Archive | December, 2010

Gambar menarik Final AFF Suzuki Cup 2010

Masih lagi dalam ‘mood’ Juara? Macam-macam yang berlaku ketika kejohanan AFF Suzuki Cup yang lalu, saksikan detik-detik berharga ini dirakamkan dalam gambar.

Gambar sedih, seronok, kelakar penyokong-penyokong Malaysia dan juga penyokong-penyokong Indonesia dirakamkan dalam gambar.

Turut disertakan ialah gambar Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha dan Khairul Fahmi Che Mat beraksi.

Dan sudah pasti, gambar pasukan Harimau Malaya dan pasukan Garuda.

Malaysia, Tanah Tumpahnya Darahku.

malaysia 1st Gambar menarik Final AFF Suzuki Cup 2010indonesia 2nd Gambar menarik Final AFF Suzuki Cup 2010safee sali Gambar menarik Final AFF Suzuki Cup 2010nor shahrul idlan talaha Gambar menarik Final AFF Suzuki Cup 2010khairul fahmi che mat Gambar menarik Final AFF Suzuki Cup 2010peminat indonesia 2 Gambar menarik Final AFF Suzuki Cup 2010peminat indonesia 1024x768 Gambar menarik Final AFF Suzuki Cup 2010penyokong indonesia 2 Gambar menarik Final AFF Suzuki Cup 2010penyokong indonesia Gambar menarik Final AFF Suzuki Cup 2010indonesia kalah Gambar menarik Final AFF Suzuki Cup 2010ultras malaya Gambar menarik Final AFF Suzuki Cup 2010timnas indonesia Gambar menarik Final AFF Suzuki Cup 2010team malaysia Gambar menarik Final AFF Suzuki Cup 2010malaysia harimau malaya juara Gambar menarik Final AFF Suzuki Cup 2010

Sumber : AFFsuzukicup.com

Posted in Picture2 Comments

Tahniah Malaysia Juara AFF Suzuki Cup 2010! Jumaat Cuti!

Alhamdulillah, ini la yang dikatakan hujan emas di bumi sendiri, oleh kerana kemenangan awal 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Malaysia muncul Juara AFF Suzuki Cup 2010!

Berbunyi sahaja wisel penamat tadi, tamat sudah dugaan 90 minit di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Keputusan akhir memihak kepada Indonesia, dengan keputusan 2-1 keatas Malaysia.

Meskipun Indonesia menang, namun Malaysia ialah juara! Berbekalkan 3 Gol yang diperoleh terlebih dahulu, menjadikan agregat 4-2 dan memihak kepada Malaysia, akhirnya membolehkan Harimau Malaya membawa pulang Trofi Kejohanan AFF Suzuki Cup buat julung-julung kalinya!.

Safee Sali menjaringkan gol pertama buat Malaysia, menjadikan Malaysia sebagai pendahulu, namun gerakan menarik dari Indonesia akhirnya berhasil menjaringkan 2 Gol.

Lagi satu, kini trending “Congratulation Malaysia” pula yang hangat di Twitter!! Terima kasih atas ucapan tahniah ya rakyat Indonesia dan rakyat Malaysia!

Tahniah juga Indonesia, walaupun tempat kedua, tahukah anda mereka hanya tewas sekali sahaja iaitu ketika bertemu Malaysia?

Apa-apa pun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah pun mengumumkan Jumaat ini (31 Disember 2010) sebagai cuti umum, jadi semua pekerja awam pun dapat cuti! Yeay!

Tapi jumaat bukan memang ada cuti sempena Tahun Baru ke? Haha, dengar-dengar, Kakitangan syarikat Petronas kesemuanya dapat cuti oleh kerana kemenangan Julung kali Malaysia ini, pun Yeay juga!

Sempat la bagi ibu-bapa untuk bersiap-siap barang anak-anak untuk ke sekolah isnin depan ya?

Nantikan entri koleksi video perlawanan akhir dan album gambar untuk perlawanan akhir AFF Suzuki Cup ya.

