Archive | Ekslusif

Tutorial pasang widget waktu solat di blog anda

Berikut merupakan tutorial pasang widget waktu solat di blog anda. Widget waktu solat ini teramatlah berguna lagi-lagi di bulan puasa ni, maklumlah nak tahu waktu imsak dan berbuka.

Widget ini cuma menggunakan iframe dan tidak memerlukan coding yang panjang untuk dipasang. Lebih mudah jikalau anda sememangnya mempunyai pengalaman dengan menggunakan web programming seperti HTML.

Widget yang akan digunakan ini diambil dari laman e-solat milik JAKIM.

selamat berpuasa ramadhan Tutorial pasang widget waktu solat di blog anda

Langkah-langkah dan cara-cara memasang kod waktu solat, waktu imsak, dan berbuka bagi tempat tinggal masing-masing :

  1. Mula dengan pergi pada laman untuk mengubahsuai atau menambah kod HTML pada blog anda. (WordPress : Pergi pada Appearance -> Editor, atau pada ruang Widgets, Blogspot : Pergi pada Design -> Page Elements -> Add a Gadget -> Add HTML, atau letakkan di ruang Edit HTML)
  2. Ambil Kod iframe di bawah,
    <iframe src="http://www.e-solat.gov.my/solat.php?kod=KOD&amp;lang=LANG&amp;url=URL" frameborder="0" width="320" height="240"></iframe>
  3. Ubah KOD kepada kod kawasan tempat tinggal anda, kod bagi Kuala Lumpur ialah sgr03. Rujuk disini untuk kod kawasan yang berlainan untuk setiap negeri : http://www.e-solat.gov.my/e-solat.php?PageNo=5.
  4. Ubah LANG kepada BM atau ENG, ubah URL kepada http://www.islam.gov.my.
  5. Kemudiannya tekan pada SAVE atau SUBMIT atau PUBLISH pada blog anda.
  6. SIAP! Mudah je kan?

Ada apa-apa pertanyaan boleh tanya pada ruang komen dibawah ya. Selamat Mencuba dan Selamat menjalani Ibadah Puasa!

Sumber : http://www.e-solat.gov.my

Posted in Ekslusif, Islamic, Tutorial2 Comments

Tips mudah menjalani ibadah puasa ramadhan

Esok secara rasminya akan bermula 1 Ramadhan, tiba masa untuk umat islam seluruh dunia menjalani ibadah berpuasa. Jom baca tips mudah menjalani ibadah puasa ramadhan.

TIPS KETIKA BERSAHUR

  1. Jangan lupa bersahur dengan makanan berkhasiat cukup mengandungi protein, lemak, karbohidrat, vitamin, dan mineral.
  2. Lebihkan makanan berserat atau ‘fiber’, sebab makanan berserat lebih lama untuk dihadam menyebabkan rasa kenyang sentiasa. (Buah-buahan, sayuran hijau)
  3. Kurangkan pengambilan makanan bergaram dan makanan pedas ketika sahur, untuk mengurangkan rasa haus ketika berpuasa.
  4. Elakkan rasa lapar dengan kurangkan makanan berlemak.
  5. Amalkan memakan kurma kerana nutrien pada kurma amat penting untuk berpuasa.
  6. Amalkan meminum air kosong pada malam sebelum berpuasa dan ketika sahur bagi mengelakkan dehidrasi.
  7. Jangan terus tidur selepas sahur, ambil sedikit masa untuk biarkan makanan hadam terlebih dahulu
Rasulullah saw. bersabda: Makan sahurlah kalian, karena pada makan sahur itu terdapat keberkahan. (Shahih Muslim)

ramadhan code Tips mudah menjalani ibadah puasa ramadhan

TIPS KETIKA BERBUKA

  1. Jangan mula berbuka dengan minum air yang mengandungi ais, mulakan dengan air yang kurang sejuk.
  2. Cuba mulakan berbuka dengan 3 butir kurma dan sejumlah makanan ringan lain terlebih dahulu.
  3. Solat Maghrib dan kemudiannya rehat seketika sebelum sambung dengan hidangan lain bagi memberi ruang untuk penghadaman yang seimbang.
  4. Berbuka puasa secara bertahap-tahap dan tidak terlalu gelojoh bagi mengelakkan letih dan perut kembung.
Dari Sulaiman Ibnu Amir Al-Dlobby bahwa Nabi SAW bersabda: “Apabila seseorang di antara kamu berbuka, hendaknya ia berbuka dengan kurma, jika tidak mendapatkannya, hendaknya ia berbuka dengan air karena air itu suci.” Riwayat Imam Lima. Hadits shahih menurut Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, dan Hakim.

