Posted on 12 December 2011. Tags: CAMPRO CFE 1.6L, CVT, Enjin, Exora Bold, Harga, Hi-Line, Proton Exora Prime, Turbo
Proton Exora Bold dan Exora Prime Turbo baru dikatakan akan diumumkan pada pertengahan bulan ini, dan berikut adalah gambar yang mula terdedah di internet, jom tengok!
Berdasarkan sumber, dikatakan tarikh rasmi pelancaran Proton Exora baru bagi varian Exora Bold akan dilancarkan pada tarikh 16 Disember 2011, manakala bagi model Hi-Line, Proton Exora Prime pula akan di lancarkan pada lewat bulan januari 2012 nanti.

Kedua-dua varian Proton Exora tersebut akan dilengkapi dengan enjin turbo CAMPRO CFE 1.6L baru ciptaan Proton. Dan ianya juga akan didatangkan dengan transmisi CVT sama seperti yang digunakan pada Proton Saga FLX.
Dengan enjin baru ini, ianya mampu menjana kuasa 138HP dan torque setinggi 205Nm.
Beza ketara antara varian Proton Exora Bold dan Prime ini tidak banyak melainkan penambahan pada kosmetik dalaman dan juga luaran.
Harga? Setakat ini tiada maklumat mengena harga yang ditawarkan oleh Proton, nantikan maklumat lebih lanjut dalam entri akan datang.
Tak perlu cerita panjang, boleh lihat sendiri pada beberapa gambar yang terdedah di bawah ini.




Posted in Automotive, News
Posted on 01 December 2011. Tags: Baru, Flyers, Gambar, Iklan, Pameran, Pandu Uji, Proton, Proton SAGA 1.6 FLX SE, Spesifikasi
Masih ingat lagi entri sebelum ini berkenaan gambar flyers iklan dan spesifikasi Proton SAGA 1.6 FLX SE? Kali ni jom pula tengok gambar-gambar sebenar dari bilik pameran Proton!






Nak tahu maklumat lanjut berkenaan Proton SAGA 1.6 FLX SE ni? Boleh rujuk pada kiriman entri sebelum ini di sini.
Menarik? Tak sabar nak pandu uji Proton SAGA 1.6 FLX SE Baru ni!
Sumber : Proton SAGA BLM Facebook Group
Posted in Automotive
Posted on 24 November 2011. Tags: Baru, Flyer, Gambar, Harga, Iklan, Model, Perodua Myvi, Proton, Proton Saga FLX 1.6 SE, Spesifikasi
Esok 25 November 2011, Proton akan melancarkan varian baru bagi model Proton Saga yang diperkemaskinikan, Proton Saga FLX 1.6 SE Baru!
Proton Saga baru ini akan dilengkapi dengan enjin Campro IAFM 1.6L dan diberi keistimewaan dengan penambahan pelbagai ciri-ciri baru sejajar dengan penggunaan nama SE pada Saga ini.
Proton Saga FLX 1.6 SE ini turut akan dilengkapi dengan pilihan transmisi baru yang dibangunkan Proton, CVT dilengkapi dengan SAT 6 kelajuan, yang sebelum ini turut digunakan pada Saga FLX model 1.3L.
Jom tengok keratan iklan Proton Saga FLX 1.6 SE Baru ini!

Bukan itu sahaja penambahan beberapa aksesori baru dan perubahan kosmetik turut diberikan khas kepada Saga FLX SE ini agar dapat lebih menyerlah dan membezakan varian ini dengan varian yang lebih biasa. Ianya dilengkapi dengan Rim Aloi 15″, dan juga rekaan lampu belakang baru.
Jom lihat spesifikasi pada keratan iklan ini dengan lebih jelas. (Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.)


Menarik bukan? Nantikan gambar rasmi pelancaran dan model varian baru oleh Proton Saga ini.
Berkenaan harga, berdasarkan maklumat, varian baru Proton Saga ini akan diperkenalkan pada harga bawah RM50,000! Mungkin ini bagi mencabar harga jualan Perodua Myvi 1.5L agaknya.
Apa-apa pun, yang pasti ianya adalah berita yang baik untuk semua orang! lebih pilihan kepada pengguna dan sudah pasti lebih berbaloi!
Posted in Automotive, News
Posted on 15 November 2011. Tags: Baru, Gambar, Leak, Model, Proton P3-21A, Rahsia, Terdedah
Mengejutkan! Sekeping gambar rahsia yang memaparkan model baru Proton P3-21A yang dijangkakan dilancarkan tahun hadapan, telah tersebar di serata internet! Jom tengok!

