Archive | Movie

KL Gangster 2 The Prequel, bakal ditayangkan akhir 2012?

Wah bukan main lagi Syamsul Yusof dengan kejayaan filem KL Gangster, kini KL Gangster 2 ‘The Prequel’ pula sedang dalam produksi. Jom tengok sedutan gambar menarik!

Filem KL Gangster berjaya mengutip catatan rekod jualan setinggi menghampiri RM12 Juta! Dan dengar-dengarnya, bajet untuk filem kedua ini pula lebih besar dan dikatakan Datuk Yusuf Haslam dibawah nama Skop Productions bersedia melaburkan setinggi RM3 Juta untuk produksi ini!

KL Gangster 2 The Prequel 1 KL Gangster 2 The Prequel, bakal ditayangkan akhir 2012?

Sedikit sinopsis filem KL Gangster 2 ini. Ianya akan lebih menceritakan kisah sebelum berlangsungnya jalan cerita dalam KL Gangster yang pertama, atau ‘Prequel’ kepada filem pertama lah.

Jalan cerita akan lebih banyak menyentuh berkenaan bagaimana kisah asal permulaan adik-beradik Malek dan Jai mula tercebak dalam dunia samseng dan gangster. Kesemuannya bermula dengan kematian ayah mereka, yang meninggalkan banyak hutang dengan samseng, akhirnya menyusahkan keluarga mereka dan ibunya tinggal dalam ketakutan.

KL Gangster 2 The Prequel 2 KL Gangster 2 The Prequel, bakal ditayangkan akhir 2012?

Pelancaran filem KL Gangster 2 telah diadakan pada 25 November yang lalu, dan penggambaran telah lama dimulakan semenjak 1 Disember lagi.

Filem ini akan diarahkan oleh Syamsul Yusuf dan skrip ditulis oleh Syamsul Yusuf sendiri dibantu oleh Rizal Ashreff.

Kali ini, barisan pelakon yang sama banyak dikekalkan, seperti Aaron Aziz, Adi Putra, Zizan Raja Lawak, Ridzuan Hashim dan Soffi Jikan. Malah turut ditambah dengan pelakon filem aksi veteran bagi memantapkan lagi filem ini, hero malaya, Rosyam Nor.

Tarikh sebenar tayangan filem ini masih belum diumumkan kerana rakaman baru sahaja bermula.

Yang pasti, ianya akan dinanti-nantikan oleh seluruh peminat aksi filem tanah air.

Saksikan beberapa gambar produksi filem ini dalam galeri dibawah :

Kredit gambar ditujukan khas kepada jurugambar rasmi KL Gangster 2, Thehitman Nazri dan Skop Productions Sdn. Bhd.

Mungkin tak lama lagi keluar ‘Trailer’ untuk KL Gangster 2 pula?

Posted in Entertainment, Movie0 Comments

Utusan kutuk Namewee dan video reaksi Namewee

Siapa yang tak kenal dengan Namewee, pengarah dan pelakon filem Nasi Lemak 2.0 ni selalu sangat jadi bahan kontroversi, selepas dikutuk Utusan, jom tengok reaksi dia.

Dalam artikel bertajuk ‘Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee…’, tulisan Fauziah Arof itu, banyak menceritakan pandangan penulis artikel itu yang tidak akan memberi sokongan kepada filem hasil karya Namewee walau ianya menerima pujian sebanyak mana sekalipun.

Katanya, meskipun filem itu penuh dengan artis besar dan terkenal seperti Afdlin Shauki, Datuk David Arumugam dan Adibah Noor, dia tetap akan menutup mata dan tidak mengendahkan filem Namewee yang menurut pengarah filem itu, di inspirasikan dari konsep ’1Malaysia’.

Kata Fauziah Arof, ianya bukan salah filem, jalan cerita, mahupun pelakon-pelakon filem itu. Tetapi kerana ianya hasil karya Namewee, yang dahulunya pernah menghina pelbagai pihak dalam negara Malaysia ini, pernah juga hina lagu Negaraku.

Amboi, bukan main lagi. Silap silam Namewee tu memang tidak dipandang remeh penulis artikel di Utusan Malaysia ni.

