Posted on 07 August 2010. Tags: 2010, Artis, Box Office, Cantik, Dream, Ellen Page, Filem, Film, Gambar, Geeks, Inception, Kacak, Lawa, Leonardo DiCaprio, LOL, Love, Mimpi, Minat, Movie, Poster, Selebriti, US Dollar, Video Game
Mesti ramai antara anda yang pernah menonton filem Inception betul tak? Tahukah anda, filem ini dikategorikan filem yang paling diminati golongan Geek.
Terdapat 7 sebab mengapa filem Box Office yang mengutip jualan sehingga $62.8 juta US Dollar ini menjadi minat para Geeks.
- Filem ini menggabungkan semua genre filem yang kebiasaannya diminati para Geeks. Genre filem seperti Sains Fiksyen, Pengintipan, dan kesan Efek Filem yang canggih.
- Hero filem ini merupakan seorang Geek yang cukup kacak! (Leonardo DiCaprio) Malah watak perempuan turut merupakan seorang Geek yang cukup cantik! (Oh dah jatuh cinta dengan Ellen Page).
- Cuba teknik menggodam (Hack) yang belum pernah dibuat orang – Cuba untuk godam fikiran minda orang lain, meletakkan pemikiran lain, dan membuatkan orang tersebut percaya fikiran tersebut memang adalah fikiran asal beliau. Rumit kan? Memang perkara sebegitu yang menjadi minat seorang Geeks untuk teroka.
- Wujud sekumpulan Penggodan (Hackers) yang mencipta mimpi dan jalan cerita, supaya orang yang bermimpi tersebut akan membuat segala pergerakan seperti yang telah dirancang. Seorang Geeks mestilah minat Video Game, jadi mimpi tersebut hanya bagaikan Video Game yang perlu dimainkan mengikut jalan cerita.
- Kisah percintaan yang mengecewakan. Watak utama Inception sering teringat kepada isteri beliau yang sudah meninggal dunia. Mesti ada kan Geeks yang terkenang tentang kekecewaan dalam percintaan atau terlepas peluang dalam percintaan kan? haha,
- Misteri yang masih belum terungkai. Penamat cerita yang bagaikan tergantung menimbulkan banyak soal jawab bagi penonton filem tersebut. Dan seperti biasa, Geeks sememangnya minat untuk membuat kajian mengenai filem ini dan timbul pula dengan penamat sendiri.
Kesimpulannya, adakah anda seorang Geeks?? Haha

Share on Facebook
Posted in LOL, Movie
Posted on 23 July 2010. Tags: Animasi, Animation, Buzz Lightyear, Movie, Nama, Name, Pixar, Telegraph, Telegraph.co.uk, Toy Story, UK, Weird, West Bromwich

Seorang peminat tegar filem animasi Toy Story 3 yang berasal dari West Bromwich, Steve Bolton, telah menukarkan nama beliau kepada Buzz Lightyear.
Beliau berkata, beliau akan rasa seronok dapat menggembirakan Teman Wanita beliau yang juga merupakan peminat bagi filem animasi Toy Story. Beliau menjangkakan, apabila orang bertanya siapa yang teman wanita beliau sedang bersama, teman wanita beliau akan menjawab Buzz Lightyear!
Beliau turut berkata beliau berharap untuk menjadi lebih popular dikalangan kanak-kanak, dan akan rasa seronok untuk menurunkan tandatangan kepada mana-mana kanak-kanak yang inginkannya.
Share on Facebook
Posted in LOL, Movie, Weird
Posted on 23 July 2010. Tags: 2011, Car, Dwayne Johnson, Dwayne Johnson (The Rock), Fast and Furious 5, Fast Five, Ludacris, Mazda, Mazda RX-7, Mazda RX-7/8, Mazda RX-8, Movie, Nissan Skyline GT-R 35, Paul Walker, Sung Kang, Supercar, The rock, Tyrese Gibson, Vin Diesel
Nampaknya filem yang sentiasa mendapat sambutan hangat, filem siri Fast and Furious akan disambungkan lagi buat kali kelima. Dan Tajuk yang dicadangkan buat masa ini ialah “Fast and Furious 5 : Fast Five”
Paling menarik, untuk sambungan yang kali ini, ramai pelakon-pelakon dan selebriti popular turut akan menyertai lakonan ini.
Antara nama yang telah disebut ialahVin Diesel, Paul Walker, Tyrese Gibson, Sung Kang, Ludacris, dan Dwayne Johnson (The Rock).


