Posted on 25 April 2012. Tags: Asia Tour, Harga, Harimau Malaya, Julai, Liga Perdana Inggeris, Malaysia, Manchester City, ProEvents, Stadium Nasional Bukit Jalil, Tiket
Salah satu dari kelab gergasi di Liga Perdana Inggeris, Manchester City sudah disahkan akan hadir ke Malaysia sempena latihan pra-musim mereka Julai ini!
Pengurus dan ketua jurulatih kelab Manchester City, Roberto Mancini bakal menghidangkan peminat bola sepak Liga Perdana Inggeris tempatan dengan skuad yang sudah ramai sedia maklum, penuh dengan ramai bintang-bintang ternama seperti David Silva, Sergio Aguero, dan juga Carlos Tevez!.
Manchester City akan bertemu dengan pasukan pilihan Malaysia (Malaysia XI Selection), Harimau Malaya, di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 30 Julai nanti, lebih kurang seminggu selepas Harimau Malaya bertemu dengan sebuah lagi gergasi Liga Perdana Inggeris, Arsenal FC.

Dengan kehadiran Manchester City kali ini, Malaysia akan menjadi satu-satunya negara di Asia Tenggara yang pernah dikunjungi kelab Manchester City ini.
Maklumat mengenai harga tiket dan pakej yang ditawarkan akan dikeluarkan oleh ProEvents pada masa akan datang.
Terbukti minat mendalam terhadap Liga Perdana Inggeris sangat tinggi di Malaysia sehinggakan ada rancangan dimana RTM akan turut menyiarkan perlawanan pilihan dari Liga Perdana Inggeris!
Posted in News, Sport
Posted on 25 April 2012. Tags: Kanak-kanak, Majlis Perbandaran Batu Pahat, Majlis Perbandaran Kluang, RM500, Saman, Taman Permainan, Tua
Cuba tengok ni! Seorang lelaki berumur 21 tahun, Lim Hong Wee, disaman RM500 kerana bermain Jongkang-Jongking di taman permainan? Apa logik ni??

Satu surat saman berjumlah RM500, diserahkan kepada seorang lelaki berbangsa Cina berusia 21 tahun, Lim Hong Wee oleh penguatkuasa Majlis Perbandaran Batu Pahat diatas kesalahan “Menyalahgunakan permainan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun”.
Selalu je nampak pun orang lebih dewasa dari 12 tahun lepak di taman permainan dan menggunakan alat bermain di situ, tak ada apa-apa masalah pun?
Adakah ini kerana ketika saman itu dikeluarkan, ianya adalah di waktu malam?
Sebenarnya, berdasarkan semakan di laman web Majlis Perbandaran Kluang, undang-undang berkaitan ”Berumur lebih daripada 12 tahun menggunakan apa jua perkakas padang-padang permainan kanak-kanak”, ini memang wujud : http://www.mpkluang.gov.my/web/guest/laws/uuktaman/s3
Apa pendapat anda?
Posted in Jenayah, Malaysia, News
Posted on 20 April 2012. Tags: Baru, Gambar, Kemalangan, Model, Pameran, Pandu Uji, Proton Prevé
Satu gambar mengejutkan mula tersebar dimana model kereta Proton Prevé yang baru sahaja dilancarkan dilihat terlibat dalam kemalangan. Jom tengok kereta baru ni!

Gambar yang dikatakan Proton Prevé kemalangan ini nampaknya adalah model pandu uji ruang pameran sepertimana yang boleh dilihat pada gambar model ruang pameran sebelum ini.
Hmm, apa agaknya punca berlakunya kes sebegini?
Yang pasti, kes ini mesti kes yang amat jarang berlaku dan bukan pada semua model, mungkin ianya berlaku pada kereta pandu uji yang dibawa secara kasar atau kesilapan pengguna yang mencuba?
p/s : Teringat kes masa Proton Gen-2 mula dilancarkan dulu, ada kes enjin terbakar lagi. Harap-harap tak berlaku pada Proton Prevé yang menarik habis ini.
Sumber : Lowyat.net / MANIACK
Posted in Automotive, News
Posted on 19 April 2012. Tags: Astro, English Premier League, EPL, Liga Perdana Inggeris, Rais Yatim, RTM, Televisyen, Tempatan
Nampaknya, peminat sukan seluruh negara lepas ni boleh menikmati segala sukan kegemaran anda di televisyen tempatan RTM! Bukan cuma pengguna Astro je mampu nikmati EPL!
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mengumumkan, bermula pada 1 Mei ini, semua siaran sukan kenegaraan akan disiarkan oleh semua televisyen dan radio di tanahair, termasuk Liga Perdana Inggeris (English Premier League).

