Posted on 10 June 2010. Tags: Artis, Britain, Bunuh, Canada, Celebrity, Girl, Gosip, Joke, Justin Bieber, Lelaki, LOL, London, Miley Cyrus, Panas, Prank, Selebriti, Sexy, Stalker, Ugut, UK, USA

Penyanyi 16 tahun dari Kanada ini telah diugut bunuh oleh Miley Cyrus setelah Justin mengaku telah menganggu Miley beberapa kali dengan gangguan panggilan telefon.
Miley yang sedang lena tidur dikatakan menerima gangguan panggilan telefon itu pada jam 3 Pagi dan setelah mendengar jeritan marah Miley, Justin Bieber telah mengaku bahawa yang menelefon itu ialah beliau.
Source : SIFY.com
Mungkin Justin Bieber ni tak tahu yang Miley Cyrus ni sedang berada di London kot, dah tu pula, tak tahu pula beza waktu di Kanada dan London. Teruk betul la budak kecik ni… ish ish ish..
Justin Bieber dah jadi Stalker! “Baby, baby baby noooooo, tot chu owes be main….“
Posted in Celebrity, LOL, Music
Posted on 09 June 2010. Tags: Anak, Artis, Bayar, Cerai, Duit, Gosip, Insuran, Isteri, Kahwin, Mahkamah, Mahkamah Syariah, Nafkah, OAG, Pendidikan, Perayaan, Radhi, Radhi OAG, Talak, Wang

Akhirnya rumah tangga Radhi OAG, atau nama sebenarnya Radhi Razali bersama dengan Shazlin Sharif berakhir dengan talak satu setelah disahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah.
Mahkamah telah menetapkan supaya Radhi membayar wang nafkah edah sebanyak RM3,000 dan nafkah anak sebanyak RM460 sebulan. Malah Radhi turut bersetuju untuk membayar insuran pendidikan anaknya sebanyak RM200 sebulan. Selain itu, Shazlin Sharif turut meminta Radhi membayar wang nafkah perayaan hari lahir anak sebanyak RM1,000 setahun.
Sumber : Hmetro
Wah, Banyak juga ye yang diminta isteri Radhi, Shazlin Sharif. Namun demikian kesemuanya Radhi setuju dan proses penceraian juga berlaku dengan aman. Semoga masing-masin berbahagia dengan hidup akan datang.
Mungkin lepas ni Radhi kahwin lain kot? siapa tahu kan, Radhi pun muda lagi
Posted in Celebrity, LOL, Malaysia, Music
Posted on 09 June 2010. Tags: Artis, Concert, Facebook, Girls, Hits, Konsert, Korea, Live, Malaysia, Nobody, Perempuan, September, Sexy, Single, Sony Ericsson, WonderGirls

Pasti ramai yang minat dengan kumpulan nyanyian perempuan yang berasal dari Korea ni, tak lain tak bukan, “WonderGirls”. Seperti yang ramai sudah tahu, kumpulan ini amat terkenal dengan lagu “Nobody” tu. “nobadi nobadi but chu~ *clap2*”
Nampaknya peminat-peminat WonderGirls akan berpeluang berjumpa dengan grup ini apabila mereka akan hadir ke Malaysia untuk mengadakan Konsert dan Sidang Media tak lama lagi!. Dijangka tarikh untuk mereka hadir adalah dalam bulan September ataupun Oktober.
Namun, Sony Ericsson (Penaja WonderGirls di Malaysia) telah mengadakan undian untuk memastikan sama ada WonderGirls berpeluang untuk hadir ke Malaysia atau tidak. Anda boleh mengundi di Laman Facebook Rasmi Sony Ericsson. Jikalau terdapat 5000 atau lebih pengundi, akan ada lebih peluang untuk WonderGirls hadir ke Malaysia!
Sumber : Wonderfulsworld.com / Sony Ericsson Malaysia Facebook
Posted in Malaysia, Music, Travel, Video, World
Recent Comments