Selepas Fast & Furious yang ditayangkan pada April 2009, Fast Five ini akan mula di rakam pada penghujung tahun ini dan dijangka akan ditayangkan pada penggal terakhir tahun 2011.
Apa yang menarik? Dah pasti la pelbagai kereta-kereta yang akan digunakan!
Berharap sangat kereta-kereta ‘sportcar’ seperti Mazda RX-7/8, Nissan Skyline GT-R 35, dan lain-lain akan digunakan, hehe

Sumber : Filmofilia
Share on Facebook
Posted in Movie
Posted on 20 June 2010. Tags: AF, Akademi Fantasia, Artis, Axcess, Axcess.com.my, Berlakon, Budaya, Cina, Getah, India, Istana, Istana Budaya, Kita, Ladang, Malaysia, Malaysian Book of Records, Melayu, Musical Theater, Muzik, Muzikal, Pelakon, Perak, Popular, Promosi, Selebriti, Teater, Teluk Intan, Terkenal, Tiket

Pementasan Muzikal “KITA” menampilkan semangat dan visi sebenar konsep 1 Malaysia, di mana semua bangsa di Malaysia hidup dalam suasana aman dan harmoni, bersatupadu serta bermatlamat untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran di tanah air yang tercinta ini.
Kita The Musical ini memaparkan perasaan kasih sayang antara kaum berbilang bangsa yang ditonjolkan melalui watak Rahman, Cheong dan Amish. Pementasan ini berlatarkan sebuah ladang getah di Teluk Intan, Perak pada tahun 1970-an.
Teater muzikal “KITA” ini telah turut berjaya dicatatkan sebagai pementasan teater muzikal yang melibatkan berbilang bangsa yang paling ramai di dalam Malaysian Book of Records.

Kita The Musical ini turut melibatkan ramai artis-artis terkenal, antaranya,
- Hafiz AF7 sebagai Rahman
- Eric Lin sebagai Cheong
- Michael Rao sebagai Ganesh
- Nas Adila sebagai Ayu
- Amy Wang sebagai Chun Moi
- Dato’ Jalaluddin Hassan sebagai Pak Hassan
- Lim Cheng Hock sebagai Chin SR
- Sukania Venugopal sebagai Grandma Naini
Pementasan Muzikal “KITA” ini telah berlangsung sejak dari 17 jun lagi dan akan berlangsung sehingga 27 jun. Pementasan akan diadakan pada pukul 3 petang dan 8 malam setiap hari. Segala maklumat mengenai Harga Tiket dan waktu pementasan boleh didapati di axcess.com.my.
Terdapat harga promosi bagi pelajar ye, harga tiket cuma RM18!
Share on Facebook
Posted in Malaysia, Movie, News
Posted on 16 June 2010. Tags: 2010, Artis, Asiaone, Bintang Popular, Bola Sepak, Bunuh, Celebrity, Dadah, Famous, FIFA, Gambar, Ganja, Hisap, Komedi, Lawak, Malaysia, Marijuana, Mati, Maut, Movie, Panas, Pelakon, Picture, Polis, Reman, Saiful Apek, Selebriti, Subang Jaya, World Cup

