Archive | Entertainment

Gambar gadis SNSD sebelum bermekap. Seksi tak?

Anda minat K-POP? Kalau anda minat K-POP, dah pasti anda amat kenal dengan kumpulan SNSD. Comel dan seksi kan? Cuba tengok gambar sebelum mekap pula.

gambar snsd sebelum mekap Gambar gadis SNSD sebelum bermekap. Seksi tak?

Comel? Comel sangat tak?

Agak-agaknya, kalau tanpa mekap cuma 1 atau 2 orang je yang betul-betul comel dan seksi. Yang lain memang kena bermekap juga la kalau nak ada peminat kan…

p/s : Dunia ni tak selalu indah, biasalah.

Posted in Entertainment, Music0 Comments

Amboi seksinya Khairul Fahmi muka depan majalah Glam

Amboi seksinya Khairul Fahmi muka depan majalah Glam. Penjaga Gol utama Harimau Malaya ni ‘macho’ sungguh jadi muka depan Majalah ni, jom tengok!

khairul fahmi seksi majalah Amboi seksinya Khairul Fahmi muka depan majalah Glam

Ok lah, tak ada la seksi pun kan. Tak ada benda yang nak digosipkan atau patut jadi bahan bualan pun.

Cuma kongsi mana tau ada gadis-gadis di luar sana yang berminat, bukan kah ramai yang minat gila pada Khairul Fahmi Che Mat?

Mungkin lepas ni boleh tengok pemain Harimau Malaya yang lain pula keluar bergaya ‘macho’, ‘cute’, seksi di muka depan majalah? Nazmi Faiz mungkin? Nak? Nak? Nak?

p/s : Asalkan belum keluar bergambar berseluar dalam tepi kolam macam majalah Mangga sudah, eh.

Sumber : @TeamMalaysiaFC

 

Posted in Entertainment0 Comments

KL Gangster 2 The Prequel, bakal ditayangkan akhir 2012?

Wah bukan main lagi Syamsul Yusof dengan kejayaan filem KL Gangster, kini KL Gangster 2 ‘The Prequel’ pula sedang dalam produksi. Jom tengok sedutan gambar menarik!

Filem KL Gangster berjaya mengutip catatan rekod jualan setinggi menghampiri RM12 Juta! Dan dengar-dengarnya, bajet untuk filem kedua ini pula lebih besar dan dikatakan Datuk Yusuf Haslam dibawah nama Skop Productions bersedia melaburkan setinggi RM3 Juta untuk produksi ini!

KL Gangster 2 The Prequel 1 KL Gangster 2 The Prequel, bakal ditayangkan akhir 2012?

Sedikit sinopsis filem KL Gangster 2 ini. Ianya akan lebih menceritakan kisah sebelum berlangsungnya jalan cerita dalam KL Gangster yang pertama, atau ‘Prequel’ kepada filem pertama lah.

Jalan cerita akan lebih banyak menyentuh berkenaan bagaimana kisah asal permulaan adik-beradik Malek dan Jai mula tercebak dalam dunia samseng dan gangster. Kesemuannya bermula dengan kematian ayah mereka, yang meninggalkan banyak hutang dengan samseng, akhirnya menyusahkan keluarga mereka dan ibunya tinggal dalam ketakutan.

KL Gangster 2 The Prequel 2 KL Gangster 2 The Prequel, bakal ditayangkan akhir 2012?

Pelancaran filem KL Gangster 2 telah diadakan pada 25 November yang lalu, dan penggambaran telah lama dimulakan semenjak 1 Disember lagi.

Filem ini akan diarahkan oleh Syamsul Yusuf dan skrip ditulis oleh Syamsul Yusuf sendiri dibantu oleh Rizal Ashreff.

Kali ini, barisan pelakon yang sama banyak dikekalkan, seperti Aaron Aziz, Adi Putra, Zizan Raja Lawak, Ridzuan Hashim dan Soffi Jikan. Malah turut ditambah dengan pelakon filem aksi veteran bagi memantapkan lagi filem ini, hero malaya, Rosyam Nor.

Tarikh sebenar tayangan filem ini masih belum diumumkan kerana rakaman baru sahaja bermula.

Yang pasti, ianya akan dinanti-nantikan oleh seluruh peminat aksi filem tanah air.

