Posted on 14 May 2012. Tags: Faisal Saari, Hockey, Hoki, Junior Asia Cup, K. Dharmaraj, Malaysia, Mohd Syamim Mohd Yusof, Pakistan, Piala Hoki Remaja Asia 2012
Skuad hoki remaja Malaysia berjaya merangkut pingat emas pertama dalam saingan Junior Asia Cup Hockey selepas 25 tahun, menewaskan Pakistan.
Kemenangan 2-1 sudah cukup untuk skuad remaja itu menewaskan juara 3 kali, Pakistan dalam perlawanan sengit di Stadium Hoki Bukit Serendit, Melaka.

Faisal Saari meletakkan Malaysia di depan seawal minit ke-2 perlawanan, dan kemudiannya Mohd Syamim Mohd Yusof menambah keperitan Pakistan pada minit ke-18. Malaysia kelihatan langsung tidak goyah sepanjang separuh masa pertama.
Separuh masa kedua menampilkan kebangkitan Pakistan untuk mengejar mata. Irfan membawa pulang satu jaringan untuk Pakistan pada minit ke 42, dan keputusan kekal 2-1 sehingga tamat masa perlawanan.
Ketua jurulatih skuad hoki remaja Malaysia, K. Dharmaraj berkata, semoga dengan kemenangan kejuaraan perlawanan itu, akan menjadi detik untuk kemajuan sukan hoki di negara ini.
Perlawanan itu disaksikan oleh lebih 7,000 peminat yang hadir ke stadium sebelum jam 8 malam lagi.
Tahniah Malaysia! Tahniah Skuad Hoki Remaja Malaysia!
Berikut adalah video jaringan sepanjang perlawanan tempohari.
Posted in Malaysia, News, Sport
Posted on 09 May 2012. Tags: Cardiff City, Mansor, Nazmi Faiz, Pemilihan, Portugal, Primeira Liga, S.C.Beira-Mar, Ujian
Makin cemerlang nama Nazmi Faiz Mansor di arena bola sepak Malaysia apabila bintang muda Harimau Malaya ini dijangka bakal bermain bersama S.C.Beira-Mar di Portugal!
Jurulatih pasukan Harimau Muda A dan Malaysia bawah 23-tahun, Ong Kim Swee mengesahkan perkara ini dimana Nazmi Faiz kemungkinan besar berpeluang untuk beraksi bersama Cardiff City, ataupun di kelab liga utama Portugal.

Gambar milik Azhari Yusop
Nazmi Faiz kini dalam tempoh persedian ke ujian pemilihan bersama kelab S.C.Beira-Mar yang kini menduduki tempat ke-12 dari 18 pasukan di Primeira Liga, Portugal. Turut disahkan adalah ujian pemilihan ini akan dijalankan selama satu minggu iaitu bermula 14 hingga 21 Mei ini.
Yang menarik, tawaran ujian pemilihan ini ditawarkan oleh ejen kelab Portugal itu yang tertarik dengan aksi cemerlang bintang muda Harimau Malaya itu.
Nazmi Faiz akan bertolak menuju ke Portugal, ditemani bapanya pada ahad ini.
Semoga berjaya dalam pemilihan ini! Peminat bola sepak tempatan sentiasa menantikan berita baik keputusan pemilihan Nazmi Faiz disana!
Posted in Malaysia, News, Sport
Posted on 06 May 2012. Tags: Bersih 3.0, Dakwaan, Kes, Kronologi, Nayati, Nayati Shamelin Moodliar, Palsu, Penculikan, Rekaan, Spekulasi
Kes penculikan kanak-kanak, Nayati Shamelin Moodliar yang mendapat liputan luas, tiba-tiba ada spekulasi mengejutkan timbul, yang semua ini adalah rekaan dan palsu!
Ramai yang sudah tahu leretan kisah penculikan Nayati Moodliar, ianya mendapat liputan luas, sehinggakan syarikat telekomunikasi Celcom turut memberikan kerjasama menyebarkan maklumat mengenai kes ini.
Dan lega juga apabila mendapat tahu, adik Nayati ini sudah berjaya diselamatkan dan dilepaskan dari penculik itu.

