Anda biasa beli barang elektronik atau gajet komputer di PC Fair? Tanpa sedar, anda mungkin telah ditipu. Jom tengok kes Hard Disk HDD Western Digital palsu yang dijual ini!
Dalam sekali pandang dari segi luaran, memang tidak syak yang Hard Disk External Western Digital ini merupakan palsu kerana ia dilihat amat menyerupai produk yang sebenar!
Lagi mengejutkan, berdasarkan resit yang digunakan untuk jual beli antara pengedar ini, harga yang dijual dan dinyatakan adalah amat hampir sama dengan harga yang dijual untuk Hard Disk External Western Digital yang asli. Jadi amat sukar jikalau pembeli hendak mengesyaki sesuatu masalah mengenai penjual Hard Disk ini.
Winz Tech Supply Ent (C0021789-B)
22-2, 2nd Floor, Jalan 12/118A, Kuchai Entrepreneurs Park, Jalan Kuchai Lama.
Tel : 016 651 9733
500GB HD – RM185
Namun selepas pembeli itu membawa pulang pembelian itu, dia dapati yang Hard Disk itu beroperasi dalam keadaan yang terlalu senyap (Umpama pendrive), dan cuba membuka Hard Disk itu.
Mengejutkan, apa yang ditemui adalah seperti dalam gambar berikut :
Hard Disk itu cuma mengandungi sekeping Pendrive yang telah terbuka dan terdedah, dan juga ketulan besi tidak berkaitan sebagai pemberat!!!
Dengan jelas, ini bukanlah kandungan yang sepatutnya ada dalam sebuah Hard Disk External!
Memalukan!
Berdasarkan kajian lanjut, rupa-rupanya ini bukan kes pertama yang berlaku, dan produk palsu ini datangnya dari negara China dan telah lama tersebar di seluruh pasaran Malaysia, tanpa sedari atau tidak disedari pelanggan.
Malah, diluar negara juga sudah banyak berlaku kes sebegini.
Sebarkan pada orang ramai semoga semua sentiasa berjaga-jaga dan tidak mudah tertipu! Dapatkan belian gajet komputer anda dari pengedar yang tulen dan sah!
Seperti biasa, selagi iPhone 5 belum dilancarkan, akan timbul banyak reka bentuk konsep iPhone 5 yang direka berdasarkan idea konsep Apple iPhone 5 baru. Jom tengok!
Menarik bukan?
Ada yang mengatakan iPhone 5 nanti bakal dihasilkan dalam pelbagai pilihan warna, skrin yang lebih lebar, butang ‘home’ yang mudah sentuh, fizikal keseluruhan diperbuat dari kaca, rekabentuk yang lebih minimalistik dan nipis, dan macam-macam lagi.
Apa yang pasti, rekaan konsep iPhone 5 yang dihasilkan memang menarik dan menakjubkan!
Steve Jobs banyak meninggalkan kenangan ketika masih hidup. Berikut merupakan gambar peribadi (Sulit) ketika Steve Jobs mencuba Photo Booth pada tahun 2005.
Fungsi Photo Filter yang ada pada aplikasi Photo Booth yang disertakan pada setiap MacBook Pro sejak pelancarannya sememangnya menjadi tarikan, apatah lagi apabila aplikasi itu adalah antara yang pertama menjadi pilihan yang dibanggakan Steve Jobs.
Jarang dapat melihat wajah Steve Jobs yang diketahui ramai amat serius ketika bekerja, dan amat jarang melontarkan senyumannya kepada pekerjanya. Tapi dalam koleksi gambar sulit ini, anda dapat lihat betapa ceria rupa Steve Jobs membuat mimik muka.
Private photo of Steve Jobs trying out Photo Booth
Menarik bukan? Amat berbeza rupa Steve Jobs pada tahun 2011 dan 2005, pada tahun 2005 beliau masih kelihatan amat sihat.
Siapa yang tak kenal Steve Jobs, pengasas Apple yang amat disegani di seluruh dunia. Namun kematian beliau baru-baru ini dikatakan bukan disebabkan kanser, tetapi HIV?
Steve Jobs, atau nama penuh beliau, Steven Paul Jobs meninggal dunia pada 5 Oktober 2011 yang lalu selepas 9 tahun cuba menentang jangkitan Kanser Pankreas (Pancreatic cancer) yang ditanggung beliau, dan akhirnya selamat dikebumikan pada 7 Oktober 2011.
