Archive | Entertainment

Artis beri pendapat hukum Hudud wajar atau tidak

Apabila Artis terkenal di Malaysia beri pendapat mereka mengenai perlaksanaan Hukum Hudud di Malaysia, ada yang mengarut, ada pula yang wajar. Jom tengok!

apa kata artis mengenai hukum hudud Artis beri pendapat hukum Hudud wajar atau tidak

Dapat baca kesemuanya? Mungkin ada yang kurang jelas paparannya, tapi mudah untuk dirumuskan yang, bukan kesemua Artis Malaysia yang ditemuduga ni betul-betul faham dengan hukum Hudud Islam. Cara perlaksanaan hukuman yang sememangnya termaktub dalam Islam sendiri.

Beberapa kesalahan yang dilaksanakan dalam hukum Hudud :

  1. Berzina – Iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syarak.
  2. Minum arak – Menghadam minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak, mabuk ataupun tidak.
  3. Mencuri – Mengambil atau memindahkan atau sembunyikan harta benda dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.
  4. Dan lain-lain….

Cuba anda teliti kata-kata dari artis yang ditemuduga seperti Heliza AF, Datuk Aziz Sattar, Alif Satar, Enot, Cat Farish dan Ayu Raudah tersebut. Wajar atau tak wajar? Ada kebenaran atau tiada kebenaran?

Atau banyak yang mengarut je? betul? ramai yang mengarut ikut suka je? ada tak? Apa komen anda terhadap komen-komen yang artis komen tu?

Posted in Celebrity, Entertainment5 Comments

Utusan kutuk Namewee dan video reaksi Namewee

Siapa yang tak kenal dengan Namewee, pengarah dan pelakon filem Nasi Lemak 2.0 ni selalu sangat jadi bahan kontroversi, selepas dikutuk Utusan, jom tengok reaksi dia.

Dalam artikel bertajuk ‘Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee…’, tulisan Fauziah Arof itu, banyak menceritakan pandangan penulis artikel itu yang tidak akan memberi sokongan kepada filem hasil karya Namewee walau ianya menerima pujian sebanyak mana sekalipun.

Katanya, meskipun filem itu penuh dengan artis besar dan terkenal seperti Afdlin Shauki, Datuk David Arumugam dan Adibah Noor, dia tetap akan menutup mata dan tidak mengendahkan filem Namewee yang menurut pengarah filem itu, di inspirasikan dari konsep ’1Malaysia’.

Kata Fauziah Arof, ianya bukan salah filem, jalan cerita, mahupun pelakon-pelakon filem itu. Tetapi kerana ianya hasil karya Namewee, yang dahulunya pernah menghina pelbagai pihak dalam negara Malaysia ini, pernah juga hina lagu Negaraku.

Amboi, bukan main lagi. Silap silam Namewee tu memang tidak dipandang remeh penulis artikel di Utusan Malaysia ni.

Namewee pula, siap buat video YouTube lagi untuk sampaikan balasan reaksinya terhadap kenyataan dalam Artikel tu. Alamak, dah jadi pergaduhan internet la ni… Antara Utusan Malaysia dengan Namewee ya, bukan antara Utusan Malaysia dengan Filem Nasi Lemak 2.0.

Biasa la Utusan Malaysia kan, surat khabar utama yang penuh dengan cerita-cerita kontroversi bukan tabloid ciptaan penulis-penulis panas lagi sensasi. Contohnya isu kartun hina Islam Utusan Malaysia sebelum ni.

Macam-macam, apa-apa pun, anda dah tonton filem Nasi Lemak 2.0 ni? Apa komen? Menarik? Bosan? Rasis ke? icon razz Utusan kutuk Namewee dan video reaksi Namewee

iklan nasi lemak 2 Utusan kutuk Namewee dan video reaksi Namewee

Posted in Entertainment, Movie2 Comments

Gadis jual dara demi tiket konsert Justin Bieber

Amboi melampau betul. Di Konsert Justin Bieber di Mexico baru-baru ini, ada gadis yang sanggup jual dara untuk dapatkan sekeping tiket konsert JB ni! Murah betul dik,

Malah, apabila tiket Justin Bieber diumumkan ‘Sold Out’, atau habis dijual, ramai peminat yang masih beratur di luar stadium tapak konsert Justin Bieber naik histeria dan menangis-nangis melampau!