Kurang jelas? Memang la kurang jelas, dah nama pun gambar rahsia kan, macam mana boleh terdedah tak pasti, tapi apapun tetap berterima kasih pada ‘pendedah’ yang sekurang-kurangnya mampu melegakan rasa ingin tahu peminat-peminat Proton di luar sana.
Berdasarkan maklumat, Proton P3-21A ini berwarna kuning adalah kerana mungkin ianya dibina khas dan dipersiapkan untuk menghadapi ujian kelasakan dan ketahanan ataupun ‘crash test’. Maklumlah, model baru ini akan dijadikan sebagai batu loncatan Proton untuk mencabar jenama terkemuka antarabangsa yang lain!.
Menarik? Kalau nak tahu kisah sebelum ini berkenaan Proton P3-21A, boleh ikut entri sebelum ini.
Posted in Automotive, News
Posted on 09 November 2011. Tags: Chevrolet Captiva, Chevrolet Cruze, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussei, Gambar, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Menteri Dalam Negeri Malaysia, NAZA Group, PDRM, Polis, Putrajaya, SM Faisal Nasimuddin, SMFaisal10
NAZA World tempohari menganjurkan satu majlis penyerahan 3 biji kereta polis baru, Chevrolet, kepada PDRM sebagai inisiatif baru pemodenan PDRM. Jom tengok!
Majlis penyerahan dan penerimaan 3 biji model kenderaan polis berjenama Chevrolet ini diadakan di Kementerian Dalam Negeri (KDN), Putrajaya.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Menteri Dalam Negeri Malaysia, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, dan Pengerusi NAZA Group, SM Faisal Nasimuddin.
3 biji model kenderaan polis itu adalah terdiri dari 2 biji Chevrolet Captiva (Warna putih dan warna hitam), dan sebiji Chevrolet Cruze. Kedua-dua kenderaan dilengkapi dengan peralatan yang akan digunakan bagi anggota polis
Sebelum ini, PDRM juga pernah bercadang untuk menaiktaraf kereta perondanya dengan memperbanyakkan kenderaan pelbagai guna SUV. Dengan munculnya Chevrolet Captiva SUV ini, PDRM sedikit sebanyak akan menambahkan lagi kereta perondanya.
Jom tengok gambar kenderaan Chevrolet Polis Di-Raja Malaysia yang dinanti-nantikan!






Tahniah NAZA World atas satu usaha yang murni, semoga kenderaan baru yang dibekalkan ini akan memberi manfaat besar kepada PDRM.
Sumber : @SMFaisal10
Posted in Automotive, Malaysia, News
Posted on 06 November 2011. Tags: Baru, Beijing, Campro, China, Dato' Sri Haji Syed Zainal Abidin, Enjin, Euro-5, Exora, Hawtai, Hawtai Motor Group Ltd, Jenama, Model, New, P3-21A, Persona R, Phoenix, Popular, Proton, Proton Persona, Replacement
Pengarah Urusan Proton tempohari mengeluarkan kenyataan kepada wartawan menjelaskan mengenai model Proton P3-21A yang begitu hangat diperkatakan.
Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin dengan jelas berkata, model Proton yang diberi nama produk P3-21A adalah model yang sepenuhnya adalah model baru yang diperbangunkan dengan reka bentuk baru dan tidak mempunyai bayangan Proton Persona walau sedikit pun.
Sekaligus menambahkan lagi ragu-ragu keatas pelbagai khabar angin yang tersebar berkenaan Proton Persona Replacement, ataupun model yang digelar sebagai Persona-R.
Model P3-21A sebelum ini banyak kali dilihat sedang dipandu uji di jalan raya, contohnya dalam kiriman sebelum ini. Proton P3-21A.
Lain maklumat yang tersebar juga turut mengatakan model baru P3-21A akan mempunyai iras rupa dengan Proton Tuah (Model inspirasi Proton Persona) iaitu salah sebuah model dari ‘Proton Pahlawan Series‘.

