Archive | Video

Jom main Google Doodle Les Paul – Dengan kod lagu!

Sudah pasti ramai yang sudah tahu akan Google Doodle Les Paul yang Google keluarkan pada 9 Jun 2011 yang lalu bersempena dengan ulangtahun kelahiran Les Paul.

Les Paul, atau nama sebenar beliau Lester William Polsfuss merupakan pemain gitar dan juga merupkan pencipta gitar elektrik!

Hasil ciptaan beliau disemadikan pada 9 Jun lalu oleh Google dan kini oleh kerana permintaan tinggi dan Google Doodle yang paling mendapatkan perhatian, ianya diberi laman tersendiri oleh Google!

Google Doodle Les Paul image picture Jom main Google Doodle Les Paul   Dengan kod lagu!

Maka bagi mereka yang terlepas, boleh cuba lihat kembali laman tersebut di : http://www.google.com/logos/2011/lespaul.html

Yang lebih menarik, anda boleh cuba main lagu kegemaran anda pada gitar Google Doodle tersebut! Cuba lihat pada video dibawah.

Nak cuba? Mudah je, apa anda perlu buat cuma tekan pada kotak hitam yang mempunyai butang merah pada Google Doodle tersebut untuk aktifkan mod keyboard, dan anda boleh mula bermain menggunakan butang-butan nombor pada keyboard anda!

Untuk lagu diatas, anda boleh cuba gunakan kod dibawah ini :

Kod Keyboard Google Doodle lagu Can’t take my eyes off you.

Rangkap pertama :

000(04)6 789(05)09 878(93)5 678(96)98 767(82)4  (85)8787(61) 16(51)

Rangkap kedua :

000(04)6 789(05)09 878(93)5 678(96)98 767(82)4 (85)879(91) 1(81)

Selamat mencuba! icon wink Jom main Google Doodle Les Paul   Dengan kod lagu!

Posted in Entertainment, Music, Video0 Comments

Video YouTube siri rancangan Maharaja Lawak 2011 – Minggu Kedua

Maharaja Lawak mendapat perhatian ramai dengan menampilkan finalis-finalis Raja Lawak dari Musim Pertama hingga ke musim Keenam. Jom tengok rancangan ini.

Maharaja Lawak 2011 menampilkan 12 Finalis Raja Lawak musim sebelumnya, iaitu Yus dan Taukeh (Jambu), Zizan dan Johan (Jozan), Nabil, Kumpulan XN3, Kumpulan Sepah, Jihan, Amir, Kumpulan Kechik & Idlan (Wai), Alex, Man, Kumpulan R2,Kumpulan Balas.

Disebabkan tiada penyingkiran dibuat pada minggu pertama, peserta untuk minggu kedua masih lagi sama. Tema adalah Bebas

Jom tonton siri rancangan Maharaja Lawak untuk setiap minggu di sini, dan untuk entri kali ini, adalah Video YouTube siri rancangan Maharaja Lawak Minggu Kedua.

Kredit kepada Channel Nazwa69

Persembahan Pembukaan oleh Usop Wilcha

Maharaja Lawak - Kumpulan XN3



Maharaja Lawak – Jihan

Maharaja Lawak – Alex



Maharaja Lawak – Kumpulan R2

Maharaja Lawak – Amir



Maharaja Lawak - Man

Maharaja Lawak  - Kumpulan Jambu (Yus dan Taukeh)



Maharaja Lawak – Kumpulan Jozan (Zizan dan Johan)

Maharaja Lawak – Kumpulan Sepah



Maharaja Lawak – Nabil

Maharaja Lawak – Kumpulan Wai (Kumpulan Kechik & Idlan)



Maharaja Lawak – Kumpulan Balas

Nampaknya untuk minggu kedua, juga tiada penyingkiran yang dibuat.