Namewee pula, siap buat video YouTube lagi untuk sampaikan balasan reaksinya terhadap kenyataan dalam Artikel tu. Alamak, dah jadi pergaduhan internet la ni… Antara Utusan Malaysia dengan Namewee ya, bukan antara Utusan Malaysia dengan Filem Nasi Lemak 2.0.

Biasa la Utusan Malaysia kan, surat khabar utama yang penuh dengan cerita-cerita kontroversi bukan tabloid ciptaan penulis-penulis panas lagi sensasi. Contohnya isu kartun hina Islam Utusan Malaysia sebelum ni.

Macam-macam, apa-apa pun, anda dah tonton filem Nasi Lemak 2.0 ni? Apa komen? Menarik? Bosan? Rasis ke? icon razz Utusan kutuk Namewee dan video reaksi Namewee

iklan nasi lemak 2 Utusan kutuk Namewee dan video reaksi Namewee

Posted in Entertainment, Movie2 Comments

Indonesia tampilkan Sora Aoi dalam filem Suster Keramas 2?

Penerbit filem di Indonesia buat lagi. Selepas penampilan artis filem porno Maria Ozawa, kini Sora Aoi pula yang diambil berlakon bagi filem yang baru ditayangkan, “Suster Keramas 2″.

Macam-macam, agaknya pelakon-pelakon disana sudah bosan ditayangkan di pawagam mungkin?

Walaupun begitu, mengapa mesti pelakon filem pornografi juga yang diambil berlakon? Adakah sebagai modal untuk mempromosikan filem tersebut?

suster keramas 2 sora aoi movie poster Indonesia tampilkan Sora Aoi dalam filem Suster Keramas 2?

Yang jadi persoalannya, boleh ke pelakon macam Sora Aoi (Sola Aoi) ni bertutur dalam bahasa Indonesia? Atau, dialog yang diberi semuanya dalam bahasa Jepun?

Apa-apa pun, Filem ini telah pun ditayangkan 21 April yang lalu di pawagam-pawagam di Indonesia. Malah, Filem ini turut mempunyai tajuk dalam bahasa Inggeris yang diberi nama “Evil Nurse 2″.

Apa sinopsis filem ni? Apa la agaknya ya, tak hendak pula nak ambil tahu.

Trailer Filem Suster Keramas 2 dengan penampilan khas Sora Aoi.

Posted in Entertainment, Movie4 Comments

Gambar preview Captain America dari Marvel!

“Captain America : The First Avenger”, merupakan Filem baru yang bakal ditayangkan pada tahun ini dan ianya mengisahkan mengenai superhero Captain America.

Sepertimana yang anda sudah tahu, Captain America adalah superhero dalam komik fiksyen keluaran Marvel, dan merupakan perajurit yang menentang Nazi Jerman dan Hitler ketika perang dunia kedua.

Filem yang dinanti-nantikan peminat ini nampaknya sudah mengeluarkan satu preview gambar mengenai superhero tersebut.

Watak Captain America akan dibawa oleh Chris Evans dan kostum superhero Captain America tersebut kelihatan begitu menarik sekali dengan warna biru dan merah, lengkap dengan pelindung tangan khas Captain America.

Nantikan tayangan filem arahan Joe Johnston ini yang bakal ditayangkan pada 21 Julai 2011 di Malaysia.

Captain America : The First Avenger

captain america movie Gambar preview Captain America dari Marvel!

Posted in Entertainment, Movie1 Comment

Maria Ozawa berlakon lagi? Hantu Tanah Kusir?

Alamak, Pencipta filem di Indonesia buat lagi. Kali ini Indonesia akan sekali lagi hasilkan filem dengan melibatkan Maria Ozawa dalam cerita hantu, ‘Hantu Tanah Kusir’.

Sebelum ini sebuah filem lain hasil dari Indonesia juga telah dikritik hebat oleh kerana menayangkan aktres tersebut.

Filem yang diberi tajuk ‘Menculik Miyabi‘ tersebut telah lebih setahun ditayangkan, dimana sebelum penayangan tersebut ditentukan, penghasilan filem tersebut dikritik hebat dan hampir saja dibatalkan.

Majlis Ulama’ Indonesia turut bertindak mengecam tidak mengizinkan aktres tersebut, Maria Ozawa untuk tiba mendarat di Lapangan Terbang di sana.

