Archive | Education

Pelajar UTP tipu Salam Perantauan Utusan : Kantoi

Sebuah Artikel di bahagian Rencana di Mingguan Malaysia hari ini, bertajuk ‘Kreativiti menipu, Tronoh jadi Toronto’ mendapat perhatian umum.

Penulis artikel tersebut, Noraini Abdul Razak menyatakan dukacita beliau mengenai kes sebelum ini dimana sekumpulan pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP) telah menghantar ucapan Salam Perantauan yang menurut beliau adalah satu penipuan.

Gambar tersebut yang dirakamkan berlatarbelakangkan sebuah taman cantik umpama musim bunga itu dikatakan diambil di Universiti of Toronto, Kanada, sedangkan fakta sebenar gambar tersebut hanya di ambil di sebuah taman di UTP yang terletak di Tronoh, Perak itu.

Gambar tersebut yang diterbitkan pada 21 September 2010 untuk ruangan Salam Perantauan di Utusan Malaysia didakwa oleh penulis sebagai menjadi kebanggaan pelajar yang menipu tersebut dan ianya telah tersebar di seluruh internet.

Perasaan marah penulis artikel tersebut nyata ditunjukkan dalam kata-kata berikut :

Mengapakah hujah-hujah pendek akal dilontarkan oleh pelajar yang kini menuntut di peringkat universiti. Atau keterujaan untuk menipu telah membataskan akal fikiran mereka sehingga tidak boleh membezakan antara yang logik dan tidak masuk akal.

Inilah masanya untuk kita menoleh ke belakang. Melihat apa yang kurang dalam sistem pembentukan sahsiah remaja sebagai modal insan yang diperlukan untuk membangunkan negara. Isu penipuan gambar untuk ruang Salam Perantauan tidak boleh dilihat remeh. Fikirkan jumlah pembaca yang turut ditipu dan tertipu. Teknologi untuk menipu, teknologi juga dedahkan penipuan.

Hmm, apa pendapat anda? Adakah pelajar UTP tidak boleh dikira sebagai perantauan? Kebanyakan mereka turut datang jauh dari segala pelusuk negara untuk menuntut ilmu.

Apa-apa, silakan baca tulisan penuh Noraini Abdul Razak mengenai isu ini : Utusan

Untuk makluman pembaca, artikel ini turut disiarkan dalam Mingguan Malaysia 10 Oktober 2010,

pelajar UTP tipu utusan malaysia Pelajar UTP tipu Salam Perantauan Utusan : Kantoi

Posted in Education, LOL, News17 Comments

Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan mulai 2016

Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memaklumkan bahawa hasil rundingan meja bulat terakhir mengenai cadangan pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Menurut kenyataan beliau, PMR akan dimansuhkan dari sistem peperiksaan kebangsaan dimana ianya akan ditukarkan kepada penilaian berasaskan sekolah.

Namun menurut beliau, Lembaga Peperiksaan perlu memantau penilaian berasaskan sekolah ini agar tiada wujudnya keadaan berat sebelah pada sekolah-sekolah seluruh negara.

Penambahbaikan pula diutamakan kepada UPSR, dimana akan berlaku perubahan dengan mengambil kira hanya 60 peratus bidang utama dan baki 40 peratus berteraskan kokurikulum.

Format berkenaan UPSR masih dalam kajian, tapi menurut kenyataan beliau, ianya akan berlainan dengan sistem sekarang.

Mungkin akan datang, pelajar-pelajar yang bakal menduduki UPSR akan lebih giat dalam kokurikulum dan kesukanan, dan ini selaras dengan cadangan kepada Kementerian Pelajaran sebelum ini dimana untuk mengurankan penilaian insan berdasarkan peperiksaan semata-mata.

Mungkin dengan cara ini dapat membentuk generasi yang lebih hebat pada masa akan datang.

Penilaian Menengah Rendah PMR Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan mulai 2016

Posted in Education, Malaysia, News0 Comments

Isu Pilihan Raya Pelajar : Mahasiswa UTP Lemah

Beberapa hari sahaja lagi akan berlangsung sebuah Pilihanraya Kampus di Universiti Teknologi Petronas, dimana pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) baru akan dipilih berdasarkan undian majoriti.

