Posted on 03 September 2010. Tags: Adam Lambert, American Idol, April, Asia, Australia, Brunei, Bukit Jalil, Consert, Harga, Hong Kong, Indonesia, Konsert, Live, Lokasi, Manila, New Zealand, Paramore, Price, Show, Singapura, Tempat, Thailand, Tiket, Tour, Venue, Website, Whataya Want From Me
Berita baik bagi semua peminat naib juara American Idol musim kelapan, Adam Lambert!! Adam Lambert yang terkenal dengan lagu hit single nya ‘Whataya Want From Me‘, akan mengadakan konsert sulungnya di Malaysia!
Konsert ini yang pernah dikatakan pada April awal tahun ini pada mulanya kelihatan seperti tidak menjadi, namun, pengumuman rasmi telah dibuat di laman web rasmi Adam Lambert mengesahkan konsert ini akan diteruskan.
Antara Lokasi lain yang telah dirancang bagi siri konsert jelajah Asia ini, selain Kuala Lumpur, ialah, Hong Kong, Manila, Australia dan New Zealand.
Oleh kerana Kuala Lumpur merupakan lokasi yang berada di tengah-tengah Asia Tenggara, kemungkinan besar peminat-peminat dari Indonesia, Singapura, Brunei malah Thailand akan turut hadir!
Namun demikian, meskipun tarikh untuk Konsert di Kuala Lumpur telah ditetapkan, lokasi persembahan beliau masih belum dapat ditentukan. Mungkinkah di Bukit Jalil seperti Konsert Paramore??
“I hope the audience will be able to escape for a few hours and fall into a world full of glam, drama and excitement. I am confident we have put together a show FAR beyond the price of the ticket. I am looking forward to connecting with fans all across the world with this show.”
- Adam Lambert
Adakah ini bermakna, konsert Adam Lambert akan menawarkan harga Tiket yang berbaloi?? Nantikan pengumuman rasmi dari Marctensia dan Sony Music~

http://www.adamofficial.com/my/news/adam-lambert-glam-nation-tour-live-malaysia-2010
Share on Facebook
Posted in Celebrity, Events
Posted on 31 August 2010. Tags: Ajai, Anuar Zain & Ellina - Suasana Hari Raya, Bendera, dan Rem - Lebaran Ini, DJ Dave - Menjelang Hari Raya, Download, Hari Raya Aidilfitri, Jalur Gemilang, Jeffrydin - Musafir Di Aidilfitri, Lagu, Lagu Raya, Link, M Nasir - Suatu Hari Di Hari Raya, Malaysia, Mamat - Ku Pohon Restu Ayah Bonda, Manbai dan Raihan - Harapan Ramadhan, Mp3, Nowseeheart, P Ramlee - Dendang Perantau, Patriotik, Raihan, Sudirman - Dari Jauh Ku Pohon Maaf, Uji Rashid dan Hail Amir - Seloka Hari Raya, URL
Antara semangat menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri dan juga semangat patriotik menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-53. Lagu Raya atau Sambutan Kemerdekaan Malaysia?
Sambutan kemerdekaan Malaysia tahun ini mungkin tidak dilihat begitu meriah seperti yang lalu, berkemungkinan besar adalah kerana semangat sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah lebih mengatasi ‘mood’ menyambut Hari Merdeka 2010.
Ini terbukti apabila, berbanding dengan lagu-lagu yang bersemangat patriotik seperti lagu “Sudirman – Tanggal 31″, lebih banyak lagu-lagu raya yang dimainkan di Radio.
Malah, berdasarkan statistik, jumlah muat turun (download) lagu raya juga meningkat berbanding carian lain yang berkenaan dengan kemerdekaan.
Antara lagu raya mp3 yang menjadi pilihan untuk di muat turun (download) ialah :
- DJ Dave – Menjelang Hari Raya
- Anuar Zain & Ellina – Suasana Hari Raya
- M Nasir – Suatu Hari Di Hari Raya
- P Ramlee – Dendang Perantau
- Sudirman – Dari Jauh Ku Pohon Maaf
- Jeffrydin – Musafir Di Aidilfitri
- Mamat – Ku Pohon Restu Ayah Bonda
- Uji Rashid dan Hail Amir – Seloka Hari Raya
- Manbai dan Raihan - Harapan Ramadhan
- Ahmad Jais – Selamat Hari Raya
- Raihan, Nowseeheart, Ajai, dan Rem – Lebaran Ini
*NK tidak membekalkan link atau url untuk download mp3 lagu-lagu tersebut.
Dan yang pasti, pilihan tersebut sentiasa akan menjadi pilihan sepanjang zaman setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Meskipun terdapat pelbagai artis yang telah membuat nyanyian semula (cover) untuk lagu-lagu tersebut, namun lagu asal nyanyian artis asal tetap menjadi pilihan di hati pendengar.
Namun demikian, sudah pasti di setiap pelusuk negeri, rakyat tetap menyambut semangat Hari Kemerdekaan negara dengan cara yang tersendiri, malah ada yang menghiasi rumah dan diri dengan bendera Malaysia untuk menunjukkan semangat patriotik.
Apa-apa pun, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang ke-53! Berhati-hati di jalan Raya, Majulah sukan untuk negara!