Namun, ada segelintir pihak yang mengatakan, adanya satu kekeliruan mengenai kes penculikan ini, dan wujudnya spekulasi dimana kes penculikan Nayati hanyalah pementasan demi kebaikan pihak tertentu, rekaan dan palsu.
Berikut merupakan dakwan kononnya penculikan ini semuanya cuma pementasan pihak tertentu :
- Nayati diculik pada 27/4/2012 sehari sebelum perhimpunan Bersih 3.0. Ibu dan bapanya segera mendesak media dan orang ramai bantu mengenai penculikan itu. Ianya mendapat perhatian media antarabangsa kerana seiring dengan kejadian Bersih.
- Pada hari kejadian penculikan itu, pegawai polis yang sepatutnya ditugaskan di lokasi penculikan itu tiada. Dakwaan mengatakan sepatutnya ada 2-3 orang pegawai polis yang bertugas mengawal di kawasan terbabit.
- Ketika temubual media (press conference), bapa kepada Nayati secara terang-terangan berkata yang mereka tidak mempunyai banyak harta, seolah-olah memberi petanda kepada penculik itu untuk selesaikan saja Nayati, tanpa ada wang tebusan. Ibu Nayati juga kelihatan terlalu tenang. (Ibu mana yang boleh tenang dengan selamba dalam situasi macam ni?)
- 28/4/2012 berlangsungnya perhimpunan Bersih 3.0. Ada desakan dari media dan pihak antarabangsa supaya usaha polis untuk mencari Nayati lebih digiatkan. Mengalihkan tumpuan pihak polis dari perhimpunan Bersih kepada kes Nayati?
- Malaysia menjadi perhatian antarabangsa, berkenaan kes penculikan Nayati, dan juga perhimpunan Bersih 3.0. Media antarbangsa mula menyebarkan rakaman dan laporan kekejaman polis, masalah pegawai polis dalam negara dan juga penapisan sumber media dalam Malaysia. Masyarakat antarabangsa mula melabelkan pihak kerajaan dan pihak berkuasa sebagai kejam dan lemah. Propaganda?
- Nayati Moodliar ditemui dalam keadaan selamat, sihat sejahtera malah dilihat seperti dijaga rapi. Pihak keluarganya mahukan media supaya memberhentikan liputan bagi masa untuk mereka keluar dari trauma kes itu. Dakwaan mengatakan, bagi masa untuk mereka memperbetulkan susunan kronologi penculikan Nayati. Keluarganya kemudiannya pergi bercuti tanpa Nayati.
Tidak pasti mengenai kesahihan sebenar spekulasi ini, kemungkinan besar, ianya cuma rekaan dan dakwaan palsu pihak lain.
Adakah ada kebenarannya? atau apa pendapat anda?
Posted in Jenayah, Malaysia, News
Posted on 25 April 2012. Tags: Kanak-kanak, Majlis Perbandaran Batu Pahat, Majlis Perbandaran Kluang, RM500, Saman, Taman Permainan, Tua
Cuba tengok ni! Seorang lelaki berumur 21 tahun, Lim Hong Wee, disaman RM500 kerana bermain Jongkang-Jongking di taman permainan? Apa logik ni??