Menurut maklumat yang dinyatakan, semua perlawanan sukan yang melibatkan penyertaan Malaysia akan mula disiarkan bersama di televisyen tempatan. Perlawanan Liga Perdana Inggeris pula akan mempunyai rangka pilihan tertentu dan belum tentu semua perlawanan akan disiarkan.
Mungkin ini juga turut dibantu dengan luasnya minat terhadapa EPL (English Premier League) di negara ini sehinggakan banyak pasukan liga itu yang berminat hadir ke Malaysia sebagai strategi pemasaran mereka.
Elok la begini, sekurang-kurangnya tak ada la siaran perlawanan sebegini dimonopoli oleh stesyen televisyen tertentu.
Ramai yang masih cuma mempunyai akses kepada siaran televisyen tempatan.
Posted in Malaysia, News, Sport
Posted on 17 April 2012. Tags: Besi, Hard Disk External, Harga, Jual, Made in China, Malaysia, Palsu, PC Fair, Pendrive, Tipu, Western Digital
Anda biasa beli barang elektronik atau gajet komputer di PC Fair? Tanpa sedar, anda mungkin telah ditipu. Jom tengok kes Hard Disk HDD Western Digital palsu yang dijual ini!
Dalam sekali pandang dari segi luaran, memang tidak syak yang Hard Disk External Western Digital ini merupakan palsu kerana ia dilihat amat menyerupai produk yang sebenar!

Lagi mengejutkan, berdasarkan resit yang digunakan untuk jual beli antara pengedar ini, harga yang dijual dan dinyatakan adalah amat hampir sama dengan harga yang dijual untuk Hard Disk External Western Digital yang asli. Jadi amat sukar jikalau pembeli hendak mengesyaki sesuatu masalah mengenai penjual Hard Disk ini.

Winz Tech Supply Ent (C0021789-B)
22-2, 2nd Floor, Jalan 12/118A, Kuchai Entrepreneurs Park, Jalan Kuchai Lama.
Tel : 016 651 9733
500GB HD – RM185
Namun selepas pembeli itu membawa pulang pembelian itu, dia dapati yang Hard Disk itu beroperasi dalam keadaan yang terlalu senyap (Umpama pendrive), dan cuba membuka Hard Disk itu.
Mengejutkan, apa yang ditemui adalah seperti dalam gambar berikut :

Hard Disk itu cuma mengandungi sekeping Pendrive yang telah terbuka dan terdedah, dan juga ketulan besi tidak berkaitan sebagai pemberat!!!
Dengan jelas, ini bukanlah kandungan yang sepatutnya ada dalam sebuah Hard Disk External!
Memalukan!
Berdasarkan kajian lanjut, rupa-rupanya ini bukan kes pertama yang berlaku, dan produk palsu ini datangnya dari negara China dan telah lama tersebar di seluruh pasaran Malaysia, tanpa sedari atau tidak disedari pelanggan.
Malah, diluar negara juga sudah banyak berlaku kes sebegini.
Sebarkan pada orang ramai semoga semua sentiasa berjaga-jaga dan tidak mudah tertipu! Dapatkan belian gajet komputer anda dari pengedar yang tulen dan sah!
Posted in News, Technology
Posted on 16 April 2012. Tags: Galeri, Gambar, Harga, Pameran, Pelancaran, Proton Prevé, Rasmi, Ruang
Proton Prevé telah dilancarkan secara rasmi baru sahaja sebentar tadi, dan ini pula gambar awal Proton Prevé yang sedang dipersiapkan untuk dipamerkan di ruang pameran.
Jom tengok gambar sebenar luaran dan dalam Proton Prevé yang dipersiapkan untuk ruang pameran ini.









Nantikan entri selanjutnya berkenaan pelancaran rasmi Proton Prevé dan juga galeri gambar rasmi dari Proton.
Harga yang ditawarkan adalah serendah RM 59,500.00 sehingga RM 72,900.00.
Sumber : CForum Cari - nicholasnhc
Posted in Automotive, News
Posted on 14 April 2012. Tags: Adam Adli, Along, Dataran Merdeka, Gambar, Kuala Lumpur, Masjid Jamek. MalaysiaKini, Perhimpunan, Protes, PTPTN
Satu perhimpunan dan protes jalanan berlaku di ibu kota Kuala Lumpur hati ini, dimana sekumpulan pelajar dipimpin Adam Adli memohon supaya PTPTN dilupuskan. (Gambar)
Lebih kurang 500 lebih orang pelajar terlibat berkumpul di sekitar stesyen LRT Masjid Jamek, dan mula menghadap ke Dataran Merdeka.
Tujuan perhimpunan dan protes terbuka ini adalah bagi menuntut supaya sistem Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dilupuskan. Sistem pinjaman pendidikan PTPTN dikatakan membebankan pelajar dan bertindak seumpama ‘Along’.
Pihak polis berjaya bertindak cemerlang dengan mengawal lalu-lintas dan mengelakkan dari berlakunya perkara yang tidak diingini.
Berikut beberapa gambar ketika kejadian berlaku :