Pelawak dan pelakon terkenal tempatan, Saiful Apek telah ditahan kerana menghisap Ganja. Beliau yang dilihat sedang bersama-sama dengan rakan-rakan beliau ketika itu sedang seronok menyaksikan perlawanan bola sepak FIFA World Cup.
Pelakon yang pernah berlakon dalam beberapa filem terkenal sepert Cicak Man (2006), dan Senario The Movie (1999), itu ditahan polis apabila polis menyerbu rumah beliau di Jalan PJS7 Subang Jaya.
Saiful Apek, 41 tahun, ditahan reman selama 5 hari berikutan terjumpanya bungkusan ganja seberat 40 gram. Turut ditahan 5 orang rakan-rakan beliau termasuk seorang darinya wanita. Siasatan dilakukan di bawah seksyen 39A(1), akta dadah merbahaya.
Saiful Apek sebelum ini pernah memegang pelbagai anugerah seperti lebih 5 kali dinobatkan pelawak paling terkenal tahunan, dan pada tahun 2006, beliau telah dinobatkan Bintang Paling Popular serta Pelakon Lelaki Paling Popular.
Sumber : Asiaone
Agak-agaknya la kan, Saiful Apek akan dihukum bunuh ke? NK rasa tak kot….
Share on Facebook
Posted in Celebrity, Malaysia, Movie
Posted on 12 June 2010. Tags: Artis, Bahaya, Berita Harian, Cedera, Drama, Gaduh, Gambar, Image, Isteri, Johan, Kemalangan, Lelaki, Panas, Picture, Pukul, Raja Lawak, Selebriti, Seniman, Serius
Selepas sebulan kes ni berlaku, hari ni, Johan atau nama sebenar beliau Mohamad Yazid Lim Mohamad Aziz telah mengemukakan saman melalui peguam beliau keatas pengarah yang pernah mencederakan beliau dahulu.
Saman yang berjumlah RM 1 juta tersebut turut termasuk dengan permintaan supaya syarikat produksi dan pengarah tersebut mengeluarkan kenyataan meminta maaf secara terbuka kepada Johan, dan juga menarik segala e-mel dan kenyataan fitnah terhadap apa yang berlaku sebelum ini.

Menurut Johan, saman tersebut bukan hanya semata-mata menuntut ganti rugi, tetapi beliau berniat agar ianya memberi kesedaran kepada pihak pengarah yang mana beliau dakwa turut bertindak menendang isteri beliau, Rozlinawaty Ismail (Ozlyn Wati).
Sehari sebelum kejadian, Johan baru sahaja kehilangan Ibu kesayangan beliau, oleh kerana komited terhadap kerjaya, beliau tetap hadir keatas perjumpaan dengan pengarah tersebut.
Saman yang dikemukakan Johan ini turut disokong oleh Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) melalui sidang media yang diadakan, turut hadir ialah Presiden Seniman, Harun Salim Bachik.
Source : myMetro
Betul-betul tepat sebulan selepas tu pula Johan kemukakan saman, mungkin mengambil masa untuk merawat kecederaan dan kekecewaan yang dialami dahulu kot. Pernah juga dulu NK keluarkan kiriman mengenai pergaduhan Johan ini.
Namun jangkaan pertama adalah ianya bukanlah serius dan kecederaan yang dialami tidak pula seperti didalam gambar di atas.
Apa-apa pun, harap-harap segalanya dapat diselesaikan dengan cara yang baik, Budi Bahasa Budaya Kita.
Share on Facebook
Posted in Celebrity, LOL, Malaysia, Movie
Posted on 07 June 2010. Tags: Alexander the Great, Anuar Zain, Blog, China, Empayar, Epik, Filem, Hikayat, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Merong Mahawangsa : The Malay Chronicles - Bloodlines, Internet, Malay, Malaysia, Melayu, Movie, News, Popular, Roman, Sejarah

Click image to view larger
“Hikayat Merong Mahawangsa : The Malay Chronicles – Bloodlines”, Itulah tajuk bagi filem terbaru hasil keluaran anak tempatan, KRU Studios.
Filem berbajet besar ini telah mencatat jualan jutaan ringgit di “European Film Market” yang diadakan di Berlin Februari lalu, meskipun hanya akan ditayangkan awal tahun 2011. Ia turut akan ditayangkandi negara luar seperti United Kingdom, Perancis, Jerman, Rusia dan negara-negara di Timur Tengah.
Mempunyai penataan bunyi dari Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO), Filem ini dikatakan mampu digandingkan bersama-sama dengan filem-filem bertaraf dunia yang lain. Lagu “Sedetik Lebih” iaitu lagu tema bagi Hikayat Merong Mahawangsa pula akan dinyanyikan oleh penyanyi popular, Anuar Zain.