Namun, sebuah kiriman seorang pelajar di Universiti Teknologi Petronas (UTP), yang cuma ingin dikenali sebagai PENGUNDI SENYAP, membongkar fenomena sebenar yang berlaku setiap kali berlangsungnya Pilihanraya Kampus.

Beliau menceritakan bagaimana pengalaman beliau sepanjang 2 kali turut serta menjadi pengundi pada setiap Pilihanraya. Suasana setiap kali berlakunya pilihanraya dikatakan terlalu hambar, menunjukkan betapa pelajar UTP terlalu memandang remeh isu mengenai perwakilan pelajar.

Beliau mengibaratkan Pilihanraya Kampus UTP sebagai, “Bangkai yang hidup, mati segan, hidup tak mahu”.

Malah dikatakan bahawa, calon yang bertanding sebagai pimpinan baru pelajar untuk Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dikatakan begitu sedikit. Malah, promosi yang dibuat calon diibaratkan penulis hanya sebagai “bagai melepas batuk di tangga”.

Beliau turut menyatakan hasrat beliau yang kecewa dengan suasana Pilihanraya Kampus UTP.

Mesej kiriman PENGUNDI SENYAP diakhiri dengan kata-kata beliau mengenai pesanan sahabat beliau, “jangan nak jadi bisu kalau kita ini dah memang buta. Kalau tidak berminat nak memimpin, jangan sombong untuk dipimpin. Undi itu Wajib”

keratan paper student UTP Isu Pilihan Raya Pelajar : Mahasiswa UTP Lemah

Click image to view larger

Posted in Education, Malaysia8 Comments

BookFest @ Malaysia di KLCC

BookFest @ Malaysia memperkenalkan majalah-majalah dan buku-buku yang diterbitkan dari China, Taiwan , Hong Kong , Malaysia & Singapore di pameran buku antarabangsa ini.

Pameran buku yang terbesar di Asia Tenggara ini bukan sahaja memperkenalkan buku dan majalah, malah turut mempamerkan produk keluaran baru dari penerbit contohnya alat penulisan.

Pameran tahunan yang berlangsung semenjak tahun 2006 lagi ini merekodkan lebih 320,000 pelawat pada tahun pertama ianya berlangsung, dan ianya kian meningkat dari tahun ke tahun menyaksikan bahawa pameran ini telah diterima umum dan akan terus berkembang.

Maklumat mengenai Pameran BookFest @ Malaysia ini adalah seperti berikut :

Tarikh : 4 – 12 September 2010
Tempat : Meetings, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE), the Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
Masa : 10am-10pm
Harga Tiket : RM2 setiap orang / PERCUMA bagi pelajar 18 tahun kebawah dan warga emas 60 tahun ke atas

Pameran yang berlangsung selama 8 hari ini bertujuan untuk menarik semua peminat buku, ulat buku hadir bersama-sama dan meluangkan masa bersama buku-buku keluaran antarabangsa.

Malah, ianya turut dapat memupuk minat membaca bagi golongan yang baru sahaja menanam minat untuk membaca.

Semua warga Pelajar, warga Pendidik dijemput untuk beramai-ramai hadirkan diri ke Pameran ini.

Maklumat lanjut, sila hubungi 1300 88 6333 atau layari http://www.bookfestmalaysia.com/

bookfest malaysia 2010 BookFest @ Malaysia di KLCC

Posted in Education, Events3 Comments

Keputusan Sistem Penarafan IPT (SETARA) 2009

Baru-baru ini, Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) telah mengeluarkan keputusan Sistem Penarafan Institut Pengajian Tinggi (SETARA) bagi tahun 2009.

Sebanyak 58 buah Universiti Tempatan termasuk Universiti Awam dan Universiti Swasta yang memberi penyertaan.

