Archive | Maxis10

Maxis10 : Android Market – Permainan apa yang menarik?

Ingat lagi entri sebelum ini berkenaan aplikasi menarik di Android Market?, dalam entri kali ni, jom tengok apa pula permainan atau Games yang menarik untuk dicuba.

Mungkin anda tertanya-tanya, menarik ke permainan (Games) yang ada pada Android Market ni? Bagaimana pula kalau anda bukan seorang yang bermain Games secara tegar, namun cuma sekadar mengisi masa lapang.

Untuk ini, NK akan bahagikan penerangan mengenai Games dari Android Market ini kepada dua bahagian, untuk Casual Gamers dan juga Hardcore Gamers. Jom tengok,

android market casual games Maxis10 : Android Market   Permainan apa yang menarik?

TETRIS
Game yang sudah pasti anda semua sudah amat biasa dan kenali cara permainannya.

Unblock Me FREE
Game ber-genre Puzzle yang sememangnya membuatkan anda ketagih dan tanpa sedar, anda akan bermain sehingga beratus-ratus level tanpa henti.

X Construction Lite
Game membuat binaan jambatan yang amat seronok, menguji kreativiti anda untuk membuat binaan yang stabil bagi membolehkan keretapi untuk menyeberang gaung dengan selamat.

Fruit Slice
Permainan membelah buah yang sangat interaktif, menggunakan teknologi multi-sentuh yang terdapat pada telefon bimbit anda, ianya boleh menyebabkan anda ketagih.

Paper Toss
Game dengan cara permainan yang mudah dan amat menguji kreativiti anda. Objektif anda, masukkan sampah kedalam tong sampah yang disediakan, dengan beberapa halangan.

Game-game diatas adalah antara beberapa permainan yang anda boleh nikmati pada masa lapang anda dan bukanlah sesuatu game yang mencabar minda ataupun mampu membuatkan anda ketagih sehingga berjam-jam masa bermain. Yang pasti, cara permainan yang kasual dan mudah ini amat seronok dan menghiburkan.

android market hardcore games Maxis10 : Android Market   Permainan apa yang menarik?

Angry Birds RIO
Siri sambungan terbaru dari Angry Birds ini sememangnya tidak boleh dilepaskan. Cara permainan yang sama, ditambah dengan pelbagai lagi keunikan menarik, ianya sememangnya sukar untuk berhenti bermain!

Tap Tap Revenge 4
Siapa yang boleh lupakan kegilaan kepada TTR satu ketika dahulu? Begitu terkenal di produk iOS, kini dilancarkan untuk Android, sememangnya suatu permainan yang wajib ada jika ada minat pada cara permainan seperti siri Guitar Hero.

Game Dev Story ($4.76 USD)
Anda minat dengan permainan simulator? Game Dev Story merupakan sebuah permainan simulator dimana anda, secara ironiknya, bermain permainan dimana anda perlu mencipta permainan baru bagi peminat produksi anda. Sangat unik!

Zenonia 2 ($4.99 USD)
Permainan RPG yang sudah pasti mengakibatkan bateri telefon bimbit anda cepat kering dan perlu dicaj selalu. Ianya amat ketagih bagi peminat permainan RPG dan penuh dengan misi-misi menarik dan dunia permainan yang luas untuk diteroka.

Baseball Superstar 2011 ($4.99 USD)
Permainan simulator genre sukan yang lain daripada yang lain. Anda bukan sahaja mampu mengawal pemain untuk sukan tersebut, malah anda berpeluang untuk menjadi seorang pengurus kepada pasukan sukan baseball tersebut.

Game-game diatas sememangnya mampu membuatkan anda menghabiskan masa sehingga berjam-jam. Apa yang pasti, jaga kesihatan anda, penggunaan berlebihan mampu memudaratkan kesihatan anda.

Apa-apa pun, jika anda ada cadangan lain mengenai game-game yang menarik untuk Android, jemput kongsi bersama.

android market games maxis10 Maxis10 : Android Market   Permainan apa yang menarik?

