Archive | Celebrity

Tahukah anda Justin Bieber juga jual Headphone?

Kepada peminat tegar Justin Bieber, kegilaan anda terhadap artis muda ini tidak lengkap sekirannya anda belum memiliki aksesori Justin Bieber ini, Justbeats™ Headphones.

Justin Bieber yang mempunyai peminat lebih 16 Bilion di laman Twitter itu membantu dalam menghasilkan produk kerjasama antara jenama penghasil kabel terkenal Monster dan jenama produk audio Beats by Dr. Dre.

justin bieber just beats headphone Tahukah anda Justin Bieber juga jual Headphone?

Terdapat dua versi yang dihasilkan, satu Justbeats™ iBeats™ jenis earphone dalam telinga (In-ear bud) dan juga Justbeats™ Solo™ jenis headphone atas kepala (On-ear).

Kualitinya? Tak pasti, sebab tak pernah beli, dan mungkin tak beli-beli, kenapa? Cuba tengok harga yang ditawarkan.

RM1180.00 untuk satu set Justbeats™ Solo™ serta kabel istimewa oleh Monster Cable.

Mahal!

Jom tengok gambar Justin Bieber pakai Justbeats™ Solo™.

justin bieber wearing just beats headphone Tahukah anda Justin Bieber juga jual Headphone?

Link untuk Produk Justin Bieber ni : http://beatsbydre.com/products/Products.aspx?pid=B6134&cat=3 dan http://beatsbydre.com/justbeats-by-dr-dre-justin-bieber-headphones/

Posted in Celebrity, Entertainment, Music1 Comment

Gadis K-POP SNSD sebelum dan selepas?

Bagi peminat muzik genre K-POP dari Korea, sudah pasti tidak asing lagi dengan kumpulan artis wanita, SNSD (Girls’ Generation). Namun pernahkah anda lihat rupa mereka sebelum jadi artis?

Kumpulan Artis Wanita yang dianggotai oleh 9 ahli, Taeyeon, Jessica, Sunny, Tiffany, Hyoyeon, Yuri, Sooyoung, Yoona, dan Seohyun, ini mendapat begitu banyak perhatian disebabkan oleh rupa mereka yang sungguh jelita.

Tapi tahukah anda rupa ahli-ahli SNSD ini bukan dari muda remaja lagi cantik? Malah, ada dakwaan mengatakan ada antara ahli SNSD yang pernah melakukan pembedahan plastik!

Tak percaya? Jom tengok gambar sebelum dan selepas beberapa ahli SNSD dibawah.

Klik pada gambar untuk paparan lebih besar.

Jessica SNSD before Gadis K POP SNSD sebelum dan selepas?

Jessica SNSD

Tae yeon SNSD before Gadis K POP SNSD sebelum dan selepas?

Tae yeon SNSD

Yuri SNSD before Gadis K POP SNSD sebelum dan selepas?

Yuri SNSD

Hyo Yeon SNSD before Gadis K POP SNSD sebelum dan selepas?

Hyo Yeon SNSD

Sunny SNSD before Gadis K POP SNSD sebelum dan selepas?

Sunny SNSD

Tiffany SNSD before Gadis K POP SNSD sebelum dan selepas?

Tiffany SNSD

Yoona SNSD before Gadis K POP SNSD sebelum dan selepas?

Yoona SNSD

Hebat betul kuasa kosmetik dan mekap ni ya? Cuba baca entri ni pula mengenai transformasi perempuan yang memakai mekap : http://notakosong.com/2190/random/lol/rahsia-wanita-di-sebalik-mekap-tebal/

Takut pula nanti kalau ada peminat SNSD yang marah, takpelah, ni ada bagi gambar SNSD satu.

SNSD Gadis K POP SNSD sebelum dan selepas?

Posted in Celebrity, Entertainment10 Comments

Peminat Lady Gaga bunuh kucing untuk kostum

Seorang gadis, peminat tegar Lady Gaga, Angelina Barnes bertindak kejam dengan sanggup membunuh haiwan peliharaannya untuk berpakaian menyerupai artis itu.

