Frenz United Football Academy (FUFA) merupakan sebuah akademi bola sepak remaja baru yang ditubuhkan awal tahun ini, dengan kelengkapan bertaraf antarabangsa.
Akademi bola sepak ini dibina dalam kawasan seluas 5 ekar di lot tanah persendirian bertempat di Janda Baik, Pahang. Ianya akan menempatkan 50 orang pelajar berumur diantara 12 hingga 15 tahun yang mempunyai bakat tinggi dalam permainan bola sepak.
Kesemua pelajar-pelajar tersebut akan ditanggung dengan biasiswa bernilai lebih RM80,000 setiap orang, termasuk dengan tanggungan penginapan, latihan profesional bola sepak, kelengkapan permainan dan latihan, pakaian dan alat sukan, kos pengangkutan dan juga bayaran yuran persekolahan.
Kesemua pelajar-pelajar yang menerima biasiswa itu akan dihantar ke sekolah persendirian SM Saleha di Genting Highlands.
Antara nama besar yang terlibat dalam pembangunan bola sepak remaja ini adalah Pengarah Tekninal, Omar Ali, jurulatih skuad remaja bola sepak Selangor yang pernah melatih pemain bola sepak negara seperti Amri Yahya. Ahmad Fairuz Yunus sebagai Ketua Jurulatih, yang pernah melatih bakat besar bola sepak negara di Sekolah Sukan Bukit Jalil.
Yang pasti, pembinaan akademi bola sepak ini sepenuh dimodelkan kepada akademi bola sepak bertaraf antarabangsa. Seperti Akademi La Masia di Barcelona yang banyak menyalurkan bintang besar kepada juara Piala Dunia, Sepanyol, dan juga Akademi Clairefontaine di Perancis yang pernah menghasilkan bintang besar bola sepak seperti Zinedine Zidane.
Tahniah dengan usaha murni ini, dan semoga dengan ini dapat menaikkan bakat bola sepak Malaysia di persada dunia menyerlahkan Malaysia di arena bola sepak dunia pada masa akan datang.
Mengejutkan dan menyedihkan apabila dapat cerita mengatakan remaja OKU (Orang Kurang Upaya) diculik, kes kali ni berlaku di Johor Bharu.
Remaja OKU yang bernama Saiful, 21 tahun ini dikatakan ‘dibawa lari’ setelah dipanggil oleh orang yang tidak dikenali. Oleh kerana itu Saiful mengikut kemana-mana saja.
Menurut maklumat, katanya Saiful telah ditemui dan dipulangkan ke pangkuan keluarganya.
Meskipun remaja ini adalah Orang Kurang Upaya, namun perlu diingatkan bahawa dia ada keluarga dan ada yang menyayangi dia.
Ingat lagi kisah penculikan Nayati Moodliar? Bukan main lagi hebah satu Malaysia tentang kehilangan dia, sampai media antarabangsa pun ada buat liputan.
Terima kasih kepada pihak yang telah membantu dalam kes kehilangan Saiful ini. Semoga dia selamat berada di pangkuan keluarga.
p/s: Makin banyak kes penculikan berlaku, apa ke mudah betul penculik sekarang ni nak menculik?
Hujung minggu yang lalu, satu kemalangan ngeri melibatkan sebuah Ferrari berlaku di persimpangan Rochor Road dan Victoria Street, Singapura.
Kedua-dua mangsa, pemandu teksi dan juga pemandu Ferrari itu maut di tempat kejadian, manakala terdapat 3 orang lain yang dilaporkan cedera.
Berikut adalah gambar di kawasan berlakunya kemalangan itu (Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas):
Yang lebih menyedihkan, pemandu teksi yang meninggal di lokasi kemalangan itu, Cheng Teck Hong merupakan satu-satunya pencari sumber rezeki untuk keluarga mereka, meninggalkan seorang isteri, dua anak lelaki dan seorang anak perempuan di rumah.
Berdasarkan satu rakaman dalam kereta yang berada berdekatan lokasi kemalangan, didapati kemalangan berpunca dari kesalahan pemandu Ferrari 599 GTO yang tidak berhenti dengan sewajarnya di hentian trafik, lalu melanggar teksi itu dengan kelajuan tinggi.
Skuad hoki remaja Malaysia berjaya merangkut pingat emas pertama dalam saingan Junior Asia Cup Hockey selepas 25 tahun, menewaskan Pakistan.
Kemenangan 2-1 sudah cukup untuk skuad remaja itu menewaskan juara 3 kali, Pakistan dalam perlawanan sengit di Stadium Hoki Bukit Serendit, Melaka.
Faisal Saari meletakkan Malaysia di depan seawal minit ke-2 perlawanan, dan kemudiannya Mohd Syamim Mohd Yusof menambah keperitan Pakistan pada minit ke-18. Malaysia kelihatan langsung tidak goyah sepanjang separuh masa pertama.