Posted in Maxis102 Comments

Maxis10 : Apa yang menarik mengenai Gingerbread 2.3 dan Nexus S?

Maxis10 : Apa yang menarik mengenai Gingerbread 2.3 dan Nexus S?

Mungkin ada yang sedang tertanya-tanya, berbaloi ke beli Google Nexus S? Apa yang menarik mengenai Gingerbread 2.3 dan Nexus S? Ok, jom kita tengok sama-sama.

Apa perkara pertama yang anda lihat pada setiap telefon bimbit yang anda miliki? sudah pasti bentuk telefon bimbit tersebut!.

Nexus S mempunyai bentuk melengkung yang unik dan sangat menarik berbanding telefon bimbit lain. Menjadikan Nexus S sebuah telefon bimbit yang sememangnya amat selesa untuk dipegang dan terasa seperti ianya sangat nipis dan kompak, walapun secara nyatanya, ianya datang dengan skrin lebar bersaiz 4.0 inci!

nexus s curve screen Maxis10 : Apa yang menarik mengenai Gingerbread 2.3 dan Nexus S?

Kedua, animasi ‘Screen Off’ yang paling ‘cool’ pernah dijumpai! Tak percaya? cuba lihat pada video dibawah!

Ketiga, Kamera 5.0 Megapixel yang mampu merakamkan video 720p HD dan juga gambar berkualiti tinggi, nak tengok contoh video HD? Jom tengok video di bawah ni. Gambar yang dihasilkan mampu mencapai resolusi sehingga 2560X1920! Contoh gambar di bawah, Klik pada gambar untuk paparan lebih besar.

McD Big Breakfast notakosong Maxis10 : Apa yang menarik mengenai Gingerbread 2.3 dan Nexus S?

Nantikan review akan datang yang lebih mendalam mengenai kehebatan Kamera 5.0 Megapixel pada Google Nexus S.

Keempat, ribuan aplikasi yang berguna di Android Market! Sememangnya anda tidak akan bosan dengan apa yang ada pada Android Market ini. Kalau rasa tak cukup dengan apa yang ada, muat turun sahaja aplikasi baru. Kebanyakan aplikasi di Android Market adalah PERCUMA!

 Maxis10 : Apa yang menarik mengenai Gingerbread 2.3 dan Nexus S?

Untuk kenalpasti apa aplikasi yang menarik untuk dicuba dari Android Market, sila lihat pada entri sebelum ini.

Kelima!, yang paling penting dan paling membuatkan anda bangga ialah, anda antara pengguna terawal dan istimewa kerana dapat menggunakan Google Phone yang hanya dibawa masuk ke Malaysia secara RASMI oleh Maxis! MAXIS GOOGLE NEXUS S!

Maxis Nexus S Price Harga Maxis10 : Apa yang menarik mengenai Gingerbread 2.3 dan Nexus S?

Nantikan review akan datang untuk Maxis Google Nexus S dalam entri akan datang!

Sementara itu teruskan membaca Review lain untuk Maxis10 di http://notakosong.com/category/maxis10/

Posted in Maxis10, Technology1 Comment

Maxis10 : Contoh Video Cam Nexus S dan Teaser ICN UTP 2011

Maxis10 : Contoh Video Cam Nexus S dan Teaser ICN UTP 2011

Entri kali ni agak istimewa, disebabkan NK dipilih sebagai Media Collaborators ICN UTP 2011, NK berpeluang saksikan latihan ICN, sambil-sambil mencuba rakaman Video Cam Nexus S.

Apa lagi, sementara sedang menikmati beberapa persembahan latihan, ingin juga membuat beberapa cubaan rakaman HD menggunakan Google Nexus S pemberian Maxis10 ini.

Kalau menurut spesifikasi yang diberikan, kamera 5 Megapixel milik Nexus S ini mampu memberikan paparan video sehebat 720p. Video HD tu! (Pembetulan : Video Kamera Nexus S cuma hasilkan video dengan kualiti 480p sahaja, dan ianya bukan HD, tetapi Enhanced Definition (ED))

Namun mungkin oleh sebab keadaaan sekeliling penggambaran yang tidak cukup terang, mungkin itu sebabnya kualiti video yang terhasil kurang memuaskan.