Share on Facebook
Posted in Events, Malaysia
Posted on 27 August 2010. Tags: Bengkel, Chot Touch, Design, Digital Art Competition, Fotografi, Graphic, Kuku Besi Manipulasi, Medtech, Motiodesign, Petronas, Seni Reka Grafik, Undercroft, Universiti, Universiti Teknologi Petronas, UTP, Videografi, Workshop
Sertai kelas Fotografi, kelas Videografi dan juga kelas Seni Reka Grafik (Design) sempena bengkel Digital Art Competition 2010 di Universiti Teknologi PETRONAS.
Bagi mereka yang berminat yuran untuk menyertai ketiga-tiga kelas pada bengkel tersebut hanya rm30, dan jikalu anda merupakan peserta Digital Art Competition, anda cuma perlu membayar RM20 sahaja.
Namun harga yuran bagi setiap satu kelas Fotografi, Videografi dan Seni Reka Grafik pula ialah RM15 setiap satu.
Kesemua kelas ini akan berlangsung di Undercroft Universiti Teknologi PETRONAS pada 28 Ogos 2010.
Bengkel ini akan menampilkan pakar-pakar dalam bidang masing-masing, seperti Chot Touch (Fotografi), Kuku Besi Manipulasi (Seni Reka Grafik) dan juga Motiodesign (Videografi).
Dibawakan khas oleh kelab Medtech Universiti Teknologi PETRONAS.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk http://dac.com.my/workshop/

Share on Facebook
Posted in Events
Posted on 20 August 2010. Tags: 2010, Alam Sekitar, Automotif, Automotive, Car, Concept Cars, Events, Gambar, Green, Harga, Hybrid Cars, Image, Kemalangan, Kereta, KLIMS, KLIMS'10, Konsep, Kuala Lumpur, Kuala Lumpur International Motor Show, Lelaki, MAA, Malaysia, Malaysian Automotive Association, News, Putra World Trade Centre (PWTC), PWTC, Tiket
Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) kembali lagi buat kali ke-7! Dan sudah pasti lebih hebat lagi dengan mengumpulkan seluruh peminat di pelusuk negara!
KLIMS dibawa khas lagi oleh Malaysian Automotive Association (MAA) dengan tujuan untuk membawa industri automotif negara selangkah lebih maju dan menyumbang kepada pembangunan negara.
KLIMS’10 kali ini akan menfokuskan kepada teknologi hijau dimana kenderaan yang mesra alam sekitar akan diperkenalkan dan mempromosikan teknologi mesra alam sekitar pada masyarakat umum.
Apa yang pasti, Kuala Lumpur International Motor Show kali ini sudah pasti akan menarik ramai pengunjung dalam negara malah juga luar negara. Pelbagai nama besar dalam industri automotif akan terlibat dan banyak kereta-kereta seperti kereta hibrid (hybrid cars), dan kereta konsep (concept cars) yang akan dipamerkan dan diperkenalkan.
Maklumat mengenai pameran :
Tarikh : 3 – 12 Disember2010
Tempat : Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu Lawatan : Hari biasa 11.00am – 10.00pm || Hujung minggu 10.00am – 10.00pm
Harga Tiket : Dewasa RM15.00 (Hari biasa) RM20.00 (Hujung minggu) || Kanak-kanak bawah 12 tahun RM5.00