Saksikan beberapa gambar produksi filem ini dalam galeri dibawah :

Kredit gambar ditujukan khas kepada jurugambar rasmi KL Gangster 2, Thehitman Nazri dan Skop Productions Sdn. Bhd.

Mungkin tak lama lagi keluar ‘Trailer’ untuk KL Gangster 2 pula?

Posted in Entertainment, Movie0 Comments

Nur Atikah Nabilah Thane, bintang kecil dari Brunei

Entri lalu berkaitan gadis kecil yang berbakat besar menyanyi, terjawab dengan sebuah lagi video gadis kecil ini, Namanya Nur Atikah Nabilah Thane, berasal dari Brunei.

Nur Atikah Nabilah Thane brunei Nur Atikah Nabilah Thane, bintang kecil dari Brunei

Nur Atikah Nabilah Thane, 11 tahun menarik minat ramai penguna media sosial seperti Facebook dan YouYube apabila videonya menyanyi dengan suara yang begitu lunak tersebar luas.

Dia yang ketika itu baru berumur 10 tahun ketika video nyanyian itu dirakam, merupakan seorang pelajar Sekolah Rendah Serasa, Muara, Brunei Darussalam.

Saksikan video yang disiarkan oleh pengguna YouTube Harrisman153, yang turut mendakwa dirinya sebagai saudara dekat kepada Nur Atikah.

Dahsyat-dahsyat, malah ada yang mengatakan Nur Atikah suatu hari nanti mampu menandingi Diva Malaysia, Siti Nurhaliza, dan juga Diva Brunei sendiri, Putri Norizah.

Wajar ke gadis kecil ini menyertai bidang hiburan? Apa-apa pun, masih jauh lagi perjalanan bintang cilik ini, dan masih banyak lagi peluang pengalaman yang boleh diterokai.

Apa pendapat anda?

Posted in Entertainment, Music0 Comments

Taylor Swift diugut peluk Islam kerana gambar bogel?

Sebuah laman web yang memalukan dan menghina Islam, mengugut Taylor Swift untuk peluk Islam dengan menggunakan gambar bogelnya sebagai ganjaran. Hina!

Laman web tersebut yang terpaksa dirahsiakan, mengeluarkan kenyataan berikut ;

Unlike the heathen savages in America, us Muslims are a loving and peaceful people. With that in mind we here at Celeb Jihad have decided to be the bigger man, and compromise with Taylor Swift in regards to our topless picture article that she is so upset about.

We will remove the article if Taylor Swift simply agrees to convert to Islam. To convert to Islam, Taylor Swift must publicly renounce her Jew God Jesus, and accept Allah as her lord and master. She must then sacrifice a goat and devour its entrails. Pretty standard stuff really.

Taylor we eagerly await your response to our most generous offer. Allahu Akbar!

Ringkasan : Kami (Laman web itu) telah mengeluarkan artikel yang mempunyai gambar bogel Taylor Swift, dan jika benar Taylor Swift mahukan artikel dan gambar itu dibuang, Taylor Swift mesti memeluk Islam dengan membuat kenyataan terbuka meninggalkan Jesus dan menerima Allah sebagai tuhan. Dia juga perlu mengorbankan seekor kambing.

HAA???

Apakah kenyataan mengarut ini?

Tak pernah wujud ugutan sebegini bagi mereka yang ingin memeluk Islam atau orang bukan Islam memeluk Islam! Ini semuanya rekaan dan penipuan semata-mata. Yang pasti, pemilik sebenar laman web tersebut bukanlah orang Islam sebenarnya pun!

Kalau anda masih tertanya-tanya berkenaan laman web itu, boleh cuba google sendiri mengenai perkara ini, ini kerana laman web amat memalukan Islam dan juga ramai orang lain terutamanya artis-artis barat, kemudiannya membuat kenyataan tindakan itu adalah atas nama agama Islam.

Mengarut!

taylor swift islam Taylor Swift diugut peluk Islam kerana gambar bogel?

Dan berdasarkan beberapa maklumat lain juga, Taylor Swift kini dalam proses mengeluarkan saman ke atas pemilik laman web tersebut atas dasar mengeluarkan kenyataan palsu dan gambar bogel palsu itu telah mencemarkan namanya.

Macam-macam, tak pasal-pasal nama Islam yang tercemar!