Posted in Malaysia, News
Posted on 12 April 2012. Tags: 2012, 2015, Kelana Jaya, Lembah Klang, MRT KL, MyRapidTransit, Plan, Sistem Rel Integrasi Lembah Klang, Sri Petaling
Jom tengok ni, ini adalah plan Sistem Rel Integrasi Lembah Klang yang dijadualkan lengkap dan siap sepenuhnya pada tahun 2015. Menarik!
Klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas:

Sistem Rel Integrasi Lembah Klang 2012

Sistem Rel Integrasi Lembah Klang 2015
Nampaknya, dalam perancangan integrasi ini, laluan rel Sri Petaling, akan disambungkan sepenuhnya dengan laluan rel Kelana Jaya, dimana sebuah stesen integrasi baru akan dibina di Putra Heights.
Lebih kurang 26 stesyen baru akan dibina untuk memenuhi rangkaian penuh sistem rel ini.
Menurut sumber, perancangan plan sistem rel integrasi ini adalah berlainan dengan apa yang dirancangkan untuk MyRapidTransit KL (MRT KL).
Beberapa kawasan yang terlibat dengan pembangunan ini adalah Puchong, dan juga Subang Jaya.
Posted in Malaysia, News
Posted on 10 April 2012. Tags: 2012, Arsenal, Arsenal FC, Asia Tour, China, Harimau Malaya, Hong Kong, Kuala Lumpur, Malaysia, Stadium Nasional Bukit Jalil
Tahun lepas, Arsenal FC telah menjejak kaki ke Kuala Lumpur untuk EPL Tour 2011, dan kali ni, mereka akan singgah di Kuala Lumpur lagi untuk Arsenal FC Asia Tour 2012!
Arsenal FC Asia Tour 2012 ini akan membawa skua Arsenal FC menjelajah ke Malaysia, China dan juga Hong Kong. Mereka akan bertemu dengan skuad Harimau Malaya (Malaysia XI) di Stadium Bukit Jalil, Manchester City di Beijing, dan Kitchee FC di Hong Kong.
Arsenal FC akan berada di Kuala Lumpur pada 23 Julai, dan pada hari yang sama akan diadakan acara latihan secara terbuka di Stadium Nasional Bukit Jalil. Perlawanan akan diadakan pada 24 Julai, sepak mula tepat pada jam 9.35 malam.

Apa lagi, nampaknya peminat Arsenal di Malaysia ni berpeluang lagi lah untuk bertemu dengan bintang-bintang kegemaran mereka seperti Jack Wilshere (Dalam gambar), Ryo Miyaichi (Dalam gambar), dan tak lain dan tak bukan, penjaring terbanyak Liga Bola Sepak Inggeris ketika ini, Kapten Robin Van Persie!!
Harga tiket, dan maklumat lanjut perlawanan persahabatan ini akan diumumkan kemudian.
Posted in News, Sport
Posted on 08 April 2012. Tags: AC Milan, Asia Tour, Astro, Bukit Jalil, FC Barcelona, Kuala Lumpur, Malaysia, Manchester United, Perlawanan Persahabatan
FC Barcelona, Manchester United dan AC Milan nampak sudah hampir sah untuk hadir ke Malaysia dalam Asia Tour mereka dijangka pada bulan Jun nanti! Jom tengok!

PERLAWANAN PERSAHABATAN : Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
ASIA TOUR 2012
FC Barcelona : 16 Jun 2012, 8.30 malam
Manchester United : 19 Jun 2012, 9.30 malam
AC Milan : 23 Jun 2012, 10 malam
Akan ditayangkan Live di Astro Arena dan Astro Supersport
Tak pasti gambar yang dikirim ini adalah sah dan boleh dipercayai, tapi berdasarkan maklumat, jadual ini hampir benar dan maklumat lanjut akan dihebahkan kemudian.
Cuma agak tertanya-tanya dengan jadual waktu siaran 9.30 malam dan 10 malam tu. Nampak macam terlalu lewat kalau untuk waktu sepak mula di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Apa-apa pun, menarik ni! Bagi peminat bola sepak liga Eropah, kehadiran tiga pasukan gergasi dari England, Sepanyol dan Itali ni sememangnya dinanti-nantikan!
Maklumat lanjut akan disampaikan segera mungkin.
Posted in News, Sport
Recent Comments