“Hikayat Merong Mahawangsa : The Malay Chronicles – Bloodlines” mengisahkan mengenai Merong Mahawangsa yang merupakan darah keturunan Alexander the Great. Beliau telah diserang Lanun Kepulauan Geruda ketika sedang berlayar di selat Melaka. Beliau juga tersangkut pada konflik yang melibatkan Empayar Roman dan Empayar China Dinasti Han.
Nantikan kesinambungan Filem ini pada masa akan datang.
Sumber : MalayChronicles.com
Share on Facebook
Posted in Malaysia, Movie
Posted on 30 May 2010. Tags: /k, Bella, Daily Chilli, Edward Cullen, Image, Irish, Joke, Kristen Stewart, Lelaki, LOL, Malaysia, Malaysian, Model, Panas, Picture, Pontianak, Robert Pattinson, Selebriti, Sexy, Twilight, Vampire
Ingat lagi cerita Twilight? Kenal lagi dengan Edward Cullen? Atau pelakon sebenarnya, Robert Pattison? Tak pun, ingat lagi dengan vampire pontianak yang tak hisap darah manusia dan ada kulit yang bersinar-sinar kalau kena cahaya matahari?
Ok, Kali ni NK nak kongsi cerita tentang Kaum pontianak yang sama jenis dengan Edward Cullen, tapi dia bukan Irish, dia ni Malaysians!!
Klik Pada gambar untuk tengok lebih jelas,

Haha, Sebenarnya beliau ni seorang Pelajar Ph.D dan juga Model sambilan, Nama sebenar beliau Sean @ Norlisham Nordin. Berdasarkan maklumat yang NK dapat, beliau ni agak terkenal la. Beliau minat sangat dengan twilight, sehinggakan Dream Partner beliau ialah Bella dalam Twilight, atau Kristen Stewart!

Bersinar-sinar dan berkilat-kilat kan kulit beliau? Sama macam Edward Cullen! Rupa paras pun hampir sama kot? Apa kata anda? Apa-apa pun, semoga beliau berjaya dalam karier, dan sangat berani untuk membawa watak Edward Cullen versi Malaysia!
Jangan beliau timbulkan kontroversi macam Edward Cullen cukup la ye.
Sumber : Daily Chilli
Share on Facebook
Posted in LOL, Malaysia, Movie
Posted on 10 May 2010. Tags: Filem, Kahwin, Lamar, LOL, Menarik, Metro, Metro.co.uk, Michael J Fox, Movie, Propose, Steven Spielberg, USA

Sebelum ni NK pernah kirim mengenai seorang lelaki yang melamar isterinya dengan propose melalui video game kegemaran bakal isterinya, dan isteri beliau amat gembira dan menerima lamaran beliau. Mungkin nak ubah edit game ni tak ramai yang mampu buat, dan ada setengah-setengah orang lebih pakar ubah benda lain.
Nak dijadikan cerita, seorang lelaki, Corey Goldfeder dari US telah mengubah Filem kegemaran bakal isteri beliau sebagai laluan untuk melamar gadis itu.
Continue Reading
Share on Facebook
Posted in LOL, Movie, News, Picture
Posted on 07 May 2010. Tags: Admin, Blog, Blogger, Email, Link Exchange, Notakosong, Notakosong.com

Akhirnya! NK akan buka page NK Link Exchange untuk para pembaca notakosong.com kongsi blog anda bersama pembaca-pembaca lain~ Segala Link, mahupun banner akan diletakkan di page http://notakosong.com/nk-link-exchange/. Paling menarik, jikalau ada para blogger diluar sana yang ada badge atau button blog anda sendiri, NK akan turut paparkannya disitu!
Percuma je! Tapi untuk blog sahaja la, bukan slot iklan atau advertisement ye~ Pemilihan blog akan dibuat selepas anda email~
Apa yang anda perlu buat sangat mudah, anda cuma perlu email ke admin@notakosong.com butir-butir dibawah :
- Nama anda (atau nama gelaran) :
- URL Blog :
- URL Badge atau Button (optional) :
- Keterangan sikit :
- Kehebatan, keistimewaan blog anda (optional) :
Mudah kan? Bukan NK tak mahu link kan semua pembaca, tapi NK mahu pastikan lebih mudah hubungan dua hala wujud antara blogger.
Jom la hantar email pada NK ramai-ramai, ajak kawan-kawan sekali ye~
admin@notakosong.com
Share on Facebook
Posted in LOL, Malaysia, Movie, News, Picture, Websites