Barnes, berumur 20 tahun dan berasal dari Oklahama, Amerika Syarikat, membunuh kucing beliau dengan melemaskannya dalam tub mandi, kemudiannya membelah perut haiwan tersebut untuk mengeluarkan isi badannya. Darah kucing disapukan pada muka dan bahagian badan. Manakala paru-paru kucing tersebut ditemui dalam sebuah bekas alat kosmetik beliau.

lady gaga darah blood Peminat Lady Gaga bunuh kucing untuk kostum

Lady Gaga, merupakan seorang artis yang amat gemar mengenakan pakaian yang mengejutkan orang ramai. Beliau sering menampilkan diri dalam kostum dan aksesori yang kadang-kadang menjengkelkan dan menakutkan.

Malangnya, ianya menjadi satu pengaruh buruk terhadap Barnes yang sanggup bertindak sekejam itu hanya untuk memiliki kostum menyerupai artis idola beliau itu.

Barnes kemudiannya dibawa ke hospital selepas ditahan oleh pihak polis. Dikatakan juga, Barnes cuba mengancam nyawa jururawat dengan bilahan kaca ketika berada di hospital tersebut.

Macam-macam…

Posted in Celebrity, Entertainment3 Comments

Tonton Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 secara online

Mungkin anda sedang tertanya-tanya, macam mana nak tonton Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 secara online? Mudah sahaja. Ada 3 cara.

Cara Pertama, kalau anda masih ingat, dahulu NK pernah ceritakan bagaimana untuk tonton perlawanan Piala Thomas secara live dan online yang ditayangkan di TV1. Cara pertama ialah menggunakan teknik yang sama iaitu tonton menggunakan software yang boleh di-muatturun secara percuma, ‘Readon TV Movie Radio Player‘.

Boleh rujuk pada entri sebelum ini untuk maklumat lanjut. Tonton TV online di Readon TV Movie Radio Player.

Cara Kedua, tonton TV secara online melalui Tonton.com.my. Apa tu Tonton.com.my? Kalau nak tahu lebih lanjut sila rujuk pada entri NK mengenai Tonton.com.my sebelum ini.

Cara terakhir, dan cara Ketiga yang rasanya telah ramai yang tahu. Tonton secara langsung (Live) dan online melalui laman rasmi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 yang disediakan oleh TV3, http://live.tv3.com.my/abpbh/default.aspx.

Apa-apa pun, kalau anda sememangnya peminat tegar industri hiburan tempatan, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 di TV3, bermula jam 9.00 Malam.

anugerah bintang popular berita harian 2010 Tonton Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 secara online

Posted in Celebrity, Entertainment1 Comment

Nama anak perempuan David Beckham, Justine Bieber?

David Beckham tempohari membuat penampilan istimewa di sebuah rancangan televisyen, Jimmy Kimmel Live! dan bercerita mengenai bakal anak perempuan beliau.

David Beckham kemudiannya ditanya mengenai perasaan beliau dan Victoria Beckham ketika mendapat tahu berita mengenai bakal jantina anak keempat mereka itu.

Pada mulanya, pasangan selebriti itu mendapat tahu bahawa kandungan Victoria tersebut berjantina lelaki, disebabkan itu Victoria pun berseloroh dengan berkata, ‘Ahh, another penis in the house’.

david beckham victoria beckham daughter Nama anak perempuan David Beckham, Justine Bieber?

Setelah membuat pemeriksaan kali kedua dan ketiga, doktor kemudiannya mengesahkan bahawa anak kandungan Victoria sebenarnya merupakan anak perempuan.

Beckham kemudiannya bertanya pendapat kepada anak-anak beliau, apakah nama yang sesuai untuk diberikan kepada bakal adik mereka ini?

Ketika pemeriksaan pertama dimana doktor berkata bahawa kandungan Victoria merupakan lelaki, anak beliau mencadangkan nama Justin Bieber. Dan kini apabila doktor mengesahkan ianya adalah anak perempuan, anak beliau mencadangkan Justine Bieber. Anak-anak lelaki David Beckham sememangnya peminat Justin Bieber sejati. “The True Belieber”. icon razz Nama anak perempuan David Beckham, Justine Bieber?

