disana, malah turut memuatkan segala bahan binaan seperti simen.
Sumber : The Star
Ikutan kisah dan perkembangan konvoi misi bantuan ke Gaza ini di Lifeline4Gaza.Org
Perjalanan tanpa had seharian menggunakan bas RapidKL, LRT RapidKL dan monorail dengan harga serendah RM10 sehari. Pakej Flexi Rapidpass RapidKL yang ditawarkan amat berbaloi dibeli oleh golongan yang sering menaiki pengangkutan awam. Pakej ini akan dimulakan bermula esok, iaitu 1 jun 2010.
Dengan menggunakan Flexi Rapidpass RapidKL ini, anda akan boleh menaiki semua perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana). Flexi Rapidpass RapidKL ini akan digunakan bersama-sama dengan Pass Touch n Go.
Kalau rasa tak cukup jimat lagi, boleh beli Flexi Rapidpass RapidKL dengan lebih murah lagi apabila beli untuk banyak hari sekaligus, penjimatan yang anda dapat adalah seperti berikut :
Flexi Rapidpass RapidKL untuk 3 hari : RM25
Flexi Rapidpass RapidKL untuk 1 minggu : RM50
Flexi Rapidpass RapidKL untuk 15 hari : RM90
Flexi Rapidpass RapidKL untuk 1 bulan : RM150
Lebih menarik, bagi pelajar warganegara Malaysia, dapat menikmati penjimatan lebih dari 30%!
Ingat lagi cerita Twilight? Kenal lagi dengan Edward Cullen? Atau pelakon sebenarnya, Robert Pattison? Tak pun, ingat lagi dengan vampire pontianak yang tak hisap darah manusia dan ada kulit yang bersinar-sinar kalau kena cahaya matahari?
Ok, Kali ni NK nak kongsi cerita tentang Kaum pontianak yang sama jenis dengan Edward Cullen, tapi dia bukan Irish, dia ni Malaysians!!
Klik Pada gambar untuk tengok lebih jelas,
Haha, Sebenarnya beliau ni seorang Pelajar Ph.D dan juga Model sambilan, Nama sebenar beliau Sean @ Norlisham Nordin. Berdasarkan maklumat yang NK dapat, beliau ni agak terkenal la. Beliau minat sangat dengan twilight, sehinggakan Dream Partner beliau ialah Bella dalam Twilight, atau Kristen Stewart!
Bersinar-sinar dan berkilat-kilat kan kulit beliau? Sama macam Edward Cullen! Rupa paras pun hampir sama kot? Apa kata anda? Apa-apa pun, semoga beliau berjaya dalam karier, dan sangat berani untuk membawa watak Edward Cullen versi Malaysia!
Cepat tengok!, NK tak pasti kalau laman web Sen Heng kena deface sejak bila, tapi NK dapat tahu hari ni.
Nampaknya berdasarkan perbuatan deface dan trace yang ditinggalkan tu, macam perbuatan Hacker dari Indonesia, malah siap ada background muzik lagi tu. Kreatif betul Hacker ni. Dan turut ada ditinggakan jejak ialah chatbox di sisi laman web tersebut. Antara ayat yang digunakan ialah “FVCK MALINGSIAL”, dimana perkataan Malingsial itu digunakan oleh pembenci Malaysia dari Indonesia.
Tapi kan, setahu NK, Hacker biasanya tak akan tinggal jejak-jejak yang boleh orang tahu asal usul atau trace dari mana mereka Hack. Mungkin Hacker ni cuba untuk menunjuk-nunjuk mungkin?
Walau apa pun, ini dengan jelas menunjukkan keselamatan sesetengah Laman Web di Malaysia masih belum sempurna sehinggakan terdedah kepada bahaya yang sedemikian rupa. Semoga Webmaster Laman Web tersebut akan lebih berhati-hati pada masa akan datang. Tunggu dan lihat je bagaimana Webmaster tersebut kendalikan masalah ni.
MillatFacebook.com, Laman Jaringan Sosial yang baru dibina oleh enam pakar IT dari Pakistan ini mula beroperasi pada awal minggu ini.
Pengasasan Laman ini adalah sebagai reaksi terhadap Laman Facebook yang menyiarkan propaganda Anti-Islam dengan wujudnya satu laman “Everyone Draw Mohammed Day” yang secara terang dan jelasnya menghina Islam.Perkataan ‘Millat’ adalah merujuk kepada Millat dalam bahasa Urdu yang membawa maksud “Nation” atau “Negara”, dan MillatFacebook membawa maksud “Facebook Negara”.
Kewujudan Laman MillatFacebook.com juga adalah bagi memenuhi keperluan sosial masyarakat Pakistan apabila Mahkamah Pakistan mengarahkan sekatan pada Laman Facebook.com, dan laman Facebook.com tidak akan dapat diakses oleh masyarakat Pakistan lagi.
