Posted on 27 January 2012. Tags: AirAsia, FireFlyz, Gambar, Ilustrasi, KLIA2, LCCT
Anda dah tengok gambar ilustrasi rekaan KLIA2? Kalau belum, jom tengok gambar menarik pembinaan lapangan terbang kos rendah baru ini. Amat cantik!
KLIA2 ini dibina bagi menampung peningkatan minat ramai penumpang yang kini begitu kerap menggunakan perkhidmatan penerbangan tambang murah seperti AirAsia dan juga FireFlyz.
Jom tengok! Nampaknya macam lebih cantik dari LCCT!



Apa komen anda? Menarik, tapi tak pasti la pula kan kalau dah dibina nanti lain pula jadinya,
Posted in Picture
Posted on 01 January 2012. Tags: #VforMerdeka, 2012, ChiFong Foo, Flashmob, Galeri, Gambar, Malaysia, OccupyDataran, Pik-Svonn Lew, Tahun Baru, V for Vendetta
Flashmob #OccupyDataran #VforMerdeka semalam berjaya? Jom tengok beberapa galeri gambar yang dikongsi bersama berkenaan acara ketika sambutan tahun baru semalam.




Gambar milik galeri ChiFong Foo.
Menurut sumber, dikatakan hampir 400 pemuda yang turut serta secara sukarela dalam acara flashmob yang diadakan dengan motif dan objektif yang bermakna ini. Menuntut hak rakyat untuk berhimpun dan bersuara.
Inspirasi khas dari filem fiksyen ‘V for Vendetta’, digunakan meluas bagi menyampaikan mesej bahawa masih ada kuasa dan pengaruh yang mampu dilakukan oleh orang awam, dan membantah kekangan pihak berkuasa.
Dikatakan juga, sejurus selepas perhimpunan itu, terdapat 3 orang pemuda yang ditahan pihak polis, namun 15 minit kemudian dilepaskan atas sebab tiada alasan ataupun motif untuk mendakwa mereka.
Galeri gambar acara #OccupyDataran #VforMerdeka milik Pik-Svonn Lew.
Menarik!
Dibawah ini pula video YouTube kiriman kw4785/PeterParkerKL :
Apa pendapat anda?
Berkesan atau tidak, mungkin itu tidak perlu diutamakan, yang penting, semangat dan mencuba itu perlu.
Apa-apa pun, Selamat menyambut Tahun Baru 2012! Semoga tahun ini membawakan anda lebih banyak rezeki lagi dan kelapangan diri!
Posted in Malaysia, Picture
Posted on 15 August 2011. Tags: Gambar, Justin Bieber, Kelakar, Lawak, London, Riot, Rusuhan, Teletubbies
Kalau dalam entri sebelum ni, dah paparkan gambar tragedi rusuhan di London, entri kali ini pula gambar rusuhan London versi lawak. Jom Tengok!
Tapi sebelum tu, gambar-gambar di bawah adalah gambar yang telah diolah, dan bukanlah gambar situasi sebenar yang berlaku di London. Kreatif betul orang yang olah gambar dibawah ni.
Kesemuanya mengarut, malah, ada juga yang melibatkan karakter luar jangkaan seperti ‘Teletubbies’ dan juga Justin Bieber.
Jom tengok gambar lawak olahan gambar asal di rusuhan London di bawah!

Menarik kan? Tak logik sungguh semua olahan yang dibuat tu. Kalau ada yang berminat dengan gambar sebenar situasi di rusuhan London, sila rujuk entri sebelum ini : http://goo.gl/OeJyf
Posted in LOL, Picture, Random
Posted on 12 August 2011. Tags: 2011, Bersih, Galeri, Gambar, Hitam, kendra27UK, Kisah Sebenar, London, Mark Duggan, Muslim, Pengganas, Perusuh, Polis, Protes, Punca, Rusuham, Rusuhan London, Terrorist, Tottenham
Ramai yang tertanya-tanya, apa yang berlaku sampai ada rusuhan di London? Kenapa ada rusuhan? Sebelum tu, jom tengok dulu galeri gambar rusuhan di London dibawah.
Teruskan membaca dibawah untuk tahu kisah sebenar dan punca di sebalik Rusuhan London 2011.

