Archive | Malaysia

Bintang muda Malaysia, Kumaahran bakal bermain dengan kelab Brazil, Cruzeiro

Kumaahran Sathasivam, bintang bola sepak muda Malaysia bakal bermain di Brazil setelah berjaya menarik minat sebuah kelab bola sepak terkenal, Cruzeiro.

Kumaahran Sathasivam Bintang muda Malaysia, Kumaahran bakal bermain dengan kelab Brazil, Cruzeiro

Kuma merupakan pemain bahagian tengah, bagi sebuah kelab akademi bola sepak di Pulau Pinang, “Chinese Recreation Club (CRC) Academy“.

Kuma adalah salah seorang dari 4 pemain yang dipilih dan dipanggil untuk menjalani latihan panjang bersama pelatih lain di kelab Cruzeiro di Brazil, selama satu bulan pada 5 Ogos tahun lalu.

Kumaahran adalah seorang pemain muda yang berbakat besar, mempunyai gaya dan fizikal seperti seorang pemain Brazil di usia muda, begitulah apa yang dikatakan oleh jurulatih pasukan CRC Penang, Jaino Matos.

Jaino Matos sendiri merupakan bekas pemain Brazil, dan beliau mempunyai pengalaman luas dalam membantu kelab Cruzeiro meneliti bakat-bakat besar luar negara untuk dibawa berlatih bersama kelab terkemuka Cruzeiro.

Kini, Kuma telah mendapat panggilan semua untuk sesi percubaan peringkat akhir selama tempoh 2 bulan bermula 25 Februari 2012 ini, dan jika dia berjaya, dia akan mendapat tempat dalam pasukan Cruzeiro bawah 17 tahun. Hebat!

Tak cukup dengan itu, siapa sangka Kumaahran Sathasivam ini sebenarnya cuma baru berusia 16 tahun! Terbaik!

Tak percaya dengan bakat Kuma ni? Cuba tengok video di bawah ni :

Nantikan kemaskini semula entri ini dengan kualiti video HD yang lebih cantik!

P/s : Ada gaya-gaya Neymar sikit. Habis la Nazmi Faiz dah ada pesaing baru.

Posted in Malaysia, News, Sport0 Comments

Isu KFC Malaysia dan Danny Ng selesai

Setelah KFC Malaysia mengemukan mohon maaf secara terbuka, akhirnya isu Pekerja KFC tumbuk pelanggan berjaya diselesaikan secara berhemah dan profesional.

Danny Ng hina KFC Isu KFC Malaysia dan Danny Ng selesai

Solving Things Amicably…From left: Mr Danny Ng and his family members together with Mr Alan Au, Deputy President, KFC Malaysia; Mr Conrad De Lima, Vice President, KFC Operations and Puan Rosniza Baharum, General Manager, Group Corporate Communications

Mohon maaf secara terbuka oleh pihak KFC Malaysia di laman Facebook mereka :

To all our dearest customer, fans and friends of KFC Malaysia, accordingly to the recent incident at our outlet in i-City Shah Alam on 6 February 2012 and would like to extend our sincere apologies to all our customers who were present during that day, particularly to Mr Danny Ng Chee Fei, for the unsatisfactory services rendered by our staff and the inconvenience caused.
Our Management has met with Mr Danny Ng and his family and they have accepted our apology. We deeply regret the occurrence of this incident and would like to assure you that it was related to the quality of service provided and not due to any other reason whatsoever. Rest assured, all relevant steps are being taken to review and improve our training programme to avoid the recurrence of such incidents and to provide only the best service to you.
We truly treasure all your comments which have helped us to improve our service and rectify any shortcomings. On behalf of KFC Malaysia, we thank you for your concern and continuous support.

Lega hati, jadi isu ni dah dikira selesai la betul? Harap-harap lepas ni tak ada lagi yang beri komen bersikap perkauman atau saling benci-membenci.

Terima kasih KFC dan semoga perkara kesal sebegini tidak berulang lagi.

Kiriman sebelum ini berkenaan isu Pekerja KFC pukul pelanggan

  1. PANAS! Video Pekerja KFC kurang ajar bergaduh tumbuk pelanggan!
  2. Punca sebenar pekerja KFC pukul pelanggan?
  3. Video penjelasan mangsa pukul pekerja KFC dan komik KFC Hexism
  4. Nando’s ambil kesempatan beriklan dengan kes KFC

Posted in Malaysia, News0 Comments

Penyokong Kelantan diserang penyokong Selangor di Liga Super

Perlawanan Liga Super Selangor menentang Kelantan tempohari bertukar tragedi berdarah apabila penyokong Kelantan cedera dikepala diserang penyokong Selangor.