Nantikan update Video YouTube siri rancangan Maharaja Lawak 2011 untuk setiap minggu dalam entri akan datang. Sekarang rancangan ini telah pun masuk ke minggu ke-enam!

maharaja lawak logo Video YouTube siri rancangan Maharaja Lawak 2011   Minggu Kedua

Posted in Entertainment, Video1 Comment

Video YouTube siri rancangan Maharaja Lawak 2011 – Minggu Pertama

Maharaja Lawak mendapat perhatian ramai dengan menampilkan finalis-finalis Raja Lawak dari Musim Pertama hingga ke musim Keenam. Jom tengok rancangan ini.

Maharaja Lawak 2011 menampilkan 12 Finalis Raja Lawak musim sebelumnya, iaitu Yus dan Taukeh (Jambu), Zizan dan Johan (Jozan), Nabil, Kumpulan XN3, Kumpulan Sepah, Jihan, Amir, Kumpulan Kechik & Idlan (Wai), Alex, Man, Kumpulan R2,Kumpulan Balas.

Jom tonton siri rancangan Maharaja Lawak untuk setiap minggu di sini, dan untuk entri kali ini, adalah Video YouTube siri rancangan Maharaja Lawak Minggu Pertama.

Kredit kepada Channel Nazwa69

Maharaja Lawak  - Kumpulan Jambu (Yus dan Taukeh)

Maharaja Lawak - Man

Maharaja Lawak - Kumpulan XN3

Maharaja Lawak – Amir

Maharaja Lawak – Kumpulan R2

Maharaja Lawak – Alex

Maharaja Lawak – Kumpulan Jozan (Zizan dan Johan)

Maharaja Lawak – Kumpulan Wai (Kumpulan Kechik & Idlan)

Maharaja Lawak – Kumpulan Sepah

Maharaja Lawak – Kumpulan Balas

Maharaja Lawak – Nabil

Maharaja Lawak – Jihan

Nampaknya untuk minggu pertama, tiada penyingkiran yang dibuat.

Nantikan update Video YouTube siri rancangan Maharaja Lawak 2011 untuk setiap minggu dalam entri akan datang. Sekarang rancangan ini telah pun masuk ke minggu ke-empat!

maharaja lawak logo Video YouTube siri rancangan Maharaja Lawak 2011   Minggu Pertama


Posted in Entertainment, Video1 Comment

Video Azwan Ismail “Saya Gay, Saya OK”

Apa yang berlaku apabila komuniti LGBT (lesbian, gay, bisexual, dan transgender) diiktiraf di Malaysia? Mungkin itu objektif Seksualiti Merdeka dengan menyokong video “It Gets Better”.

Seksualiti Merdeka turut membawakan 15 lagi golongan LGBT di Malaysia iaitu Alvin Ng, Azwan Ismail, Gary Ooi, Jerome Kugan, Joe Pang, Kavidha Natarajan, Michelle Nor Ismat, Nabila Nasir, Nisha, Pang Khee Teik, Peter Ong, Seetha, Sharaad Kuttan, Sulastri & Tina Fazlita Fadzil untuk turut menyertai projek video “It Gets Better”.

Bagi mereka yang masih belum tahu, projek video “It Gets Better” ialah projek yang dimulakan oleh Dan Savage, seorang penulis dari Amerika Syarikat untuk membantu golongan LGBT meneruskan hidup mereka.

Turut dinyatakan adalah, ini kerana sebelum ini, golongan LGBT ini kebanyakan hidup merana dengan deraan dari masyarakat malah ada antara golongan ini yang akhirnya bunuh diri.

Di Malaysia, golongan LGBT tidak diiktiraf dan tidak mungkin akan diiktiraf buat selama-lamanya.

Bagi ramai orang, projek ini lebih membawa mudarat dari membawa kebaikan, kerana dengan adanya sokongan terhadap perkara sebegini, lebih banyak lagi golongan ini yang akan muncul dan akhirnya merosakkan cara hidup masyarakat.

Mungkin ada yang berpendapat ianya baik, tapi ramai pakar psikologi menyatakan golongan LGBT ini hanya menghidapi penyakit mental dan perlu menjalani rawatan bagi penyakit ini.

