Posted on 06 September 2010. Tags: Antarabangsa, Asia, Baca, Book, BookFest, BookFest @ Malaysia, Buku, China, Cikgu, Events, Guru, Hong Kong, Ilmu, KLCC, Malaysia, MICE, Pelajar, Percuma, School, Sekolah, Singapore, Student, Study, Taiwan, United Kingdom
BookFest @ Malaysia memperkenalkan majalah-majalah dan buku-buku yang diterbitkan dari China, Taiwan , Hong Kong , Malaysia & Singapore di pameran buku antarabangsa ini.
Pameran buku yang terbesar di Asia Tenggara ini bukan sahaja memperkenalkan buku dan majalah, malah turut mempamerkan produk keluaran baru dari penerbit contohnya alat penulisan.
Pameran tahunan yang berlangsung semenjak tahun 2006 lagi ini merekodkan lebih 320,000 pelawat pada tahun pertama ianya berlangsung, dan ianya kian meningkat dari tahun ke tahun menyaksikan bahawa pameran ini telah diterima umum dan akan terus berkembang.
Maklumat mengenai Pameran BookFest @ Malaysia ini adalah seperti berikut :
Tarikh : 4 – 12 September 2010
Tempat : Meetings, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE), the Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
Masa : 10am-10pm
Harga Tiket : RM2 setiap orang / PERCUMA bagi pelajar 18 tahun kebawah dan warga emas 60 tahun ke atas
Pameran yang berlangsung selama 8 hari ini bertujuan untuk menarik semua peminat buku, ulat buku hadir bersama-sama dan meluangkan masa bersama buku-buku keluaran antarabangsa.
Malah, ianya turut dapat memupuk minat membaca bagi golongan yang baru sahaja menanam minat untuk membaca.
Semua warga Pelajar, warga Pendidik dijemput untuk beramai-ramai hadirkan diri ke Pameran ini.
Maklumat lanjut, sila hubungi 1300 88 6333 atau layari http://www.bookfestmalaysia.com/

Share on Facebook
Posted in Education, Events
Posted on 14 July 2010. Tags: 2009, Agensi Kelayakan Malaysia, Bijak, Curtin University of Technology Sarawak, Education, International Islamic University Malaysia, International Medical University, LAN, Malaysia Campus, Malaysian Qualifications Agency, Management and Science University, MMU, Monash University Sunway Campus, MQA, Pelajar, Sarawak Campus, SETARA, Student, Study, Sunway University College, Swinburne University of Technology, Taylor's University College, The University of Nottingham, UITM, UKM, UniKL, Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Kuala Lumpur, Universiti Malaya, Universiti Multimedia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi Mara, Universiti Teknologi Petronas, University, USM, UTM, UTP
Baru-baru ini, Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) telah mengeluarkan keputusan Sistem Penarafan Institut Pengajian Tinggi (SETARA) bagi tahun 2009.
Sebanyak 58 buah Universiti Tempatan termasuk Universiti Awam dan Universiti Swasta yang memberi penyertaan.
Sebanyak 18 buah Universiti diberi taraf “Tier-5″ atau Cemerlang, 25 buah Universiti diberi taraf “Tier-4″ atau Sangat Baik, dan 4 buah Universiti menerima taraf “Tier-3″ atau Baik.
Berikut merupakan senarai 18 buah Universiti yang menerima taraf “Tier-5″ iaitu Cemerlang, berdasarkan turutan alphabet.
- Curtin University of Technology Sarawak
- International Islamic University Malaysia
- International Medical University
- Management and Science University
- Monash University Sunway Campus
- Sunway University College
- Swinburne University of Technology, Sarawak Campus
- Taylor’s University College
- The University of Nottingham, Malaysia Campus
- Universiti Kebangsaan Malaysia
- Universiti Kuala Lumpur
- Universiti Malaya
- Universiti Multimedia
- Universiti Putra Malaysia
- Universiti Sains Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia
- Universiti Teknologi Mara
- Universiti Teknologi Petronas
Manakala bagi senarai Universiti lain yang menerima penarafan tersebut boleh dirujuk pada Gambar dibawah.

