Cuba tengok ni cepat! Nama surah ‘Al-Mulk’, yang ditulis ini digantikan huruf Alif dengan lambang 1Malaysia! Dan ini adalah haram! Ditulis pula di dinding surau!
Ayat surah Al-Mulk itu yang ditemui di dinding surau Al-Badar bersebelahan pondok pekida kawasan lembah pantai, dilihat mempunyai lambang 1Malaysia (Gambar diatas) menggantikan huruf Alif yang sepatutnya dan sebagaimana di dalam Al-Quran.
Bukankah ini sudah memberikan maksud lain pada nama surah itu? Anda sendiri juga tahu, Alif adalah huruf atau abjad dalam bahasa arab, tetapi angka 1 pula adalah cuma angka, atau nombor yang tidak memberi maksud apa-apa.
Ada beberapa orang juga memberikan pendapat yang perkara ini dianggap sebagai menghina Al-Quran kerana menyamakan lambang 1Malaysia itu setaraf dengan abjad dalam kitab Al-Quran.
Malah, penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus memberikan berikut, “haram dosa besar dan bolih jadi murtad..” di laman Facebook rasmi beliau.
Apakah makna semua ini? Mungkin cuma kesilapan manusia yang tidak sedar akan kesilapan yang berlaku.
Diharap ianya dapat diperbaiki dengan segera.
Sebarkan! agar ianya dapat perhatian orang ramai, dan perkara ini tidak dijadikan bahan penghinaan mahupun permainan! Ini bukan perkara remeh, ianya melibatkan kitab suci Al-Quran.






















Recent Comments