Apa pendapat anda apabila video dari Seksualiti Merdeka ini secara terang-terang meminta golongan LGBT untuk hidup secara bangganya di negara Islam seperti Malaysia?

Video Azwan Ismail “Saya Gay, Saya OK”

azwan ismail melayu gay Video Azwan Ismail Saya Gay, Saya OK



Posted in Random, Video5 Comments

Iklan TV Tonton : Pelik?

Pernah dengar mengenai Tonton.com.my? Kalau tak, pernah anda tengok video iklan TV mengenai Tonton.com.my di kaca televisyen? Apa pendapat anda?

Iklan Tonton.com.my nampaknya cuba menunjukkan kelainan dengan menampilkan iklan yang agak jauh kaitannya dengan Tonton.com.my.

Seperti yang kebanyakan anda sudah tahu, Tonton.com.my merupakan sebuah laman web interaktif yang membolehkan anda untuk menonton segala rancangan televisyen kegemaran anda dalam talian (online) pada bila-bila masa sahaja.

Apa yang ditampilkan dalam iklan komersial pula ialah, satu adegan perbincangan mengenai bagaimana iklan mengenai laman web Tonton.com.my ini akan dilakukan. Dengan kata lain, iklan dalam iklan.

Yang kelakarnya, iklan yang dibincangkan dalam iklan itu sendiri pun agak lawak.

Apa kena mengena Kuda buat pole dance dan 2 orang gadis, dengan laman web Tonton?

Apa-apa pun, kita layankan sahaja ya,

tonton tv iklan Iklan TV Tonton : Pelik?

Posted in LOL, Random, Video1 Comment

“Crush Fetish” : Geng kekejaman terhadap haiwan

“Crush Fetish” : Geng kekejaman terhadap haiwan

Baru-baru ini video yang menayangkan kekejaman terhadap haiwan semakin tersebar luas. Video yang terbaru menyaksikan seorang remaja perempuan membunuh seekor arnab.

Mungkin ada antara anda memikirkan bahawa tindakan kejam ini adalah cuma satu kemalangan atau mungkin gadis tersebut mungkin hanya pesakit mental.

Namun tidak, ini adalah kerana, dimaklumkan adalah video tersebut adalah milik sebuah kumpulan kejam di internet, yang menggelarkan diri mereka sebagai “Crush Fetish”.

Kumpulan ini, “Crush Fetish”, membuat video ini dengan tujuan memperoleh keuntungan.

Dimana video-video rakaman kejam ini akan dijual kepada pelanggan berkenaan dalam bentuk DVD keluar negara dengan harga yang tinggi.

Malah, gadis-gadis atau ‘pelakon’ dalam video tersebut bukanlah ahli secara terus kepada kumpulan “Crush Fetish” ini, namun, para pelakon ini dibayar dengan harga tinggi untuk melakukan aksi tersebut.

Segala video ini dibuat di China, ini kerana setakat ini China masih belum mempunyai akta undang-undang terhadap kekejaman binatang. Saksikan saja berapa ramai orang di China yang memakan binatang secara hidup-hidup, malah kucing pun jadi makanan secara hidup-hidup.

Untuk setiap video tersebut, harga yang dibayar adalah serendah 3,000 Yuan (RM 1,412.23) sehingga 6,000 Yuan (RM 2,824.35)

Video tersebut tidak dapat ditayangkan oleh kerana atas dasar unsur-unsur kekejaman yang terlampau, sila email secara personal untuk saksikan video tersebut.

Gambar dibawah menunjukkan beberapa screenshot video tersebut yang menunjukkan seorang gadis duduk diatas seekor arnab sehingga mati.

“Crush Fetish” : Geng kekejaman terhadap haiwan

crushfetish 1 Crush Fetish : Geng kekejaman terhadap haiwan

crushfetish 2 Crush Fetish : Geng kekejaman terhadap haiwanarnab kena bunuh 1 Crush Fetish : Geng kekejaman terhadap haiwanarnab kena bunuh 2 Crush Fetish : Geng kekejaman terhadap haiwanarnab kena bunuh 3 Crush Fetish : Geng kekejaman terhadap haiwanarnab kena bunuh 4 Crush Fetish : Geng kekejaman terhadap haiwan

Posted in Internet, Random, Video6 Comments

Panas : Melayu moden boleh cium-cium?