Malah, lakonan Maria Ozawa dalam filem Menculik Miyabi tersebut hanya dilakonkan di Jepun.

Dahsyat, adakah kerana perlukan publisiti murahan itulah sebabnya memerlukan pelakon dari Jepun ini?

Dan sudah pasti watak yang dibawa oleh Maria Ozawa akan mempunyai kesukaran dalam menuturkan dialog.

Persoalannya, adakah tindakan Dr Rozmey cuba menjemput Pamela Anderson sebagai pelakon dalam filemnya juga merupakan publisiti murahan seperti filem dari Indonesia ini?

Apa-apa pun, macam-macam dalam dunia ni kan? Haha.

Nantikan update dengan trailer filem Hantu Tanah Kusir ni, (Maria Ozawa cuma muncul 3 saat je!).

Trailer Hantu Tanah Kusir (Featuring Maria Ozawa)

hantu tanah kusir maria ozama Maria Ozawa berlakon lagi? Hantu Tanah Kusir?

Posted in Celebrity, Entertainment, Movie7 Comments

Filem 2 Alam Dr Rozmey dicaci dan dimaki

Baru beberapa hari filem 2 Alam hasil produksi Dr Rozmey ditayangkan, namun telah menerima kritikan dahsyat dari semua penontonnya.

Habis pelbagai komen dan review dari pelbagai media di internet tersebar luas mengkritik filem 2 Alam arahan Hairie Othman dan Ed Zarith.

Sedikit sedutan sinopsis filem 2 Alam ini,

Filem bergenre seram ini memaparkan kejelekkan sifat manusia yang lupa diri menggunakan ilmu yang dituntut, agama yang dianuti untuk kemahuan diri, mengikut tuntutan hawa nafsu melakukan perkara keji, jelek hanya kerana tuntutan nafsu duniawi.

Akibat gagal mengawal diri, ilmu tinggi yang dituntut tidak mampu menjadikan Amy lakonan Suhaila Salam manusia yang berguna lantas menjadi anak derhaka.

Amy menjadi umat yang mensia-siakan diri. Bukan hanya Amy, malah dia mencalitkan dosa dan noda kepada rakan-rakan dan sesiapa yang mendampinginya.

Lantas dunia adalah segala-gala baginya, walaupun pasti masuk neraka. Tiada beza bagi Amy kerana merasakan dunia dia yang punya.

Akibat dosa yang terpalit, rahsia terbongkar, maruah diri dihina. Amy menjadi tuan pada diri, menjadi hakim pada diri, ambil nyawa sendiri dengan membunuh diri.

Pelbagai komen hampa dan kecewa diberikan para blogger dan pengguna media internet.

Penuh di Facebook page Dr Rozmey dengan komen-komen dan hinaan terhadap filem 2 alam ini. Namun kesemuanya telah ‘selamat’ di-delete oleh admin page tersebut.

Cuba la cari, mungkin nasib baik boleh la jumpa yang tinggal-tinggal.

Yang tak boleh di-delete cuma komen-komen hashtag #2alam di twitter je, haha, silakan la mencari.

Tak kurang juga dengan facebook group yang banyak dicipta semata-mata kerana Dr Rozmey.

Namun, kalau anda tak sempat melihat komen-komen tersebut, dibawah ada disertakan screenshot untuk komen-komen itu.

Bukan sahaja dari penonton, malah juga mereka yang belum lagi menonton, namun meluat dengan Dr Rozmey?

#Kesian jutawan melayu kita, DDR…

2 alam dr rozmey Filem 2 Alam Dr Rozmey dicaci dan dimakifacebook benci dr rozmey Filem 2 Alam Dr Rozmey dicaci dan dimakifacebook dr rozmey Filem 2 Alam Dr Rozmey dicaci dan dimakidr rozmey Filem 2 Alam Dr Rozmey dicaci dan dimaki2 alam Filem 2 Alam Dr Rozmey dicaci dan dimakitwitter 2 alam dr rozmey Filem 2 Alam Dr Rozmey dicaci dan dimakiposter filem 2 alam dr rozmey Filem 2 Alam Dr Rozmey dicaci dan dimaki

Posted in Entertainment, LOL, Movie8 Comments

Filem Gay melayu Raja Azmi : Anu Dalam Botol

Filem “Dalam Botol” hasil tulisan Raja Azmi Raja Sulaiman nampaknya telah diluluskan Lembaga Penapisan Filem (LPF) Malaysia untuk ditayangkan pada awal Februari 2011.