Separuh masa kedua menampilkan kebangkitan Pakistan untuk mengejar mata. Irfan membawa pulang satu jaringan untuk Pakistan pada minit ke 42, dan keputusan kekal 2-1 sehingga tamat masa perlawanan.
Ketua jurulatih skuad hoki remaja Malaysia, K. Dharmaraj berkata, semoga dengan kemenangan kejuaraan perlawanan itu, akan menjadi detik untuk kemajuan sukan hoki di negara ini.
Perlawanan itu disaksikan oleh lebih 7,000 peminat yang hadir ke stadium sebelum jam 8 malam lagi.
Dalam tempoh 48 yang lalu, satu video kekejaman seorang wanita yang mendera bayi telah tersebar luas di internet. Apa kes sebenarnya ini dan apa yang telah berlaku?
Video ini pada asalnya tersebar luas di Facebook dengan tajuk, ‘Bangang punye betina!!’.
Ia kemudiannya mendapat perhatian ramai dan ramai orang yang mula mencari sumber lanjut mengenai apa yang berlaku sebenarnya kepada wanita yang dipanggil dengan nama ‘Ira’ (Dalam video) dan bayi tersebut, yang dipercayai adalah anak kepada Ira itu.
Video wanita dera bayi
Wujud juga beberapa dakwaan yang kononnya, bayi itu bukan anak kepada Ira itu, tetapi adalah anak jagaan kepada Ira, yang dipercayai adalah pengasuh kepada bayi itu.
Sumber dari tweet Bernama.com mengesahkan bahawa wanita yang bernama Ira itu sedang menjalani hukuman penjara atas kekejaman perbuatannya itu.
Bayi tersebut pula sedang dalam rawatan, dan ini dapat disahkan melalui gambar yang tidak bertarikh dibawah ini.
Semoga bayi itu dapat diselamatkan dan kekejaman ini tidak memberikan sebarang kesan kecederaan fizikal kekal kepada bayi tersebut.
p/s: Hairan, kenapa perempuan yang merakamkan video ni tak ambil tindakan apa-apa? Cuma pandai melihat je kekejaman penderaan ini? Kalau tak nak halang si Ira pun, bawa lari anak kecil itu dari penderaan itu la bukan?
Makin cemerlang nama Nazmi Faiz Mansor di arena bola sepak Malaysia apabila bintang muda Harimau Malaya ini dijangka bakal bermain bersama S.C.Beira-Mar di Portugal!
Jurulatih pasukan Harimau Muda A dan Malaysia bawah 23-tahun, Ong Kim Swee mengesahkan perkara ini dimana Nazmi Faiz kemungkinan besar berpeluang untuk beraksi bersama Cardiff City, ataupun di kelab liga utama Portugal.
Gambar milik Azhari Yusop
Nazmi Faiz kini dalam tempoh persedian ke ujian pemilihan bersama kelab S.C.Beira-Mar yang kini menduduki tempat ke-12 dari 18 pasukan di Primeira Liga, Portugal. Turut disahkan adalah ujian pemilihan ini akan dijalankan selama satu minggu iaitu bermula 14 hingga 21 Mei ini.
Yang menarik, tawaran ujian pemilihan ini ditawarkan oleh ejen kelab Portugal itu yang tertarik dengan aksi cemerlang bintang muda Harimau Malaya itu.
Nazmi Faiz akan bertolak menuju ke Portugal, ditemani bapanya pada ahad ini.
Semoga berjaya dalam pemilihan ini! Peminat bola sepak tempatan sentiasa menantikan berita baik keputusan pemilihan Nazmi Faiz disana!
Kerajaan Arab Saudi mungkin menyekat jemaah Haji Malaysia untuk menunaikan Haji kerana perhimpunan haram Bersih 3.o yang dilangsungkan disana.
Maklum kerajaan disana, terdapat segelintir rakyat Malaysia yang mengadakan perhimpunan haram Bersih 3.0 di negara itu tanpa permit dan diadakan di kota Mekah dan kota Madinah.
Oleh kerana kerajaan Arab Saudi amat mengambil berat keselamatan para jemaah seluruh dunia yang datang menunaikan ibadah haji dan umrah di negara itu, Arab Saudi mungkin mengambil langkah drastik untuk menyekat jemaah haji dan umrah dari Malaysia.
Penggantungan ini masih lagi belum muktamad, dan masih di tahap perbincangan.
Kerajaan Arab Saudi amat sensitif dengan isu berhimpun apatah lagi perhimpunan-perhimpunan haram, ini kerana berlakunya pelbagai pergolakan yang digelar sebagai ‘kebangkitan Arab’ di negara-negara Timur Tengah, di mana wujud pelbagai hasutan untuk rakyat menentang kerajaan.
p/s: Hmm, ini bukan agenda asal dalam Bersih 3.0 ni, harap-harap jelaskan isu ini, jangan sampai terkilan ramai orang yang menunggu giliran untuk menunaikan ibadah Haji dan Umrah.
