Archive | Sport

Akademi Bola Sepak Frenz United, bertaraf antarabangsa

Frenz United Football Academy (FUFA) merupakan sebuah akademi bola sepak remaja baru yang ditubuhkan awal tahun ini, dengan kelengkapan bertaraf antarabangsa.

Akademi bola sepak ini dibina dalam kawasan seluas 5 ekar di lot tanah persendirian bertempat di Janda Baik, Pahang. Ianya akan menempatkan 50 orang pelajar berumur diantara 12 hingga 15 tahun yang mempunyai bakat tinggi dalam permainan bola sepak.

Kesemua pelajar-pelajar tersebut akan ditanggung dengan biasiswa bernilai lebih RM80,000 setiap orang, termasuk dengan tanggungan penginapan, latihan profesional bola sepak, kelengkapan permainan dan latihan, pakaian dan alat sukan, kos pengangkutan dan juga bayaran yuran persekolahan.

Kesemua pelajar-pelajar yang menerima biasiswa itu akan dihantar ke sekolah persendirian SM Saleha di Genting Highlands.

frenz united football academy Akademi Bola Sepak Frenz United, bertaraf antarabangsa

Antara nama besar yang terlibat dalam pembangunan bola sepak remaja ini adalah Pengarah Tekninal, Omar Ali, jurulatih skuad remaja bola sepak Selangor yang pernah melatih pemain bola sepak negara seperti Amri Yahya. Ahmad Fairuz Yunus sebagai Ketua Jurulatih, yang pernah melatih bakat besar bola sepak negara di Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Yang pasti, pembinaan akademi bola sepak ini sepenuh dimodelkan kepada akademi bola sepak bertaraf antarabangsa. Seperti Akademi La Masia di Barcelona yang banyak menyalurkan bintang besar kepada juara Piala Dunia, Sepanyol, dan juga Akademi Clairefontaine di Perancis yang pernah menghasilkan bintang besar bola sepak seperti Zinedine Zidane.

Tahniah dengan usaha murni ini, dan semoga dengan ini dapat menaikkan bakat bola sepak Malaysia di persada dunia menyerlahkan Malaysia di arena bola sepak dunia pada masa akan datang.

Posted in News, Sport0 Comments

Malaysia Juara Piala Hoki Remaja Asia 2012

Skuad hoki remaja Malaysia berjaya merangkut pingat emas pertama dalam saingan Junior Asia Cup Hockey selepas 25 tahun, menewaskan Pakistan.

Kemenangan 2-1 sudah cukup untuk skuad remaja itu menewaskan juara 3 kali, Pakistan dalam perlawanan sengit di Stadium Hoki Bukit Serendit, Melaka.

malaysia juara piala hoki asia 2012 Malaysia Juara Piala Hoki Remaja Asia 2012

Faisal Saari meletakkan Malaysia di depan seawal minit ke-2 perlawanan, dan kemudiannya Mohd Syamim Mohd Yusof menambah keperitan Pakistan pada minit ke-18. Malaysia kelihatan langsung tidak goyah sepanjang separuh masa pertama.

Separuh masa kedua menampilkan kebangkitan Pakistan untuk mengejar mata. Irfan membawa pulang satu jaringan untuk Pakistan pada minit ke 42, dan keputusan kekal 2-1 sehingga tamat masa perlawanan.

Ketua jurulatih skuad hoki remaja Malaysia, K. Dharmaraj berkata, semoga dengan kemenangan kejuaraan perlawanan itu, akan menjadi detik untuk kemajuan sukan hoki di negara ini.

Perlawanan itu disaksikan oleh lebih 7,000 peminat yang hadir ke stadium sebelum jam 8 malam lagi.

Tahniah Malaysia! Tahniah Skuad Hoki Remaja Malaysia!

Berikut adalah video jaringan sepanjang perlawanan tempohari.

Posted in Malaysia, News, Sport0 Comments

Nazmi Faiz ke S.C.Beira-Mar liga Portugal

Makin cemerlang nama Nazmi Faiz Mansor di arena bola sepak Malaysia apabila bintang muda Harimau Malaya ini dijangka bakal bermain bersama S.C.Beira-Mar di Portugal!