Filem yang bertemakan homoseksual atau kehidupan seorang lelaki gay tersebut mendapat tentangan keras umum di Malaysia.

Namun LPF meluluskan tayangan filem tersebut dengan syarat beberapa adegan seperti adegan ghairah perbualan antara watak lelaki utama, di buang terus dari filem tersebut.

Malah, tajuk asal Filem tersebut iaitu Anu Dalam Botol turut diminta diubah kepada tajuk Dalam Botol sahaja.

Filem ini juga harus bebas dari segala adegan yang berunsur lucah dan menampilkan adegan seks.

Filem tersebut yang telah di pra-tayang 3 bulan sebelum tarikh sebenar, kepada sekumpulan Bloggers Filem mendapat pujian daripada beberapa Bloggers tersebut.

Malah ada yang memberi komen, filem ini lain dari yang lain, sesuatu yang baru dan pasti menjadi persoalan bagi mereka yang tidak menontonnya.

Filem ini mengisahkan mengenai sepasang pasangan lelaki gay. Namun tindakan salah seorang pasangan tersebut yang menjalani pembedahan jantina dari lelaki ke perempuan, ditentang keras oleh pasangannya, dan bermula masalah dalam hubungan mereka.

Dalam pada masa yang sama, muncul seorang gadis yang memikat hati lelaki gay yang masih lagi lelaki tersebut.

Kesudahan filem ini menceritakan mengenai penyesalan yang dialami oleh lelaki gay yang menjalani pembedahan jantina tersebut.

Apa motif sebenar filem ni?

Adakah cuba untuk menumpang populariti filem Hollywood lain seperti Brokeback Mountain?

anu dalam botol edited Filem Gay melayu Raja Azmi : Anu Dalam Botoldiana danielle anu dalam botol Filem Gay melayu Raja Azmi : Anu Dalam Botolanu dalam botol berlakon Filem Gay melayu Raja Azmi : Anu Dalam Botol

Posted in Entertainment, Movie10 Comments

Justin Bieber : Never Say Never The Movie

Artis remaja yang menjadi kegilaan ramai ini nampaknya tidak lama lagi akan turut bergelar seorang pelakon! Makin terkenal la nampaknya selebriti muda ni nanti!.

Justin Bieber dikatakan sedang menjalani penggambaran untuk filem beliau yang pertama nanti.

Filem tersebut akan diberi tajuk “Justin Bieber: Never Say Never“, dimana Never say never ialah tajuk kepada salah satu single beliau yang terkenal gandingan nyanyian beliau dan Jaden Smith.

Menurut beliau, filem yang akan mengisahkan cerita mengenai beliau ini sememangnya ada kena mengena dengan lagu tersebut.

Dimana beliau menceritakan ketika beliau masih kanak-kanak, ramai orang yang lebih berusia dari beliau menghalang beliau untuk melakukan segala apa yang diingini.

When he was a kid, some people said, ‘You can’t play the drums,’ and he did. Or, ‘You can post it on the Internet, but no one will see it.’ Then millions of people saw it.”

- Pengarah : John Chu

Hmm, boleh ke si Justin Bieber ni berlakon? Menari boleh la kot?

justin bieber never say never Justin Bieber : Never Say Never The Movie

Posted in Celebrity, Entertainment, Movie0 Comments

Mantera The Movie : Filem Transformers Malaysia

Pernah dengar tentang Mantera The Movie? Filem baru karya anak tempatan ini nampaknya sudah dalam fasa terakhir untuk ditayangkan tahun depan.

Filem gabungan ‘live-action’ dan animasi ini bertemakan sains fiksyen dan teknologi robotik. Kalau nak tahu, Mantera membawa maksud “Man Transformable Exo-Robotic Armor”.

Dikatakan juga filem ini mendapat ilham berdasarkan filem terkenal Transformers dan juga Filem Iron Man.

Filem arahan Aliyar Alikutthy ini menampilkan gabungan artis dalam negara dan juga luar negara. Antara artis tempatan yang terlibat ialah Tomok yang memegang watak utama (Hero), dan Shiqin Kamal sebagai Heroin.