Cukup tak dengan beberapa Tips-tips mudah itu? Banyak lagi tips lain, mungkin masing-masing ada petua sendiri untuk menjalani ibadah puasa dalam keadaan yang lebih sihat. Silakan berkongsi.

Tapi, jangan pula bila berpuasa ni jadi semakin malas, jangan lupa untuk terus amalkan gaya hidup sihat dan bersukan.

Apa-apa pun, Selamat Datang Ramadhan, dan Selamat menjalani ibadah Puasa bagi semua umat Islam seluruh dunia.

Posted in Ekslusif, Health2 Comments

10 hari terakhir Giveaway Notakosong di Andyhowtt

Anda ada blog sendiri? Ada blog tapi tak aktif? Jom sertai ‘Giveaway’ percuma untuk blogger dan anda mungkin berpeluang memenangi hadiah-hadiah misteri dan istimewa!

‘Giveaway’ anjuran blogger terkenal Andyhowtt.com ini diadakan dengan kerjasama ramai blogger-blogger terkenal lain, dan pelbagai hadiah misteri turut ditaja oleh mereka. Blogger-blogger tersebut adalah, Nisa KayAkmal HilmiFaizal FredleySaya DoodleNorfanilMohd KhairiMunzir ShafieAzri Johan,  Alya EsprezzoKaizen Shinobi dan Malcube.

giveaway notakosong dan andyhowtt 10 hari terakhir Giveaway Notakosong di Andyhowtt

Nak tahu cara lanjut untuk sertai Giveaway PERCUMA ni, sila lihat pada entri khas di http://bit.ly/rlrcxL.

Yang pasti, Notakosong.com ada tawarkan beberapa hadiah misteri yang bernilai hingga mencecah RM100 jumlahnya.

Apa tunggu lagi, antara syarat-syarat penyertaan Giveaway ini, anda perlu ‘Like’ dan ‘Follow’ Notakosong.com di Facebook.

Semoga Berjaya!

Posted in Ekslusif2 Comments

Pendedahan gambar bocor iPad 2 dan Data Plan dari Maxis

Apple iPad 2 akan dilancarkan di kebanyakan negara termasuk Malaysia esok hari, (29 April 2011), dan peminat sudah mula beratur di kebanyakan Apple Store Kuala Lumpur.

Malah beberapa pakej harga juga sudah mula tersiar dan tersebar di beberapa laman web, blog, dan forum yang membincangkan mengenai Apple iPad 2 ini.

iPad2 16GB/32GB/64GB Wifi sahaja = RM1499/RM1799/RM2099
iPad2 16GB/32GB/64GB Wifi+3G = RM1899/RM2199/RM2499

Benar atau tidak harga rasmi yang ditawarkan, itu belum dapat dipastikan selagi produk tersebut belum secara rasminya dilancarkan.

Yang menarik, terdapat satu keratan ‘flyers’ yang sudah mula tersebar di internet mengenai pakej harga jualan Apple iPad 2 oleh Maxis di Malaysia. Turut disebarkan adalah gambar bocor pakej harga dan plan data untuk telco Maxis tersebut.

Jom Tengok,

maxis ipad 2 data plan Pendedahan gambar bocor iPad 2 dan Data Plan dari Maxismaxis ipad 2 Pendedahan gambar bocor iPad 2 dan Data Plan dari Maxis

Betul atau tidak, itu masih belum dapat dipastikan. Nantikan berita rasmi dari Maxis sendiri.

Nantikan kiriman akan datang mengenai maklumat harga rasmi penjualan Apple iPad 2 di Malaysia.

Posted in Ekslusif, News, Technology4 Comments








Partly powered by CleverPlugins.com