Posted on 31 July 2011. Tags: Hadith, Ibadah, Islam, Mudah, Puasa, Ramadhan, Sahur, Sihat, Tips
Esok secara rasminya akan bermula 1 Ramadhan, tiba masa untuk umat islam seluruh dunia menjalani ibadah berpuasa. Jom baca tips mudah menjalani ibadah puasa ramadhan.
TIPS KETIKA BERSAHUR
- Jangan lupa bersahur dengan makanan berkhasiat cukup mengandungi protein, lemak, karbohidrat, vitamin, dan mineral.
- Lebihkan makanan berserat atau ‘fiber’, sebab makanan berserat lebih lama untuk dihadam menyebabkan rasa kenyang sentiasa. (Buah-buahan, sayuran hijau)
- Kurangkan pengambilan makanan bergaram dan makanan pedas ketika sahur, untuk mengurangkan rasa haus ketika berpuasa.
- Elakkan rasa lapar dengan kurangkan makanan berlemak.
- Amalkan memakan kurma kerana nutrien pada kurma amat penting untuk berpuasa.
- Amalkan meminum air kosong pada malam sebelum berpuasa dan ketika sahur bagi mengelakkan dehidrasi.
- Jangan terus tidur selepas sahur, ambil sedikit masa untuk biarkan makanan hadam terlebih dahulu
Rasulullah saw. bersabda: Makan sahurlah kalian, karena pada makan sahur itu terdapat keberkahan. (Shahih Muslim)

TIPS KETIKA BERBUKA
- Jangan mula berbuka dengan minum air yang mengandungi ais, mulakan dengan air yang kurang sejuk.
- Cuba mulakan berbuka dengan 3 butir kurma dan sejumlah makanan ringan lain terlebih dahulu.
- Solat Maghrib dan kemudiannya rehat seketika sebelum sambung dengan hidangan lain bagi memberi ruang untuk penghadaman yang seimbang.
- Berbuka puasa secara bertahap-tahap dan tidak terlalu gelojoh bagi mengelakkan letih dan perut kembung.
Dari Sulaiman Ibnu Amir Al-Dlobby bahwa Nabi SAW bersabda: “Apabila seseorang di antara kamu berbuka, hendaknya ia berbuka dengan kurma, jika tidak mendapatkannya, hendaknya ia berbuka dengan air karena air itu suci.” Riwayat Imam Lima. Hadits shahih menurut Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, dan Hakim.
Cukup tak dengan beberapa Tips-tips mudah itu? Banyak lagi tips lain, mungkin masing-masing ada petua sendiri untuk menjalani ibadah puasa dalam keadaan yang lebih sihat. Silakan berkongsi.
Tapi, jangan pula bila berpuasa ni jadi semakin malas, jangan lupa untuk terus amalkan gaya hidup sihat dan bersukan.
Apa-apa pun, Selamat Datang Ramadhan, dan Selamat menjalani ibadah Puasa bagi semua umat Islam seluruh dunia.
Posted in Ekslusif, Health
Posted on 09 May 2011. Tags: Abdul Rahim Abu Bakar, Aktiviti, Anai-anai, Datuk Dr Ismail Thamby, Dongeng, Harga, Jual, Lelaki, Makan, Pakar Sakit Puan, Psikologi, Ratu, Saiz, Seks, Serangga, Viagra, Warna
Seorang lelaki yang bekerja dalam bidang kawalan serangga mendakwa bahawa mengamalkan makan serangga ratu anai-anai mampu merangsangkan aktiviti seks.
Abdul Rahim Abu Bakar, 45 tahun, berkata, beliau telah mengamalkan pemakanan ratu anai-anai selama 7 tahun. Cara untuk makan ratu anai-anai ini adalah paling berkesan dalam lingkungan 15 minit sebelum memulakan aktiviti seks.
Kata beliau, memakan ratu anai-anai mempunyai kesan seperti memakan Viagra.
Beliau turut mendakwa bahawa beliau turut menjual serangga tersebut bagi mereka yang berminat. Harganya bernilai diantara RM2,500 sehingga RM5,000 bergantung kepada saiz dan warna ratu anai-anai tersebut. Beliau menceritakan bahawa pernah satu ketika beliau menjual 3 ekor ratu anai-anai dengan jumlah RM7,000!

Namun demikian, Pakar Sakit Puan terkenal, Datuk Dr Ismail Thamby, berkata kenyataan Abdul Rahim cuma merupakan rekaan dongeng semata-mata. Tiada bukti saintifik sebenar untuk mengesahkan kenyataan ini.
Dr Ismail berkata bahawa segalanya cuma efek psikologi pemakannya yang memikirkan bahawa perbuatan tersebut boleh berkesan.
Macam-macam….
Posted in Health, Malaysia, News
Posted on 06 May 2011. Tags: 2007, Aekjeot, Antioksidan, Awe Muda, Budu, Budu Kelantan, Cap Ketereh, China, Colombo-cure, Filipina, Gemar, Harta Intelek, Imuniti, India, Indonesia, Ishiru, Jepun, Kanser, Kelantan, Kesihatan, Ketereh, Ketjap-ikan, Khasiat, Korea, Kosmetik, Makanan, Myanmar, Ngapi, Nuoc Mam, Pakistan, Patis, Penyakit, Shottsuru, Thailand, Toksik, Tradisional, Vietnam, Yeesu, Zat
Tahukah anda Budu, makanan tradisional masyarakat di Kelantan dan selatan Thailand merupakan makanan yang penuh dengan zat dan khasiat untuk kesihatan?
Siapa sedar makanan yang agak mudah pembuatannya dengan campuran ikan bilis dan garam ini mempunyai kandungan Protein yang sangat tinggi dan mempunyai pelbagai khasiat lain yang baik untuk kesihatan.
Budu yang berasal dari Kelantan, mempunyai banyak persamaan dengan resepi pembuatan makanan lain berasaskan ikan bilis di negara lain seperti, patis di Filipina, ketjap-ikan di Indonesia, ngapi di Myanmar, nuoc mam di Vietnam, ishiru atau shottsuru di Jepun, colombo-cure di India dan Pakistan, yeesu di China, dan aekjeot di Korea.
Tahukah anda Budu Cap Ketereh merupakan budu pertama yang diberi pengiktirafan sebagai Harta Intelek negara pada 2007?

Budu mengandungi kimia Glutathione yang bertindak sebagai antioksidan, mampu membuang toksik dalam badan, dan meningkatkan imuniti badan kepada penyakit merbahaya seperti kanser.
Malah, Budu juga dikira sebagai produk kecantikan kerana kandungan antioksidannya mampu memberikan awet muda pada penggemarnya.
Nantikan entri akan datang berkenaan Budu yang telah dijadikan sebagai kandungan dalam produk kosmetik.
Posted in Food, Health
Recent Comments