International culture Night UTP 20111 Maxis10 : Contoh Video Cam Nexus S dan Teaser ICN UTP 2011

Apa komen anda tentang kualiti video Nexus S? Nantikan lebih review mengenai hasil gambar dari Nexus S dalam kiriman akan datang.

Apa-apa pun, jangan lupa untuk datang ke International Culture Night (ICN) UTP 2011! Video di atas hanya teaser latihan persembahan ICN, untuk dapatkan pengalaman dan persembahan yang lebih memuaskan, jemput datang ke ICN UTP di Dewan Kanselor Universiti Teknologi PETRONAS malam ini!.

Bagaimana nak dapatkan tiket ICN anda? Sila rujuk pada entri sebelum ini.

Posted in Events, Maxis102 Comments

Maxis10 : Aplikasi wajib anda dapatkan dari Android Market

Anda pemilik telefon bimbit Android? Tak tahu apa aplikasi menarik? Jom tengok apa aplikasi WAJIB untuk Android, lebih-lebih lagi yang penting untuk Maxis Nexus S!

Kenapa anda perlu ada aplikasi-aplikasi yang ditunjukkan ini? Jom kita tengok adakah diri anda betul-betul kena dengan ciri-ciri mereka-mereka yang inginkan aplikasi tersebut.

Yang penting, segala aplikasi yang NK sarankan ini semuanya PERCUMA atau orang lagi senang faham, FREE!

Pertama : Mereka yang tak boleh berhenti berada di dunia online!

best android communication apps Maxis10 : Aplikasi wajib anda dapatkan dari Android Market

Twitter
Semestinya aplikasi android yang paling tidak boleh dilepaskan kalau anda sememangnya gilakan dunia online.
Segalanya ingin di-tweetkan. Makan dimana, Tidur dimana, Sedang buat apa,… sehinggakan sedang garu kepala pun hendak di-tweetkan!
Berfungsi dengan sempurna di Nexus S. Walaupun terdapat pelbagai lagi aplikasi Twitter di Android Market, aplikasi asli ciptaan Twitter Inc, tetap jadi pilihan.

Facebook
Facebook for Android. Sememangnya aplikasi yang WAJIB ada kalau anda gila dengan dunia online.
Anda tidak boleh berpisah walau seketika pun dengan Facebook, segala notification anda akan tengok, update status pun seumpama seorang artis.
Dengan Nexus S, update status facebook dan pengalaman Facebook lebih pantas dan interaktif!

Foursquare
Foursquare merupakan aplikasi menarik untuk anda bermain jikalau anda merupakan seorang yang sememangnya rajin berjalan-jalan dan meneroka tempat baru.
Anda boleh ‘check-in’ pada kawasan pilihan anda dan dengan itu anda boleh membaca pendapat orang lain mengenai tempat tersebut dan juga mengumpul lencana dan gelaran ‘mayor’.
Wah, sambil meneroka, sambil bermain permainan interaktif! Keseronokan Foursquare digandakan lagi dengan teknologi GPS yang ada pada Google Nexus S.

Skype
Sememangnya untuk kaki chatting dan video call sejati. Skype merupakan tambahan aplikasi chatting selain dari Google Talk yang sudah sedia ada pada Google Nexus S.
Yang menarik pada skype ialah ada boleh gunakan ‘front-facing video camera’ pada Nexus S untuk buat Video Call pada pengguna Skype lain!.

Miren Browser
Kenapa perlu Miren Browser sedangkan Android pada Nexus S sudah mempunyai pelayar internet sendiri? Ha, kalau anda nak tahu, Miren Browser ini seumpama pelayar internet Google Chrome yang memang tidak asing lagi pada pengguna internet. Malah siap ada tab lagi untuk setiap page yang anda masuk. Waktu loading juga lebih pantas!

