Pelajar putus cinta, cuba terjun bangunan

Macam-macam pelajar sekarang ni. Susah sangat ke hidup sebagai pelajar? Tekanan terlalu tinggi? Pernah dulu NK ceritakan tentang pelajar lari dari rumah, itu sebab tekanan juga ke? Dan ada juga NK ceritakan tentang seorang pelajar yang bunuh diri selepas dimarahi ayahnya, kenapa senang sangat nak lepaskan nyawa yang orang lain susah payah nak kekalkan?

Adakah ni semua disebabkan tekanan dari rakan-rakan sebaya? Atau kurang kasih sayang dari keluarga? NK nasihatkan, tolongla berfikir panjang sebelum buat satu-satu keputusan, musnah generasi akan datang Malaysia kalau semua nak berfikiran cetek.

Terbaru, seorang pelajar cuba bunuh diri selepas cintanya ditolak. Ish ish ish, bunga bukan sekuntum dik..

frontpage Pelajar putus cinta, cuba terjun bangunan Pelajar putus cinta, cuba terjun bangunan

Pelajar kecewa diejek rakan

KANGAR: Tertekan diejek rakan kerana cinta ditolak dipercayai menjadi punca seorang pelajar tingkatan dua sebuah sekolah di sini, cuba terjun dari tingkat tiga bangunan sekolah terbabit, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, pelajar lelaki yang baru kematian bapa sebulan lalu bertindak nekad keluar dari bilik darjah dengan memecah cermin tingkap dan berdiri hujung koridor bangunan setinggi sembilan meter.Dia bertindak demikian selepas tidak tahan diejek rakan sekelas dan aksi dramatiknya menyebabkan pelajar dan guru sekolah kelam-kabut. Tambahan pula ketika itu pelajar bersiap untuk pulang.

Ibu pelajar itu yang juga guru sekolah berkenaan serta datuknya turut berada di tingkat tiga bangunan berusaha memujuknya, tetapi tidak berhasil. Bagaimanapun, anggota Pasukan Bomba dan Penyelamat Kangar bertindak pantas menangkap pelajar dari belakang selepas mengumpan air.

“Saya difahamkan dia sebelum itu mengancam memukul dua pelajar perempuan di kelas sama apabila cintanya ditolak. Perbuatannya diperhati pelajar lelaki yang kemudian mengejeknya.

“Tambahan pula pelajar perempuan terbabit bercadang mengadu perbuatannya kepada guru hingga menyebabkan dia hilang kawalan lalu memecah cermin tingkap dan keluar untuk terjun tingkat tiga bangunan kelas,” kata seorang pelajar yang enggan dikenali.

Menurut pelajar itu, rakannya juga mengalami kerunsingan selepas kematian bapanya yang juga seorang pensyarah sebuah institut perguruan di Kangar, sebulan lalu.

Anggota pasukan penyelamat mengambil masa kira-kira sejam memujuk sebelum menyelamatkan pelajar berkenaan.

Ketua Polis Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin yang berada di tempat kejadian berkata, remaja terbabit beberapa kali mengancam dengan mengangkat kaki untuk terjun bangunan hingga menimbulkan rasa cemas pasukan penyelamat dan guru.

“Pelbagai usaha dilakukan untuk memujuknya supaya kembali ke bilik darjah, tetapi tidak berhasil. Selepas sejam, pasukan penyelamat menangkapnya daripada belakang.

“Dia meronta-ronta sambil menjerit dan cuba melepaskan diri untuk terjun semula, tetapi dihalang pasukan penyelamat,” katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut dilakukan bagi mengetahui punca pelajar terbabit cuba terjun bangunan, tetapi tidak menolak berpunca akibat tekanan.

Source cerita dan gambar : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pelajarkecewadiejekrakan/Article

Related Posts with Thumbnails

34 Responses to “Pelajar putus cinta, cuba terjun bangunan”

  1. riz says:

    itu ler..pelik jer budak sekarang nie…laki pulak tue..tak macho langsung hehehe

  2. secret admire says:

    actually, pelajar ni stress gile2.. coz ayah dia baru meningal sebab kena SANTAU.. mak dia ustazah kat kolah tuh jugak.. kat atas kata sejam, tapi sebenarnya 3 jam… tapi penyelamat sampai lewat.. kesian kat mak dia.. mak dia baiikk sangat, xpenah marah murid2 nya(aku ler tue)…

  3. salju says:

    banyak penyakit hati sekarang tidak dapat diubati… apa yang dah hilang dalam diri manusia sekarang?

    ada permata yang disembunyikan..kita perlu berjaga2 untuk generasi kita..dan bangsa serta agama..