Satu surat saman berjumlah RM500, diserahkan kepada seorang lelaki berbangsa Cina berusia 21 tahun, Lim Hong Wee oleh penguatkuasa Majlis Perbandaran Batu Pahat diatas kesalahan “Menyalahgunakan permainan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun”.
Selalu je nampak pun orang lebih dewasa dari 12 tahun lepak di taman permainan dan menggunakan alat bermain di situ, tak ada apa-apa masalah pun?
Adakah ini kerana ketika saman itu dikeluarkan, ianya adalah di waktu malam?
Sebenarnya, berdasarkan semakan di laman web Majlis Perbandaran Kluang, undang-undang berkaitan ”Berumur lebih daripada 12 tahun menggunakan apa jua perkakas padang-padang permainan kanak-kanak”, ini memang wujud : http://www.mpkluang.gov.my/web/guest/laws/uuktaman/s3
Apa pendapat anda?
Posted in Jenayah, Malaysia, News
Posted on 19 April 2012. Tags: Astro, English Premier League, EPL, Liga Perdana Inggeris, Rais Yatim, RTM, Televisyen, Tempatan
Nampaknya, peminat sukan seluruh negara lepas ni boleh menikmati segala sukan kegemaran anda di televisyen tempatan RTM! Bukan cuma pengguna Astro je mampu nikmati EPL!
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mengumumkan, bermula pada 1 Mei ini, semua siaran sukan kenegaraan akan disiarkan oleh semua televisyen dan radio di tanahair, termasuk Liga Perdana Inggeris (English Premier League).

Menurut maklumat yang dinyatakan, semua perlawanan sukan yang melibatkan penyertaan Malaysia akan mula disiarkan bersama di televisyen tempatan. Perlawanan Liga Perdana Inggeris pula akan mempunyai rangka pilihan tertentu dan belum tentu semua perlawanan akan disiarkan.
Mungkin ini juga turut dibantu dengan luasnya minat terhadapa EPL (English Premier League) di negara ini sehinggakan banyak pasukan liga itu yang berminat hadir ke Malaysia sebagai strategi pemasaran mereka.
Elok la begini, sekurang-kurangnya tak ada la siaran perlawanan sebegini dimonopoli oleh stesyen televisyen tertentu.
Ramai yang masih cuma mempunyai akses kepada siaran televisyen tempatan.
Posted in Malaysia, News, Sport
Posted on 14 April 2012. Tags: Adam Adli, Along, Dataran Merdeka, Gambar, Kuala Lumpur, Masjid Jamek. MalaysiaKini, Perhimpunan, Protes, PTPTN
Satu perhimpunan dan protes jalanan berlaku di ibu kota Kuala Lumpur hati ini, dimana sekumpulan pelajar dipimpin Adam Adli memohon supaya PTPTN dilupuskan. (Gambar)
Lebih kurang 500 lebih orang pelajar terlibat berkumpul di sekitar stesyen LRT Masjid Jamek, dan mula menghadap ke Dataran Merdeka.
Tujuan perhimpunan dan protes terbuka ini adalah bagi menuntut supaya sistem Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dilupuskan. Sistem pinjaman pendidikan PTPTN dikatakan membebankan pelajar dan bertindak seumpama ‘Along’.
Pihak polis berjaya bertindak cemerlang dengan mengawal lalu-lintas dan mengelakkan dari berlakunya perkara yang tidak diingini.
Berikut beberapa gambar ketika kejadian berlaku :






Posted in Malaysia, News
Posted on 12 April 2012. Tags: 2012, 2015, Kelana Jaya, Lembah Klang, MRT KL, MyRapidTransit, Plan, Sistem Rel Integrasi Lembah Klang, Sri Petaling
Jom tengok ni, ini adalah plan Sistem Rel Integrasi Lembah Klang yang dijadualkan lengkap dan siap sepenuhnya pada tahun 2015. Menarik!
Klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas:

Sistem Rel Integrasi Lembah Klang 2012

Sistem Rel Integrasi Lembah Klang 2015
Nampaknya, dalam perancangan integrasi ini, laluan rel Sri Petaling, akan disambungkan sepenuhnya dengan laluan rel Kelana Jaya, dimana sebuah stesen integrasi baru akan dibina di Putra Heights.
Lebih kurang 26 stesyen baru akan dibina untuk memenuhi rangkaian penuh sistem rel ini.
Menurut sumber, perancangan plan sistem rel integrasi ini adalah berlainan dengan apa yang dirancangkan untuk MyRapidTransit KL (MRT KL).
Beberapa kawasan yang terlibat dengan pembangunan ini adalah Puchong, dan juga Subang Jaya.
Posted in Malaysia, News
Posted on 30 March 2012. Tags: Bolasepak, FAM, Hack, Kena, Lagi, Malaysia
Aduhai tak sudah-sudah laman web FAM ni kena hack. Dah jadi macam tiap-tiap bulan kena hack. Apa ke tak buat kerja ke webmaster laman web FAM ni?