Kedua : Mereka yang gilakan segalanya mengenai sukan-sukan!

sport apps for android Maxis10 : Aplikasi wajib anda dapatkan dari Android Market

Formula1.com 2011
Kalau anda seorang yang sangat gemarkan sukan automotif, ini adalah aplikasi yang anda tak boleh lepaskan.
Ini merupakan aplikasi khas keluaran rasmi dari Formula1.com sendiri.

Soccer LiveScores
Aplikasi wajib untuk kaki bolasepak! Kebanyakan liga bolasepak terkemuka dunia ada tersenarai dalam aplikasi live score ini.
Anda tidak akan terlepas lagi keputusan perlawanan bola sepak kegemaran anda, lebih-lebih lagi English Premier League (EPL) .

Ketiga : Kesihatan adalah segala-galanya bagi anda!

Health apps for android Maxis10 : Aplikasi wajib anda dapatkan dari Android Market

BodyBuilding.com
Sudah terang dan nyata, aplikasi android ini untuk mereka yang ingin dapatkan badan tegap dan berotot, seumpama ahli bina badan.
Ini sudah pasti aplikasi yang tidak boleh dilepaskan oleh anda. Apa yang anda perlu buat cuma daftar akaun anda, dan anda akan dapat akses kepada banyak teknik bina badan, malah dapat berinteraksi dengan pakar bina badan lain secara dalam talian!

Daily Ab Workout FREE
Ingin mantapkan bahagian abdomen anda?
Ini aplikasi yang anda mesti cuba! Cuma dengan 5 minit sehari menggunakan aplikasi ini, ianya akan membantu anda dalam memaksimakan 5 minit tersebut dengan pelbagai teknik untuk memberikan anda penampilan abdomen yang paling menarik!

RunKeeper Pro
Aplikasi canggih ini mampu mengesan dan merekod segala aktivit jogging atau larian anda.
Ianya menggunakan teknologi GPS pada Nexus S anda untuk mengesan aktiviti senaman anda seperti masa, jarak dan kepantasan larian anda.
Sangat berguna untuk mereka yang giat membuat senaman larian dan ingin merekod aktiviti senaman anda.

Keempat : Untuk mereka yang gilakan gambar dan kamera!

camera and image apps for android Maxis10 : Aplikasi wajib anda dapatkan dari Android Market

Flickr
Sama fungsi seperti laman foto Flickr, aplikasi ini akan membolehkan anda mengakses album Flickr anda, muat naik gambar ke akaun Flickr anda, dan juga paparkan album gambar Flickr milik pengguna lain.

Camera360 Free
Hasilkan pelbagai gambar dengan efek menarik menggunakan aplikasi ini. Gambar 5 Megapixel dari kamera Nexus S, ditambah dengan efek khas dari aplikasi hebat ini, anda sudah pasti akan mendapat hasil gambar yang amat mengagumkan!

FxCamera
Lebih kurang juga seperti Camera360, namun aplikasi ini lebih ringan untuk berfungsi, cuma dengan efek yang dikurangkan. Efek khas menarik yang dibekalkan ialah ToyCam, Polandroid, Fisheye, SymmetriCam, Warhol, Normal. Sangat menarik untuk dicuba!

Adobe Photoshop Express
Aplikasi lengkap dengan segala-galanya untuk ada olah gambar menggunakan telefon bimbit anda. Dengan Nexus S yang mempunyai processor dan ram yang laju, pengolahan gambar anda begitu pantas dan mudah! Yang menarik, segalanya dengan sentuhan jari!.

BONUS! Aplikasi mesti dapatkan dari Android Market!

best bonus apps for android Maxis10 : Aplikasi wajib anda dapatkan dari Android Market

Untuk maklumat lanjut untuk aplikasi berikut, sila klik pada nama aplikasi tersebut dibawah :

Cukup puas hati tak dengan senarai aplikasi yang NK berikan ini? Apa-apa pun, ini cuma sekadar sebagai aplikasi permulaan untuk anda dapatkan dari Android Market, terdapat lebih 250,000 aplikasi untuk anda terokai!

Nantikan entri seterusnya mengenai permainan atau Games menarik untuk anda cuba dari Android Market!