Kes penculikan kanak-kanak, Nayati Shamelin Moodliar yang mendapat liputan luas, tiba-tiba ada spekulasi mengejutkan timbul, yang semua ini adalah rekaan dan palsu!
Ramai yang sudah tahu leretan kisah penculikan Nayati Moodliar, ianya mendapat liputan luas, sehinggakan syarikat telekomunikasi Celcom turut memberikan kerjasama menyebarkan maklumat mengenai kes ini.
Dan lega juga apabila mendapat tahu, adik Nayati ini sudah berjaya diselamatkan dan dilepaskan dari penculik itu.
Namun, ada segelintir pihak yang mengatakan, adanya satu kekeliruan mengenai kes penculikan ini, dan wujudnya spekulasi dimana kes penculikan Nayati hanyalah pementasan demi kebaikan pihak tertentu, rekaan dan palsu.
Berikut merupakan dakwan kononnya penculikan ini semuanya cuma pementasan pihak tertentu :
Nayati diculik pada 27/4/2012 sehari sebelum perhimpunan Bersih 3.0. Ibu dan bapanya segera mendesak media dan orang ramai bantu mengenai penculikan itu. Ianya mendapat perhatian media antarabangsa kerana seiring dengan kejadian Bersih.
Pada hari kejadian penculikan itu, pegawai polis yang sepatutnya ditugaskan di lokasi penculikan itu tiada. Dakwaan mengatakan sepatutnya ada 2-3 orang pegawai polis yang bertugas mengawal di kawasan terbabit.
Ketika temubual media (press conference), bapa kepada Nayati secara terang-terangan berkata yang mereka tidak mempunyai banyak harta, seolah-olah memberi petanda kepada penculik itu untuk selesaikan saja Nayati, tanpa ada wang tebusan. Ibu Nayati juga kelihatan terlalu tenang. (Ibu mana yang boleh tenang dengan selamba dalam situasi macam ni?)
28/4/2012 berlangsungnya perhimpunan Bersih 3.0. Ada desakan dari media dan pihak antarabangsa supaya usaha polis untuk mencari Nayati lebih digiatkan. Mengalihkan tumpuan pihak polis dari perhimpunan Bersih kepada kes Nayati?
Malaysia menjadi perhatian antarabangsa, berkenaan kes penculikan Nayati, dan juga perhimpunan Bersih 3.0. Media antarbangsa mula menyebarkan rakaman dan laporan kekejaman polis, masalah pegawai polis dalam negara dan juga penapisan sumber media dalam Malaysia. Masyarakat antarabangsa mula melabelkan pihak kerajaan dan pihak berkuasa sebagai kejam dan lemah. Propaganda?
Nayati Moodliar ditemui dalam keadaan selamat, sihat sejahtera malah dilihat seperti dijaga rapi. Pihak keluarganya mahukan media supaya memberhentikan liputan bagi masa untuk mereka keluar dari trauma kes itu. Dakwaan mengatakan, bagi masa untuk mereka memperbetulkan susunan kronologi penculikan Nayati. Keluarganya kemudiannya pergi bercuti tanpa Nayati.
Tidak pasti mengenai kesahihan sebenar spekulasi ini, kemungkinan besar, ianya cuma rekaan dan dakwaan palsu pihak lain.
Kalau di Indonesia, polis yang mengawal rusuhan paling takut dengan senjata perusuh yang satu ni, telefon bimbit Nokia! Dibaling boleh membahayakan nyawa tu!
INDONESIA: A protester aims a nokia at riot police in Jakarta yesterday during the latest in a week-long string of protests across the country against plans to raise fuel prices by more than 30 per cent.
Amboi, ganas betul perusuh kat Jakarta ni, boleh meletup agaknya Nokia 3310 tu kalau dibaling!
p/s: nasib baik la rusuhan kat Malaysia ni perusuh tak serang guna Nokia kan?
Syarifah Noor Azmiera Syed Daud, remaja perempuan yang berasal dari Temerloh ini hilang. Diharap orang ramai yang ada sebarang maklumat untuk membantu.
Mohon Bantuan Sahabat2 yg ternampak Adik sahabat CMK ni, Nama SYARIFAH NOOR AZMIERA SYED DAUD dari Temerloh yg kini sudah hampir dua minggu hilang. Laporan polis dan bantuan pihak berkaitan sudah diperolehi namun beliau masih gagal dijumpai. So, mana2 pihak yg terjumpa atau nampak kelibat beliau bolehlah hubungi kakaknya IDA (017-9736930) atau hubungi CMK 012-3854400. Mohon sebarkan ..
Remaja perempuan ini sudah lebih dua minggu dipercayai hilang dari rumah, dan ada pula yang mengesyaki bukan hilang kerana diculik, tapi khuatir jika gadis remaja ini sebenarnya lari dari rumah.
Apa-apa pun, diharap adik Syarifah berjaya ditemui atau pulang ke rumah dengan selamat dan dalam keadaan sihat.
Recent Comments