Posted on 22 December 2011. Tags: BKrazy, Burger King, Free, Khamis, Kupon, Promosi, RM1
Burger King promosi BKrazy untuk hari Khamis, beli Burger King Chicken Tenders dengan cuma RM1! Dapatkan kupon untuk dicetak disini!

Tawaran ini boleh digunakan pada setiap hari khamis dari tarikh 19 Disember 2011, sehingga 8 Januari 2012!
Apa yang anda perlu lakukan cuma beli satu Burger King Value Meal, dan hulurkan kupon berkenaan untuk dapatkan menu promosi dengan cuma RM1!
Anda boleh muat-turun kupon untuk promosi BKrazy Burger King Khamis (Burger King Chicken Tenders) ini disini : http://rt.my/wo
Untuk memudahkan anda, Kupon itu telah dibuat dalam format A4, dan dengan 3 keping kupon! Boleh la nanti kongsikan dengan rakan-rakan lain!
Anda boleh gunakan sama ada cetakan berwarna ataupun cetakan hitam-putih.
Apa lagi, kongsikan tawaran promosi ini dengan rakan-rakan anda!!
Posted in Food
Posted on 21 December 2011. Tags: BKrazy, Burger King, Kupon, Promosi, Rabu, RM1
Burger King promosi BKrazy untuk hari rabu, beli Burger Grilled Chicken dengan cuma RM1! Dapatkan kupon untuk dicetak disini!

Tawaran ini boleh digunakan pada setiap hari rabu dari tarikh 19 Disember 2011, sehingga 8 Januari 2012!
Apa yang anda perlu lakukan cuma beli satu Burger King Value Meal, dan hulurkan kupon berkenaan untuk dapatkan menu promosi dengan cuma RM1!
Anda boleh muat-turun kupon untuk promosi BKrazy Burger King Rabu (Burger Grilled Chicken) ini disini : http://rt.my/wm
Untuk memudahkan anda, Kupon itu telah dibuat dalam format A4, dan dengan 3 keping kupon! Boleh la nanti kongsikan dengan rakan-rakan lain!
Anda boleh gunakan sama ada cetakan berwarna ataupun cetakan hitam-putih.
Apa lagi, kongsikan tawaran promosi ini dengan rakan-rakan anda!!
Posted in Food
Posted on 19 December 2011. Tags: BKrazy, Burger King, Isnin, Kupon, Promosi, RM1, Selasa
Burger King mula menawarkan promosi BKrazy dimana anda boleh beli menu di Burger King dengan cuma RM1! Dapatkan kupon disini!
Tawaran ini boleh digunakan bermula dari hari ini, 19 Disember 2011, sehingga 8 Januari 2012!
Dan yang paling menarik, anda dapat cuba berlainan menu setiap hari dengan RM1 kerana Burger King akan memberi tawaran promosi kupon yang berlainan untuk setiap hari dalam seminggu!
Apa yang anda perlu lakukan cuma beli satu Burger King Value Meal, dan hulurkan kupon berkenaan untuk dapatkan menu promosi dengan cuma RM1!
Memandangkan hari ini hari Isnin, anda boleh cuba menu promosi BKrazy Burger King untuk hari Isnin iaitu Burger French Chicken!

Anda boleh muat-turun kupon untuk promosi BKrazy Burger King Isnin (Burger French Chicken) ini disini : http://rt.my/vu
Untuk memudahkan anda, Kupon itu telah dibuat dalam format A4, dan dengan 3 keping kupon! Boleh la nanti kongsikan dengan rakan-rakan lain!
Dan dibawah ini pula kupon menu promosi BKrazy untuk hari Selasa. Burger Double Chick ‘N’ Crisp! Cuma RM1!!!

Anda boleh muat-turun kupon untuk promosi BKrazy Burger King Selasa (Burger Double Chick ‘N’ Crisp) ini disini : http://rt.my/vv
Anda boleh gunakan sama ada cetakan berwarna ataupun cetakan hitam-putih.
Apa lagi, kongsikan tawaran promosi ini dengan rakan-rakan anda!!
Posted in Food, Kupon
Posted on 14 December 2011. Tags: 9Gag, Boikot, Cheat, Coupon, Double Zinger Burger Combo, Facebook, Free, KFC, Kupon, Malaysia, Percuma, Promosi, Tawaran, Teruk, Tipu
Sedih, cuma disebabkan tawaran kupon percuma KFC dihentikan, habis kecoh media di internet mengkritik tindakan KFC yang dikatakan menipu pelanggan itu.
Tak sampai 24 jam KFC menawarkan promosi kupon untuk Double Zinger Burger Combo PERCUMA, KFC kemudiannya mengeluarkan kenyataan berikut di laman Facebook Rasmi mereka, KFC Malaysia, menyatakan tawaran promosi itu telah tidak sah lagi.