Tak percaya? cuba tengok video dibawah siap dengan sari kata lagi.

Yang mampu faham cuma ‘Por favor, por favor..’, Alamak, sampai merayu-rayu menangis minta Justin Bieber datang lagi ke Mexico.

Dalam media Mexico melaporkan pula, ada sindiket pasaran gelap yang menjual tiket konsert Justin Bieber dengan tawaran yang pelik, contohnya, Tiket Justin Bieber untuk sehari bersama lelaki tidak dikenali.

Dan mengenai gadis jual dara untuk tiket Justin Bieber pula, akhbar Mexico El Norte melaporkan bahawa terdapat gadis yang menawarkan daranya semata-mata demi tiket Justin Bieber.

“Mi virginidad por un boleto para Justin Bieber, ¡me urgeee!”, escribió una usuaria la red social Facebook. - El Norte

Kalau rasa itu tak cukup gila lagi, cuba tengok ni, 5 Peminat Justin Bieber paling Gila!

Oh, dalam berita lain, Selena Gomez dah putuskan hubungan dengan Justin Bieber? Alamak, itu la, dah pesan Justin Bieber tu budak-budak lagi. Lepas ni siapa pula yang naik jadi teman wanita Justin Bieber ni, Jasmine Villegas?

jual dara justin bieber Gadis jual dara demi tiket konsert Justin Bieber

Posted in Celebrity, Entertainment1 Comment

Eh, betul ke Lady Gaga pakai baju ala-ala batik ni?

Lady Gaga memang dikenali dengan gaya fesyen yang amat pelik dan unik. Tapi kali ni Lady Gaga tampil tiba-tiba dengan gaya fesyen seumpama batik. Jom tengok,

Gambar-gambar Lady Gaga yang kelihatan ‘normal’ ini dirakamkan ketika belum sedang berjalan kaki keluar dari sebuah studio rakaman.

Dia menjadi perhatian apabila pakaiannya terlalu kelihatan biasa, tiada tanduk palsu di bahu,  tanduk di kepala, ataupun fesyen dandanan rambut yang melampaui imaginasi.

Jom tengok gambar Lady Gaga  mengenakan baju yang kelihatan seperti kain Batik ni.

lady gaga wear batik 1 Eh, betul ke Lady Gaga pakai baju ala ala batik ni?lady gaga wear batik 2 Eh, betul ke Lady Gaga pakai baju ala ala batik ni?lady gaga wear batik 3 Eh, betul ke Lady Gaga pakai baju ala ala batik ni?lady gaga wear batik 4 Eh, betul ke Lady Gaga pakai baju ala ala batik ni?

p/s : Sebenarnya Lady Gaga bukan pakai kain Batik pun, baju tu sebenarnya salah satu koleksi fesyen Versace bagi musim luruh 2011 http://bit.ly/qLSDO4

Posted in Celebrity, Entertainment2 Comments

Kalau Malaysia ada Gula-Gula, Singapura ada Sea☆A

Anda kenal dengan kumpulan K-Pop Malaysia, Gula-Gula? Dan kini, ada pula kumpulan idola J-Pop yang muncul dari Singapura, Sea☆A. Kalau Malaysia ada Gula-Gula, Singapura ada Sea☆A.

Kumpulan J-Pop Singapura ini telah menempah nama di Jepun dengan debut mereka yang ditampilkan pada ‘Anime’  ’Card Fight! Vanguard’, bertajuk ‘DREAM SHOOTER’.

Sea☆A singapore idol group Kalau Malaysia ada Gula Gula, Singapura ada Sea☆A

Kumpulan Sea☆A ini terdiri daripada 4 orang iaitu Beryl, Valerie, Estelle Ester, dan Wynnie (Berasal dari Malaysia). Katanya, perkataan Sea itu membawa maksud ‘South East Asia’ (Asia Tenggara), ‘☆’ melambangkan diri mereka sebagai bintang dan ‘A’ membawa maksud ‘Anime’

Alamak, macam hebat je kumpulan idola wanita yang berasal dari Singapura ni. Gula-Gula tak tercabar ke? Apa pendapat anda? icon razz Kalau Malaysia ada Gula Gula, Singapura ada Sea☆A

 

Posted in Celebrity, Entertainment1 Comment

Jom main Google Doodle Les Paul – Dengan kod lagu!