Turut ditampilkan ialah Ratu Cantik Dunia 2008 yang juga penyanyi popular Ukraine, Natalya Shmarenkova.

Berikut merupakan sinopsis filem tersebut,

MANTERA The Movie

MANTERA mengisahkan pergolakan antara dua kumpulan rahsia yang menguasai dunia dari sebalik takbir iaitu Alliance of Light dan Dark Legions. Kumpulan Dark Legions melalui syarikat Weston Tech membangunkan senjata rahsia yang dinamakan Mantera iaitu singkatan ‘Man Transformable Exo-Robotic Armor yang juga sistem motosikal dan sarung tangan nano dan boleh berubah menjadi baju perisai robotik.

Bagaimanapun, ketua pereka Mantera iaitu Dr Natasha yang menyedari niat jahat ketuanya cuba untuk sabotaj dan memusnahkan sistem Mantera. Dia menghilangkan diri dengan pelan skematik dan kertas kerja Mantera. Sisa dan cebisan Mantera secara tidak sengaja dihantar kepada pelajar IT di Malaysia bernama Azman.

Azman dengan bantuan rakannya, Kevin membina semula Mantera sehingga menjadi motosikal berkuasa besar. Tanpa mereka sedari, motosikal itu boleh bertukar menjadi baju amor robotik yang boleh memberikan kekuatan dan kepantasan ‘superhuman’ kepada pemakainya.

Sementara itu, Weston Tech menjejaki Dr Natasha dan Azman bersama sistem Mantera yang kini menyertai Alliance of Light sehingga ke ibu pejabat rahsia Alliance of Light di Timur Tengah. Pertempuran sengit antara Azman yang menjadi Mantera dengan robot pembinasa Weston Tech yang dipanggil Vega akhirnya tercetus.

Saksikan video Teaser Trailer, diikuti dengan Poster MANTERA The Movie.

poster mantera Mantera The Movie : Filem Transformers Malaysia

Posted in Entertainment, Malaysia, Movie, Video3 Comments

6 sebab Geek minat filem Inception

Mesti ramai antara anda yang pernah menonton filem Inception betul tak? Tahukah anda, filem ini dikategorikan filem yang paling diminati golongan Geek.

Terdapat 7 sebab mengapa filem Box Office yang mengutip jualan sehingga $62.8 juta US Dollar ini menjadi minat para Geeks.

  1. Filem ini menggabungkan semua genre filem yang kebiasaannya diminati para Geeks. Genre filem seperti Sains Fiksyen, Pengintipan, dan kesan Efek Filem yang canggih.
  2. Hero filem ini merupakan seorang Geek yang cukup kacak! (Leonardo DiCaprio) Malah watak perempuan turut merupakan seorang Geek yang cukup cantik! (Oh dah jatuh cinta dengan Ellen Page).
  3. Cuba teknik menggodam (Hack) yang belum pernah dibuat orang – Cuba untuk godam fikiran minda orang lain, meletakkan pemikiran lain, dan membuatkan orang tersebut percaya fikiran tersebut memang adalah fikiran asal beliau. Rumit kan? Memang perkara sebegitu yang menjadi minat seorang Geeks untuk teroka.
  4. Wujud sekumpulan Penggodan (Hackers) yang mencipta mimpi dan jalan cerita, supaya orang yang bermimpi tersebut akan membuat segala pergerakan seperti yang telah dirancang. Seorang Geeks mestilah minat Video Game, jadi mimpi tersebut hanya bagaikan Video Game yang perlu dimainkan mengikut jalan cerita.
  5. Kisah percintaan yang mengecewakan. Watak utama Inception sering teringat kepada isteri beliau yang sudah meninggal dunia. Mesti ada kan Geeks yang terkenang tentang kekecewaan dalam percintaan atau terlepas peluang dalam percintaan kan? haha,
  6. Misteri yang masih belum terungkai. Penamat cerita yang bagaikan tergantung menimbulkan banyak soal jawab bagi penonton filem tersebut. Dan seperti biasa, Geeks sememangnya minat untuk membuat kajian mengenai filem ini dan timbul pula dengan penamat sendiri.

Kesimpulannya, adakah anda seorang Geeks?? Haha

Poster film inception 6 sebab Geek minat filem Inception

Posted in LOL, Movie4 Comments

Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com