Sebanyak 18 buah Universiti diberi taraf “Tier-5″ atau Cemerlang, 25 buah Universiti diberi taraf “Tier-4″ atau Sangat Baik, dan 4 buah Universiti menerima taraf “Tier-3″ atau Baik.

Berikut merupakan senarai 18 buah Universiti yang menerima taraf “Tier-5″ iaitu Cemerlang, berdasarkan turutan alphabet.

  1. Curtin University of Technology Sarawak
  2. International Islamic University Malaysia
  3. International Medical University
  4. Management and Science University
  5. Monash University Sunway Campus
  6. Sunway University College
  7. Swinburne University of Technology, Sarawak Campus
  8. Taylor’s University College
  9. The University of Nottingham, Malaysia Campus
  10. Universiti Kebangsaan Malaysia
  11. Universiti Kuala Lumpur
  12. Universiti Malaya
  13. Universiti Multimedia
  14. Universiti Putra Malaysia
  15. Universiti Sains Malaysia
  16. Universiti Teknologi Malaysia
  17. Universiti Teknologi Mara
  18. Universiti Teknologi Petronas

Manakala bagi senarai Universiti lain yang menerima penarafan tersebut boleh dirujuk pada Gambar dibawah.

result en Keputusan Sistem Penarafan IPT (SETARA) 2009

Click image to view larger

Sumber : MQA.gov.my

Posted in Education, Malaysia0 Comments

Maklumat pemberian Biasiswa kerajaan

senarai biasiswa Maklumat pemberian Biasiswa kerajaanAdalah dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abd Aziz, mengatakan bahawa lebih 1,500 pemberian biasiswa adalah berdasarkan 4 kategori.

Kategori Pertama, pemberiaan biasiswa berdasarkan Merit pelajar, sebanyak 300 biasiswa ini telah ditawarkan tahun ini. Ianya dibahagikan kepada 20% pelajar bumiputra, dan baki 80% untuk pelajar bukan bumiputra.

Kategori Kedua yang berdasarkan komposisi bangsa, 900 biasiswa ditawarkan. 557 daripada itu diberi kepada bumiputra dimana 480 darinya ialah pelajar melayu.

Kategori Ketiga diberikan kepada Malaysia timur, dimana 75 kepada Sarawak dan 75 kepada Sabah.

Kategori Keempat, diberikan berdasarkan kekurangan sosial. 77 diberikan kepada Bumiputra (73 Melayu), 35 kepada bangsa cina, 18 kepada bangsa india dan 2 lagi lain-lain.

Begitulah laporan mengenai pemberian biasiswa kerajaan pada tahun ini, maklum Datuk Seri Nazri Abd Aziz pada sidang parlimen semalam.

Sumber : The Star

Untuk melihat semua senarai biasiswa lain yang terdapat di Malaysia, sila tekan URL ini.

Posted in Education, Malaysia0 Comments

Ujian kemasukan ke MRSM dikekalkan

mrsm1 Ujian kemasukan ke MRSM dikekalkan

Meskipun baru-baru ini kementerian pendidikan mengumumkan kemungkinan bahawa UPSR dan PMR akan dibubarkan sebagai peperiksaan awam, ujian kemasukan ke MRSM bagi pelajar lepasan PMR akan tetap dikekalkan.

Malah pada tahun hadapan, ujian kemasukan yang sama akan digunapakai bagi pelajar yang memohon kemasukan ke tingkatan satu di MRSM.

Ini membuktikan bahawa, walaupun tanpa PMR dan UPSR sekalipun, ianya tidak akan menjejaskan peluang pelajar untuk melanjutkan pengajian ke sekolah-sekolah berasrama penuh. Malah setiap pelajar mempunyai peluang yang sama.

Fakta tambahan turut menyatakan, terdapat lebih daripada 9,000 pelajar memohon untuk kemasukan ke MRSM pada setiap tahun, dan angka tersebut dijangka bertambah dengan wujudnya lebih MRSM.

Sumber : Berita Harian

Nampaknya kenyataan terbaru ini dengan jelas dengan apa yang NK sasarkan pada kiriman sebelum ini.