Kesemuanya bermula dengan protes di sekitar Utara London apabila polis, pada 4 Ogos 2011 bertindak menembak Mark Duggan, seorang lelaki berkulit hitam yang berasal dari Tottenham, atas tindakan Mark Duggan yang menggunakan senjata api haram dan menembak anggota polis terlebih dahulu.
Dan apabila orang awam cuba mendapakan penjelasan dari pihak polis, pihak polis cuba melengahkan masa bagi menunggu perintah mahkhamah, menyebabkan orang awam yang mula dengan protes mengamuk dan mula melakukan huru hara di sekitar Utara London itu.
Siapa yang salah? Masih belum dapat disahkan, kerana pelbagai media yang berlainan memaparkan cerita yang berlainan. Masing-masing menuding pada pihak tertentu.
Namun demikian, satu kenyataan menarik yang boleh dijadikan perhatian mengenai tragedi ini adalah :
“If these were Muslims, we would brand them Terrorist. Because they are black, we call it local unrest. NO. Last night was done by terrorists!” – kendra27UK@yahoo
- Kalau mereka adalam orang muslim, sudah pasti semuanya akan dilabelkan sebagai pengganas. Tapi disebabkan mereka berkulit hitam, ianya di panggil gangguan ketenteraman awam. Tidak, malam semalam sememangnya kerja pengganas!
Ada betulnya kenyataan di atas bukan?
Bagi yang tertanya-tanya adakah ianya ada kaitan, walau sedikit pun persamaan dengan BERSIH 2.0, jawapannya tidak. Jadi tak perlu cuba kaitkan BERSIH 2.0 dengan tragedi rusuhan di London ini ya.

Posted in News, Picture, World
Posted on 11 August 2011. Tags: Burj Khalifa, Dubai, Dunia, Gambar, Jeddah, Kingdom City, Kingdom Tower, Lautan Merah, Menara, Menara Berkembar Petronas, Sky Terrace, Tertinggi
Kalau sebelum ini Burj Khalifa di Dubai dinobatkan sebagai bangunan tertinggi di dunia, kini Kingdom Tower di Jeddah pula merampas takhta! Jom tengok!
Kingdom Tower ini adalah salah satu perubahan ketara yang akan dibangunkan di Jeddah, yang menghadap dengan Lautan Merah. Ianya adalah sebahagian besar bagi pembangunan menyeluruh yang dipanggil sebagai Kingdom City ini.
Kingdom Tower ini sudah pasti akan mempunyai lebih tinggi berbanding Burj Khalifa (828m), dan dikatakan ianya bakal mempunyai tinggi lebih dari jarak satu kilometer! Ukuran sebenar masih dirahsiakan selagi ianya belum mula dibina.
Pembinaan dijangka bermula pada awal Disember tahun ini, dan kos pembangunan mencecah sehingga US$1.2 Bilion, cuma sebahagian kecil dari projek Kingdom City yang keseluruhannya mempunyai kos US$20 Bilion!

Bangunan raksasa ini akan mengandungi 59 buah lif, dimana setiap sebuah lif tersebut mampu bergerak mencapai kelajuan 30 Kilometer sejam!.
Kingdom Tower ini turut akan menempatkan platform pemerhatian yang dipanggil ‘Sky Terrace’ pada tingkat 157. Ianya adalah seperti dalam gambaran dibawah.


Bangunan pencakar langit yang mempunyai bentuk dinamik berasaskan segi tiga tersebut bakal mempunyai kira-kira 213 tingkat keseluruhannya, berbanding dengan Menara Berkembar PETRONAS yang hanya mempunyai 88 tingkat. Maka boleh buat anggaran, ianya lebih tinggi walaupun kedua-dua menara PETRONAS itu diletakkan atas satu sama lain!
Keseluruhan pembinaan dan pembangunan di sekitar menara tersebut, dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2016.
Sementara itu, saksikan lebih banyak gambar gambaran artis merujuk pada menara Kingdom Tower ini, dibawah.



Posted in News, Picture, World
Posted on 07 August 2011. Tags: 1991, 2011, Gambar, Hotel, Ibu Kota, KLCC, Kuala Lumpur, Malaysia, Menara, Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur, Perubahan, PETRONAS Twin Tower, PUTRA LRT
Tahukah anda, Kuala Lumpur pada tahun 1991 teramat jauh berbeza dengan Kuala Lumpur pada tahun 2011 kini? Jom tengok perubahan ketara Kuala Lumpur selama 2 dekad ini.
Pada tahun 1991, Menara Berkembar PETRONAS (KLCC – PETRONAS Twin Tower), masih belum mula dibina sekalipun. Menara Kuala Lumpur pada ketika itu, hanya baru dipersiapsediakan tapak pembangunannya.
Kalau anda lihat pada gambar dibawah, Kuala Lumpur pada tahun 1991, begitu lapang, tiada bangunan pencakar langit, penuh dengan pokok-pokok besar dan pohon-pohon hijau yang menghiasi setiap pesudut ibukota negara kita ini.
Malaysia pada ketika itu, mungkin belum dikenali tanpa wujudnya menara-menara dan bangunan-bangunan korporat syarikat antarabangsa. Hotel-hotel besar bagaikan tidak wujud pada ketika itu.
Apatah lagi sistem tren seperti PUTRA LRT dan sebagainya.
Apa-apa pun, jom tengok gambar Perubahan di Kuala Lumpur sejak 1991 sehingga 2011 dibawah ini.

Sumber : PhotoBucket
Posted in Picture
Posted on 29 July 2011. Tags: Bola Sepak, Gambar, Harimau Malaya, Jenaka, Kelakar, Lawak, Malaysia, Singapura, Strategi
Mungkin masih ramai yang kecewa selepas perlawanan semalam. Anda nak tahu apa strategi Singapura menentang Malaysia semalam? Jom tengok ni!
Cukup dengan 2 keping gambar di bawah ni, tak perlu banyak tulisan pun sudah boleh difahami kan? Memang lawak, dan ada juga kebenarannya, betulkah?