Melayu moden boleh cium-cium? Dahsyat budak-budak melayu sekarang ni, semakin berani, semakin panas, semakin…. bodoh?

Aksi mereka ini dirakam dalam sebuah video di YouTube, lokasi kejadian, KLCC

Sepasang kekasih yang terlalu asyik memadu kasih ni, tanpa memikirkan bahawa mereka berada di khalayak ramai dan di tengah-tengah ibukota boleh bertindak panas pula.

Tanpa segan silu dengan orang yang lalu-lalang, pasangan kekasih ni dengan suka hati melakukan aksi ghairah mereka pulak.

Dipercayai kedua-dua lelaki dan perempuan ini masih lagi bawah umur, bermaksud mereka ini masih lagi pelajar sekolah menengah mungkin.

Antara perbualan dalam video tersebut,

“Tadi dia nak balik,”

“Nak buat macam mana, Aku tak penting,”

“Break je awek kau ni,”

“Aku bagi dia pilihan tadi, nak KLCC ke nak aku,”

“Kau nak tinggalkan dia ke? bodoh!”

“Kat New York bai!”

Malah, yang memalukan, mereka yang merakam video ini ialah rakan-rakan kepada pasangan tersebut.

Bangga dengan kononnya tindakan mereka ni umpama orang di luar negara, konon-konon moden dengan cara kehidupan orang barat.

Apa la perasaan mak bapak kedua-dua orang ni ye? “Get a room please,”

Nantikan Video yang akan dimasukkan lewat malam ini.

Sementara itu saksikan gambar-gambar dari video tersebut.

Video pasangan melayu cium depan KLCC

melayu cium cium depan klcc Panas : Melayu moden boleh cium cium?melayu cium cium Panas : Melayu moden boleh cium cium?

Posted in LOL, Random, Video7 Comments

Mantera The Movie : Filem Transformers Malaysia

Pernah dengar tentang Mantera The Movie? Filem baru karya anak tempatan ini nampaknya sudah dalam fasa terakhir untuk ditayangkan tahun depan.

Filem gabungan ‘live-action’ dan animasi ini bertemakan sains fiksyen dan teknologi robotik. Kalau nak tahu, Mantera membawa maksud “Man Transformable Exo-Robotic Armor”.

Dikatakan juga filem ini mendapat ilham berdasarkan filem terkenal Transformers dan juga Filem Iron Man.

Filem arahan Aliyar Alikutthy ini menampilkan gabungan artis dalam negara dan juga luar negara. Antara artis tempatan yang terlibat ialah Tomok yang memegang watak utama (Hero), dan Shiqin Kamal sebagai Heroin.

Turut ditampilkan ialah Ratu Cantik Dunia 2008 yang juga penyanyi popular Ukraine, Natalya Shmarenkova.

Berikut merupakan sinopsis filem tersebut,

MANTERA The Movie

MANTERA mengisahkan pergolakan antara dua kumpulan rahsia yang menguasai dunia dari sebalik takbir iaitu Alliance of Light dan Dark Legions. Kumpulan Dark Legions melalui syarikat Weston Tech membangunkan senjata rahsia yang dinamakan Mantera iaitu singkatan ‘Man Transformable Exo-Robotic Armor yang juga sistem motosikal dan sarung tangan nano dan boleh berubah menjadi baju perisai robotik.

Bagaimanapun, ketua pereka Mantera iaitu Dr Natasha yang menyedari niat jahat ketuanya cuba untuk sabotaj dan memusnahkan sistem Mantera. Dia menghilangkan diri dengan pelan skematik dan kertas kerja Mantera. Sisa dan cebisan Mantera secara tidak sengaja dihantar kepada pelajar IT di Malaysia bernama Azman.