Sehingga kini, komen pada status KFC Malaysia itu masih meningkat jumlahnya menghampiri 3,000 komen! (Mungkin paling banyak yang pernah diterima oleh KFC?)
Dan lepas pada itu juga, kat mana-mana cawangan KFC pula ditampal dengan notis seperti dibawah ini :

Amboi, makin mengamuk la semua pelanggan bila datang ke KFC, dan baca notis ni.
Ada yang tak puas hati sehinggakan sanggup tulis kes berkenaan KFC di laman humor antarabangsa yang agak-agak popular semenjak dua menjak ini, 9Gag.com.
Cuba lihat kiriman 9Gag ini di URL ini : http://9gag.com/gag/1049869. Bukan main terkenal lagi KFC Malaysia lepas ni!
Kesian KFC, lagipun, di kupon itu sendiri telah ditulis tawaran adalah terhad dan tertakluk kepada stok yang ada. Ramai pula yang kritik, kalau dah nak buat promosi tu, sediakan la lebih banyak. Alamak, bungkus la KFC Holdings tu nanti agaknya.
Lepas ni, KFC kena kaji balik untuk buat tawaran promosi agak ianya tidak memakan diri dan dapat memuaskan hati semua pihak.
Ada yang sampai nak boikot KFC dah lepas ni!, Eh, rugi la boikot, lepas ni kalau ada promosi lagi yang untung orang yang tak boikot la.
Apa-apa pun, jangan dengki lepas lihat gambar di bawah ni ya,

P/s : gambar bukan milik penulis
Sumber : /k/
Posted in Food
Posted on 14 December 2011. Tags: Coupon, Double Zinger Burger Combo, Free, KFC, Kupon, Percuma, Promosi, Tawaran, Terhad
KFC pula buat promosi gila gempak, nah cepat ambil Kupon PERCUMA KFC Double Zinger Burger Combo ni, cetak dan serbu KFC berdekatan!
KFC Double Zinger Burger Combo FREE COUPON!

Apa yang anda perlu buat cuma ikuti langkah seperti dibawah ini :
- Pergi ke URL ini untuk cetak kupon tersebut : http://rt.my/vf
- Cetak! cetak! dan cetak lagi!
- Beli apa sahaja pilihan menu di KFC. (Roti/Bun KFC tu baru RM0.55 je, atau kalau kesian boleh la beli Cheezy Wedges dalam RM4.20)
- Hulurkan kupon kat atas ni.
- ????
- Makan! makan dan makan lagi!
Apa syarat-syaratnya?
- Yang paling UTAMA! Tawaran ini cuma TERHAD sementara stok masih ada.
- 1 Kupon cuma sah untuk satu tukaran.
- Cuma cetakan warna dan hitam-putih sah digunakan.
- Tidak sah digunakan ketika cuti umum.
- Sah digunakan sehingga 15 Januari 2012
Mampu habiskan dalam tempoh satu minit.
Terms and conditions apply.
- This coupon is only valid with any purchase
- Offer is valid until stocks last
- Limited to one offer per coupon
- Not exchangeable for cash
- Only printed color and b/w accepted for redemption
- Promotion is not valid during public holiday
- Not applicable with any other promotions and discount
- Servings featured are for illustration purposes only
- Valid until 15th January 2012
Apa lagi? Kongsikan dengan rakan-rakan anda, dan jangan lupa serbu KFC berdekatan untuk nikmati tawaran terhad dan gila-gila KFC ini!!
Oh, ada yang kata tawaran telah pun ditarik semula oleh KFC, benar atau tidak, tak dapat dipastikan. Yang pasti, oleh kerana sambutan menggalakkan, beberapa restoran KFC mula kehabisan stok dan tidak dapat menawarkan bekalan PERCUMA Double Zinger Burger Combo ini lagi.
Mungkin boleh cuba lagi keesokan harinya? Maklum la, tawaran ni kan sehingga 15 Januari 2012.
Kredit : MSallehuddin05
Posted in Food
Posted on 05 December 2011. Tags: Beras, BERNAS, Boikot, FFM Berhad, Fitnah, Gardenia, Gula, Isu, Kroni, Pilihanraya, Politik, Rasis, Robert Kwok
Aduhai, lagi-lagi isu Gardenia, sudah didakwa sebagai rasis, kini bertambah pula dengan dakwaan kroni dan mula pula kempen boikot roti Gardenia, macam-macam..
Cuba tengok gambar yang tersebar dalam emel dan media online ini,