Klik untuk paparan besar
Penuh laman web tu ditulis dengan pelbagai maki dan marah memaksa ahli jawatan tertinggi FAM (Football Association of Malaysia) atau Persatuan Bola Sepak Malaysia, untuk meletakkan jawatan.
Ini semua adalah akibat berlakunya pelbagai kes melibatkan sukan bolasepak tanah air, dan juga prestasi pasukan bolasepak Malaysia di pentas antarabangsa yang semakin merundum, sehinggakan baru-baru ini kedudukan Malaysia semakin jatuh menjunam.
Kalau anda nak tahu lebih lanjut, sila lah ke http://www.fam.org.my/ untuk lihat apa yang berlaku.
Posted in Malaysia, News, Sport
Posted on 29 March 2012. Tags: Api, Asap, Bomba, Gambar, KLCC, Restoran Chinoz, Suria KLCC, Terbakar, Twitter
Kecoh habis di laman media sosial apabila ada yang melaporkan bangunan Suria KLCC tu terbakar. Habis berkepul asap keluar dari bumbung Suria KLCC. Apa hal ni? Jom tengok!
Sebenarnya, Restoran Chinoz di Suria KLCC tu yang sebenarnya berlaku kebakaran kecil, bukan kebakaran besar pun katanya. Tapi semua orang dalam Suria KLCC tu terpaksa di asingkan dari dalam bangunan kerana risau berlaku apa-apa tragedi.
Menurut laporan, lowong asap dapur kepada restoran itu disambar api melalui sistem pengudaraan dapur restoran itu. Dan asap besar berkepul keluar kerana sistem pengudaraan dapur itu yang gagal berpunca dari kebakaran kecil tu.
Jom tengok dulu beberapa gambar ketika kejadian yang disebarkan melalui Twitter ni :





Dahsyat kan?
Dilaporkan lebih kurang 5,000 orang dalam Suria KLCC tu semuanya diminta keluar dari bangunan tu.
Kebakaran kecil tu berjaya dipadamkan sebelum pihak Bomba tiba, 10 minit selepas menerima panggilan dari pengurus di situ. Pihak Bomba kemudiannya perlu mengambil masa untuk selidiki lebih lanjut punca kebakaran dan juga risiko akan datang.
Oh, lagi satu, yang terbakar bukan Menara berkembar PETRONAS ya, yang terbakar cuma Restoran Chinoz, Suria KLCC, bukan seluruh Suria KLCC tu terbakar. Dan kalau anda nak tahu, KLCC itu merangkumi Menara berkembar PETRONAS, Suria KLCC, dan juga Taman Tasik KLCC.
Posted in Malaysia, News
Posted on 28 March 2012. Tags: Aeon Jusco Ipoh Station 18, Baru, Gambar, Ipoh, Kinta City, Malaysia, Station 18
Ramai yang menantikan sudahnya pembinaan pusat membeli-belah baru Aeon Jusco di Pengkalan, atau dikenali dengan nama Station 18. Jom tengok gambarnya disini!




Klik pada gambar kecil dibawah untuk paparan yang lebih besar.
Cantik bukan?
Aeon Jusco Ipoh Station 18 baru ini akan dilancarkan secara rasminya pada esok hari, 29 Mac 2012.
Katanya, pusat membeli-belah Aeon Jusco ini akan dinobatkan sebagai pusat membeli-belah Aeon Jusco yang terbesar di Utara Semenanjung Malaysia!! Lebih besar berbanding di Pulau Pinang dan juga yang sedia ada di Kinta City Ipoh!
Hmm, bila agaknya boleh ke sini ni? Hehe.
Kredit Gambar : Ipoh.com
Posted in Malaysia, News
Recent Comments