Seorang penyokong Kelantan ditemui dengan kepala berdarah dipercayai dibaling satu objek keras seperti batu, dan kemudiannya dileraikan oleh beberapa penyokong lain disitu.

kelantan selangor 2 Penyokong Kelantan diserang penyokong Selangor di Liga Super

Wow, Dahsyatnya!

Cuba tengok video di Facebook ini pula : https://www.facebook.com/photo.php?v=382283101797458

Tak mampu nak ulas kejadian ni, kerana tak pasti apa punca, tak pasti apa cerita sebenar, dan satu gambar boleh memberi tafsir beribu jawapan.

Apa komen anda? Ada saksi ketika kejadian berlaku tak? Benarkah perkara sebegini berlaku?

Posted in Malaysia, Sport0 Comments

Gambar kren jatuh dan hempap kereta di Jalan Binjai (Ampang Park)

Dahsyat gila! Cuba tengok ni, kejadian kren jatuh dari Menara Binjai pada 9 Februari lalu, dan menghempap kereta mewah yang berada di bawah menara itu. Mengerikan!

kren jatuh ampang park 1 Gambar kren jatuh dan hempap kereta di Jalan Binjai (Ampang Park)kren jatuh ampang park 2 Gambar kren jatuh dan hempap kereta di Jalan Binjai (Ampang Park)kren jatuh ampang park 3 Gambar kren jatuh dan hempap kereta di Jalan Binjai (Ampang Park)

2 buah kenderaan dikenali  hancur teruk dan langsung dikira ‘Total loss’. Sebiji Lexus RX350 dan juga Proton Wira. Turut terkena tempias beberapa kenderaan lain seperti Proton Satria yang boleh dilihat dalam gambar.

Mujur tiada kecederaan terhadap orang awam yang dilaporkan.

Kesemua kenderaan yang mengalami kerosakan dalam kemalangan itu, didapati meletakkan kereta secara haram (Meletakkan kenderaan diatas garisan kuning).

Katanya, pihak syarikat pembinaan menara itu yang akan menanggung segala kos kerosakan terhadap orang awam.

Aduhai, sah terkejut gila pemilik kereta mewah Lexus tu, menangis melutut agaknya?

p/s : Moral kemalangan ni, jangan letak kenderaan di kawasan haram ‘parking’!

Posted in Malaysia, News0 Comments

Video penjelasan mangsa pukul pekerja KFC dan komik KFC Hexism

Video penjelasan mangsa pukul pekerja KFC dan komik KFC Hexism

Jom tengok video temubual mangsa pukul pekerja KFC ketika perjumpaan dengan media. Nak tahu betul atau tidak kisah yang tersebar, kena dengar juga dakwaan pihak mangsa.

Tak pasti nak huraikan apa  dan nak jelaskan apa, mungkin anda boleh lihat sendiri dalam video yang dirakam oleh pihak MalaysiaKini.tv.

Mungkin sedikit kesimpulan yang boleh dihuraikan disini, mangsa mendakwa dirinya bukan punca pergaduhan, dan pekerja KFC yang memulakan pertelingkahan itu. Dan segala kata-kata kesat adalah berpunca dari pekerja itu sendiri.

Turut dinyatakan adalah pelanggan itu mula marah kerana Ayam Goreng KFC itu didakwa tidak mencukupi walaupun mereka telah membayar terlebih dahulu untuk menggunakan kupon baucar KFC di restoran KFC cawangan I-City itu.

Mungkin ini agaknya kupon yang dinyatakan? : Kupon KFC Groupon Malaysia.

Hmm, macam-macam ni, dah macam terbalik pula dengan dakwaan asal dalam entri sebelum ini.

Rasanya, cara mudah untuk mencari punca sebenar pertelingkahan ini adalah dengan memanggil saksi-saksi yang ada ketika kejadian untuk memberikan kenyataan sebenar (Macam ramai je di kawasan kejadian? Berdasarkan video), atau dengan melihat kembali kejadian itu menggunakan rakaman CCTV yang ada? (Kalau cawangan itu ada pasang CCTV la kan, takkan la tak ada).

Apa-apa pun, boleh layan dulu Komik ‘Parody’ kes KFC ni hasil karya Hexism /k/.

komik kfc hexism Video penjelasan mangsa pukul pekerja KFC dan komik KFC Hexism

Hahahahaha. Adakah gambar terakhir itu gambar maskot McDonalds?