Share on Facebook
Posted in Automotive, Events
Posted on 18 August 2010. Tags: AirAsia, Asia, Bukit Kiara, Events, Gathering, Malaysia, MalaysiaKini, Motivasi, Pakar, PBB, Securities Commission, Securities Commission Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, UN
Buat pertama kalinya di Asia, sebuah persidangan yang mengumpulkan pakar-pakar dan para ilmuwan akan diadakan di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bukit Kiara.
Persidangan ini akan diadakan dan dibahagikan kepada tiga siri, dimana pada setiap siri, topik berlainan akan dibincangkan, serta berlainan pakar yang akan diundang khas.
SIRI 1 :
Jumaat, 20 Ogos 2010
“THE CREATIVE ELEMENT. RIGHT BRAIN ACTIVATE”
SIRI 2 :
Jumaat, 24 September 2010
“THE SUSTAINABILITY FACTOR”
SIRI 3 :
Jumaat, 26 November 2010
“STRATEGIES FOR TODAY”
Tujuan utama persidangan ini diadakan sudah tentu untuk membincangkan cara dan gaya hidup mereka-mereka yang sudah berjaya. Bermula dari personaliti, keilmuwan, kepimpinan malah gaya pemikiran.
Antara Speaker jemputan bagi persidangan ini ialah,
Tan Sri Razali Ismail
Bekas Pengerusi UN Security Council
Dato’ Abdul Aziz bin Abu Bakar
Pengerusi AirAsia
Premesh Chandran
CEO MalaysiaKini
Dan lain-lain pakar lagi,

Jikalau ada yang berminat, boleh email kepada admin@notakosong.com untuk dapatkan kod promosi diskaun harga tiket, dan sila sertakan mengapa anda berminat untuk menyertai The Gathering of Great Minds.
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.thegatheringofgreatminds.com/
Share on Facebook
Posted in Events, Malaysia
Posted on 18 August 2010. Tags: Camera, DSLR, Facebook, Fotografi, Gadget, Gajet, Gambar, Kamera, Kukubesi, Malaysia, Murid, Ogos, Pakar, Pelajar, Photography, Picture, Puasa, Ramadhan, Student, Tripod, Tronoh, Universiti, Universiti Teknologi Petronas, UTP
Pakar dalam bidang Fotografi di Malaysia, Kukubesi, akan mengadakan sebuah Outing Fotografi di sekitar Perak. Dan lokasi yang dipilih ialah Universiti Teknologi Petronas, Tronoh.
Outing Fotografi Ramadhan ini akan di adakan pada 26 Ogos 2010.
KukuBesi dan rakan-rakan telah menjemput mereka-mereka yang berada di sekitar lokasi tersebut untuk datang dan turut sama-sama turut serta pada sesi outing fotografi ini.
Jadi siapa yang berdekatan jangan lepaskan peluang ini, lebih-lebih lagi pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP).
Jangan lupa juga untuk bawa segala peralatan kamera anda, dan yang pasti Kamera DSLR anda ye.

Source : KukuBesi.com
Share on Facebook
Posted in Events, Malaysia, Picture
Posted on 15 August 2010. Tags: Apple, Blackberry, Brother, Canon, Celcom, CSL, Digi, Events, HP, HTC, IPhone, Low Yat, Maxis, Murah, Nikon, Nokia, P1Wimax, Plaza, Plaza Low Yat WAREHOUSE CLEARANCE SALE, Promosi, Sale, Samsung, Sony, Toshiba
Plaza Low Yat akan mengadakan jualan penghabisan gudang pada 15 – 31 Ogos 2010 di Plaza Low Yat Boulevard.
Pelbagai barangan akan ditawarkan dengan tawaran menarik sehingga 70% diskaun!
Antara jenama-jenama terkenal yang terlibat ialah HP, Toshiba, Samsung, Sony, Brother, Nokia, HTC, Canon, Nikon, CSL, Digi, Maxis, Celcom, P1Wimax, Apple, Blackberry dan lain-lain!
Maka kalau ada di antara anda yang bercadang untuk membeli telefon bimbit baru, barangan komputer baru mahupun peralatan kamera dan gajet elektronik terkini dengan harga yang menarik, jangan lupa hadirkan diri ke Plaza Low Yat WAREHOUSE CLEARANCE SALE!

Share on Facebook
Posted in Events, Malaysia, Technology
Posted on 06 August 2010. Tags: Amerika Syarikat, Bahaya, Bom, Bomb, Bunuh, Dunia, Hiroshima, Japan, Jepun, Kemalangan, Korea, Majlis, Mati, News, Nuclear, Nuklear, PBB, Perang, Setiausaha, US, War, World
Pada 6 Ogos 1945, sebuah bom nuklear diberi nama “Little Boy” telah dijatuhkan ke bandaraya Hiroshima, Empayar Jepun, dibawah arahan Presiden Amerika Syarikat, Harry Truman.
Dan hari ini, 6 Ogos 2010, genaplah 65 Tahun selepas letupan Nuklear bersejarah tersebut.

