Posted on 02 September 2010. Tags: 1Malaysia, Ahli Muzik, Artis, Bahaya, Berita, Blogspot, China, Cina, Direktor Filem, Facebook, Gambar, India, Inshah, Isu, Johor, Kaum, Lagu, Laporan, Malay, Malaysia, Melayu, Merdeka, Muar, Nah, Namewee, Negarakuku, News, PDRM, Perdana Menteri, Polis, Polis Diraja Malaysia, Racism, Racist, Rapper, Report, Siti, Siti Inshah Mansor, Taiwan, Tenaga Nasional Berhad, TNB, Universiti Ming Chuan, Video, Wee Meng Chee, Youtube
Wee Meng Chee, atau lebih dikenali di seluruh negara dengan panggilan Namewee, merupakan seorang Artis, Ahli Muzik dan juga Direktor Filem yang berasal dari Muar, Johor.
Beliau pernah menjadi punca berlakunya kekecohan seketika pada tahun 2007 mengenai lagu ciptaan beliau “Negarakuku” yang dipaparkan di laman YouTube. Lagu tersebut dikatakan menghina Negara Malaysia, Kerajaan Malaysia, dan juga Rakyat Malaysia.
Namun, beliau kemudiannya telah membuat pengumuman maaf secara terbuka.
Bekas pelajar dalam bidang Komunikasi massa di Universiti Ming Chuan, Taiwan, ini juga pernah melancarkan album beliau yang berjudul “Namewee” pada 3 September 2007.
Pada tahun 2008, sejurus selepas kembali ke Tanah Air, Namewee telah dipanggil oleh Polis Diraja Malaysia untuk membuat siasatan mengenai video klip “Negarakuku” beliau.
Pada 23 September 2010, Namewee dimaklumkan polis bahawa kes tersebut telah ditutup, dan beliau mendakwa tiada tindakan akan diambil terhadap beliau. Namun, Polis Diraja Malaysia berkata kes tersebut masih dalam siasatan dibawah akta Hasutan dan Derhaka.
Antara lain perkara yang mendapat perhatian mengenai Namewee ialah, apabila beliau membuat sebuah video klip mengkritik dan mengutuk tenaga kerja Tenaga Nasional Berhad (TNB). Video klip yang dibuat pada Oktober 2009 memaparkan Namewee yang marah dengan masalah ‘blackout’ di seluruh Muar, cuba mendapat penjelasan di Ibu Pejabat TNB Daerah, namun dihalau pulang oleh petugas di sana.
Terkini, Namewee telah membuat sebuah Video Klip mengkritik dan mengutuk tindak tanduk pengetua yang bersikap perkauman, Siti Inshah dengan sebuah video berjudul “Nah!!” . Maklumat lanjut di http://notakosong.com/1785/malaysia/isu-pengetua-siti-inshah-mansor-dan-video-klip-namewee/ .
Dan, Namewee nampaknya baru sahaja selesai dengan satu lagi penahanan polis untuk membuat keterangan dan penjelasan. http://notakosong.com/1805/malaysia/namewee-ditahan-polis-untuk-beri-keterangan-mengenai-video/ .
Facebook : Namewee 黃明志 Official Page
Blogspot : http://www.namewee.blogspot.com/

Share on Facebook
Posted in Celebrity, Malaysia, Music
Posted on 29 July 2010. Tags: 2010, AMUK, Axcess, Axcess.com.my, Bunkface, DJ, ELLA, Harga, KL, KL Tower, Kuala Lumpur, MAY, Meet Uncle Husin, Menara KL, Mobile, Mobile Prepaid, Music, Music Fest, Pesawat, Radhi OAG, Republic of Brickfields, Tiket, Tilu, Tower, Tune Talk, XPDC

