Anda biasa makan sushi? Suka makan sushi? Apa kata anda cuba fenomena sushi terbaru ni, Sushi yang boleh menyala dalam gelap, atau Sushi ‘Glow in the dark’!
Cuba tengok beberapa gambar sushi menyala dalam gelap di bawah ini :
Sebenarnya, sushi ‘glow in the dark’ itu dibuat menggunakan ikan-ikan yang telah diubah genetiknya. Ikan-ikan itu disuntik dengan genetik obor-obor yang mampu mengeluarkan warna florousen dari badannya.
Yang menariknya, pelbagai warna yang mampu dihasilkan! Ada warna merah, oren, hijau, biru, dan juga ungu!
Tak cukup dengan tu, siap ada video rancangan memasak sendiri pula tu di YouTube! Tengok ni :
“Kaw Kaw Street Burger”, atau lebih terkenal dengan nama “Burger Bakar Wangsa Maju”, kini melonjak nama sebagai makanan kegemaran baru di sekitar Kuala Lumpur.
Tak percaya? Cuba tengok dulu burger yang sudah siap dimasak dibawah ini :
Gila dahsyat kan! Daging burger yang digunakan itu mempunyai ketebalan sekurang-kurangnya 1 inci!
Dan pakej yang dijual termasuk burger dengan 1 daging, 3 daging, ataupun 5 daging!
Burger jalanan yang dijual ini mempunyai ciri-ciri unik tersendiri dan juga gabungan resipi yang membuatkan ianya lebih istimewa!
Yang menarik, daging burger yang digunakan merupakan resipi sendiri dan buatan istimewa sendiri! Bukan sahaja itu, ianya dimasak-dibakar menggunakan mesin khas dikatakan menggunakan teknologi dari Eropah.
Apa lagi, tak sabar rasanya nak ke sini dan mencuba BURGER ISTIMEWA KL ni, dah heboh satu internet dah kelazatan resipi burger ‘homemade’ ni.
Kalau anda nak cuba, bolehlah ke gerai Burger Bakar ni di Seksyen 2 Wangsa Maju, berdekatan dengan Restoran Mamak BRJ dan juga kafe siber TBUN. Tapi ingat, gerai Burger Bakar ni cuma dibuka bermula 7.45 Malam hingga 1.00 Pagi, itu pun bergantung kepada stok daging burger yang ada.
Jom tengok video temubual mangsa pukul pekerja KFC ketika perjumpaan dengan media. Nak tahu betul atau tidak kisah yang tersebar, kena dengar juga dakwaan pihak mangsa.
Tak pasti nak huraikan apa dan nak jelaskan apa, mungkin anda boleh lihat sendiri dalam video yang dirakam oleh pihak MalaysiaKini.tv.
Mungkin sedikit kesimpulan yang boleh dihuraikan disini, mangsa mendakwa dirinya bukan punca pergaduhan, dan pekerja KFC yang memulakan pertelingkahan itu. Dan segala kata-kata kesat adalah berpunca dari pekerja itu sendiri.
Turut dinyatakan adalah pelanggan itu mula marah kerana Ayam Goreng KFC itu didakwa tidak mencukupi walaupun mereka telah membayar terlebih dahulu untuk menggunakan kupon baucar KFC di restoran KFC cawangan I-City itu.
Hmm, macam-macam ni, dah macam terbalik pula dengan dakwaan asal dalam entri sebelum ini.
Rasanya, cara mudah untuk mencari punca sebenar pertelingkahan ini adalah dengan memanggil saksi-saksi yang ada ketika kejadian untuk memberikan kenyataan sebenar (Macam ramai je di kawasan kejadian? Berdasarkan video), atau dengan melihat kembali kejadian itu menggunakan rakaman CCTV yang ada? (Kalau cawangan itu ada pasang CCTV la kan, takkan la tak ada).
Apa-apa pun, boleh layan dulu Komik ‘Parody’ kes KFC ni hasil karya Hexism /k/.
Hahahahaha. Adakah gambar terakhir itu gambar maskot McDonalds?
Bukan main kecoh lagi kes video Pekerja KFC kurang ajar pukul pelanggan, cuba tengok ni pula komen orang yang mendakwa tahu punca sebenar pekerja KFC tu pukul pelanggan.