Malaysia, Tanah tumpahnya darahku!

malaysia juara aff suzuki cup 2010 Tahniah Malaysia Juara AFF Suzuki Cup 2010! Jumaat Cuti!malaysia juara aff suzuki cup Tahniah Malaysia Juara AFF Suzuki Cup 2010! Jumaat Cuti!

Posted in News, Sport1 Comment

Harimau Malaya (The Laser Cheater) dihina di Wikipedia?

Alamak, tak habis-habis lagi ke penghinaan ini? Tak cukup cubaan menghina di Twitter, kini dihina pula di Wikipedia biar satu dunia lihat kononnya penghinaan Malaysia?

Ramai sudah tahu bahawa Skuad Bola Sepak Kebangsaan, Malaysia sentiasa membawa gelaran Harimau Malaya (Malaya Tigers) apabila ke pentas antarabangsa.

Namun, nama tersebut telah diburukkan apabila kini nama lain “The Laser Cheater” turut terpalit pada nama gelaran tersebut.

Mungkin ini cuma mainan sesetengah golongan di Internet yang terlalu banyak mempunyai masa yang terluang, namun bagi sesetengah pihak perkara ini dipandang serius kerana turut menghina kewibawaan Malaysia.

Cuba anda ke http://en.wikipedia.org/wiki/Malaysia_national_football_team . Lihat sahaja ‘Nickname’ Harimau Malaya.

Apa-apapun, Semoga Berjaya Skuad Harimau Malaya di pusingan kedua perlawanan akhir AFF Suzuki Cup 2010!

Malaysia, Tanah Tumpahnya Darahku!

harimau malaya the laser cheater Harimau Malaya (The Laser Cheater) dihina di Wikipedia?

Posted in Internet9 Comments

4Chan.org kena serangan DDOS? Server Down?

ImageBoard terkenal dan paling ramai dilawati, 4Chan.org nampaknya diserang serangan DDOS dan sehingga kini 2AM (29Dis) ianya masih belum dapat diakses.

Ini adalah berdasarkan kenyataan yang diberi oleh pemilik laman tersebut, Christopher “moot” Poole melalui twitter beliau.

Malah, melalui semakan http://www.downforeveryoneorjustme.com/4chan.org juga mendapati sememangnya 4Chan.org sah mempunyai masalah dengan server.

4chan down 4Chan.org kena serangan DDOS? Server Down?

Hmm, mungkinkah ini ada kena-mengena dengan aktiviti hacker Anonymous?

Tapi bukannya 4Chan.org ada kena mengena dengan kegiatan menghalang dana ke wikileaks pun.

Atau peperangan antara laman Tumblr dan 4Chan masih lagi hangat, dan Operation Overlord masih lagi berlangsung?

Kenyataan di blog rasmi 4Chan, status.4chan.org,

Site is down due to DDoS. We now join the ranks of MasterCard, Visa, PayPal, et al.—an exclusive club!

Serius?

Macam-macam moot ni, apa-apa pun, berikut adalah screenshot status twitter 4Chan berkenaan perkara ini.

4chan ddos server down 4Chan.org kena serangan DDOS? Server Down?

Posted in Internet, Random1 Comment

Strategi Indonesia (Julia Perez) dan sebab gol bolos (Bukan Laser)

Sudah terang dan nyata, skuad didikan Alfred Riedl (Pengurus pasukan bola sepak Indonesia) perlu lakukan sesuatu pada pusingan kedua perlawanan akhir ini, apa agaknya strategi sesuai?

Apa-apa pun, mestilah ianya tidak akan didedahkan terlebih dahulu bukan?

Meskipun belum ada kenyataan rasmi dari Alfred Riedl, namun, Aktres seksi terkenal Indonesia, Julia Perez, sudah pun menyatakan strategi beliau untuk menyekat Malaysia dari menjuarai AFF Suzuki Cup 2010 ini.

Julia Perez tekad untuk memakai pakaian seksi, menelanjangkan dada beliau sebagai mengganggu fokus pemain dan jurulatih Malaysia, K Rajagobal.