Program Festival kesenian ini akan berlangsung selama tiga hari bermula 30hb Julai hingga 1hb Ogos 2010 dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pameran kesenian, persembahan pentas, tarian, fesyen, dan persembahan Deejay.
Jualan produk berkaitan Muzik, disamping aktiviti sampingan iaitu 1 Malaysia Autoshow, Pameran Radio Amatur and pelbagai lagi dengan kehadiran ahli selebriti yang popular.
Program turut mendapat kerjasama dari Rakan Muda, JKKN and Persatuan Syarikat Rakaman Malaysia RIM. KL Tower Music Festival ini akan bermula seawal pukul 10 pagi hingga 12 malam.
Persembahan Konsert KL Tower Music Fest 2010 akan menampilkan artis seperti ELLA, Kumpulan MAY, XPDC, AMUK, Bunkface, Pesawat, Tilu, Meet Uncle Husin, Republic of Brickfields, Radhi OAG and ramai lagi. Konsert bermula pukul 2 ptg hingga 12 mlm.
Harga Tiket :
- RM35 – Konsert Sehari
- RM50 – Konsert 3 Hari
Maklumat mengenai Music Fest ini boleh didapati di http://axcess.com.my/
Share on Facebook
Posted in Events, Malaysia, Music
Posted on 10 June 2010. Tags: Artis, Britain, Bunuh, Canada, Celebrity, Girl, Gosip, Joke, Justin Bieber, Lelaki, LOL, London, Miley Cyrus, Panas, Prank, Selebriti, Sexy, Stalker, Ugut, UK, USA

Penyanyi 16 tahun dari Kanada ini telah diugut bunuh oleh Miley Cyrus setelah Justin mengaku telah menganggu Miley beberapa kali dengan gangguan panggilan telefon.
Miley yang sedang lena tidur dikatakan menerima gangguan panggilan telefon itu pada jam 3 Pagi dan setelah mendengar jeritan marah Miley, Justin Bieber telah mengaku bahawa yang menelefon itu ialah beliau.
Source : SIFY.com
Mungkin Justin Bieber ni tak tahu yang Miley Cyrus ni sedang berada di London kot, dah tu pula, tak tahu pula beza waktu di Kanada dan London. Teruk betul la budak kecik ni… ish ish ish..
Justin Bieber dah jadi Stalker! “Baby, baby baby noooooo, tot chu owes be main….“
Share on Facebook
Posted in Celebrity, LOL, Music
Posted on 09 June 2010. Tags: Anak, Artis, Bayar, Cerai, Duit, Gosip, Insuran, Isteri, Kahwin, Mahkamah, Mahkamah Syariah, Nafkah, OAG, Pendidikan, Perayaan, Radhi, Radhi OAG, Talak, Wang

Akhirnya rumah tangga Radhi OAG, atau nama sebenarnya Radhi Razali bersama dengan Shazlin Sharif berakhir dengan talak satu setelah disahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah.
Mahkamah telah menetapkan supaya Radhi membayar wang nafkah edah sebanyak RM3,000 dan nafkah anak sebanyak RM460 sebulan. Malah Radhi turut bersetuju untuk membayar insuran pendidikan anaknya sebanyak RM200 sebulan. Selain itu, Shazlin Sharif turut meminta Radhi membayar wang nafkah perayaan hari lahir anak sebanyak RM1,000 setahun.
Sumber : Hmetro
Wah, Banyak juga ye yang diminta isteri Radhi, Shazlin Sharif. Namun demikian kesemuanya Radhi setuju dan proses penceraian juga berlaku dengan aman. Semoga masing-masin berbahagia dengan hidup akan datang.
Mungkin lepas ni Radhi kahwin lain kot? siapa tahu kan, Radhi pun muda lagi
Share on Facebook
Posted in Celebrity, LOL, Malaysia, Music
Posted on 09 June 2010. Tags: Artis, Concert, Facebook, Girls, Hits, Konsert, Korea, Live, Malaysia, Nobody, Perempuan, September, Sexy, Single, Sony Ericsson, WonderGirls

Pasti ramai yang minat dengan kumpulan nyanyian perempuan yang berasal dari Korea ni, tak lain tak bukan, “WonderGirls”. Seperti yang ramai sudah tahu, kumpulan ini amat terkenal dengan lagu “Nobody” tu. “nobadi nobadi but chu~ *clap2*”
Nampaknya peminat-peminat WonderGirls akan berpeluang berjumpa dengan grup ini apabila mereka akan hadir ke Malaysia untuk mengadakan Konsert dan Sidang Media tak lama lagi!. Dijangka tarikh untuk mereka hadir adalah dalam bulan September ataupun Oktober.
Namun, Sony Ericsson (Penaja WonderGirls di Malaysia) telah mengadakan undian untuk memastikan sama ada WonderGirls berpeluang untuk hadir ke Malaysia atau tidak. Anda boleh mengundi di Laman Facebook Rasmi Sony Ericsson. Jikalau terdapat 5000 atau lebih pengundi, akan ada lebih peluang untuk WonderGirls hadir ke Malaysia!
Sumber : Wonderfulsworld.com / Sony Ericsson Malaysia Facebook
Share on Facebook
Posted in Malaysia, Music, Travel, Video, World