Namun, sejurus selepas kematian beliau, satu khabar angin yang tidak senang tersebar mengenai punca sebenar kematian Steve Jobs. Walaupun sudah disahkan bahawa beliau mati akibat Kanser, tetapi wujudnya satu laporan perubatan (Medical Report) bertarikh 1 September 2004 yang menyatakan, beliau menghidapi bakteria penyakit HIV Positif.
Cuba lihat pada paparan laporan perubatan dibawah ini,
Benar atau Palsu?
Ramai laporan lain di internet mengatakan yang laporan perubatan ini adalah palsu dan cuma rekaan semata-mata, tapi tak kurang juga yang menyokong bahawa ianya benar dan sahih!
Jikalau ianya benar, bermakna Steve Jobs pernah terlibat dengan gejala tidak sihat yang kesannya adalah HIV Positif seperti seks bebas, homoseksual dan juga pengambilan dadah! Mengejutkan!
Apa-apa pun, mungkin benar laporan ini cuma palsu, yang sudah pergi itu biarkan sahaja, tak perlu diungkit kisah lama mungkin.
“Steve Jobs merupakan antara jurutera teknologi paling unggul di abad ini, dihormati dan disegani ramai orang, sama ada yang mengenali atau tidak mengenalinya secara dekat.”
Telekom Malaysia, TM, melalui laman pengumumannya telah memaklumkan mengenai gangguan talian internetnya yang melibatkan seluruh negara pada 7 Julai 2011 nanti.
Gangguan internet yang diumumkan itu adalah disebabkan penambahbaikan pada jaringan internet TM, melibatkan jaringan TM di seluruh negara. Penambahbaikan yang dirancang ini telah ditetapkan pada 7 Julai 2011, pada jam 1.00 pagi hingga 4.00 pagi.
Oleh kerana ianya dijalankan pada waktu lewat malam (awal pagi?), berkemungkinan besar ianya tidak akan menyebabkan gangguan internet pada banyak pelanggan TM.
Maklumat lanjut sila rujuk pengumuman rasmi di laman TM : URL
Kumpulan Hacker yang menggelarkan diri sebagai Anonymous akan bertindak lagi, dan yang mengejutkan, mengugut dengan merancang ‘Operation Malaysia’.
Operation Malaysia adalah bertujuan untuk menggodam laman rasmi kerajaan Malaysia iaitu http://www.malaysia.gov.my/ pada tarikh yang telah ditentukan oleh kumpulan tersebut.
Jikalau anda tidak mengenali siapa itu kumpulan penggodam ‘Hackers Anonymous’, sila rujuk kiriman berkaitan sebelum ini yang turut ada rujukan kepada kumpulan penggodam tersebut. Rujukan.
Berikut merupakan kenyataan mengenai serangan tersebut yang dikeluarkan oleh kumpulan penggodam tersebut.
Greetings, Malaysia,
We have seen the censorship taken by the Malaysian government, blocking sites like The Pirate Bay, and WikiLeaks. Malaysia is one of the world’s strictest governments, even blocking out movies, and television shows. These acts of censorship are inexcusable. You are taking away a basic human right. The internet is here for freedom, without fear of government interference. Do not think that no one else notices. Your structured government has done the talking, and we hear loud and clear. Let this be an announcement to all your people. This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country. We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favor.
We are Anonymous.
We are Legion.
We do not forgive.
We do not forget.
Expect Us.
Pencerobohan tersebut akan dijalankan pada ‘Rabu 7.30pm GMT’ atau bersamaan Khamis 3.30 Pagi waktu Malaysia. Dan matlamat adalah, menceroboh http://www.malaysia.gov.my/.
Berdasarkan kenyataan diatas, tindakan ini adalah kerana usul yang dibangkitkan mengenai tindakan menghalang laman web seperti The Pirate Bay dan WikiLeaks. Malah laman web menyimpan data secara atas talian lain seperti MegaUpload, Hotfile, dan juga Rapidshare juga akan akan turut dihalang oleh kerajaan Malaysia.
Lebih menakutkan adalah, berkemungkinan besar matlamat dan sasaran seterusnya adalah laman web kerajaan yang menglibatkan data-data sulit dan juga sistem pembayaran atas talian, contohnya seperti MyEG dan lain-lain.