Apa-apa pun, jom tengok video YouTube slot rancangan Jimmy Kimmel Live! dengan penampilan khas David Beckham.

Posted in Celebrity, Entertainment0 Comments

Najwa Latif – Cinta Muka Buku : Artis muda YouTube?

Siapa kenal dengan Najwa Latif? Gadis muda yang sedang meningkat nama dalam arena muzik tempatan ini sudah mula menghasilkan single pertama beliau, “Cinta Muka Buku”.

Najwa Latif, atau nama penuh beliau Imratul Najwa bte Abdul Latif mula menghasilkan video nyanyian lagu dan menyiarkannya di YouTube semenjak Ogos 2010 lagi. Malah beliau banyak menyanyikan lagu ‘cover’ untuk lagu-lagu yang terkenal, dengan iringan gitar yang dimainkannya sendiri.

najwa latif cinta muka buku Najwa Latif   Cinta Muka Buku : Artis muda YouTube?

Baru-baru ini, beliau mula berkerjasama dengan NAR Records, dan dari situlah terhasilnya single baru dari beliau iaitu “Cinta Muka Buku”, hasil ciptaan beliau dan kakak beliau.

Dengar-dengarnya, single lagu Najwa Latif ini akan mula dikeluarkan pada hujung bulan Mac.

Hebat, baru saja berumur 16 tahun, sudah mula menghasilkan lagu single sendiri. Yang menarik, sudah ramai pula yang mengatakan beliau sebagai ala-ala ‘Ana Raffali Junior’.

Apa gelaran yang sesuai? Gadis Gitar atau Gadis YouTube?.

Nak tahu lagi kisah Najwa Latif? Teruskan ke blog blogspot beliau : http://najwalatifs.blogspot.com atau silakan saja ke Facebook Fanpage beliau di http://www.facebook.com/pages/Najwalatif/161004417265295.

Apa-apa pun, semoga berjaya, walau apa pun, jangan lupakan pelajaran ya, jom layan video Teaser “Cinta Muka Buku” – Najwa Latif.

Posted in Celebrity, Entertainment1 Comment

Indonesia – “Kami risaukan Maria Ozawa di Jepun”

Gempa bumi dan Tsunami yang melanda Jepun 2 hari lalu, membawa kesan yang besar dengan begitu banyak respon dari pelbagai laman media sosial. Lagi-lagi di laman Twitter.

Di Twitter sahaja, Trending Topic dengan hashtag #prayforjapan sudah lebih 2 hari berada diantara topik paling hangat di sebarkan.

Namun, situasi yang lain dari yang lain berlaku di Indonesia yang sememangnya terkenal dengan majoriti penggunanya di ‘Twitterverse’ atau dunia Twitter.

Kebanyakan tweet yang datang dari Indonesia sememangnya mendoakan keselamatan dan kesejahteraan Jepun, dan ditambah pula dengan doa dan ucapan selamat kepada pelakon-pelakon filem dewasa dan filem pornografi dari Jepun, contohnya Maria Ozawa.

Pelbagai tweet seperti,

“Moga2 kamu baik2 shj”

“Smoga kmu bisa menyelamatkan diri”

“Tuhan selamatkan Maria Ozawa”

dan pelbagai lagi Tweet lain yang sememangnya ditujukan khas kepada akaun Twitter artis filem porno tersebut.

maria ozawa japan earthquake Indonesia   Kami risaukan Maria Ozawa di Jepun

Yang menarik, Maria ‘Miyabi’ Ozawa yang mempunyai darah kacukan Perancis dan Kanada ini memberi makluman kepada orang Indonesia dengan memberi kenyataan beliau selamat dan sedang berada di Kem pemulihan.

Miyabi sememangnya terkenal di Indonesia dengan hasil filem beliau disana seperti, “Menculik Miyabi” dan “Hantu Tanah Kusir“.

Alamak, kesiannya orang Jepun, dalam ramai-ramai orang yang ditimpa bencana disana nampaknya Maria Ozawa lebih terkenal.

Posted in Celebrity, Entertainment0 Comments

Selena Gomez ditumbuk peminat Justin Bieber?