Posted in Celebrity, Entertainment0 Comments

Artis beri pendapat hukum Hudud wajar atau tidak

Apabila Artis terkenal di Malaysia beri pendapat mereka mengenai perlaksanaan Hukum Hudud di Malaysia, ada yang mengarut, ada pula yang wajar. Jom tengok!

apa kata artis mengenai hukum hudud Artis beri pendapat hukum Hudud wajar atau tidak

Dapat baca kesemuanya? Mungkin ada yang kurang jelas paparannya, tapi mudah untuk dirumuskan yang, bukan kesemua Artis Malaysia yang ditemuduga ni betul-betul faham dengan hukum Hudud Islam. Cara perlaksanaan hukuman yang sememangnya termaktub dalam Islam sendiri.

Beberapa kesalahan yang dilaksanakan dalam hukum Hudud :

  1. Berzina – Iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syarak.
  2. Minum arak – Menghadam minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak, mabuk ataupun tidak.
  3. Mencuri – Mengambil atau memindahkan atau sembunyikan harta benda dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.
  4. Dan lain-lain….

Cuba anda teliti kata-kata dari artis yang ditemuduga seperti Heliza AF, Datuk Aziz Sattar, Alif Satar, Enot, Cat Farish dan Ayu Raudah tersebut. Wajar atau tak wajar? Ada kebenaran atau tiada kebenaran?

Atau banyak yang mengarut je? betul? ramai yang mengarut ikut suka je? ada tak? Apa komen anda terhadap komen-komen yang artis komen tu?

Posted in Celebrity, Entertainment3 Comments

Utusan kutuk Namewee dan video reaksi Namewee

Siapa yang tak kenal dengan Namewee, pengarah dan pelakon filem Nasi Lemak 2.0 ni selalu sangat jadi bahan kontroversi, selepas dikutuk Utusan, jom tengok reaksi dia.

Dalam artikel bertajuk ‘Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee…’, tulisan Fauziah Arof itu, banyak menceritakan pandangan penulis artikel itu yang tidak akan memberi sokongan kepada filem hasil karya Namewee walau ianya menerima pujian sebanyak mana sekalipun.

Katanya, meskipun filem itu penuh dengan artis besar dan terkenal seperti Afdlin Shauki, Datuk David Arumugam dan Adibah Noor, dia tetap akan menutup mata dan tidak mengendahkan filem Namewee yang menurut pengarah filem itu, di inspirasikan dari konsep ’1Malaysia’.

Kata Fauziah Arof, ianya bukan salah filem, jalan cerita, mahupun pelakon-pelakon filem itu. Tetapi kerana ianya hasil karya Namewee, yang dahulunya pernah menghina pelbagai pihak dalam negara Malaysia ini, pernah juga hina lagu Negaraku.

Amboi, bukan main lagi. Silap silam Namewee tu memang tidak dipandang remeh penulis artikel di Utusan Malaysia ni.

Namewee pula, siap buat video YouTube lagi untuk sampaikan balasan reaksinya terhadap kenyataan dalam Artikel tu. Alamak, dah jadi pergaduhan internet la ni… Antara Utusan Malaysia dengan Namewee ya, bukan antara Utusan Malaysia dengan Filem Nasi Lemak 2.0.

Biasa la Utusan Malaysia kan, surat khabar utama yang penuh dengan cerita-cerita kontroversi bukan tabloid ciptaan penulis-penulis panas lagi sensasi. Contohnya isu kartun hina Islam Utusan Malaysia sebelum ni.

Macam-macam, apa-apa pun, anda dah tonton filem Nasi Lemak 2.0 ni? Apa komen? Menarik? Bosan? Rasis ke? icon razz Utusan kutuk Namewee dan video reaksi Namewee

iklan nasi lemak 2 Utusan kutuk Namewee dan video reaksi Namewee

Posted in Entertainment, Movie2 Comments

Gadis jual dara demi tiket konsert Justin Bieber

Amboi melampau betul. Di Konsert Justin Bieber di Mexico baru-baru ini, ada gadis yang sanggup jual dara untuk dapatkan sekeping tiket konsert JB ni! Murah betul dik,

Malah, apabila tiket Justin Bieber diumumkan ‘Sold Out’, atau habis dijual, ramai peminat yang masih beratur di luar stadium tapak konsert Justin Bieber naik histeria dan menangis-nangis melampau!