Millatfacebook is Pakistan’s very own, first social networking site. A site for Muslims by Muslims where sweet people of other religions are also welcome!!
Begitulah kata-kata aluan pada MillatFacebook.com.
Apa yang pasti, jumlah pengguna MillatFacebook.com masih jauh berbeza berbanding Facebook.com. Malah pengguna baru MillatFacebook mungkin akan mendapati laman tersebut terdapat beberapa kekurangan yang pasti akan ditambahnilai pada masa akan datang.
Malah mungkin bagi pemain tegar Cafe World atau Farmville, anda tidak lagi dapat bermain game tersebut di Laman MillatFacebook. Game flash tersebut mungkin akan dapat dinikmati pada Laman MillatFacebook pada masa akan datang.
Jadi pada mereka yang ingin mencuba, boleh la kunjungi MillatFacebook.com untuk mendaftar. NK pun nak cuba juga akan datang,
Sempena Hari Gawai yang berlangsung pada setiap hujung bulan Mei atau awal bulan Jun, Malaysia Airlines (MAS) telah mengadakan promosi jimat penempahan tiket. Tiket boleh mula ditempah mulai hari ini, 29 Mei 2010 hingga 31 Mei 2010, dan tempoh penerbangan pula antara 29 Mei 2010 hingga 30 April 2011.
Disebabkan ni promosi sempena hari Gawai, jadi destinasi penerbangan sudah pasti hanya melibatkan perjalanan dua-hala dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu / Tawau / Sandakan, atau Kota Kinabalu / Tawau / Sandakan ke Kuala Lumpur.
Tahniah Malaysia Airlines, baru sahaja tamat promosi ‘Everyday Low Fares’, sudah kembali pula dengan promosi baru. Jadi cepat dapatkan tiket anda sementara masih dalam tempoh promosi.
Untuk Maklumat lanjut, sila ke Laman web Malaysia Airlines (MAS) yang rasmi.
Dikatakan bahawa harga minyak petrol Ron 95 yang kini berada pada RM 1.80 seliter akan dinaikkan sebanyak 15 sen menjadi RM 1.95 di antara Jun hingga Disember 2010. Dan harga minyak Petrol akan terus meningkat sepanjang 5 tahun yang akan datang bagi mengurangkan kebergantungan rakyat Malaysia terhadap subsidi. Ini bagi membolehkan kerajaan menyalurkan wang subsidi tersebut kepada fokus bidang luar yang lain.
Begitulah cadangan PEMANDU, sebuah badan yang bertindak sebagai penasihat utama kerajaan Malaysia mengenai isu subsidi Minyak.
Menurut laporan yang dicadangkan kepada Kerajaan lagi, mula Januari 2011, harga minyak Petrol akan terus meningkat sebanyak 10 sen bagi setiap tempoh 6 bulan. Berikut merupakan salinan dari laporan tersebut mengenai anggaran harga petrol dari tahun 2011 hingga 2015 :
RM 2.16 pada tahun 2011
RM 2.20 pada tahun 2012
RM 2.34 pada tahun 2013
RM 2.52 pada tahun 2014
RM 2.60 pada tahun 2015
Ini berdasarkan ramalan harga minyak dunia yang akan meningkat sepanjang tahun akan datang. Sumber
Berdasarkan cadangan dalam laporan PEMANDU tersebut, harga bagi setiap Pintu Tol utama juga akan dinaikkan, dikatakan pada tahun 2010 ini, ianya akan dinaikkan dengan kemungkinan dalam anggaran 10 ke 67 Peratus.
Wah, memang sudah dijangka yang harga petrol akan naik lagi. Tapi tak sangka pula harga Tol pun akan naik. Pendapat NK, Harga petrol memang sudah sampai masanya untuk dinaikkan secara perlahan-perlahan, tetapi perlu berlandaskan peningkatan ekonomi negara.
Sebabnya, rakyat perlu belajar untuk tidak bergantung kepada subsidi kerajaan lagi. Dan bagi NK, kenaikan harga minyak akan mendorong kepada wujudnya alternatif bagi penjimatan, contohnya kenderaan elektrik malah juga sistem pengangkutan awam. Dan Kerajaan perlu mengambil tindakan segera dengan memperbaikkan sistem pengangkutan awam sebelum bertindak menaikkan harga minyak.
Mungkin ini yang dikatakan dengan, “Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian” ?.
Tapi jangan risau, rancangan ini masih belum diluluskan kerajaan, dan kerajaan akan mengambil pendapat dari segenap lapisan masyarakat Malaysia. Yang Penting, Hapuskan Korupsi.
