Archive | Automotive

Proton Satria Neo Konsep : Proton ARTIGA (R3)

Anda pengguna Proton Satria Neo? Boleh berbangga la lepas ni, makin melonjak nama Satria Neo dengan bertambahnya peminat dari Jepun. Nah tengok Proton ARTIGA!

proton artiga r3 Proton Satria Neo Konsep : Proton ARTIGA (R3)

Proton ARTIGA ini dipamerkan di Tokyo Auto Salon 2012, dan ianya dengan nyata menarik ramai peminat tempatan disana!

Apatah lagi dengan kemunculan Satria Neo CUSCO Rally Japan Spec yang memang popular disana setelah dibawa sebagai kenderaan sukan rally disana.

Hebat Proton Satria Neo, bukan itu sahaja, bagi anda yang tidak tahu, Proton Satria Neo juga turut digunakan untuk sukan Rally di luar negara, dan tidak lain dan tidak bukan Satria Neo S2000 yang sedang mencatat nama di Eropah, setanding dengan nama besar lain seperti Fiat, Skoda dan Ford.

Hebat bukan? Bangga la tu pemilik Satria Neo.

Posted in Automotive, News0 Comments

Model baru Perodua, bersaiz sedan dan 1.6L?

Dengar-dengarnya, Perodua kini dalam proses persetujuan untuk menghasilkan model sedan pertamanya, yang diinspirasikan dari kereta konsep ciptaan Perodua!

Kereta konsep yang disebut-sebut itu, pernah ditayangkan ketika berlangsungnya Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) 2010 di PWTC tahun lalu, tidak lain dan tidak bukan, Perodua Bezza!

perodua bezza Model baru Perodua, bersaiz sedan dan 1.6L?

Dalam persetujuan dan perubahan pada Dasar Automotif Negara (NAP), berkemungkinan Perodua akan dibenarkan menghasilkan kenderaan dengan enjin berkuasa 1.6L sehingga 1.8L. Sehingga kini, Perodua hanya mempunyai kebenaran menghasilkan kenderaan dengan enjin tidak lebih dari 1.5L.

Jika benar, tidak mustahil kita dapat melihat model Perodua Sedan baru akan dilancarkan seawal permulaan tahun 2013.

Posted in Automotive, News2 Comments

PANAS! Gambar reka bentuk belakang Proton P3-21A baru!

Jom cepat-cepat tengok gambar rahsia yang terbocor ke maklumat awam ni. Gambar reka bentuk belakang Proton P3-21A! Nampak amat ekslusif dan menarik!

bumper belakang proton p321A PANAS! Gambar reka bentuk belakang Proton P3 21A baru!

Wah, rasanya ini adalah gambar pertama model Proton P3-21A yang betul-betul tidak dibaluti apa-apa pelindung sedikit pun, dan memang keseluruhan kereta terdedah! Walaupun cuma bahagian ‘bumper’ belakang yang terdedah, rasanya sudah cukup untuk memuaskan hati yang begitu teruja menanti model baru dari Proton ini.

Model Proton P3-21A ini dikatakan akan dilancarkan dalam pertengahan 2012 ini dan didatangkan dengan teknologi Proton untuk membawakan model ini sebagai model utama pasaran antarabangsa.

Apa pendapat anda? Menarik atau tidak?

Kredit : http://funtastickodesign.wordpress.com/

Posted in Automotive, News0 Comments

Senarai harga dan gambar rasmi Proton Exora Premium Bold/Prime

Senarai harga rasmi untuk varian baru Proton Exora Premium Bold dan Prime telah diumumkan dan berikut merupakan imej rasmi dari Proton.

Kedua-dua varian baru Proton Exora ini seperti umum sudah sedia maklum akan dilengkapi enjin turbo proton yang dinamakan sebagai 1.6L Campro  Charge  Fuel  Efficiency (CFE).

Kombinasi enjin turbo ini dan penggunaan transmisi CVT mampu meng-optimumkan penggunakan petrol bagi penggunaan harian anda. Tiada lagi masalah pecutan dengan kuasa turbo yang bertindak balas pada kelajuan rendah.

Malah, kuasa enjin baru dari Proton ini mampu bersaing dengan kenderaan lain yang mempunyai sesaran 2.0L.

Proton Exora Bold Premium 5 Senarai harga dan gambar rasmi Proton Exora Premium Bold/PrimeSelain dari penambaikkan pada enjin, terdapat pelbagai lagi modifikasi dan penambahan pada kosmetik rupa dalaman dan juga luaran varian Proton Exora ini.