Posted in Food, Malaysia, News0 Comments

Punca sebenar pekerja KFC pukul pelanggan?

Bukan main kecoh lagi kes video Pekerja KFC kurang ajar pukul pelanggan, cuba tengok ni pula komen orang yang mendakwa tahu punca sebenar pekerja KFC tu pukul pelanggan.

punca pekerja kfc pukul Punca sebenar pekerja KFC pukul pelanggan?

Oh, rupa-rupanya bila baca komen orang yang ada masa kejadian, seorang lelaki berbangsa cina ini bertindak melampau apabila dengan biadapnya menghina bangsa lain.

Dan menurut komen diatas juga, kalau kejadian itu tidak berlaku, ramai lagi pelanggan lain dalam restoran KFC itu yang begitu marah dengan sikap pelanggan bersikap rasis itu.

Aduhai, sampai macam tu sekali, perlu ke sampai nak mencaci bangsa lain, ataupun sehingga berkelahi sampai bertumbuk ni hanya kerana Ayam Goreng KFC? Rasanya kalau dah menunggu terlalu lama sehingga lebih 1 jam, dah boleh beransur ke kedai makan lain kot.

Apa pendapat anda?

Bagi yang belum tahu mengenai kisah ini, boleh rujuk entri sebelum ini dan video kejadian di : Pekerja KFC kurang ajar pukul pelanggan

p/s : lapar betul pelanggan tu agaknya?

Posted in Food, Malaysia, News6 Comments

PANAS! Video Pekerja KFC kurang ajar bergaduh tumbuk pelanggan!

Aduhai KFC Malaysia, lagi-lagi adegan yang memalukan. Kali ni dengan video rakaman pekerja KFC kurang ajar bergaduh bertumbuk dengan pelanggan pula. Apa cerita ni?!

Dahsyat gila tu, tak tahu la mengenai apa kan. Memang belum dapat lagi maklumat penuh kisah sebenar disebalik tabir kes yang berlaku ni.

Sebelum cerita lebih lanjut, layan dulu VIDEO Pekerja KFC kurang ajar bergaduh tumbuk pelanggan dibawah ni.

Keterangan pada video kiriman asal :

KFC worker fight with customer in I-City…the customer were waited for more than 1 hour but when comes to his turn, there is NO MORE fried chicken for him… the customer request the management to apologize but the useless Store Manager doing nothing instead the worker shouted at customer – “kalau mau makan, buat sendiri lah BABI..” ….

Memalukan! Amat memalukan!

Kejadian kes pergaduhan ini didakwa berlaku di KFC cawangan I-City, Shah Alam.

Puncanya dikatakan berpunca dari pertelingkahan dan salah faham antara pelanggan dan pihak pengurusan cawangan KFC itu.

Pelanggan itu yang telah menunggu lebih dari 1 jam hilang sabar apabila tiba gilirannya, ayam goreng KFC yang ingin dibelinya telah habis, lalu meminta pengurus cawangan KFC itu meminta maaf. Lalu pekerja di KFC itu memberi respon dengan menjerit kepada pelanggan itu kata-kata kesat seperti diatas.

Dari video itu, boleh dilihat pergaduhan mula berlaku apabila pelanggan itu masih tidak puas hati ketika beredar dari KFC, dan pekerja KFC mula naik baran lalu memukul pelanggan itu sambil dihalang oleh rakan pekerja KFC dan juga seorang perempuan.

Yang paling ketara disini, menjadi isu apabila kes ini didakwa sebagai kononnya mempunyai unsur perkauman?

kfc pukul customer PANAS! Video Pekerja KFC kurang ajar bergaduh tumbuk pelanggan!

Sedikit pendapat mengenai kes diatas ini. Memang kadang-kadang ada pelanggan yang hilang toleransi dan tidak bertimbang-rasa, tapi pihak pengurusan dan pekerja KFC langsung tiada hak untuk memukul, bertindak kasar, atau meninggikan suara sedikit pun terhadap pelanggan!

Sepatutnya perkara ini boleh dikira sebagai salah-faham kecil dan mampu diselesaikan secara mudah.

Memalukan! Terlalu memalukan sehingga perkataan memalukan terpaksa diulang berkali-kali!

Apa agaknya tindakan KFC Malaysia dan reaksi mereka terhadap kes ini? Siapa yang temubual pekerja KFC terbabit? Mat rempit kah mereka itu? Penagih dadah kah? Bekas banduan kah? atau cuma pelajar yang cuba mencari wang saku tapi kaki gaduh?

p/s : fuiyoooo, dahsyat beb! siap ‘flying-kick’ lagi!