Azman dengan bantuan rakannya, Kevin membina semula Mantera sehingga menjadi motosikal berkuasa besar. Tanpa mereka sedari, motosikal itu boleh bertukar menjadi baju amor robotik yang boleh memberikan kekuatan dan kepantasan ‘superhuman’ kepada pemakainya.

Sementara itu, Weston Tech menjejaki Dr Natasha dan Azman bersama sistem Mantera yang kini menyertai Alliance of Light sehingga ke ibu pejabat rahsia Alliance of Light di Timur Tengah. Pertempuran sengit antara Azman yang menjadi Mantera dengan robot pembinasa Weston Tech yang dipanggil Vega akhirnya tercetus.

Saksikan video Teaser Trailer, diikuti dengan Poster MANTERA The Movie.

poster mantera Mantera The Movie : Filem Transformers Malaysia

Posted in Entertainment, Malaysia, Movie, Video3 Comments

Video TeacherShida atau Cik Shida jadi fenomena YouTube

Pelbagai video milik pengguna YouTube TeacherShida menjadi fenomena baru apabila video-video kirimannya menjadi kontroversi dengan pelbagai reaksi positif dan juga respon negatif.

Video beliau yang kebanyakan tersebar mengenai bakat beliau ‘miming’ lagu milik artis lain, menjadi satu video viral yang begitu hebat tersebar di seluruh internet sebagai contohnya di FaceBook.

Malah, selain mempunyai Channel YouTube sendiri, Cik Shida turut mempunyai Profile Fanpage Facebook milik beliau. : http://www.facebook.com/pages/CikShida-Original/107343609329183

Teacher Shida atau nama sebenar beliau Roshida binti Abd Aziz merupakan seorang Guru Bahasa Inggeris yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Pulau Padang, Parit, Perak.

Melalui Fanpage beliau di Facebook, beliau turut menyatakan bagaimana beliau dikritik hebat oleh orang ramai,

video-video miming saya telah mendapat pelbagai reaksi positif juga tidak kurang yang negatif dari masyarakat Malaysia di Alam Maya ini KERANA STATUS SAYA SEBAGAI SEORANG PENDIDIK (GURU). AND I’M PROUD TO BE A TEACHER!

Video-video rakaman beliau yang tersebar luas di internet menyebabkan beliau dituduh sebagai hanya pandai membuat video hiburan semata-mata.

Namun, berdasarkan playlist yang terdapat didalam YouTube, beliau turut memasukkan video yang berunsur pendidikan contohnya video mengenai Choral Speaking dan sebagainya.

Antara video rakaman miming yang popular beliau adalah seperti, MIMING Yank (Wali Band), MIMING Jahat (Stacy), MIMING ‘WAKA-WAKA’ – Shakira, dan lain-lain.

Lain-lain video beliau boleh ditonton di Channel TeacherShida di YouTube : http://www.youtube.com/user/TeacherShida

teacher shida cik shida original Video TeacherShida atau Cik Shida jadi fenomena YouTube

Posted in Malaysia, Video3 Comments

Apple iPhone 5 terbaru!

Belum sampai sebulan Apple iPhone 4 dilancarkan di Malaysia, Kini sibuk pula dengan ura-ura mengenai Apple iPhone 5!

Apple iPhone 5 ini dikatakan akan mengalami perubahan sepenuhnya berbanding iPhone 4, dan turut akan diberikan teknologi baru.

Menurut Philip Thomas, Vice President Imaginary Technology Apple, iPhone 5 ini akan tidak dapat dilihat secara nyata, dengan erti lain, ianya akan Lutsinar!

Pelik kan? Mungkin antara anda sudah tahu mengenai video spoof tentang Apple iPhone 5 ini. Video ini nampaknya dibuat semata-mata untuk menunjukkan betapa besar perubahan yang mungkin akan dibawa oleh Apple untuk model iPhone yang akan datang.

Hehe, apa-apa pun, saksikan video spoof dari BiteTV ini.

iphone 5 logo Apple iPhone 5 terbaru!

Posted in LOL, Technology, Video4 Comments

Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com