Hari ini, Apple iPad 2 dilancarkan dan mula dijual di Apple Store di Hong Kong, India, Korea, Filipina, Singapura dan tidak ketinggalan Malaysia. Jom tengok pakej harga yang ditawarkan.
Nampaknya khabar angin sebelum ini mengenai harga Apple iPad 2 di Malaysia sememangnya benar dan berikut merupakan senarai harga yang ditawarkan bagi setiap model.
iPad 2 16GB/32GB/64GB Wifi Sahaja = RM1499/RM1799/RM2099
iPad 2 16GB/32GB/64GB Wifi dan 3G = RM1899/RM2199/RM2499
Apa lagi, segera dapatkan Apple iPad 2 yang dijual jika anda sememangnya peminat Apple sejati!
Malah, menurut maklumat yang diberitahu, kebanyakan Apple iPad 2 yang dijual di Apple Store dan Machine, sudah habis dijual, dan jikalau anda pun, cuma model iPad 2 berwarna hitam! Pilihan warna putih kehabisan stok!
Apple iPad 2 akan dilancarkan di kebanyakan negara termasuk Malaysia esok hari, (29 April 2011), dan peminat sudah mula beratur di kebanyakan Apple Store Kuala Lumpur.
Malah beberapa pakej harga juga sudah mula tersiar dan tersebar di beberapa laman web, blog, dan forum yang membincangkan mengenai Apple iPad 2 ini.
Benar atau tidak harga rasmi yang ditawarkan, itu belum dapat dipastikan selagi produk tersebut belum secara rasminya dilancarkan.
Yang menarik, terdapat satu keratan ‘flyers’ yang sudah mula tersebar di internet mengenai pakej harga jualan Apple iPad 2 oleh Maxis di Malaysia. Turut disebarkan adalah gambar bocor pakej harga dan plan data untuk telco Maxis tersebut.
Jom Tengok,
Betul atau tidak, itu masih belum dapat dipastikan. Nantikan berita rasmi dari Maxis sendiri.
Nantikan kiriman akan datang mengenai maklumat harga rasmi penjualan Apple iPad 2 di Malaysia.
Mungkin ada yang sedang tertanya-tanya, berbaloi ke beli Google Nexus S? Apa yang menarik mengenai Gingerbread 2.3 dan Nexus S? Ok, jom kita tengok sama-sama.
Apa perkara pertama yang anda lihat pada setiap telefon bimbit yang anda miliki? sudah pasti bentuk telefon bimbit tersebut!.
Nexus S mempunyai bentuk melengkung yang unik dan sangat menarik berbanding telefon bimbit lain. Menjadikan Nexus S sebuah telefon bimbit yang sememangnya amat selesa untuk dipegang dan terasa seperti ianya sangat nipis dan kompak, walapun secara nyatanya, ianya datang dengan skrin lebar bersaiz 4.0 inci!
Kedua, animasi ‘Screen Off’ yang paling ‘cool’ pernah dijumpai! Tak percaya? cuba lihat pada video dibawah!
Ketiga, Kamera 5.0 Megapixel yang mampu merakamkan video 720p HD dan juga gambar berkualiti tinggi, nak tengok contoh video HD? Jom tengok video di bawah ni. Gambar yang dihasilkan mampu mencapai resolusi sehingga 2560X1920! Contoh gambar di bawah, Klik pada gambar untuk paparan lebih besar.
Nantikan review akan datang yang lebih mendalam mengenai kehebatan Kamera 5.0 Megapixel pada Google Nexus S.
Keempat, ribuan aplikasi yang berguna di Android Market! Sememangnya anda tidak akan bosan dengan apa yang ada pada Android Market ini. Kalau rasa tak cukup dengan apa yang ada, muat turun sahaja aplikasi baru. Kebanyakan aplikasi di Android Market adalah PERCUMA!
Untuk kenalpasti apa aplikasi yang menarik untuk dicuba dari Android Market, sila lihat pada entri sebelum ini.
Kelima!, yang paling penting dan paling membuatkan anda bangga ialah, anda antara pengguna terawal dan istimewa kerana dapat menggunakan Google Phone yang hanya dibawa masuk ke Malaysia secara RASMI oleh Maxis! MAXIS GOOGLE NEXUS S!
Nantikan review akan datang untuk Maxis Google Nexus S dalam entri akan datang!
Recent Comments