BOIKOT GARDENIA
Dear Friends, please Boycott and Stop buying Gardenia bread !
Barisan National is all out against Chinese Tycoon Robert Kwok !
- BERNAS (BN) bought over Gardenia and straight away stop buying flour from FFM Berhad (Robert Kwok)
- Robert Kwok then started Massimo brand. Selling RM4 bread (with wheat germ) at RM2.50
BN rips you off while Robert Kwok subsidise your essential items ! (sugar, flour, oil, etc)
Aduhai, kali ni mempunyai motif politik pula!
Berdasarkan beberapa kajian kecil yang dibuat, Robert Kwok ini sememangnya usahawan perniagaan terkenal! Dan dikenali di seluruh dunia sebagai Raja Gula Asia.
Tidak pasti adakah ini cuma permainan politik, biasa la kan, dah hampir tiba waktu pilihanraya ni, macam-macam la adegan politik yang tersebar.
Dakwaan kroni atau tidak, subsidi atau cekik darah, isu rasis dan perkauman, itu lebih panjang lagi ceritanya, dan macam-macam pula ceritanya, ada yang benar, ada yang separa benar, dan ada yang tidak benar langsung dan fitnah semata-mata!
Kalau nak boikot BERNAS, bermakna tak bolehlah kita makan nasi lepas ni? Kalau nak boikot Robert Kwok, tak bergula la pula air minuman dan masakan nanti? Pelik betul,
Apa-apa pun, kita sebagai pihak konsumer lebih bijak, yang mana yang lebih berbaloi dan menepati citara pengguna, itulah yang menjadi pilihan, betul?
Posted in Food
Posted on 05 December 2011. Tags: Emel, Fitnah, Gardenia, Hi-5, Kroni, Malaysia, Massimo, Rasis, Roti, UMNO
Beberapa hari yang lalu, tersebar sebuah emel yang mendakwa syarikat roti Gardenia mengamalkan perkauman dan rasis, dan meminta sokongan kepada roti Massimo. Jom lihat,
Buy Massimo Bread
YES, WE BUY MASSIMO BREAD, DOWN WITH UPNO-BARU RACISTS, FASCISTS AND ITS ROGUE STATE..
PLEASE NOTE WITH DILIGENT, UPNO ALONE REFERS TO THE UPNO WHICH WAS ESTABLISHED IN 1946. THAT IS NOW DEFUNCT /DEAD, AND TOGETHER WITH IT OUR NOBLE IDEOLOGIES OF MULTIRACIAL, MULTI-RELIGION , MULTILINGUAL & AFFIRMATIVE ACTIONS TO HELP ALL THE POOR IRRESPECTIVE OF CREEDS & COLOUR ARE GONE TOO.
LET’S NOT ALLOW THE ROGUES TO DICTATE HOW THEY WANT US TO ADDRESS THEIR ROGUE ORGANISATION.
Let’s support the new Massimo bread by Robert Kuok and boycott Gardenia bread owned by UPno crony, SyIT Bokhtar’s Tradewind group. Massimo bread has finally arrived in Penang. During promotion the wheat gem bread is sold at only RM2.50 as opposed to RM3.20 for the Gardenia and Hi-Fi brands; go check it out.
Alamak, emel yang tidak pasti dari mana sumbernya ini, mendakwa yang syarikat roti Gardenia sebagai mengamalkan perkauman kerana ianya kini dimiliki oleh kroni UPno (merujuk kepada UMNO), dan menghancurkan ideologi asal syarikat itu.