Posted in Education, Malaysia, News11 Comments

UPSR dan PMR akan dilupuskan

08052008056 UPSR dan PMR akan dilupuskan

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan berkemungkinan untuk dilupuskan dari sistem peperiksaan awam. Begitulah apa yang dikatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga merupakan Menteri Pendidikan.

Dikatakan juga bahawa, UPSR dan PMR tidak digunakan lagi untuk meminta pekerjaan kerana kebanyakan majikan ketika ini hanya cenderung kepada kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

UPSR dan PMR hanya digunakan ketika untuk memohon tempat ke sekolah-sekolah elit contohnya Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan juga Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Maka lebih baik jika UPSR dan PMR dijadikan sebagai penilaian peringkat sekolah.

pmr johor UPSR dan PMR akan dilupuskan

Dengan dilupuskan UPSR dan PMR dari sistem peperiksaan awam, guru-guru dan pelajar sendiri dapat lebih menfokuskan kepada peningkatan kreativiti diri pelajar, aktiviti kesukanan dan aktiviti kokurikulum.

Ini dapat turut mengelakkan dari peperiksaan di Malaysia lebih menfokuskan kepada keputusan peperiksaan semata-mata.

Walaubagaimanapun, keputusan ini masih belum ditentukan dan pelbagai kajian akan dilakukan sebelum ianya dilaksanakan. Kementerian akan menunggu pendapat dari orang awam termasuk ibu-bapa, guru-guru, dan juga pelajar sendiri

Sumber : The Star

Pada pendapat NK, NK setuju 80% dengan idea ini.

Apa yang NK fikirkan, jika UPSR dan PMR sememangnya hanya menjadi penentu ke sekolah mana anda selepas ini, kenapa tidak sekolah itu sendiri yang mengadakan peperiksaan kelayakan masuk ke sekolahnya? Apa yang NK tahu, MRSM memang mempunyai peperiksaan sebelum layak ke MRSM, namun ianya perlu lebih diperhalusi.

Mengenai fokus pada aktiviti tambahan pelajar, kementerian perlu memikirkan apa lain aktiviti tambahan untuk pelajar. Mungkin pelajar boleh belajar lebih mengenai Kesenian dan juga Kebudayaan? Alat Muzik dan juga Bahasa Tambahan mungkin?

Tapi ianya sudah pasti memerlukan lebih kerjasama dari guru-guru dan juga ibu-bapa.

Apa pendapat anda?

Posted in Education, Malaysia, News19 Comments

The World Engineering, Science and Technology Congress 2010 (ESTCON 2010)

ESTCON 2010 The World Engineering, Science and Technology Congress 2010 (ESTCON 2010)

Universiti Teknologi Petronas (UTP) akan menganjurkan kongres antarabangsa mengenai penyelidikan dan inovasi dalam kejuruteraan, sains dan teknologi yang terbesar di negara ini. Kongres yang bertemakan “Merapatkan kejuruteraan, teknologi dan kemanusiaan” akan melibatkan lebih 1,400 orang ahli akademik dan dijangka lebih 58 negara terlibat.

Kongres ini yang akan berlangsung di KLCC Convention Centre akan diadakan bermula 15 jun 2010 hingga 17 jun 2010.

ESTCON 2010 ini merangkumi 7 persidangan lain iaitu :

  • International Conference on Intelligent and Advanced System (ICIAS2010)
  • International Symposium on Information Technology (ITSIM2010)
  • International Conference on Plant Equipment and Reliability (ICPER2010)
  • International Conference on Fundamental and Applied Science (ICFAS2010)
  • International Conference on Sustainable Building and Infrastructure (ICSBI2010)
  • International Conference on Process Engineering and Advanced Materials (ICPEAM2010)
  • International Conference on Integrated Petroleum Engineering and Geosciences (ICIPEG2010)

Tun Dr Mahathir Mohamad, selaku kanselor Universiti Teknologi PETRONAS akan menyampaikan ucapan pembukaan dan perasmian berjudul “Towards Sustainability: Bridging Engineering, Technology and Humanities” pada hari pertama kongres iaitu 15 jun 2010.