Oh, rupa-rupanya bila baca komen orang yang ada masa kejadian, seorang lelaki berbangsa cina ini bertindak melampau apabila dengan biadapnya menghina bangsa lain.
Dan menurut komen diatas juga, kalau kejadian itu tidak berlaku, ramai lagi pelanggan lain dalam restoran KFC itu yang begitu marah dengan sikap pelanggan bersikap rasis itu.
Aduhai, sampai macam tu sekali, perlu ke sampai nak mencaci bangsa lain, ataupun sehingga berkelahi sampai bertumbuk ni hanya kerana Ayam Goreng KFC? Rasanya kalau dah menunggu terlalu lama sehingga lebih 1 jam, dah boleh beransur ke kedai makan lain kot.
Aduhai KFC Malaysia, lagi-lagi adegan yang memalukan. Kali ni dengan video rakaman pekerja KFC kurang ajar bergaduh bertumbuk dengan pelanggan pula. Apa cerita ni?!
Dahsyat gila tu, tak tahu la mengenai apa kan. Memang belum dapat lagi maklumat penuh kisah sebenar disebalik tabir kes yang berlaku ni.
Sebelum cerita lebih lanjut, layan dulu VIDEO Pekerja KFC kurang ajar bergaduh tumbuk pelanggan dibawah ni.
Keterangan pada video kiriman asal :
KFC worker fight with customer in I-City…the customer were waited for more than 1 hour but when comes to his turn, there is NO MORE fried chicken for him… the customer request the management to apologize but the useless Store Manager doing nothing instead the worker shouted at customer – “kalau mau makan, buat sendiri lah BABI..” ….
Memalukan! Amat memalukan!
Kejadian kes pergaduhan ini didakwa berlaku di KFC cawangan I-City, Shah Alam.
Puncanya dikatakan berpunca dari pertelingkahan dan salah faham antara pelanggan dan pihak pengurusan cawangan KFC itu.
Pelanggan itu yang telah menunggu lebih dari 1 jam hilang sabar apabila tiba gilirannya, ayam goreng KFC yang ingin dibelinya telah habis, lalu meminta pengurus cawangan KFC itu meminta maaf. Lalu pekerja di KFC itu memberi respon dengan menjerit kepada pelanggan itu kata-kata kesat seperti diatas.
Dari video itu, boleh dilihat pergaduhan mula berlaku apabila pelanggan itu masih tidak puas hati ketika beredar dari KFC, dan pekerja KFC mula naik baran lalu memukul pelanggan itu sambil dihalang oleh rakan pekerja KFC dan juga seorang perempuan.
Yang paling ketara disini, menjadi isu apabila kes ini didakwa sebagai kononnya mempunyai unsur perkauman?
Sedikit pendapat mengenai kes diatas ini. Memang kadang-kadang ada pelanggan yang hilang toleransi dan tidak bertimbang-rasa, tapi pihak pengurusan dan pekerja KFC langsung tiada hak untuk memukul, bertindak kasar, atau meninggikan suara sedikit pun terhadap pelanggan!
Sepatutnya perkara ini boleh dikira sebagai salah-faham kecil dan mampu diselesaikan secara mudah.
Memalukan! Terlalu memalukan sehingga perkataan memalukan terpaksa diulang berkali-kali!
Apa agaknya tindakan KFC Malaysia dan reaksi mereka terhadap kes ini? Siapa yang temubual pekerja KFC terbabit? Mat rempit kah mereka itu? Penagih dadah kah? Bekas banduan kah? atau cuma pelajar yang cuba mencari wang saku tapi kaki gaduh?
Sebagai langkah berjaga-jaga dan beringat kepada semua Umat Islam, Jakim telah menyatakan logo-logo Halal swasta berikut adalah tidak sah dan haram digunakan.
Diharap semua pembaca mengambil langkah berjaga-jaga ketika membeli sesuatu produk, dan pastikan anda cuma memilih produk yang menggunakan logo Halal Jakim, dan produk itu sudah tentu boleh digunakan tanpa was-was.
Logo-logo swasta yang lain ini dikhuatiri tidak menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh Jakim.
Sebarkan kepada rakan-rakan yang lain, agar tidak ada yang cuai.
Recent Comments