Apabila ditanya mengenai enjin yang akan digunapakai, DSZA mengatakan bahawa enjin CamPro yang ditambah baik akan digunakan, dan tidak menyebut langsung mengenai ura-ura dimana Proton sedang bersiap sedia dengan pelancaran enjin baru (Phoenix?).
Model P3-21A ini juga akan dijadikan sebagai antara 2 model Proton yang akan dibina di China sebagai salah-satu hasil kerjasama Proton dan syarikat automotif di Beijing, Hawtai Motor Group Ltd. Sebuah lagi model adalah Proton Exora.
Model baru P3-21A ini akan dipasarkan di pasaran tempatan China dengan jenama Hawtai, dan bagi pasaran eksport termasuk Malaysia, akan menggunakan jenama Proton.
Turut dinyatakan, Proton sedang dalam proses ujikaji sistem enjin Diesel jenama Hawtai yang mempunyai taraf gred Euro-5. Adakah ada kemungkinan Proton akan menghasilkan kereta berenjin Diesel pada masa hadapan? Yang pasti, di Eropah sememangnya penggunaan kereta berenjin Diesel adalah amat luas dan semakin Popular.
Apa-apa pun DSZA telah menyatakan dengan jelas, Model Proton P3-21A ini akan dilancarkan pada awal tahun 2012, sepenuhnya sebagai model baru, reka bentuk baru, teknologi baru dan disebut sebagai model pasaran antarabangsa!.
Posted in Automotive, News
Posted on 13 September 2011. Tags: Baru, Brochure, Enjin, Extreme, Harga, Harga Perodua Myvi Extreme 1.5L, Lagi Best, Myvi, Perodua, Warna
Perodua bakal lancarkan Myvi Extreme 1.5 baru!, Jom tengok brochure dan senarai harga untuk Myvi Extreme 1.5 baru ini. Lagi Best!
Perodua Myvi Extreme baru ini akan didatangkan khas dengan enjin lebih berkuasa iaitu 1.5L, enjin yang sama digunakan untuk Perodua Alza. Ianya adalah lebih berkuasa berbanding model sebelum ini yang cuma didatangkan dengan enjin 1.0L dan juga 1.3L.
Myvi Extreme boleh didapatkan dalam 3 pilihan warna iaitu Majestic Yellow (Solid), Ivory White (Solid), Ebony Black (Metallic).
Jom saksikan gambar brochure iklan Perodua Myvi Extreme 1.5L baru ini!




Berikut pula merupakan senarai Harga Perodua Myvi Extreme 1.5L baru ini.

Harga Perodua Myvi Extreme
Myvi 1.5GHX (Manual)
- Metallic – RM58,700 (OTR)
- Solid – RM58,200 (OTR)
Myvi 1.5ZHX (Auto)
- Metallic – RM61,700 (OTR)
- Solid – RM61,200 (OTR)
Menarik kan? Memang LAGI BEST! Nampaknya lepas ni kena pergi sendiri ke ruang pameran Perodua la untuk saksikan sendiri kereta Myvi baru ni depan mata!
Posted in Automotive, News
Posted on 23 August 2011. Tags: Baru, Exora Turbo, Gambar, Model, Paultan.org, Proton, Proton Gen-2, Proton P3-21A, Proton Persona, Proton Tuah, Spesifikasi, Spyshot
Selain dari Exora turbo yang sudah pasti akan dilancarkan pada penghujung tahun ini, Proton sedang bersiap sedia dengan model baru dengan kod nama, Proton P3-21A.
Beberapa gambar ‘Spyshot’ telah dikirimkan kepada Paultan oleh pembacanya yang terserempak dengan model-model baru Proton yang sedang diuji diatas lebuhraya. Jom tengok!




