
NK tak pasti semua dah baca atau belum. Dah baca dalam surat khabar tentang berita tukang kasut dipukul oleh pelajar warga asing dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) ?. Hanya kerana tidak dapat meminta diskaun bagi upah membetulkan kasut, pelajar warga mesir itu mengumpulkan rakan-rakan beliau, lalu bertindak memukul tukang kasut tersebut. Tukang kasut berikut yang sedang menikmati makan malam telah dipukul oleh hampir 12 orang. Beliau telah membuat laporan polis di atas tindakan tidak berakal itu.
Teruskan baca petikan dari myMetro Online ini.
Nasib tukang kasut
Oleh Kasdi Ali
2010/03/06IPOH: Hanya kerana tidak berpuas hati dengan harga upah membaiki kasut ditawarkan, sekumpulan pelajar warga asing dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Seri Iskandar, bertindak biadab apabila membelasah tukang kasut terbabit yang ketika itu sedang menjamu selera di sebuah restoran, malam kelmarin.
Ketika kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu, mangsa dikenali sebagai Zalmi Abdul Ghani, 35, sedang menjamu selera di sebuah restoran berhampiran kedai membaiki kasutnya di Taman Maju, Seri Iskandar apabila tiba-tiba diserang 10 hingga 12 pelajar Mesir yang menaiki dua kereta.“Ketika itu saya makan malam bersama seorang rakan apabila tiba-tiba kumpulan pelajar berkenaan meluru ke arah kami dan terus menyerang menggunakan kayu tanpa sebarang amaran.
“Saya dan rakan hanya dapat mempertahankan diri menggunakan tangan bagi mengelak mereka memukul bahagian kepala.
“Serangan itu berlaku beberapa minit sebelum kumpulan pelajar berkenaan melarikan diri menaiki dua kereta. Menyedihkan, tiada seorangpun penduduk tempatan membantu kami sebelum saya bersama rakan mendapatkan rawatan di Hospital Changkat Melintang,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Menurut bapa kepada empat anak itu, dia berjaya mengenal pasti seorang daripada penyerangnya kerana dua hari sebelum kejadian iaitu pada Selasa lalu, suspek datang membaiki tiga pasang kasut di kedainya.
“Saya mengenali suspek adalah pelajar UTP kerana dia selalu datang ke sini. Pada Selasa lalu, suspek datang ke kedai saya untuk membaiki tiga pasang kasutnya yang rosak di bahagian tapak. “Dia bertanya mengenai upah dan saya beritahu upah menjahit keliling tapak dua pasang kasut itu ialah RM30 iaitu RM15 sepasang.
“Manakala saya mengenakan upah RM3 bagi menjahit tapak sepasang lagi kasutnya yang rosak sedikit tetapi suspek naik angin dengan menyatakan harga itu mahal dan minta dikurangkan kepada RM20,” katanya.
Zalmi berkata, dia memberitahu suspek supaya ke kedai membaiki kasut berhampiran untuk meminta harga berkenaan. “Suspek kemudian beredar tetapi kira-kira 10 minit kemudian, dia datang dan memaksa saya membaiki juga kasutnya pada harga RM20,” katanya.
Menurut Zalmi, ketika suspek datang kali kedua ke kedainya, terdapat pelanggan lain membaiki kasut dan melihat sikap suspek yang mendesak dan langsung tidak menghormatinya, dia meminta suspek beredar.
“Ketika itulah suspek menghambur kata-kata kesat dalam bahasa Inggeris tetapi saya tidak mempedulikannya.
“Namun saya hilang sabar apabila suspek menjerit ‘f** Malaysia’. “Saya yang hilang sabar bertindak memegang tangan suspek dengan seorang lagi rakan dan memberi amaran supaya tidak berkata demikian,” katanya.
Menurutnya, suspek kemudian menaiki keretanya dan selepas membuat pusingan U, dia berhenti di depan kedainya sebelum membuka tingkap dan memberi amaran akan datang semula sambil menunjukkan isyarat lucah.
“Perkara paling mengecewakan saya ialah sikap pengurusan UTP yang memujuk saya supaya menarik kembali laporan polis pada malam sama hari kejadian kerana tidak mahu kes itu dibesarkan,” katanya.
Sumber berita : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Nasibtukangkasut/Article
Egyptian student in local university (UTP) beat a cobbler, cause cant get discount!









haihhh…macam2 la orang asing nih. tapi nak buat camne, kalau diorang study kat sini menguntungkan poket ramai pihak. tuh yang jadik camtuh tuh….
hmm… duduk negara orang kene la pandai beradab… ish3
Dak UTP. memang camtuh.. dalam UTP buat hal, kat luar pun sama..
tak sume agaknye, ade jugak yg NK kenal ok je perangai…
yg buat hal ni yg tak ckup kasih syg kot
actually sume tuduhan tu salah..saya student dari UTP dan kami dah tahu cerita sebenarnya dari mereka yang terlibat..so kesimpulannya dekat sini jangan tuduh orang tanpa usul periksa..
oh yeke, ade jugak terdengar perkara ni cuma dibesar2kan oleh media je…