2-3 hari yang lepas, NK telah berjaya akhirnya untuk rasa sendiri Ayam KFC Black Pepper yang NK pernah ceritakan dulu. Harga nya pula ialah RM12.10 untuk dinner plate termasuk air, tapi memang puas hati dan berbaloi dapat makan! Berikut merupakan gambar ayam Black Pepper tersebut~
Gambar agak kurang jelas, sebab ambil pakai kamera Handphone murahan Nokia 5730 je. Sebab dia bagi pilihan untuk ambil original atau black pepper, jadi NK pilih untuk ambil kesemua 3 ketul ayam Black Pepper. Tapi tiada pula pilihan Spicy seperti biasa, mungkin ayam Black Pepper ini sebagai ganti ayam perisa Spicy kot?
Menurut iklan KFC, ayam ni bukan sahaja punya rasa Black Pepper, malah turut mempunyai kerangupan yang lebih, sebab tu nama diberi pun KFC Black Pepper Crunch! Jadi Crunch = Rangup la kot. Tapi sebenarnya tak la rangup sangat pun, biasa-biasa je. Cuma yang NK perasan, ayam Black Pepper ni macam lebih berminyak berbanding biasa. Atau KFC cawangan ni yang silap masak ni?
Sebab dah kelaparan kan, makan je la kan.
Hmm, pendapat NK, rasa Black Pepper tu kurang, maksudnya tak rasa sangat la, lebih kepada rasa ayam yang sangat berminyak je. Nampak bintik-bintik hitam tu? itu la Black Pepper yang tak rasa apa-apa tu.
Mungkin nasib NK dapat yang kurang rasa kot, rugi la macam ni, Haha,
Apa-apa pun, NK tetap sokong KFC, sebab KFC Malaysia dimiliki sepenuhnya oleh anak jati Malaysia, Johor Corp. kalau tak silap kan? Tahniah kepada usaha KFC ni.
Khabar angin yang pernah NK war-warkan dahulu mengenai pasukan bolasepak Real Madrid vs Malaysia nampaknya telah menjadi kenyataan. Menurut sumber yang boleh dipercayai, Real Madrid akan mengadakan klinik latihan bolasepak di Malaysia, dan juga perlawanan persahabatan menentang pasukan bola sepak nasional Malaysia.
Tarikh yang menjadi pilihan ialah sepanjang tempoh antara 14 hingga 21 Ogos akan datang.
Tidak sabar rasanya untuk melihat anak didik K.Rajagobal menentang pasukan Real Madrid yang kini akan dipimpin oleh Jose Mourinho yang baru sahaja mengaut Piala Juara Eropah bersama Inter Milan. Yang paling dinantikan sudah tentu kelibat pemain-pemain ternama seperti Christiano Ronaldo, Kaka, dan Gonzalo Higuain menentang pemain ternama tempatan seperti Safee Sali, Zaquan Adha, Indra Putra dan sebagainya.
Mungkin K.Rajagobal mempunyai strategi dan percaturannya sendiri apabila menentang Real Madrid nanti.
Kanak-kanak dalam gambar tersebut ialah Ardi Rizal, Kanak-kanak 2 tahun dari Indonesia ini telah mula menghisap rokok sejak umur 18 bulan, dan pada umur sekarang, beliau telah menjadi ketagihan terhadap rokok. Malah beliau akan mengamuk jika tidak dapat menghisap rokok sekurang-kurangnya 40 batang sehari.
Dahsyat kan? Sedangkan kanak-kanak 2 tahun yang lain susah payah nak lepas dari botol susu, Ardi Rizal ni pula kalau tak sedut asap rokok tak boleh.
Disebabkan rokok, badan beliau telah menjadi begitu obes sehinggakan menyukarkan beliau untuk keluar bermain dengan kanak-kanak lain. Kalau keluar bermain pun beliau tetap akan menghisap rokok.
Ayah kepada Ardi Rizal, Mohammed, 30 tahun berkata,”Ardi nampak sihat je, tak rasa ada apa-apa masalah pun”. Tabiat kanak-kanak ini menyebabkan keluarganya menanggung kos hampir RM25 sehari, kalau kira dalam rupiah tak pasti la pula berapa ribu kan.
Dengan laporan berita ni, satu Indonesia dikejutkan dengan meningkatkan jumlah kanak-kanak yang mula merokok, terdahulu NK ada laporkan mengenai kanak-kanak 4 tahun, Sandy, yang menghisap rokok dan bercakap lucah. Adakah ini disebabkan pengaruh iklan komersial rokok yang terlalu berleluasa? Kalau di Malaysia, tiada lagi iklan rokok yang dibenarkan ke udara, malah syarikat rokok tidak dibenarkan menaja apa-apa pertandingan mahupun aktiviti majlis.
Berikut merupakan video Kanak-kanak 2 tahun lain dari China yang turut hisap rokok, NK pun tak tengok lagi, jumpa dalam Youtube je,
Recent Comments