  4. Nadya says:

    Adehh..pendek akal betul..
    Dulu masa sekolah pernah gak ada kes macam tu..
    Ada sorang budak tu nak bunuh diri sebab dia da accident kan kereta kawan dia..betul ke ayat macam neh :-?
    Yg kawan dia tu pulak hari² asyik tekan² dia suh bayar..
    Tension sangat agaknya..huhuhu

    • notakosong says:

      ish3.. peer pressure, masalah jugak tu..

      x ptut betul kawan buat macam tu, come on la, ade duit smpai mase bayar la die, x perlu diingatkan macam duit lagi pentingdari nyawe

  5. yukie says:

    ouh yeaaa , saye ex-skola ni.. tpi smalam ade la kwn yg nmpk kejadian ni crite…kesian mak die , i mean ustazah tu … kawan ckp time tu sunyi lagi dari time exam .. sbb nak bg budak tu x stress , and students lain kene balek awl skit…
    jgn salah kan dia . dia tertekan , ang bukan 100% psal putus cinta i guess .. ustzah , hope ustzah kuat …

    • notakosong says:

      err, ni orang yg same dengan secret admire kat ats tu ke?

      betul, harap ustazah tu pun dapat tabahkan diri, susah jugak kalau bende ni betul2 berlaku, bayangkan dua orang kesayangan hilang dalam mase yg terdekat..

      sampaikan takziah kpda keluarga beliau ye,

  6. yukie says:

    eh xlaa , tah . budak secret admire tu skolah tu jgak kot .

    dah pindah skolah laa , xberkesempatan nak smpaikan takziah .

    byk kawan2 yg nmpk time jadi ni .
    scary betol

    • notakosong says:

      oh yeke…

      smoge student tu dpt sesuaikan diri dengan sekolah baru..
      lagi elok kalau satu keluarga ni pergi bercuti kejap ke seminggu, tenangkan jiwa dan fikiran

  7. FeeQ says:

    Damn STUPID!

    If want die, just let him die la ^^”

  8. Toyol Ta says:

    Dah tak betul budak skrg nihhh…
    Silap je sikit – nak terjun bangunan (2 x )
    Nasib tak ada helikopter, mesti dia nak terjun helikopter punya.

    Lebih baik dia panjat pokok kelapa, lepas petik 20 biji kelapa, nak terjun pun tak apa lah…sekurang2 nya ada jasa kat orang yang hidup

  9. Papa Gaga says:

    Dah sasau agaknya dunia ni

  10. notakosong says:

    his father just died, T.T

  11. me that boy says:

    apa nih duk kata kat saya nihhh

  12. alinotnot says:

    harga nyawa mcm dah murah je skrg. =.=”

  13. Mus says:

    emonya budak tu..

  14. Nur Fannun says:

    alahai..psl cinta nk bunuh diri..tp bdk ni xkecewa sgt bila cinta ditolak..yg wt dia tertekan diejek rkn2..kematian org yg dikasihi mmbuatkn dia cuba ingin menumpang kasih, berkongsi suka duka dgn tmn wanita..mlgnya cinta ditolak..ejek rkn pula..menimbulkn ketegangan emosi, mental, jiwa..akhirnya nekad bunuh diri..ktika ni la syaitan mengmbil peranan menghasut, tmbhn jiwa kosng pulak..

    Arghhhh..Jerawat bencinya!!!!

  15. hijazi says:

    jadi siapa yg hendak di salah kan …
    aduhai .. sungguh memalu kan sungguh

  16. faridah says:

    masyaallah..jgn menghukum org tanpa kita tahu masaalah sebenarnya,kita xtau apa yg dia alami,jgn tmbahkan lg fikirannya yg berserabut.tulislah kata2 yg menyejukkan hatinya.

  17. hana ahlami al-koyyani says:

    urm…kcian je kat bdk tu…mmg berani mati sgguh laa…:((

  18. zadd79 says:

    SALAM…. DAH LAME TAK DENGAR CITE LELAKI CUBA BUNUH DIRI KERANA PUTUS CINTA…. TERAKHIR 2 TAHUN LEPAS…. DI TERENGGANU…. MATI GANTUNG KERANA PUTUS CINTA….. APE PUN JALAN DAH ADA….. KITA YANG MEMILIHNYE… JALAN SEMPIT ATAU JALAN LUAS…… 1 MALAYSIA

Trackbacks/Pingbacks


Leave a Reply

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda:

Sponsors

Follow Us!

twitter / notakosong
twitter / whykimi

As seen in

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic
Blogged.my
Free Automatic Backlink
Web Analytics
BHO Malaysia Top Site Ranking

BlogMalaysia.com

Partly powered by CleverPlugins.com