Jurulatih pasukan Harimau Muda A dan Malaysia bawah 23-tahun, Ong Kim Swee mengesahkan perkara ini dimana Nazmi Faiz kemungkinan besar berpeluang untuk beraksi bersama Cardiff City, ataupun di kelab liga utama Portugal.

nazmi faiz azhari yusop Nazmi Faiz ke S.C.Beira Mar liga Portugal

Gambar milik Azhari Yusop

Nazmi Faiz kini dalam tempoh persedian ke ujian pemilihan bersama kelab S.C.Beira-Mar yang kini menduduki tempat ke-12 dari 18 pasukan di Primeira Liga, Portugal. Turut disahkan adalah ujian pemilihan ini akan dijalankan selama satu minggu iaitu bermula 14 hingga 21 Mei ini.

Yang menarik, tawaran ujian pemilihan ini ditawarkan oleh ejen kelab Portugal itu yang tertarik dengan aksi cemerlang bintang muda Harimau Malaya itu.

Nazmi Faiz akan bertolak menuju ke Portugal, ditemani bapanya pada ahad ini.

Semoga berjaya dalam pemilihan ini! Peminat bola sepak tempatan sentiasa menantikan berita baik keputusan pemilihan Nazmi Faiz disana!

Sumber : ESPNSTAR.my

Posted in Malaysia, News, Sport0 Comments

Manchester City sah ke Malaysia Julai 2012 Asia Tour

Salah satu dari kelab gergasi di Liga Perdana Inggeris, Manchester City sudah disahkan akan hadir ke Malaysia sempena latihan pra-musim mereka Julai ini!

Pengurus dan ketua jurulatih kelab Manchester City, Roberto Mancini bakal menghidangkan peminat bola sepak Liga Perdana Inggeris tempatan dengan skuad yang sudah ramai sedia maklum, penuh dengan ramai bintang-bintang ternama seperti David Silva, Sergio Aguero, dan juga Carlos Tevez!.

Manchester City akan bertemu dengan pasukan pilihan Malaysia (Malaysia XI Selection), Harimau Malaya, di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 30 Julai nanti, lebih kurang seminggu selepas Harimau Malaya bertemu dengan sebuah lagi gergasi Liga Perdana Inggeris, Arsenal FC.

Manchester City malaysia tour 2012 Manchester City sah ke Malaysia Julai 2012 Asia Tour

Dengan kehadiran Manchester City kali ini, Malaysia akan menjadi satu-satunya negara di Asia Tenggara yang pernah dikunjungi kelab Manchester City ini.

Maklumat mengenai harga tiket dan pakej yang ditawarkan akan dikeluarkan oleh ProEvents pada masa akan datang.

Terbukti minat mendalam terhadap Liga Perdana Inggeris sangat tinggi di Malaysia sehinggakan ada rancangan dimana RTM akan turut menyiarkan perlawanan pilihan dari Liga Perdana Inggeris!

 

Posted in News, Sport0 Comments

Rancangan sukan utama termasuk EPL bakal disiarkan RTM

Nampaknya, peminat sukan seluruh negara lepas ni boleh menikmati segala sukan kegemaran anda di televisyen tempatan RTM! Bukan cuma pengguna Astro je mampu nikmati EPL!

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mengumumkan, bermula pada 1 Mei ini, semua siaran sukan kenegaraan akan disiarkan oleh semua televisyen dan radio di tanahair, termasuk Liga Perdana Inggeris (English Premier League).

epl di rtm rais yatim Rancangan sukan utama termasuk EPL bakal disiarkan RTM

Menurut maklumat yang dinyatakan, semua perlawanan sukan yang melibatkan penyertaan Malaysia akan mula disiarkan bersama di televisyen tempatan. Perlawanan Liga Perdana Inggeris pula akan mempunyai rangka pilihan tertentu dan belum tentu semua perlawanan akan disiarkan.

Mungkin ini juga turut dibantu dengan luasnya minat terhadapa EPL (English Premier League) di negara ini sehinggakan banyak pasukan liga itu yang berminat hadir ke Malaysia sebagai strategi pemasaran mereka.

Elok la begini, sekurang-kurangnya tak ada la siaran perlawanan sebegini dimonopoli oleh stesyen televisyen tertentu.