Sebelum ini sudah terang dan nyata, teman wanita Justin Bieber, Selena Gomez sememang telah menerima banyak ugutan. Adakah pengugut makin melampau dengan menumbuk Selena Gomez?

Khabar angin mengenai Selena Gomez ditumbuk dibangkitkan apabila tersebar gambar di internet dimana ketika beliau keluar bersama Justin Bieber, Selena Gomez cuba untuk menutup muka beliau, namun kamera dapat mengesahkan bahawa terdapat kesan lebam pada bibir beliau.

Adakah kejadian ini berlaku ketika parti sambutan hari lahir Justin Bieber di Restoran Maggiano’s di Los Angeles?

Perhatikan pada gambar-gambar dibawah,

justin bieber punch selena gomez Selena Gomez ditumbuk peminat Justin Bieber?justin bieber shows fuck Selena Gomez ditumbuk peminat Justin Bieber?

Khabar angin tersebut bertambah benar apabila hashag #sorryjustin tersebar luas di Twitter dan ramai yang masih tertanya-tanya adakah benar Selena Gomez di tumbuk peminat? atau tiada apa-apa yang berlaku?

Hmm, Justin Bieber ada lesen memandu kereta ke?

Posted in Celebrity, Entertainment1 Comment

Justin Bieber sambut Hari Lahir dengan derma air

Hari ini, 1 Mac 2011, merupakan Hari Lahir ke-17 Justin Bieber dan artis muda popular tersebut menggesa peminat beliau untuk menderma kepada badan kebajikan.

Badan Kebajikan yang dipilih oleh Justin Bieber tersebut ialah Charity Water. Charity Water merupakan pertubuhan kebajikan yang menfokuskan derma dari orang awam kepada aktiviti membekalkan bekalan air bersih di negara-negara membangun.

justin bieber charity water birthday Justin Bieber sambut Hari Lahir dengan derma air

Justin Bieber, melalui laman sosial seperti Twitter dan Facebook berkata, beliau berharap untuk dapat berkongsi tahun yang gemilang bagi beliau dan sambutan hari lahirnya dengan mengumpul dana sekurang-kurang USD$ 17,000 untuk didermakan kepada Charity Water.

Beliau menyeru jikalau setiap seorang dari ribuan peminat beliau mampu menderma USD$17, ianya tidak akan memakan masa yang lama untuk mencecah jumlah yang dinyatakan.

Beliau turut menyeru peminat beliau untuk menyebarkan niat murni untuk menderma tersebut dengan hashtag #makeachange.

Peminat sudah menderma, Justin Bieber tak ada nak menderma apa-apa?

Posted in Celebrity, Entertainment0 Comments

Daphne Eleanor Iking sah kahwin dan masuk Islam (Dahlia Iking)

Aktres dan Personaliti Televisyen Daphne Eleanor Iking sudah sah memeluk Islam dan berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Azmi Abdul Rahman.

UPDATE : Daphne Iking turut menukar nama kepada kepada Dahlia, namun menyatakan beliau selesa jika masih dipanggil Daphne. Dahlia Eleanor Iking?

Sebelum ini begitu hangat sekali kisah bahawa terdapatnya khabar angin Daphe Iking sedang hangat bercinta dengan jejaka melayu. Dan kali ini khabar angin ini sudah boleh disahkan.

Menurut beliau, mereka raikan perkahwinan tersebut secara kecil-kecilan selepas majlis akad nikah yang berlangsung di kampung halaman beliau. Turut hadir adalah keluarga terdekat dan sahabat handai Celepets yang tidak lain lagi terdiri daripada Atilia Haron, Aishah Sinclair, Sazzy Falak, Dynas Moktar , Yasmin Hani dan Serena Choong.

daphne eleanor iking Daphne Eleanor Iking sah kahwin dan masuk Islam (Dahlia Iking)

Daphne Iking sebelum ini sibuk dengan urusan mahkamah melibat bekas suami beliau Ryan Chong Yiing Yih dan seorang ahli perniagaan Darren Choy Khin Ming.

Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Daphne Iking, semoga perkahwinan kali ini kekal dan lebih bahagia.

Sumber : DailyExpress

Posted in Celebrity, Entertainment1 Comment







Partly powered by CleverPlugins.com