Menarik bukan? Nampak macam ada gaya eropah pada rekabentuk baru ni. Nama rasmi model ni sememangnya masih menjadi rahsia dan tanda tanya, rupa sebenar model ini juga masih lagi jauh dari bayangan.
Kemungkinan besar ia akan kelihatan lebih kurang sama seperti model konsep proton sebelum ini, Proton Tuah.
Sama ada ianya akan menjadi model gantian kepada Proton Persona atau tidak, itu masih belum ada sebarang spekulasi, mungkin ya kerana model Proton Persona yang dilancarkan pada tahun 2007 sudah hampir dengan 5 tahun usia kitaran model.
Atau ianya menjadi model ganti Proton GEN-2? Proton GEN-2 sudah berada di pasaran semenjak tahun 2004 lagi, dan sememangnya sudah sampai masanya untuk Proton menggantikannya dengan model yang lebih menepati citarasa kini.
Soal spesifikasi, langsung tiada maklumat.
Nantikan maklumat lanjut pada masa akan datang!
Posted in Automotive, News
Posted on 25 July 2011. Tags: Baru, Berita, CVT, Gambar, Paultan.org, Proton, Proton Saga FLX, SAT, Showroom, Stepped Automatic Transmission
Meskipun tiada berita rasmi dan heboh diumumkan mengenai Proton Saga FLX Baru dengan CVT SAT, kereta ini sudah mula dipamerkan di Showroom Proton. Jom tengok!
Walaupun didatangkan dengan dua versi berlainan, versi yang paling mendapat perhatian sudah pasti versi model ini yang serba baru dan paling banyak perubahan iaitu, Proton Saga FLX 1.3 Executive yang dilengkapi dengan CVT SAT, ABS serta EBD. Dan sudah pasti Airbag turut didatangkan sekali.
Jom tengok beberapa gambar Proton Saga FLX Executive baru ini,





Harga yang ditawarkan adalah dijangka RM44,298 termasuk insurans. Dan kemungkinan besar sejumlah unit yang besar telah disediakan dan boleh didapatkan oleh pembeli sebelum sambutan Hari Raya akan datang.
Bagi yang tertanya-tanya, fungsi CVT adalah membolehkan penghasilan purata gear tanpa had maksimum, dan yang dilengkapkan pada Proton Saga FLX CVT ini adalah transmisi CVT dengan 6 gear.
Fungsi SAT (Stepped Automatic Transmission) pula adalah untuk menghasilkan rasa pengalaman transmisi automatik dengan 6 gear sebenar.
Sumber Gambar : Paultan.org
Posted in Automotive, News
Posted on 16 June 2011. Tags: 2011, Brunei, D54T, Daihatsu Sirion, Enjin, Indonesia, Mauritius, Model, Nepal dan Fiji, Perodua Myvi, PWTC, Singapore, Thailand
Baru sahaja tadi Perodua Myvi generasi baru 2011 dilancarkan di Putra World Trade Center (PWTC). Dan kini ianya secara rasmi mula dijual dan diiklankan Perodua.
Laman web rasmi Perodua juga telah mula memaparkan variasi model yang baru sahaja dilancarkan iaitu Perodua Myvi Standard. Perodua Myvi Premium dan juga Perodua Myvi Elegance.


Harga untuk model yang dilancarkan pula adalah seperti berikut :
Myvi 1.3 Standard
Manual – RM43,900 (Solid), RM44,400 (Metallic), RM44,800 (Special Metallic)
Automatic – RM46,900 (Solid), RM47,400 (Metallic), RM47,800 (Special Metallic)
Myvi 1.3 Premium
Manual – RM46,900 (Solid), RM47,400 (Metallic), RM47,700 (Special Metallic)
Automatic – RM49,900 (Solid), RM50,400 (Metallic), RM50,800 (Special Metallic)
Myvi 1.3 Elegance
Manual – RM53,900 (Solid), RM54,400 (Metallic)
Automatic – RM56,900 (Solid), RM57,400 (Metallic)
Setakat ini model yang ditawarkan masih menggunakan enjin D54T 1.3L sahaja, manakala model yang dinantikan dan masih menjadi tanda-tanya, model Myvi Ekstrem dengan enjin 1.5L masih belum diumumkan.
Model yang sama juga akan dieksport ke negara luar seperti Singapore, Brunei, Mauritius, Nepal dan Fiji. Dan penjualan model Perodua ini juga akan dieksport ke Indonesia dan diperkenalkan sebagai Daihatsu Sirion.
Pertimbangan untuk dieksport ke Thailand dan juga Afrika Selatan kini masih dibincangkan.
Boleh dikatakan, dengan pelancaran model generasi baru Perodua Myvi ini, Perodua akan cuba melebarkan industri automotifnya ke luar negara dengan lebih rancak lagi.
Apa-apa pun, Jom ke laman web Perodua untuk maklumat lanjut model baru Myvi ini.
Posted in Automotive, News
Recent Comments