Click image to view larger
Sumber : MQA.gov.my
Share on Facebook
Posted in Education, Malaysia
Posted on 01 July 2010. Tags: Belajar, Berita, Biasiswa, Budaya, Bumiputra, Children, Cikgu, Cina, Education, Guru, India, JPA, Kebudayaan, Kementerian, Kerajaan, Keseniaan, Malaysia, Mara, Melayu, Menteri, MRSM, News, Parlimen, Pelajar, Pelajaran, Pendidikan, Peperiksaan, Perdana Menteri, Petronas, PMR, Proton, PTPTN, SBP, Sekolah, Senarai, Seni, SPM, Student, The Star, Universiti Teknologi Petronas, UPSR
Adalah dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abd Aziz, mengatakan bahawa lebih 1,500 pemberian biasiswa adalah berdasarkan 4 kategori.
Kategori Pertama, pemberiaan biasiswa berdasarkan Merit pelajar, sebanyak 300 biasiswa ini telah ditawarkan tahun ini. Ianya dibahagikan kepada 20% pelajar bumiputra, dan baki 80% untuk pelajar bukan bumiputra.
Kategori Kedua yang berdasarkan komposisi bangsa, 900 biasiswa ditawarkan. 557 daripada itu diberi kepada bumiputra dimana 480 darinya ialah pelajar melayu.
Kategori Ketiga diberikan kepada Malaysia timur, dimana 75 kepada Sarawak dan 75 kepada Sabah.
Kategori Keempat, diberikan berdasarkan kekurangan sosial. 77 diberikan kepada Bumiputra (73 Melayu), 35 kepada bangsa cina, 18 kepada bangsa india dan 2 lagi lain-lain.
Begitulah laporan mengenai pemberian biasiswa kerajaan pada tahun ini, maklum Datuk Seri Nazri Abd Aziz pada sidang parlimen semalam.
Sumber : The Star
Untuk melihat semua senarai biasiswa lain yang terdapat di Malaysia, sila tekan URL ini.
Share on Facebook
Posted in Education, Malaysia
Posted on 24 June 2010. Tags: Belajar, Berita, Biasiswa, Budaya, Children, Cikgu, Education, Guru, Kebudayaan, Kementerian, Keseniaan, Malaysia, Menteri, MRSM, News, Pelajar, Pelajaran, Pendidikan, Peperiksaan, Perdana Menteri, PMR, SBP, Sekolah, Seni, SPM, Student, The Star, UPSR

Meskipun baru-baru ini kementerian pendidikan mengumumkan kemungkinan bahawa UPSR dan PMR akan dibubarkan sebagai peperiksaan awam, ujian kemasukan ke MRSM bagi pelajar lepasan PMR akan tetap dikekalkan.
Malah pada tahun hadapan, ujian kemasukan yang sama akan digunapakai bagi pelajar yang memohon kemasukan ke tingkatan satu di MRSM.
Ini membuktikan bahawa, walaupun tanpa PMR dan UPSR sekalipun, ianya tidak akan menjejaskan peluang pelajar untuk melanjutkan pengajian ke sekolah-sekolah berasrama penuh. Malah setiap pelajar mempunyai peluang yang sama.
Fakta tambahan turut menyatakan, terdapat lebih daripada 9,000 pelajar memohon untuk kemasukan ke MRSM pada setiap tahun, dan angka tersebut dijangka bertambah dengan wujudnya lebih MRSM.
Sumber : Berita Harian
Nampaknya kenyataan terbaru ini dengan jelas dengan apa yang NK sasarkan pada kiriman sebelum ini.
Share on Facebook
Posted in Education, Malaysia, News
Posted on 20 June 2010. Tags: Artis, Belajar, Berita, Biasiswa, Budaya, Children, Cikgu, Education, Guru, Kebudayaan, Kementerian, Keseniaan, Malaysia, Menteri, MRSM, News, Pelajar, Pelajaran, Pendidikan, Peperiksaan, Perdana Menteri, PMR, SBP, Sekolah, Seni, SPM, Student, The Star, UPSR

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan berkemungkinan untuk dilupuskan dari sistem peperiksaan awam. Begitulah apa yang dikatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga merupakan Menteri Pendidikan.
Dikatakan juga bahawa, UPSR dan PMR tidak digunakan lagi untuk meminta pekerjaan kerana kebanyakan majikan ketika ini hanya cenderung kepada kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
UPSR dan PMR hanya digunakan ketika untuk memohon tempat ke sekolah-sekolah elit contohnya Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan juga Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Maka lebih baik jika UPSR dan PMR dijadikan sebagai penilaian peringkat sekolah.