Dan agenda emel itu secara terang-terangan untuk menghasut orang ramai supaya tidak membeli roti keluaran syarikat Gardenia dan Hi-5.
Yang pelik, boleh pula ianya memberi galakan untuk membeli produk roti keluaran Massimo, syarikat produk roti baru di pasaran Malaysia.
Ini kerja orang dalam syarikat, ataupun memang kerja pembenci dan penabur fitnah, ataupun emel hasutan dari syarikat produk pesaing?
Macam-macam.. nantikan jawapan lanjut dari pihak Gardenia pula,
Posted in Food
Posted on 03 December 2011. Tags: Babi, DNA, Frankfurter Lembu Jenama Ramly, Hab Halal, Haram, Islam, JAKIM, Khinzir, Sijil Halal Malaysia
Entri sebelum ini berkenaan surat yang menyatakan Frankfurter Lembu Jenama Ramly Haram, telah selesai apabila JAKIM mengesahkan produk itu masih ada sijil Halal.
Jakim mengeluarkan kenyataan berikut di laman Hab Halal Rasmi mereka, Halal.gov.my.
Kenyataan Media Berhubung Status Halal Frankfurter Jenama Ramly
1. Jakim melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak soalan dan aduan berkenaan status halal produk frankfurter jenama Ramly.
2. Susulan daripada aduab tersebut, Bahagian ini telah melakukan siasatan bersama Kemeterian Kesihatan Malaysia dan mengambil sampel produk dari kilang tersebut dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia bagi ujikaji pada 14 November 2011.
3. Untuk makluman semua, hasil keputusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia Malaysia terhadap sample yang dihantar mengesahkan produk tersebut tudak mengandungi DNA babi seperti yang didakwa.
4. Dengan pengesahan ini, pengguna tidak perlu merasa was-was terhadap produk tersebut yang masih memegang Sijil Halal Malaysia sehingga 14 Januari 2012.
5. Pihak Jakim sentiasa prihatin dan mengambil langkah sewajarnya dalam memastikan kepentingan umat Islam terpelihara dalam isu-isu berkaitan dengan halal dan tidak akan bertolak ansur dalam perkara ini.
6. Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan berkaitan dengan isu-isu halal semua pihak diminta untuk merujuk melalui laman web Bahagian Hab Halal http://www.halal.gov.my dan tidak merujuk kepada sumber yang tidak sahih seperti laman web sosial. Sebarang pertanyaan berkenaan status halal sesuatu produk boleh menghubungi Bahagian Hab Halal, JAKIM di talian 03-83150200.
Lengkap dengan ‘Typo’ tudak lagi, yang sebenarnya cuba memberi maksud tidak.
Ini bermakna entri sebelum ini bolehlah dinafikan dan mungkin ianya kesilapan kecil sahaja.
Fuhh, lega hati ni, kalau tak agaknya dah berapa banyak makan Frankfurter ni pun tak pasti la kan.

Posted in Food, Islamic
Posted on 03 December 2011. Tags: Akta Makanan, Babi, DNA, Frankfurter Lembu Jenama Ramly, Haram, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Kedah, Khinzir, Pejabat Kesihatan Daerah Yan
Eh, Frankfurter Lembu Jenama Ramly Haram? Cuba tengok pada satu surat yang diedarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kedah ini atas dakwaan mengandungi DNA Khinzir!

FOOD ALERT : MAKANAN YANG MELANGGAR AKTA MAKANAN 1983 DAN PERATURAN-PERATURAN MAKANAN 1985
Adalah saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas
2. Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Kesihatan Daerah Yan, Kedah telah membuat persampelan terhadap produk Frankfurter Lembu dengan jenama Ramly dan keputusan analisis menunjukkan DNA Khinzir dikesan. Maklumat lanjut mengenai produk tersebut adalah sebagaimana di Lampiran 1.
Hmm, dah banyak da termakan sebelum ni rasanya. Berdasarkan sumber, surat kenyataan ini memang adalah benar, cuma tak dapat dipastikan sebab tak ada pula gambar untuk Lampiran 1 tu.
Ada sesiapa yang betul-betul boleh sahkan kesahihan maklumat ni? Takut juga ni, biasalah, sebab ini bukan perkara kecil, ini melibatkan hukum agama.
Setakat ni, mungkin boleh berhenti makan Frankfurter Lembu Jenama Ramly ni.
Pelik, macam mana boleh ada DNA Babi dalam daging lembu? lembu kacukan kah ini?

Posted in Food, Islamic
Posted on 01 December 2011. Tags: Burger King, Burger King Angus Steakhouse Premium Beef Burger, Harga, Istimewa, Kupon, Promosi, Supreme Angus Steakhouse
Nak cuba Burger King dengan harga istimewa? Dapatkan Kupon Burger King Supreme Angus Steakhouse dan anda dapat rasai keistimewaannya dengan harga istimewa!

1 Kupon untuk 1 Burger! Dan cuma dengan harga RM5 sahaja!!
Apa yang anda perlu buat cuma perlu cetak gambar kupon diatas, atau dapatkan kupon tersebut disini, cetak (sama ada berwarna mahupun hitam dan putih), bawa ke restoran Burger King berhampiran anda, serahkan not wang RM5 dan pilih burger Supreme Angus Steakhouse pilihan anda! Black Pepper ataupun Spicy Jalapeno!
Mudah kan? Bila lagi nak merasa promosi istimewa sebegini!
Cepat-cepat sebelum terlambat! Promosi ini cuma sah bermula dari hari ini (1 Disember) sehingga 8 Disember nanti!
Jom ajak kawan-kawan yang lain cetak kupon ini dan serang Burger King terdekat!!
Posted in Food
Recent Comments