 Maxis10 : Aplikasi wajib anda dapatkan dari Android Market

 

Posted in Maxis10, Technology4 Comments

Maxis10 : Video review Nexus S Portable WiFi Hotspot

Kalau sebelum ini NK tampilkan video unboxing untuk Google Nexus S, entri kali ini NK akan paparkan Video review mengenai penggunaan Nexus S Portable WiFi Hotspot.

Untuk review ini, NK telah menjemput beberapa blogger dan twitterian yang NK kenal untuk bersama-sama membantu dalam video ini.

Apa mereka perlu buat cuma, bawa gajet mereka yang mempunyai teknologi WiFi, dan mereka akan cuba untuk dapatkan talian internet dengan menggunakan akses WiFi yang akan dibekalkan melalui Google Nexus S. Yang pasti, talian telefon yang digunakan ialah talian Mobile Internet dari Maxis Hotlink.

NK juga sempat sertakan cara-cara dan teknik mudah untuk mengaktifkan portable WiFi Hotspot menggunakan Google Nexus S ini.

Kemudian, kesemua reviewer jemputan ini akan bersama-sama menggunakan akses internet tersebut, login ke Twitter, dan hantar tweet kepada @whykimi dengan hashtag #maxis10.

Jom tengok tweet mereka,

@mynameisshafiq
Nexus S @whykimi @notakosong rocks! #maxis10

@mnasihs
Nexus s @whykimi rocks #maxis10

@awgnasuha
Kimi hensem @whykimi #maxis10

@MahsyarSaid
Wohoooo @whykimi #maxis10

@syamilshahimi
Nexus S @whykimi rawkz!! #Maxis10

nexus s wifi hotspot whykimi Maxis10 : Video review Nexus S Portable WiFi Hotspot

Apa-apa pun, terima kasih yang tak terhingga kepada @mynameisshafiq@MahsyarSaid @mnasihs @syamilshahimi @awgnasuha dan mereka-mereka yang turut terlibat seperti @artdeep dan @pisyek.

Tidak lupa juga kepada krew-krew Theseplay yang banyak membantu rakaman dan pengolahan video!

Jom saksikan Video review Nexus S Portable WiFi Hotspot.

Jangan lupa tinggalkan komen anda dan dapatkan makluman terkini dari Facebook Notakosong dan Twitter Notakosong!

Posted in Maxis10, News, Technology8 Comments

Maxis10 : Video unboxing dan spesifikasi Nexus S

Maxis10 : Video unboxing dan spesifikasi Nexus S

Wow, setelah beberapa hari bersama dengan Nexus S, baru kali ini sahaja NK sempat untuk paparkan video unboxing Google Nexus S, jom lihat video dan spesifikasi Nexus S.

Sebelum tu, kalau ada yang masih belum kenal apa tu Google Nexus S, boleh lihat gambar yang ada pada entri sebelum ini, Notakosong.com dan Maxis10.

Google Nexus S yang dibawa khas ini mempunyai spesifikasi yang canggih berbanding kebanyakan telefon bimbit lain, yang pasti, Google semestinya mahukan yang terbaik untuk gajet yang menggunakan Operating System (OS) ciptaannya, Android.

Spesifikasi Google Nexus S :

spesifikasi google nexus s maxis Maxis10 : Video unboxing dan spesifikasi Nexus S

http://www.maxis.com.my/personal/android/SpecSheets/Google_NexusSpecs.pdf

Hmm, nampaknya agak berlainan sedikit berbanding spesifikasi Nexus S untuk pasaran antarabangsa, Nexus S dari Maxis menggunakan skrin jenis Super-LCD berbanding Super-AMOLED.

Video unboxing? Saksikan video unboxing dibawah ini, semoga terhibur! Kredit kepada krew Theseplay untuk video yang gempak!

Bagi yang tidak dapat layar YouTube, sila saksikan video ini di Facebook Notakosong. URL Video

Berikan komen atau pendapat anda dibawa, atau terus ke Twitter Notakosong.

Posted in Maxis10, News, Technology4 Comments

Maxis10 : Notakosong dipilih untuk review Google Nexus S!