“Saya akan pakai baju belahan dada supaya mereka buta. Ini adalah laser ciptaan saya,”

Alamak, bahaya ni, tengok dada Julia Perez boleh buta, habis la penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

julia perez seksi Strategi Indonesia (Julia Perez) dan sebab gol bolos (Bukan Laser)

Dalam berita lain, terbaru, Presiden Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) Nurdin Halid, menyatakan Malaysia bermain dengan taktik kotor lagi apabila mendakwa terdapat Serbuk Gatal yang disebarkan di gawang gol Indonesia.

Ini menyebabkan penjaga gol Indonesia, Markus Haris Maulana dan pemain-pemain pertahanan Indonesia mengalami gatal dan hilang fokus ketika bermain.

Turut diungkap adalah sikap Malaysia yang tidak mempunyai semangat kesukanan dengan menggunakan laser, dan menggunakan Serbuk Gatal.

Eh, tapi lain pula kata Alfred Riedl sejurus selepas perlawanan tamat ahad lepas ya?

Menurut Alfred Riedl, ianya adalah kesilapan pertahanan Indonesia, dan semangat Malaysia yang semakin membuak selepas Gol Pertama.

“Setelah permainan dihentikan dan dimulai lagi, kami juga bermain bagus. Namun, setelah gol pertama, keadaan berbalik melawan kami. Malaysia semakin percaya diri dan pertahanan kami kacau,”

“Ini bukan soal laser, melainkan kesalahan individual dari satu pemain. Saya tidak tahu apa yang terjadi dengan pemain setelah gol pertama, tetapi itu titik baliknya. Saya akan mendiskusikan itu dengan pemain besok,”

Alfred Riedl – Jurulatih Pasukan Indonesia (26/12/2010)

Apa yang berlaku ni???

team timnas indonesia garuda Strategi Indonesia (Julia Perez) dan sebab gol bolos (Bukan Laser)

Macam-macam, kalau kes mengenai laser lagi, sila la baca entri mengenai #malaysiacheatlaser ya

Posted in News, Sport2 Comments

Kisah di sebalik trending twitter #Malaysiacheatlaser

Kemenangan Harimau Malaya 3-0 menewaskan Garuda semalam disahut dengan kisah tidak puas hati #Malaysiacheatlaser, namun apa perkara sebenar yang berlaku?

Ianya bermula ketika perlawanan masih lagi berlangsung, ketika tiba satu tahap di mana GoalKeeper Indonesia Markus Horison memanggil rakan-rakan sepasukannya untuk keluar dari padang ketika Malaysia sedang mengambil posisi untuk Sepakan Percuma.

Pengguna Twitter (Indonesia mungkin) begitu marah dan mula membangkitkan hashtag #Malaysiacheatlaser di Twitter.

Ditambah dengan perit bolos 3 Gol, 2 oleh jaringan Safee Sali dan 1 Gol Ashari, kemarahan tersebut makin membuak-buak apabila diseru pula oleh Arkib berita Online Indonesia, Kompas dengan tajuk berita berjudul “Biar Dunia Tahu #Malaysiacheatlaser”.

Tamat sahaja perlawanan semalam, mula tersebar satu gambar di Twitter, dimana dikatakan penyokong pasukan Malaysia tertangkap di dalam gambar ketika bermain laser.

Perlawanan Akhir AFF Suzuki Cup 2010

malaysia cheat laser twitpic Kisah di sebalik trending twitter #Malaysiacheatlaser

Ianya disebarkan melalui laman Twitpic dan dibincangkan disana : http://twitpic.com/3jvdr7

Tapi pelik juga, Eh ada Pak Arab mana datang yang pakai serban tu?, Eh kenapa penyokong Malaysia tak pakai Jersi Malaysia? dan bermacam-macam lagi EH?

Rupa-rupanya, gambar tersebut adalah palsu dan gambar lama ketika World Cup 2010 di Afrika Selatan dahulu. : http://techgenie.com/latest/fifa-2010-spectators-target-coach-maradona-messi-other-players-with-laser/

Dibawah pula ialah screenshot dimana #Malaysiacheatlaser, Lasers, dan Safee turut menjadi trending di Twitter.

malaysia cheat laser Kisah di sebalik trending twitter #Malaysiacheatlaser

Betul, memang perlu diakui memang betul terdapat penyokong yang kurang ajar ketika perlawanan Bola Sepak semalam, memang tidak patut, ini menjatuhkan kualiti golongan peminat Bola Sepak di Malaysia secara keseluruhannya.