Kelakar atau tidak?
Bagi warga Singapura yang terasa hati, jangan ambil hati sangat ya, ini cuma jenaka indah yang sebenar.
Sumber : LYN /k/
Posted in LOL, Picture
Posted on 21 July 2011. Tags: Allan Tan, Amaran, Anjing, Binatang, Bunuh, Dog, Doktor, Doreen Loo, Gambar, Haram, Hidung, Ngeri, Seksa, Semenyih, Veterinar
Manusia makin kejam, tak sangka masih wujud manusia yang tiada akal sanggup seksa binatang macam ni. Cuba perhatikan gambar anjing diseksa dan hidung dikerat ini.

AMARAN SPOILER : Gambar ngeri penyiksaan anjing.
Anjing ini pada awalnya dimaklumkan oleh doktor veterinar yang merawatnya, terpaksa di ‘bunuh’ bagi mengelakkan ianya mendapat jangkitan lain dan bertambah seksa. Namun selepas perbincangan dengan pihak yang menyelamatkan, anjing tersebut akan di biarkan hidup dan kini pihak tersebut masih mencari mereka yang sanggup menerima anjing tersebut.
Meskipun ianya cuma seekor anjing, malah walau binatang apa sekalipun, tindakan menyeksa binatang adalah haram dan ditegah apa-apa agama sekalipun. Manusia mana agaknya yang langsung tidak berperikemanusiaan sebegini.
Ingat lagi mengenai Kisah penderaan haiwan Doreen Loo dan Allan Tan?
Kes penyiksaan anjing ini berlaku di Semenyih, dan ikuti kisah penuh mengenai anjing ini di sini http://bit.ly/o2dvFx.
Sumber : Malaysian Dogs Deserve Better
Posted in Malaysia, News, Picture
Posted on 18 July 2011. Tags: Amerika Syarikat, Australia, Britain, Burung Hantu, Gambar, Gaya, Internet, Owl, Owling, Planking, Posing
Kalau dulu heboh dengan gaya bergambar ‘Planking’ – meniarap merata-rata, kini muncul pula gaya ‘Owling’, bergambar bercangkung merata-rata pula.

Gaya bergambar yang semakin popular di negara-negara luar seperti Amerika Syarikat, Australia dan Britain ini semakin heboh di laman internet dimana ramai orang mula memaparkan gambar dengan gaya posing terkini ini.
‘Owling’ ini diinspirasikan berdasarkan gaya burung hantu – ‘Owl’ – yang duduk di dahan pokok tanpa bergerak, dan memandang arah lain.
Serupa juga dengan gaya bergambar baru ini, pesertanya akan duduk bercangkung menyerupai burung hantu, dan memandang arah lain.
Pelik kan? Nak cuba bergambar ‘Owling’ ni beramai-ramai tak?
Nak tengok gambar gaya ‘Planking’? cuba tengok gambar-gambar terkenal di internet dalam entri sebelum ini : Planking


Posted in LOL, Picture, Random, Weird
Posted on 11 July 2011. Tags: Akhbar, Bendera, Berita Harian, Berita Minggu, Bersih 2.0, Facebook, Gambar, Imej, Malaysia, Palsu, Penyokong, Perhimpunan, Perusuh, Pisau, Realiti, Sebar, Wartawan
Satu dakwaan mengenai akhbar Berita Harian mula tersebar di Facebook. Merujuk pada keratan Berita Minggu, Berita Harian dikatakan mengubah gambar Bersih 2.0?
Berdasarkan maklumat yang tersebar di Facebook, gambar penyokong/perusuh perhimpunan Bersih 2.0 dikatakan telah diubah oleh wartawan Berita Harian untuk memaparkan imej buruk perhimpunan tersebut.
Perhatikan beberapa gambar di bawah untuk kisah lanjut :

Perhatikan pula gambar keratan akhbar yang dikeluarkan di Berita Minggu (Gambar sama),

Objek pada tangan kanan perusuh tersebut didakwa sebagai pisau.
Cuba pula lihat pada gambar perusuh yang sama, tapi dalam gambar berlainan dibawah,

Apa yang didakwa sebagai pisau, realitinya cuma adalah bendera. Dan melihat pada gambar yang dikeluarkan oleh berita harian, nampaknya gambar tersebut telah diolah, sehingga tidak mempunyai rupa bendera Malaysia sedikit pun. Galeri Bersih Berita Harian
Dan dibawah ini pula, satu lagi imej yang tersebar mendakwa Berita Harian mengolah gambar asal perusuh untuk dipaparkan kepada orang awam.

Adakah benar gambar tersebut betul-betul PALSU? Apa pendapat anda?
Apa pendapat anda terhadap isu dakwaan gambar palsu Berita Harian ini?
Sumber : Facebook
Posted in Malaysia, News, Picture
Recent Comments