Sudah pasti ramai yang sudah tahu akan Google Doodle Les Paul yang Google keluarkan pada 9 Jun 2011 yang lalu bersempena dengan ulangtahun kelahiran Les Paul.

Les Paul, atau nama sebenar beliau Lester William Polsfuss merupakan pemain gitar dan juga merupkan pencipta gitar elektrik!

Hasil ciptaan beliau disemadikan pada 9 Jun lalu oleh Google dan kini oleh kerana permintaan tinggi dan Google Doodle yang paling mendapatkan perhatian, ianya diberi laman tersendiri oleh Google!

Google Doodle Les Paul image picture Jom main Google Doodle Les Paul   Dengan kod lagu!

Maka bagi mereka yang terlepas, boleh cuba lihat kembali laman tersebut di : http://www.google.com/logos/2011/lespaul.html

Yang lebih menarik, anda boleh cuba main lagu kegemaran anda pada gitar Google Doodle tersebut! Cuba lihat pada video dibawah.

Nak cuba? Mudah je, apa anda perlu buat cuma tekan pada kotak hitam yang mempunyai butang merah pada Google Doodle tersebut untuk aktifkan mod keyboard, dan anda boleh mula bermain menggunakan butang-butan nombor pada keyboard anda!

Untuk lagu diatas, anda boleh cuba gunakan kod dibawah ini :

Kod Keyboard Google Doodle lagu Can’t take my eyes off you.

Rangkap pertama :

000(04)6 789(05)09 878(93)5 678(96)98 767(82)4  (85)8787(61) 16(51)

Rangkap kedua :

000(04)6 789(05)09 878(93)5 678(96)98 767(82)4 (85)879(91) 1(81)

Selamat mencuba! icon wink Jom main Google Doodle Les Paul   Dengan kod lagu!

Posted in Entertainment, Music, Video0 Comments

Pewangi jenama ‘Someday’ ciptaan Justin Bieber

Artis muda terkenal, Justin Bieber, bakal melancarkan ‘Perfume’ pewangi dibawah jenama Someday yang dikatakan akan menyebabkan penggunanya rasa lebih istimewa.

Justin berkata kononnya, “Pewangi ini akan membawa penggunanya ke perjalanan dengan pelbagai kemungkinan, perjalan ke dunia Justin Bieber”.  :O

Malah, video iklan mengenai Jenama Minyak Wangi ini juga telah dilancarkan di YouTube :

Alamak, macam-macam betul Justin Bieber ni, tak cukup dengan tu, Aplikasi Rasmi untuk jenama pewangi Someday ni juga telah diterbitkan di App Store untuk iPhone!

Harga? Belum diumumkan lagi, nantikan pelancaran debut Pewangi Someday ini pada 20 Jun nanti, nak ke beli lagipun? icon razz Pewangi jenama Someday ciptaan Justin Bieber

justin bieber someday fragrance dree hemingway Pewangi jenama Someday ciptaan Justin Bieber

Posted in Celebrity, Entertainment0 Comments

Diana Danielle cipta album bersama Akon

Aktres pelakon filem dan drama terkenal, Diana Danielle, dengar katanya bakal mencipta nama dalam bidang nyanyian dengan kemunculan album debut solo gandingan bersama Akon.

Diana Danielle, atau nama penuh beliau Diana Danielle Danny Beeson merupakan aktres muda yang mempunyai darah kacukan British-Malaysia ini sedang dalam perbincangan bersama artis antrabangsa terkenal Akon, dan juga produser/penulis lirik terkenal Mary J. Blige.

Siapa yang tidak kenal dengan Akon, nama besar bintang Amerika dalam bidang nyanyian, dan juga Mary J. Blige, merupakan orang utama dalam menaikkan nama bintang lain seperti Michael Jackson dan lain-lain lagi.

Menurut Diana Danielle, lagu single pertama beliau hasil karya beliau berjudul, ‘Tak Pernah Ada‘ akan disiarkan keudara mula Jun ini, dan sememangnya menjadi impian beliau untuk menembusi pasaran nyanyian di medan antarabangsa.

Diana danielle beeson album akon Diana Danielle cipta album bersama Akon

Gadis berusia 19 tahun tersebut sebelum ini sememangnya terkenal dengan lakonan beliau dalam filem-filem tempatan seperti Evolusi KL Drift, Magika, dan terbaru Dalam Botol.