Dengan dilupuskan UPSR dan PMR dari sistem peperiksaan awam, guru-guru dan pelajar sendiri dapat lebih menfokuskan kepada peningkatan kreativiti diri pelajar, aktiviti kesukanan dan aktiviti kokurikulum.
Ini dapat turut mengelakkan dari peperiksaan di Malaysia lebih menfokuskan kepada keputusan peperiksaan semata-mata.
Walaubagaimanapun, keputusan ini masih belum ditentukan dan pelbagai kajian akan dilakukan sebelum ianya dilaksanakan. Kementerian akan menunggu pendapat dari orang awam termasuk ibu-bapa, guru-guru, dan juga pelajar sendiri
Sumber : The Star
Pada pendapat NK, NK setuju 80% dengan idea ini.
Apa yang NK fikirkan, jika UPSR dan PMR sememangnya hanya menjadi penentu ke sekolah mana anda selepas ini, kenapa tidak sekolah itu sendiri yang mengadakan peperiksaan kelayakan masuk ke sekolahnya? Apa yang NK tahu, MRSM memang mempunyai peperiksaan sebelum layak ke MRSM, namun ianya perlu lebih diperhalusi.
Mengenai fokus pada aktiviti tambahan pelajar, kementerian perlu memikirkan apa lain aktiviti tambahan untuk pelajar. Mungkin pelajar boleh belajar lebih mengenai Kesenian dan juga Kebudayaan? Alat Muzik dan juga Bahasa Tambahan mungkin?
Tapi ianya sudah pasti memerlukan lebih kerjasama dari guru-guru dan juga ibu-bapa.
Apa pendapat anda?
Share on Facebook
Posted in Education, Malaysia, News
Posted on 13 June 2010. Tags: 2010, Akademik, Congress, Dunia, Education, Engineering, ESTCON, International, KLCC, KLCC Convention Centre, Kongres, Mahathir, Malaysia, MOSTI, Pelajar, Pendidikan, Petronas, Sains, Science, Technology, Universiti, Universiti Teknologi Petronas, UTP, World

Universiti Teknologi Petronas (UTP) akan menganjurkan kongres antarabangsa mengenai penyelidikan dan inovasi dalam kejuruteraan, sains dan teknologi yang terbesar di negara ini. Kongres yang bertemakan “Merapatkan kejuruteraan, teknologi dan kemanusiaan” akan melibatkan lebih 1,400 orang ahli akademik dan dijangka lebih 58 negara terlibat.
Kongres ini yang akan berlangsung di KLCC Convention Centre akan diadakan bermula 15 jun 2010 hingga 17 jun 2010.
ESTCON 2010 ini merangkumi 7 persidangan lain iaitu :
- International Conference on Intelligent and Advanced System (ICIAS2010)
- International Symposium on Information Technology (ITSIM2010)
- International Conference on Plant Equipment and Reliability (ICPER2010)
- International Conference on Fundamental and Applied Science (ICFAS2010)
- International Conference on Sustainable Building and Infrastructure (ICSBI2010)
- International Conference on Process Engineering and Advanced Materials (ICPEAM2010)
- International Conference on Integrated Petroleum Engineering and Geosciences (ICIPEG2010)
Tun Dr Mahathir Mohamad, selaku kanselor Universiti Teknologi PETRONAS akan menyampaikan ucapan pembukaan dan perasmian berjudul “Towards Sustainability: Bridging Engineering, Technology and Humanities” pada hari pertama kongres iaitu 15 jun 2010.
Penaja utama UTP ESTCON 2010 sudah pasti PETRONAS. Ia juga mendapat sokongan penaja dari Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Sumber : ESTCON 2010
Share on Facebook
Posted in Education, Malaysia, News, World