Yang ketara sudah pasti seperti rekabentuk ‘bodykit’ dan ‘bumper’ baru, dilengkapi dengan lampu depan dan belakang baru. Sport rim 16″ juga diperkenalkan.

Ruang dalaman dilengkapkan dengan tempat duduk kulit, kamera pandang belakang yang disertakan pada LCD di cermin pandang belakang.

Varian Prime pula mendapat penambahan lebih tinggi nilainya untuk menambahkan lagi ciri-ciri keselesaaan MPV premium keluaran Proton ini.

Berikut merupakan senarai harga yang ditawarkan oleh Proton :

senarai harga proton exora baru Senarai harga dan gambar rasmi Proton Exora Premium Bold/Prime

1.6 Standard MT – RM59,998
Bold 1.6 Executive MT – RM70,998
Bold 1.6 Executive AT – RM74,998
Bold 1.6 Premium CVT – RM79,998
Prime 1.6 Premium – RM88,998

Saksikan gambar lebih jelas Proton Exora Bold Premium dan Proton Exora Prime dalam galeri di bawah :

Proton Exora Bold Premium

Proton Exora Prime

Apa pendapat anda? Berbaloikah dengan harga RM80,000 itu? Jika dibandingkan dengan MPV lain yang dipasarkan di pasaran Malaysia, dan dengan kelengkapan yang diberikan nampak macam berbaloi.

Cuma semi-MPV Perodua Alza sahaja yang kelihatan lebih murah berbanding Proton Exora Baru ini.

Apa perbandingan MPV yang berada dalam pasaran Malaysia?

Kredit gambar : Paultan

Posted in Automotive, News0 Comments

Gambar Proton Exora Bold dan Exora Prime Baru dah tersebar!

Proton Exora Bold dan Exora Prime Turbo baru dikatakan akan diumumkan pada pertengahan bulan ini, dan berikut adalah gambar yang mula terdedah di internet, jom tengok!

Berdasarkan sumber, dikatakan tarikh rasmi pelancaran Proton Exora baru bagi varian Exora Bold akan dilancarkan pada tarikh 16 Disember 2011, manakala bagi model Hi-Line, Proton Exora Prime pula akan di lancarkan pada lewat bulan januari 2012 nanti.

Proton Exora bold prime CFE Gambar Proton Exora Bold dan Exora Prime Baru dah tersebar!

Kedua-dua varian Proton Exora tersebut akan dilengkapi dengan enjin turbo CAMPRO CFE 1.6L baru ciptaan Proton. Dan ianya juga akan didatangkan dengan transmisi CVT sama seperti yang digunakan pada Proton Saga FLX.

Dengan enjin baru ini, ianya mampu menjana kuasa 138HP dan torque setinggi 205Nm.

Beza ketara antara varian Proton Exora Bold dan Prime ini tidak banyak melainkan penambahan pada kosmetik dalaman dan juga luaran.

Harga? Setakat ini tiada maklumat mengena harga yang ditawarkan oleh Proton, nantikan maklumat lebih lanjut dalam entri akan datang.

Tak perlu cerita panjang, boleh lihat sendiri pada beberapa gambar yang terdedah di bawah ini.

Proton Exora bold prime CFE 2 Gambar Proton Exora Bold dan Exora Prime Baru dah tersebar!Proton Exora bold prime CFE 3 Gambar Proton Exora Bold dan Exora Prime Baru dah tersebar!Proton Exora bold prime CFE 4 Gambar Proton Exora Bold dan Exora Prime Baru dah tersebar!Proton Exora bold prime CFE 5 Gambar Proton Exora Bold dan Exora Prime Baru dah tersebar!

Kredit Sumber : http://funtastickodesign.wordpress.com/

Posted in Automotive, News1 Comment

Gambar Proton SAGA 1.6 FLX SE dari ruang pameran

Masih ingat lagi entri sebelum ini berkenaan gambar flyers iklan dan spesifikasi Proton SAGA 1.6 FLX SE? Kali ni jom pula tengok gambar-gambar sebenar dari bilik pameran Proton!

proton saga flx se showroom 1 Gambar Proton SAGA 1.6 FLX SE dari ruang pameran proton saga flx se showroom 2 Gambar Proton SAGA 1.6 FLX SE dari ruang pameran proton saga flx se showroom 3 Gambar Proton SAGA 1.6 FLX SE dari ruang pameran proton saga flx se showroom 4 Gambar Proton SAGA 1.6 FLX SE dari ruang pameran proton saga flx se showroom 5 Gambar Proton SAGA 1.6 FLX SE dari ruang pameran proton saga flx se showroom 6 Gambar Proton SAGA 1.6 FLX SE dari ruang pameran

Nak tahu maklumat lanjut berkenaan Proton SAGA 1.6 FLX SE ni? Boleh rujuk pada kiriman entri sebelum ini di sini.