Ingat lagi kiriman sebelum ini mengenai kejutan dari Notakosong? Kejutan yang diperkatakan adalah berkenaan dengan program review gajet Maxis10, untuk Google Nexus S.

Sukacita dimaklumkan bahawa NK juga dipilih sebagai salah seorang yang bertuah untuk buat review Google Nexus S dari Maxis.

10 orang yang dipilih oleh Maxis akan berpeluang sebagai antara orang yang pertama mencuba gajet tersebut dan memberikan pandangan tersendiri terhadap telefon bimbit canggih tersebut.

Belum kenal dengan rupa Google Nexus S? Jom lihat pada gambar-gambar Google Nexus S dibawah,

2011 03 18 12.00.48 Maxis10 : Notakosong dipilih untuk review Google Nexus S!2011 03 18 12.01.26 Maxis10 : Notakosong dipilih untuk review Google Nexus S!

Menarik bukan? Tak sabar-sabar rasanya NK nak cuba sepenuhnya gajet ni dan review sebaik mungkin.

Nantikan entri akan datang dari NK untuk ketahui lebih lanjut apa yang Google Nexus S dari Maxis ini mampu lakukan. Nantikan juga pandangan apa yang baik dan kurang baik mengenai telefon bimbit ini.

Sementara itu, dipersilakan untuk tinggalkan komen di bawah atau terus ke Twitter Notakosong, mengenai apa yang anda inginkan dalam review akan datang.

Terima Kasih Maxis!

Posted in Maxis10, News, Technology2 Comments

Maxis10 : Kejutan dari Notakosong, apakah?

Notakosong.com ada kejutan ni, apa agak-agaknya ya? Cuba perhatikan gambar dibawah, cuba teka apa agaknya kejutannya? Cukup jelas tak klu?

Kombinasi gambar-gambar dibawah adalah sebagai teaser apa yang akan berlaku di Notakosong.com tidak lama lagi.

maxis10 nexus s notakosong Maxis10 : Kejutan dari Notakosong, apakah?

Posted in Maxis10, News, Technology9 Comments

Maxis10 : Pelancaran Maxis Google Nexus S dan Maxis10 Nexus S

Maxis sebentar tadi baru sahaja melancarkan Google Phone pertama dari Maxis, Nexus S. Turut diumumkan adalah harga dan plan untuk Nexus S.

Pelancaran dihadiri ramai pihak media termasuk rakan-rakan blogger lain. Turut menyertai pelancaran tersebut sudah pasti penerima program #Maxis10 untuk review Nexus S.

Maxis Nexus S launch 1 Maxis10 : Pelancaran Maxis Google Nexus S dan Maxis10 Nexus S

Maxis Google Nexus S dilancarkan oleh COO Maxis, Jean Pascal, dan MD Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd, Yu Jai Sul. Video pelancaran akan dimuat naik kemudian, nantikan ruangan ini.

Maxis Nexus S launch 2 Maxis10 : Pelancaran Maxis Google Nexus S dan Maxis10 Nexus S

Bertambah lagi keluarga telefon bimbit Android dari Maxis! Ehem, bila nak bawa masuk Samsung Galaxy S 2 (II)?

Bagi yang tertanya-tanya berapa harga Nexus S dari Maxis, boleh dapatkan maklumat di laman web maxis, atau perhatikan pada keratan flyers dari Maxis ketika pelancaran tersebut. (Ekslusif di Notakosong.com)

Maxis Nexus S Price Harga Maxis10 : Pelancaran Maxis Google Nexus S dan Maxis10 Nexus S

Hebat, apa-apapun tahniah kepada Maxis kerana berjaya untuk membawa gajet canggih ini ke Malaysia, dan merupakan pengedar Google Nexus Phone rasmi pertama di Malaysia!

Maxis Nexus S Launch stage Maxis10 : Pelancaran Maxis Google Nexus S dan Maxis10 Nexus S

P/s : Nantikan kejutan berkaitan dari Notakosong.com~

Posted in Maxis10, Technology2 Comments








Partly powered by CleverPlugins.com