Namun, ingat lagi perlawanan di mana Malaysia tewas 5 berbalas 1 di Stadium Gelora Bung Karno oleh Indonesia? Tahukah anda Lazer Hijau tersebut turut dimainkan ke muka GoalKeeper Malaysia, Sharbinee?

sharbinee dimainkan lazer Kisah di sebalik trending twitter #Malaysiacheatlaser

Rasa-rasa ini gambar palsu? Cuba saksikan semula replay untuk setiap gol jaringan Indonesia, boleh dilihat dengan jelas lazer hijau yang sama dimainkan ke muka Sharbinee dan Markus. Kenapa mesti lazer hijau ya?

Macam mana jauh betul lazer ni boleh sampai ke Malaysia?

Apa-apa pun, Tahniah Malaysia! Tanah Tumpahnya Darahku!

Posted in News, Sport12 Comments

AFF Suzuki Cup : Malaysia vs Indonesia 1st Leg

Pusingan pertama bagi perlawanan akhir AFF Suzuki Cup 2010 akan bermula malam ini dan akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Malaysia menentang Indonesia.

Indonesia begitu selesa dalam laluannya untuk perlawanan akhir kali ini, namun, Malaysia yang bangkit selepas tewas teruk pada perlawanan pertama dalam kumpulan, juga kepada Indonesia mengejutkan ramai dengan turut mara ke pusingan akhir.

14 Tahun penantian untuk ke Perlawanan Akhir adalah terlalu lama!

Namun, sering diungkit ialah perlawanan sebelum ini Malaysia menentang Indonesia. Meskipun dengan gol awal Norshahrul Idlan Talaha, kesilapan pertahanan Asraruddin Putra menyebabkan gol sendiri, dan ditambah lagi perit dengan gol dari Cristian Gonzales, Muhammad Ridwan, Arif Suyono dan Irfan Bachdim. Malaysia tewas 5 – 1.

Kali terakhir Malaysia bertemu Indonesia adalah di pusingan Separuh Akhir dimana Malaysia tewas dengan aggreget 5-3.

‘Harimau Malaya’ menentang ‘Garuda Merah Putih’. Seteru yang sememangnya dari dulu lagi bertanding sesama sendiri.

K. Rajagobal sendiri mengatakan, skuad muda kebangsaan kali ini amat istimewa.

Siapa Hebat, Siapa Juara. Jom gegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil untuk malam ni! Jom bagi sokongan pada pasukan kebangsaan kita!

Namun, bagi yang tidak dapat ke Stadium, jangan lupa saksikan perlawanan secara langsung di RTM TV1 pada pukul 8 malam ini!

Atau jangan lupa untuk saksikan perlawanan akhir AFF Suzuki Cup 2010 secara online!

Malaysia Tanah Tumpahnya Darahku!

malaysia vs indonesia AFF Suzuki Cup : Malaysia vs Indonesia 1st Leg

Posted in Malaysia, News, Sport1 Comment

Laman Web FAM kena hack!

Hari ini, laman web Football Association Malaysia (FAM) telah dihack atau defacement, namun nampaknya segala defacement tersebut telah dibetulkan, berikut merupakan screenshot.

GOOD LUCK PASUKAN MALAYSIA!
GANYANG INDONESIA!

AhliSyurgaCrew Was Here
Credits : Siberjihad

Begitulah kenyataan yang ditulis pada defacement tersebut.

Mungkin ada antara anda yang sempat untuk menyaksikan defacement tersebut, namun bagi yang tidak sempat, dibawah adalah screenshot defacement tersebut.

Edit : Nampaknya defacement ni masih boleh dilihat di url ini http://www.fam.org.my/index.html , nampaknya webmaster laman web FAM dah betulkan redirection dari hacker ni.

website FAM kena hack Laman Web FAM kena hack!