Ramai yang masih cuma mempunyai akses kepada siaran televisyen tempatan.

Posted in Malaysia, News, Sport0 Comments

Arsenal FC sah ke Malaysia untuk Asia Tour 2012!

Tahun lepas, Arsenal FC telah menjejak kaki ke Kuala Lumpur untuk EPL Tour 2011, dan kali ni, mereka akan singgah di Kuala Lumpur lagi untuk Arsenal FC Asia Tour 2012!

Arsenal FC Asia Tour 2012 ini akan membawa skua Arsenal FC menjelajah ke Malaysia, China dan juga Hong Kong. Mereka akan bertemu dengan skuad Harimau Malaya (Malaysia XI) di Stadium Bukit Jalil, Manchester City di Beijing, dan Kitchee FC di Hong Kong.

Arsenal FC akan berada di Kuala Lumpur pada 23 Julai, dan pada hari yang sama akan diadakan acara latihan secara terbuka di Stadium Nasional Bukit Jalil. Perlawanan akan diadakan pada 24 Julai, sepak mula tepat pada jam 9.35 malam.

arsenal malaysia asia tour 2012 Arsenal FC sah ke Malaysia untuk Asia Tour 2012!

Apa lagi, nampaknya peminat Arsenal di Malaysia ni berpeluang lagi lah untuk bertemu dengan bintang-bintang kegemaran mereka seperti Jack Wilshere (Dalam gambar), Ryo Miyaichi (Dalam gambar), dan tak lain dan tak bukan, penjaring terbanyak Liga Bola Sepak Inggeris ketika ini, Kapten Robin Van Persie!!

Harga tiket, dan maklumat lanjut perlawanan persahabatan ini akan diumumkan kemudian.

Posted in News, Sport0 Comments

FC Barcelona, Manchester United dan AC Milan ke Malaysia!

FC Barcelona, Manchester United dan AC Milan nampak sudah hampir sah untuk hadir ke Malaysia dalam Asia Tour mereka dijangka pada bulan Jun nanti! Jom tengok!

barcelona acmilan manchester asia tour 2012 FC Barcelona, Manchester United dan AC Milan ke Malaysia!

PERLAWANAN PERSAHABATAN : Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

ASIA TOUR 2012

FC Barcelona : 16 Jun 2012, 8.30 malam

Manchester United : 19 Jun 2012, 9.30 malam

AC Milan : 23 Jun 2012, 10 malam

Akan ditayangkan Live di Astro Arena dan Astro Supersport

Tak pasti gambar yang dikirim ini adalah sah dan boleh dipercayai, tapi berdasarkan maklumat, jadual ini hampir benar dan maklumat lanjut akan dihebahkan kemudian.

Cuma agak tertanya-tanya dengan jadual waktu siaran 9.30 malam dan 10 malam tu. Nampak macam terlalu lewat kalau untuk waktu sepak mula di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Apa-apa pun, menarik ni! Bagi peminat bola sepak liga Eropah, kehadiran tiga pasukan gergasi dari England, Sepanyol dan Itali ni sememangnya dinanti-nantikan!

Maklumat lanjut akan disampaikan segera mungkin.

Posted in News, Sport2 Comments

Laman web FAM kena hack, lagi

Laman web FAM kena hack, lagi

Aduhai tak sudah-sudah laman web FAM ni kena hack. Dah jadi macam tiap-tiap bulan kena hack. Apa ke tak buat kerja ke webmaster laman web FAM ni?

fam kena hack lagi Laman web FAM kena hack, lagi

Klik untuk paparan besar

Penuh laman web tu ditulis dengan pelbagai maki dan marah memaksa ahli jawatan tertinggi FAM (Football Association of Malaysia) atau Persatuan Bola Sepak Malaysia, untuk meletakkan jawatan.

Ini semua adalah akibat berlakunya pelbagai kes melibatkan sukan bolasepak tanah air, dan juga prestasi pasukan bolasepak Malaysia di pentas antarabangsa yang semakin merundum, sehinggakan baru-baru ini kedudukan Malaysia semakin jatuh menjunam.

Kalau anda nak tahu lebih lanjut, sila lah ke http://www.fam.org.my/ untuk lihat apa yang berlaku.