Penaja utama UTP ESTCON 2010 sudah pasti PETRONAS. Ia juga mendapat sokongan penaja dari Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Sumber : ESTCON 2010

Posted in Education, Malaysia, News, World0 Comments

Senarai Biasiswa yang terdapat di Malaysia

Senarai ni dapat dari Email yang diterima. Biasala keputusan SPM baru keluar, jadi  nak cuba bantu mana-mana pelajar cemerlang yang tak tahu bagaimana ataupun laluan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Kalau ada yang nak memohon, sila baca syarat-syaratnya dengan jelas.

Tak salah mencuba, apa-apa pun, bagi yang mencuba, semoga berjaya!

Ini baru seberapa je, sebenarnya banyak lagi Badan-badan bukan kerajaan yang membekalkan para pelajar cemerlang dengan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran, kena cuba mencari je la.

Kalau ada yang nak cuba bantu tambah lagi senarai biasiswa sila rajin-rajin komen ye,

List of Malaysia Scholarship

logo mara Senarai Biasiswa yang terdapat di Malaysia

MARA Scholarship Programs
http://www.mara.gov.my/english/division/BPP/default.htm

Yayasan Proton Scholarship
http://www.malaysia-scholarship.com/yproton.html

PTPTN Education Loan
http://ptptn.gov.my/

The Star Education Fund
http://thestar.com.my/edufund

Astro Scholarship Award
http://www.astro.com.my/v5/astrolife/scholarship/

PETRONAS Education Scholarship Programs
http://esu-spmtrial.petronas.com.my/

MNRB Scholarship Fund
http://www.mnrb.com.my/

OCBC Bank Scholarship
http://www.ocbc.com.my/global/aboutOCBC/Gco_Abt_Community.shtm

Bank Negara Scholarship
http://www.bnm.gov.my/

ABM 50th Merdeka Scholarship
http://www.abm.org.my/

Curtin Sarawak Scholarship
http://www.curtin.edu.my/

The University of Nottingham Malaysia Campus High Achievers Scholarships
http://www.nottingham.edu.my/students/MISC/High%20Achievers%20Scholarship%202006-July06.pdf

HELP University College
http://www.help.edu.my/scholarships/index.php

Adelaide   Achiever Scholarships International (AASI)
http://www.international.adelaide.edu.au/future/scholarships/ug/

Curtin University of Technology Scholarship
http://www.emaac.org/

Charles Darwin University Scholarship
http://www.malaysia-scholarship.com/www.cdu.edu.au/engineering/scholarships_ug_int_eng.htm

Kolej Disted-Stamford Degree Scholarships
http://www.disted.edu.my/

Leeds University Scholarships
http://scholarships.leeds.ac.uk/

Loughborough University Human Science Scholarships
http://www.lboro.ac.uk/

MAAC Scholarship – La Trobe University 2006
http://www.latrobe.edu.au/international/courses/ug.html

NUS / Asean Undergraduate Scholarship
http://www.nus.edu.sg/admissions/undergrad/scholarship/nus_asean.htm

UCL Pathfinder Scholarships
http://www.ucl.ac.uk/

University of Sheffield Scholarship
http://www.shef.ac.uk/malaysia/entry.html

UTAR Scholarships
http://www.utar.edu.my/

Nanyang Technological University Scholarship
http://www.ntu.edu.sg/oad/scholarships/nanyang.htm

Tasmanian International Scholarships
http://www.international.utas.edu.au/documents/internationalApplication.pdf

University of Malaya Fellowship Scheme
http://ips.um.edu.my/

Universiti Malaysia Sarawak Scholarship
http://www.unimas.my/

King Abdullah University of Science and Technology (KAUST Discovery  Scholarship)
http://apply.embark.com/kaust/discovery/

Universiti Malaysia Sabah Scholarship
http://www.ums.edu.my/pasca

Posted in Education, Malaysia9 Comments







Partly powered by CleverPlugins.com