Rakyat jepun dilihat berkumpul dan berkabung bagi merenung kembali peristiwa sedih yang mengorbakan puluhan ribu manusia di wilayah tersebut
Jepun sejurus selepas itu mengeluarkan kenyataan menyeru semua negara di seluruh dunia untuk menghapuskan penggunaan senjata nuklear, sebaliknya lebih fokus kepada pembangunan kemanusiaan dan ekonomi.
Majlis tersebut turut dihadiri Setiausaha PBB,Ban Ki-moon dan juga duta AS di juepun, John Roos. Kehadiran ini merupakan kali pertama jawatan tinggi di PBB dan Duta AS hadir ke majlis berkabung Hiroshima ini.
Semestinya segala yang terjadi itu ada sebabnya dan setiap orang perlu mempelajari dan mengenang sejarah agar ianya tidak akan berulang lagi.

Share on Facebook
Posted in Events, News, World
Posted on 05 August 2010. Tags: 2010, Competition, Computer Forensic, Data Communication And Networking Society, Fakulti, Hack, Hacker, Hackers, Hacking, Hacking and Defense, Hadiah, iHack, International Hacking Competition, Multimedia, Pertandingan, SKMM, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, UITM, Universiti Teknologi Mara

International Hacking Competition (iHack) kini tiba lagi setelah kali terakhir diadakan ialah 2 tahun yang lalu iaitu pada tahun 2008.
Kali ni dibawakan khas oleh Fakulti komputer dan sains matematik Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan juga Data Communication And Networking Society (NETS), pertandingan bagi tahun ini nampaknya menawarkan hadiah yang amat lumayan untuk para peserta!
Hadiah-hadiah yang ditawarkan ialah :
Kategori : Hacking and Defense
-
- Tempat Pertama – RM6,000 X 1
- Tempat Kedua – RM5,000 X 1
- Tempat Ketiga – RM4,000 X 1
Kategori : Computer Forensic
-
- Tempat Pertama – RM4,000 X 1
- Tempat Kedua – RM3,000 X 1
- Tempat Ketiga – RM2,000 X 1
Menarik kan hadiah! Ribu-ribu tu…
Pertandingan kali ini turut mendapat sokongan dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Untuk Maklumat lanjut, rujuk laman web rasmi iHack 2010 : http://fskm.uitm.edu.my/ihack2010/
Share on Facebook
Posted in Events, Internet, Technology
Posted on 29 July 2010. Tags: 2010, AMUK, Axcess, Axcess.com.my, Bunkface, DJ, ELLA, Harga, KL, KL Tower, Kuala Lumpur, MAY, Meet Uncle Husin, Menara KL, Mobile, Mobile Prepaid, Music, Music Fest, Pesawat, Radhi OAG, Republic of Brickfields, Tiket, Tilu, Tower, Tune Talk, XPDC

Program Festival kesenian ini akan berlangsung selama tiga hari bermula 30hb Julai hingga 1hb Ogos 2010 dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pameran kesenian, persembahan pentas, tarian, fesyen, dan persembahan Deejay.
Jualan produk berkaitan Muzik, disamping aktiviti sampingan iaitu 1 Malaysia Autoshow, Pameran Radio Amatur and pelbagai lagi dengan kehadiran ahli selebriti yang popular.
Program turut mendapat kerjasama dari Rakan Muda, JKKN and Persatuan Syarikat Rakaman Malaysia RIM. KL Tower Music Festival ini akan bermula seawal pukul 10 pagi hingga 12 malam.
Persembahan Konsert KL Tower Music Fest 2010 akan menampilkan artis seperti ELLA, Kumpulan MAY, XPDC, AMUK, Bunkface, Pesawat, Tilu, Meet Uncle Husin, Republic of Brickfields, Radhi OAG and ramai lagi. Konsert bermula pukul 2 ptg hingga 12 mlm.
Harga Tiket :
- RM35 – Konsert Sehari
- RM50 – Konsert 3 Hari
Maklumat mengenai Music Fest ini boleh didapati di http://axcess.com.my/
Share on Facebook
Posted in Events, Malaysia, Music