Posted in Malaysia, News, Sport0 Comments

Kecik bakal bermain untuk FC Ryukyu, liga Jepun

Wan Zaharulnizam Zakaria, atau lebih dikenali sebagai Kecik dalam skuad Harimua Muda A, disahkan bakal menjalani latihan pemilihan untuk bermain di liga bolasepak Jepun.

Wan Zaharulnizam Zakaria kecik Kecik bakal bermain untuk FC Ryukyu, liga Jepun

Kecik berjaya memikat perhatian para pemerhati bakat dari Jepun ketika perlawanan Malaysia, menentang Jepun bagi kelayakan Olimpik di Stadium Tose, Jepun tahun lalu. Ketika perlawanan kedua menentang Jepun di Stadium Bukit Jalil, pemerhati dari liga Jepun datang menemui jurulatih skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee untuk menyatakan hajat membawa Kecik bermain di Jepun.

Ong Kim Swee turut mencadangkan kepada pemerhati itu untuk turut membawa Wan Zack Haikal, untuk menghadiri latihan pemilihan di kelab FC Ryukyu yang berasal dari Okinawa, Jepun.

Meskipun FC Ryukyu cuma kelab yang bermain dalam liga divisyen 3 dalam sistem pertandingan liga bolasepak di Jepun, pengalaman bermain di luar negara, dan pendedahan kepada permainan disana sudah pasti mampu memberi kesan besar kepada dua pemain muda negara itu.

Pihak dari Jepun itu adalah sebahagian dari projek “J-Dream Project” yang membawa pemain dari serata Asia Tenggara untuk bermain dengan pasukan disana.

Berdasarkan maklumat, Khairul Fahmi Che Mat juga ada mendapat perhatian pemerhati dari Jepun, tapi setakat ini tiada pengesahan yang betul-betul dapat disahkan.

p/s : Jepun!! Liga bolasepak terbaik di ASIA!

Posted in News, Sport3 Comments

Bintang muda Malaysia, Kumaahran bakal bermain dengan kelab Brazil, Cruzeiro

Kumaahran Sathasivam, bintang bola sepak muda Malaysia bakal bermain di Brazil setelah berjaya menarik minat sebuah kelab bola sepak terkenal, Cruzeiro.

Kumaahran Sathasivam Bintang muda Malaysia, Kumaahran bakal bermain dengan kelab Brazil, Cruzeiro

Kuma merupakan pemain bahagian tengah, bagi sebuah kelab akademi bola sepak di Pulau Pinang, “Chinese Recreation Club (CRC) Academy“.

Kuma adalah salah seorang dari 4 pemain yang dipilih dan dipanggil untuk menjalani latihan panjang bersama pelatih lain di kelab Cruzeiro di Brazil, selama satu bulan pada 5 Ogos tahun lalu.

Kumaahran adalah seorang pemain muda yang berbakat besar, mempunyai gaya dan fizikal seperti seorang pemain Brazil di usia muda, begitulah apa yang dikatakan oleh jurulatih pasukan CRC Penang, Jaino Matos.

Jaino Matos sendiri merupakan bekas pemain Brazil, dan beliau mempunyai pengalaman luas dalam membantu kelab Cruzeiro meneliti bakat-bakat besar luar negara untuk dibawa berlatih bersama kelab terkemuka Cruzeiro.

Kini, Kuma telah mendapat panggilan semua untuk sesi percubaan peringkat akhir selama tempoh 2 bulan bermula 25 Februari 2012 ini, dan jika dia berjaya, dia akan mendapat tempat dalam pasukan Cruzeiro bawah 17 tahun. Hebat!

Tak cukup dengan itu, siapa sangka Kumaahran Sathasivam ini sebenarnya cuma baru berusia 16 tahun! Terbaik!

Tak percaya dengan bakat Kuma ni? Cuba tengok video di bawah ni :

Nantikan kemaskini semula entri ini dengan kualiti video HD yang lebih cantik!

P/s : Ada gaya-gaya Neymar sikit. Habis la Nazmi Faiz dah ada pesaing baru.

Posted in Malaysia, News, Sport0 Comments







Partly powered by CleverPlugins.com