Tak percaya? cuba tengok video dibawah siap dengan sari kata lagi.

Yang mampu faham cuma ‘Por favor, por favor..’, Alamak, sampai merayu-rayu menangis minta Justin Bieber datang lagi ke Mexico.

Dalam media Mexico melaporkan pula, ada sindiket pasaran gelap yang menjual tiket konsert Justin Bieber dengan tawaran yang pelik, contohnya, Tiket Justin Bieber untuk sehari bersama lelaki tidak dikenali.

Dan mengenai gadis jual dara untuk tiket Justin Bieber pula, akhbar Mexico El Norte melaporkan bahawa terdapat gadis yang menawarkan daranya semata-mata demi tiket Justin Bieber.

“Mi virginidad por un boleto para Justin Bieber, ¡me urgeee!”, escribió una usuaria la red social Facebook. - El Norte

Kalau rasa itu tak cukup gila lagi, cuba tengok ni, 5 Peminat Justin Bieber paling Gila!

Oh, dalam berita lain, Selena Gomez dah putuskan hubungan dengan Justin Bieber? Alamak, itu la, dah pesan Justin Bieber tu budak-budak lagi. Lepas ni siapa pula yang naik jadi teman wanita Justin Bieber ni, Jasmine Villegas?

jual dara justin bieber Gadis jual dara demi tiket konsert Justin Bieber

Posted in Celebrity, Entertainment1 Comment

Eh, betul ke Lady Gaga pakai baju ala-ala batik ni?

Lady Gaga memang dikenali dengan gaya fesyen yang amat pelik dan unik. Tapi kali ni Lady Gaga tampil tiba-tiba dengan gaya fesyen seumpama batik. Jom tengok,

Gambar-gambar Lady Gaga yang kelihatan ‘normal’ ini dirakamkan ketika belum sedang berjalan kaki keluar dari sebuah studio rakaman.

Dia menjadi perhatian apabila pakaiannya terlalu kelihatan biasa, tiada tanduk palsu di bahu,  tanduk di kepala, ataupun fesyen dandanan rambut yang melampaui imaginasi.

Jom tengok gambar Lady Gaga  mengenakan baju yang kelihatan seperti kain Batik ni.

lady gaga wear batik 1 Eh, betul ke Lady Gaga pakai baju ala ala batik ni?lady gaga wear batik 2 Eh, betul ke Lady Gaga pakai baju ala ala batik ni?lady gaga wear batik 3 Eh, betul ke Lady Gaga pakai baju ala ala batik ni?lady gaga wear batik 4 Eh, betul ke Lady Gaga pakai baju ala ala batik ni?

p/s : Sebenarnya Lady Gaga bukan pakai kain Batik pun, baju tu sebenarnya salah satu koleksi fesyen Versace bagi musim luruh 2011 http://bit.ly/qLSDO4

Posted in Celebrity, Entertainment2 Comments

Kalau Malaysia ada Gula-Gula, Singapura ada Sea☆A

Anda kenal dengan kumpulan K-Pop Malaysia, Gula-Gula? Dan kini, ada pula kumpulan idola J-Pop yang muncul dari Singapura, Sea☆A. Kalau Malaysia ada Gula-Gula, Singapura ada Sea☆A.

Kumpulan J-Pop Singapura ini telah menempah nama di Jepun dengan debut mereka yang ditampilkan pada ‘Anime’  ’Card Fight! Vanguard’, bertajuk ‘DREAM SHOOTER’.

Sea☆A singapore idol group Kalau Malaysia ada Gula Gula, Singapura ada Sea☆A

Kumpulan Sea☆A ini terdiri daripada 4 orang iaitu Beryl, Valerie, Estelle Ester, dan Wynnie (Berasal dari Malaysia). Katanya, perkataan Sea itu membawa maksud ‘South East Asia’ (Asia Tenggara), ‘☆’ melambangkan diri mereka sebagai bintang dan ‘A’ membawa maksud ‘Anime’

Alamak, macam hebat je kumpulan idola wanita yang berasal dari Singapura ni. Gula-Gula tak tercabar ke? Apa pendapat anda? icon razz Kalau Malaysia ada Gula Gula, Singapura ada Sea☆A

 

Posted in Celebrity, Entertainment1 Comment

Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com