Posted in Food, Malaysia, News3 Comments

Gambar KTM Seremban dilanda banjir teruk!

Cuba tengok gambar-gambar kat bawah ni, siapa sangka KTM Seremban sekarang ni juga boleh digunakan sebagai pelabuhan untuk kapal singgah dan turunkan penumpang!

Terkejut melihat beberapa gambar yang disebarkan melalui Facebook ni. Keadaan teruk stesyen KTM Seremban dilanda banjir sehinggakan boleh dikatakan seluruh persekitaran stesyen itu ditenggelami banjir!

Tidak pasti berapa banyak kerugian yang dilanda, tapi yang pasti ianya bukanlah sedikit! Belum dikira dengan kos pemulihan serta pembersihan semula lagi.

Kesian nampak penumpang-penumpang yang menunggu tu, sudahlah kereta api pun tak boleh nak lalu, habis basah lenjun ditimpa banjir pula. Sedih,.

Jom tengok beberapa gambar KTM Seremban Banjir dibawah ini :

ktm seremban banjir 1 Gambar KTM Seremban dilanda banjir teruk!ktm seremban banjir 2 Gambar KTM Seremban dilanda banjir teruk!ktm seremban banjir 3 Gambar KTM Seremban dilanda banjir teruk!

Terkejut bukan?

Sampai macam tu sekali banjir yang menimpa! Amat tidak disangka-sangka sekali oleh semua orang, apatah lagi pekerja-pekerja KTM yang bertugas disitu.

p/s : tertanya-tanya pula, orang ramai disitu tunggu apa lagi ye? tunggu bot lalu agaknya?

Kredit : Album Facebook Jason Pang

Posted in Malaysia, News1 Comment

Nazmi Faiz bakal bermain bersama Cardiff City FC

Pemain tengah pasukan bola sepak Malaysia, Nazmi Faiz yang berumur 17 tahun, dikatakan bakal bermain dengan pasukan barunya, Cardiff City FC, setelah ditawarkan kontrak.

nazmi faiz cardiff city Nazmi Faiz bakal bermain bersama Cardiff City FC

Cardiff City sebelum ini pernah memberi peluang kepada penyerang sensasi Malaysia, Safee Sali, dan juga Kapten pasukan Harimau Malaya, Safiq Rahim, untuk menyertai latihan bersama pasukan kelab liga kejuaraan Inggeris itu.

Namun faktor usia dikatakan membuatkan Nazmi Faiz merupakan pilihan yang lebih berpotensi kerana usianya yang baru 17 tahun berbanding Safee, 27 tahun, dan Safiq, 24 tahun.

Menurut laporan, Cardiff City bersedia untuk menawarkan Nazmi dengan kontrak setahun, demi menyerlahkan lagi potensi bintang muda negara itu. Dan jikalau Nazmi mampu menandingi dan menggilap bakal sebagai bakal bintang, kontrak itu mampu dipanjangkan mengikut tawaran dari kelab terkemuka Wales itu.

Yang pasti, gol Nazmi Faiz ketika menentang Bahrain tempohari, menjadi perhatian utama kemampuan bintang muda Harimau Malaya ini.

Posted in Malaysia, News, Sport0 Comments

Video dan gambar kebakaran di KL Sentral

18 Januari 2012 yang lalu, sebuah kebakaran besar telah berlaku di bangunan baru KL Sentral. Saksikan beberapa gambar dan video ketika kebakaran itu berlaku.

Bangunan 348 Sentral yang sedang masih dalam pembinaan itu berlaku kebakaran di bahagian paling atas bangunan pada waktu jam lebih kurang 3.50 pagi. Dan ianya menjadi punca kesesakan lalu lintas di sekitar KL Sentral dan Brickfields pada hari tersebut.

Kebakaran itu berlaku di tingkat 30 di bangunan yang mempunyai keseluruhannya 33 tingkat itu. Menurut sumber, bangunan itu bakal menempatkan ibu pejabat baru syarikat minyak terkemuka antarabangsa, Shell.

Berdasarkan laporan pihak berkuasa tiada kecederaan atau kemalangan nyawa yang dilaporkan setakat ini. Punca kebakaran masih dalam siasatan.

kl sentral terbakar 7 Video dan gambar kebakaran di KL Sentralkl sentral terbakar 8 Video dan gambar kebakaran di KL Sentral

Video kebakaran di Bangunan 348 Sentral, KL Sentral.

Posted in Malaysia, News0 Comments

Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com