Posted in Internet, Websites18 Comments

Azwan Ismail Gay, takut dengan ugutan maut

Azwan Ismail, 32 tahun, mengeluarkan kenyataan bahawa beliau kini risau dan takut apabila video beliau,”Saya Gay, Saya OK”, menjadi satu sensasi baru di internet.

Video tersebut yang mula tersebar di YouTube beberapa hari lepas melalui SeksualitiMerdeka, dikatakan mencecah 140,000 paparan dalam hanya 6 Hari!

Lebih dari 3,000 komen yang diterima, dan majoriti dari komen tersebut menyatakan ugutan untuk bunuh dan mencederakan beliau.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom  menyatakan prihatin beliau terhadap isu tersebut. Beliau menyatakan cubaan golongan ini menyebarkan fahaman homoseksualiti akan memburukkan imej Islam.

Turut dibangkitkan betapa isu ini tidak boleh dipandang remeh, dan menggesa supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) lebih memantau aktiviti tidak senonoh ini.

JAKIM perlu memantau segala bentuk hiburan, merujuk khas kepada Konsert Adam Lambert (Finalis American Idol) dan Filem Anu Dalam Botol.

Menurut Azwan, beliau sedang meminta kawan beliau, seorang peguam untuk menyemak sama ada wujud sebarang tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap beliau. Undang-undang namun ada menyatakan bahawa seks luar tabii boleh dikenakan hukuman penjara lebih 20 tahun. Namun tindakan undang-undang tersebut jarang dikenakan.

Azwan Ismail berkata, beliau yang turut mempunyai teman lelaki – (Boyfriend), bukan berniat untuk menghina Islam. Malah sudah 5 tahun terlibat dalam hubungan tersebut.

Mengenai Projek Video “It Gets Better Project” beberapa lagi lelaki Melayu Muslim Malaysia dikatakan akan mengeluarkan Video mengenai kenyataan mereka di Internet.

Alamak, Apa yang dah berlaku di Malaysia ni??

Maklumat lanjut rujuk kiriman sebelum ini : http://notakosong.com/2770/entertainment/video/video-azwan-ismail-saya-gay-saya-ok/

azwan ismail gay Azwan Ismail Gay, takut dengan ugutan maut

Posted in LOL13 Comments

iPhone 4 Diamond Rose : Termahal di dunia

Apple iPhone 4 berharga RM 2,900 dah cukup mahal ke? Macam mana pula kalau Apple iPhone 4 berharga RM 20,000,000?

iPhone 4 Diamond Rose ini merupakan hasil rekaan Stuart Hughes yang berasal dari United Kingdom, penghasil dan pereka peralatan elektronik istimewa untuk jutawan-jutawan.

Cuma 2 dihasilkan dan tanda harga yang diletakkan ialah £5,000,000 Euro, ataupun lebih tepat RM 20,421,163.94.

Casing iPhone ini diperbuat dari Rose Gold ataupun Emas Merah, dan tidak cukup dengan itu disaluti lagi dengan 500 keratan kepingan berasingan berlian asli.

Butang ‘Home’ untuk iPhone tersebut juga diperbuat dari ’7.4K Pink Diamond’. Butang tersebut juga boleh digantikan dengan Berlian Putih.

Malah, sampaikan bekas untuk menyimpan iPhone ini juga amat istimewa, diperbuat dari seketul Batu Granit asli berwarna ‘Imperial Pink’ dan dilengkapi lapisan dalaman kulit Nubuck (Nubuck Leather). Keseluruhannya membawa berat sebanyak 7 Kilogram!.

Mengenai iPhone? ianya cuma 32GB dan tiada keistimewaan lain.

iphone 4 diamond rose case iPhone 4 Diamond Rose : Termahal di duniaiphone 4 diamond rose 2 iPhone 4 Diamond Rose : Termahal di duniaiphone 4 diamond rose iPhone 4 Diamond Rose : Termahal di dunia

Posted in News, Technology2 Comments







Partly powered by CleverPlugins.com