Kini beliau mencuba bakat dalam bidang nyanyian pula.

Hebat, macam-macam bakat Diana Danielle ni, malah menurut pihak yang berminat, mengatakan Diana Danielle ini sememangnya ada pakej dalam bidang nyanyian.

Posted in Celebrity, Entertainment2 Comments

FarmVille versi Lady Gaga = GagaVille!

Anda pernah main pemainan terkenal FarmVille di Facebook? Tak lama lagi versi baru FarmVille bertemakan Lady Gaga akan dilancarkan, bersedia untuk ke GagaVille!

Lady Gaga tidak lama lagi akan menawan dunia permainan internet pula setelah pengumuman dari Zynga (Pengeluar FarmVille), akan melancarkan GagaVille yang akan menggunakan Lady Gaga sebagai motif utama dalam permainan internet tersebut.

GagaVille akan dibina bertemakan album terbaru Lady Gaga yang akan dikeluarkan tidak lama lagi, yang memuatkan lagu seperti “Born This Way”. Malah, para pengguna FarmVille yang akan bermain GagaVille akan dapat memperoleh lagu tersebut, “Born This Way” secara percuma melalui permainan tersebut.

farmville lady gaga version FarmVille versi Lady Gaga = GagaVille!

Segala binaan dalam GagaVille ini akan bertemakan Lady Gaga. Contohnya pokok kristal, kuda unicorn, biri-biri menunggang motorsikal, dan sebagainya.

Selain dari itu, para pemain juga mampu untuk membuka pelbagai ganjaran istimewa seperti muat turun percuma lagu terbaru Lady Gaga, sebelum ianya dimainkan di stesyen radio!

Macam-macam Lady Gaga ni, jangan sampai ada pemain yang sampai habis duit beribu main FarmVille seperti sebelum ini cukuplah ya.

gagaville lady gaga FarmVille versi Lady Gaga = GagaVille!

Sumber : http://www.zynga.com/ladygaga/gaga.php

Posted in Celebrity, Entertainment1 Comment

Video YouTube siri rancangan Maharaja Lawak 2011 – Minggu Kedua

Maharaja Lawak mendapat perhatian ramai dengan menampilkan finalis-finalis Raja Lawak dari Musim Pertama hingga ke musim Keenam. Jom tengok rancangan ini.

Maharaja Lawak 2011 menampilkan 12 Finalis Raja Lawak musim sebelumnya, iaitu Yus dan Taukeh (Jambu), Zizan dan Johan (Jozan), Nabil, Kumpulan XN3, Kumpulan Sepah, Jihan, Amir, Kumpulan Kechik & Idlan (Wai), Alex, Man, Kumpulan R2,Kumpulan Balas.

Disebabkan tiada penyingkiran dibuat pada minggu pertama, peserta untuk minggu kedua masih lagi sama. Tema adalah Bebas

Jom tonton siri rancangan Maharaja Lawak untuk setiap minggu di sini, dan untuk entri kali ini, adalah Video YouTube siri rancangan Maharaja Lawak Minggu Kedua.

Kredit kepada Channel Nazwa69

Persembahan Pembukaan oleh Usop Wilcha

Maharaja Lawak - Kumpulan XN3



Maharaja Lawak – Jihan

Maharaja Lawak – Alex



Maharaja Lawak – Kumpulan R2

Maharaja Lawak – Amir



Maharaja Lawak - Man

Maharaja Lawak  - Kumpulan Jambu (Yus dan Taukeh)



Maharaja Lawak – Kumpulan Jozan (Zizan dan Johan)

Maharaja Lawak – Kumpulan Sepah



Maharaja Lawak – Nabil

Maharaja Lawak – Kumpulan Wai (Kumpulan Kechik & Idlan)



Maharaja Lawak – Kumpulan Balas

Nampaknya untuk minggu kedua, juga tiada penyingkiran yang dibuat.

Nantikan update Video YouTube siri rancangan Maharaja Lawak 2011 untuk setiap minggu dalam entri akan datang. Sekarang rancangan ini telah pun masuk ke minggu ke-enam!

maharaja lawak logo Video YouTube siri rancangan Maharaja Lawak 2011   Minggu Kedua

Posted in Entertainment, Video1 Comment







Partly powered by CleverPlugins.com