Menarik? Tak sabar nak pandu uji Proton SAGA 1.6 FLX SE Baru ni!

Sumber : Proton SAGA BLM Facebook Group

Posted in Automotive0 Comments

Gambar dan spesifikasi Proton Saga FLX 1.6 SE Baru!

Esok 25 November 2011, Proton akan melancarkan varian baru bagi model Proton Saga yang diperkemaskinikan, Proton Saga FLX 1.6 SE Baru!

Proton Saga baru ini akan dilengkapi dengan enjin Campro IAFM 1.6L dan diberi keistimewaan dengan penambahan pelbagai ciri-ciri baru sejajar dengan  penggunaan nama SE pada Saga ini.

Proton Saga FLX 1.6 SE ini turut akan dilengkapi dengan pilihan transmisi baru yang dibangunkan Proton, CVT dilengkapi dengan SAT 6 kelajuan, yang sebelum ini turut digunakan pada Saga FLX model 1.3L.

Jom tengok keratan iklan Proton Saga FLX 1.6 SE Baru ini!

Proton Saga FLX 16 SE Gambar dan spesifikasi Proton Saga FLX 1.6 SE Baru!

Bukan itu sahaja penambahan beberapa aksesori baru dan perubahan kosmetik turut diberikan khas kepada Saga FLX SE ini agar dapat lebih menyerlah dan membezakan varian ini dengan varian yang lebih biasa. Ianya dilengkapi dengan Rim Aloi 15″, dan juga rekaan lampu belakang baru.

Jom lihat spesifikasi pada keratan iklan ini dengan lebih jelas. (Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.)

spesifikasi Proton Saga FLX 16 SE Gambar dan spesifikasi Proton Saga FLX 1.6 SE Baru!spesifikasi Proton Saga FLX 16 SE baru Gambar dan spesifikasi Proton Saga FLX 1.6 SE Baru!

Menarik bukan? Nantikan gambar rasmi pelancaran dan model varian baru oleh Proton Saga ini.

Berkenaan harga, berdasarkan maklumat, varian baru Proton Saga ini akan diperkenalkan pada harga bawah RM50,000! Mungkin ini bagi mencabar harga jualan Perodua Myvi 1.5L agaknya.

Apa-apa pun, yang pasti ianya adalah berita yang baik untuk semua orang! lebih pilihan kepada pengguna dan sudah pasti lebih berbaloi!

Posted in Automotive, News1 Comment

Gambar rahsia model baru Proton P3-21A terdedah!

Mengejutkan! Sekeping gambar rahsia yang memaparkan model baru Proton P3-21A yang dijangkakan dilancarkan tahun hadapan, telah tersebar di serata internet! Jom tengok!

leak image proton p3 21a Gambar rahsia model baru Proton P3 21A terdedah!

Kurang jelas? Memang la kurang jelas, dah nama pun gambar rahsia kan, macam mana boleh terdedah tak pasti, tapi apapun tetap berterima kasih pada ‘pendedah’ yang sekurang-kurangnya mampu melegakan rasa ingin tahu peminat-peminat Proton di luar sana.

Berdasarkan maklumat, Proton P3-21A ini berwarna kuning adalah kerana mungkin ianya dibina khas dan dipersiapkan untuk menghadapi ujian kelasakan dan ketahanan ataupun ‘crash test’. Maklumlah, model baru ini akan dijadikan sebagai batu loncatan Proton untuk mencabar jenama terkemuka antarabangsa yang lain!.

Menarik? Kalau nak tahu kisah sebelum ini berkenaan Proton P3-21A, boleh ikut entri sebelum ini.

Posted in Automotive, News5 Comments

PDRM terima 3 kereta polis canggih Chevrolet baru!

PDRM terima 3 kereta polis canggih Chevrolet baru!

NAZA World tempohari menganjurkan satu majlis penyerahan 3 biji kereta polis baru, Chevrolet, kepada PDRM sebagai inisiatif baru pemodenan PDRM. Jom tengok!

Majlis penyerahan dan penerimaan 3 biji model kenderaan polis berjenama Chevrolet ini diadakan di Kementerian Dalam Negeri (KDN), Putrajaya.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Menteri Dalam Negeri Malaysia, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, dan Pengerusi NAZA Group, SM Faisal Nasimuddin.

3 biji model kenderaan polis itu adalah terdiri dari 2 biji Chevrolet Captiva (Warna putih dan warna hitam), dan sebiji Chevrolet Cruze. Kedua-dua kenderaan dilengkapi dengan peralatan yang akan digunakan bagi anggota polis

Sebelum ini, PDRM juga pernah bercadang untuk menaiktaraf kereta perondanya dengan memperbanyakkan kenderaan pelbagai guna SUV. Dengan munculnya Chevrolet Captiva SUV ini, PDRM sedikit sebanyak akan menambahkan lagi kereta perondanya.

Jom tengok gambar kenderaan Chevrolet Polis Di-Raja Malaysia yang dinanti-nantikan!

chevrolet polis pdrm baru 1 PDRM terima 3 kereta polis canggih Chevrolet baru!chevrolet polis pdrm baru 2 PDRM terima 3 kereta polis canggih Chevrolet baru!chevrolet polis pdrm baru 3 PDRM terima 3 kereta polis canggih Chevrolet baru!chevrolet polis pdrm baru 4 PDRM terima 3 kereta polis canggih Chevrolet baru!chevrolet polis pdrm baru 5 PDRM terima 3 kereta polis canggih Chevrolet baru!chevrolet polis pdrm baru 6 PDRM terima 3 kereta polis canggih Chevrolet baru!

Tahniah NAZA World atas satu usaha yang murni, semoga kenderaan baru yang dibekalkan ini akan memberi manfaat besar kepada PDRM.

Sumber : @SMFaisal10

 

Posted in Automotive, Malaysia, News0 Comments

Proton P3-21A bukan pengganti Persona, tapi model baru!

Pengarah Urusan Proton tempohari mengeluarkan kenyataan kepada wartawan menjelaskan mengenai model Proton P3-21A yang begitu hangat diperkatakan.

Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin dengan jelas berkata, model Proton yang diberi nama produk P3-21A adalah model yang sepenuhnya adalah model baru yang diperbangunkan dengan reka bentuk baru dan tidak mempunyai bayangan Proton Persona walau sedikit pun.

Sekaligus menambahkan lagi ragu-ragu keatas pelbagai khabar angin yang tersebar berkenaan Proton Persona Replacement, ataupun model yang digelar sebagai Persona-R.

Model P3-21A sebelum ini banyak kali dilihat sedang dipandu uji di jalan raya, contohnya dalam kiriman sebelum ini. Proton P3-21A.

Lain maklumat yang tersebar juga turut mengatakan model baru P3-21A akan mempunyai iras rupa dengan Proton Tuah (Model inspirasi Proton Persona) iaitu salah sebuah model dari Proton Pahlawan Series‘.

proton p321A 2012 Proton P3 21A bukan pengganti Persona, tapi model baru!

Apabila ditanya mengenai enjin yang akan digunapakai, DSZA mengatakan bahawa enjin CamPro yang ditambah baik akan digunakan, dan tidak menyebut langsung mengenai ura-ura dimana Proton sedang bersiap sedia dengan pelancaran enjin baru (Phoenix?).

Model P3-21A ini juga akan dijadikan sebagai antara 2 model Proton yang akan dibina di China sebagai salah-satu hasil kerjasama Proton dan syarikat automotif di Beijing, Hawtai Motor Group Ltd. Sebuah lagi model adalah Proton Exora.

Model baru P3-21A ini akan dipasarkan di pasaran tempatan China dengan jenama Hawtai, dan bagi pasaran eksport termasuk Malaysia, akan menggunakan jenama Proton.

Turut dinyatakan, Proton sedang dalam proses ujikaji sistem enjin Diesel jenama Hawtai yang mempunyai taraf gred Euro-5. Adakah ada kemungkinan Proton akan menghasilkan kereta berenjin Diesel pada masa hadapan? Yang pasti, di Eropah sememangnya penggunaan kereta berenjin Diesel adalah amat luas dan semakin Popular.

Apa-apa pun DSZA telah menyatakan dengan jelas, Model Proton P3-21A ini akan dilancarkan pada awal tahun 2012, sepenuhnya sebagai model baru, reka bentuk baru, teknologi baru dan disebut sebagai model pasaran antarabangsa!.

Posted in Automotive, News1 Comment

Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com