Archive | Random

Gambar naiktaraf Lapangan Terbang Ipoh

Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh sedang dinaik taraf dan kini dalam fasa akhir persediaan untuk kegunaan komersial dan awal. Jom tengok.

Berikut adalah beberapa gambar yang dikeluarkan oleh Sunway Construction (Jurutera rasmi) :

Ipoh airport 1 Gambar naiktaraf Lapangan Terbang IpohIpoh airport 2 Gambar naiktaraf Lapangan Terbang IpohIpoh airport 3 Gambar naiktaraf Lapangan Terbang IpohIpoh airport 4 Gambar naiktaraf Lapangan Terbang Ipoh

Selesai sahaja pembinaan naik-taraf ini nanti, lapangan terbang Ipoh ini bakal digunakan sebagai terminal udara untuk penerbangan domestik, dan juga ke beberapa destinasi terpilih di Thailand dan juga Indonesia.

p/s: Untuk perjalanan domestik, rasa-rasanya lebih sesuai naik keretapi KTM ETS je kot,

Posted in Random0 Comments

Surat seorang pelajar kepada Datin Seri Rosmah, wajib baca!

Sebuah nota catatan yang dikatakan sebagai surat seorang pelajar yang ditujukan kepada Datin Seri Rosmah dah lama tersebar, menarik isinya, wajib baca!

datin seri rosmah menangis Surat seorang pelajar kepada Datin Seri Rosmah, wajib baca!

Spoiler SelectShow

Disalin sepenuhnya dari nota Facebook.

Terharu baca tulisan surat ni. Tak pasti surat ni benar-benar sampai ke tangan Datin Seri Rosmah atau tidak, tapi kalau benar ianya sampai ke tangan Datin Seri, ini sebenarnya satu usaha yang bagus.

Kalau belum sampai, harap-harap surat ini akan sampai juga suatu hari nanti, sebab penulisan ni memang berhak dapat perhatian.

p/s: kalau betul pelajar ni wujud, bijak orangnya ni, banyak kesedaran sosial.

Posted in Random164 Comments

Muka hadapan lucah Akhbar Utusan Malaysia 2 Mei

Ada yang bertanya, kenapa muka hadapan Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 2 Mei 2012 langsung tak sopan? Kenapa akhbar nasional boleh dedah macam ni?

akhbar utusan 2 mei lucah Muka hadapan lucah Akhbar Utusan Malaysia 2 Mei

Apa pendapat anda? Dengan muka hadapan rakaman CCTV bergambar lucah sedemikian, adakah ini yang hendak dipaparkan kepada orang awam?

Bagaimana pula kalau anak kecil yang perhatikan, tidak kah malu jika ini didikan yang disampaikan oleh media arus utama nasional?

Posted in Random0 Comments

Scam kemalangan dan Tow Truck di Sri Kembangan

Ada maklumat yang sampai mengatakan adanya satu jalan di Sri Kembangan, Selangor, di mana menjadi kawasan penipuan kemalangan dan Tow Truck, jom tengok!.

kemalangan scam tow truck Scam kemalangan dan Tow Truck di Sri Kembangan

Berbaju biru adalah pemilik Tow Truck.

Dakwaan mengatakan lelaki berbaju biru itu adalah punca kemalangan kerana disyaki meletakkan minyak di jalan raya bagi mengakibatkan kemalangan.

Kemalangan yang berlaku di kawasan itu, Tow Truck akan tiba kurang dari 2 minit, dan mendesak pemandu yang sedang hilang akal untuk menggunakan khidmat kereta tunda mereka.

Lokasi: Sekitar lebuhraya ke Putrajaya dan UPM, Sri Kembangan, Selangor

Tuang minyak atas jalan raya? Kurang ajar! Ini kalau bawa kereta 20km/j pun boleh terbang melayang kereta!

Posted in Random0 Comments

Video Polis Malaysia biadap dengan pelancong

Video Polis Malaysia biadap dengan pelancong

Jom tengok ni, satu video memalukan mula tersebar dimana pelancong luar dikatakan disoal di-’serang’ dengan Polis Malaysia secara tidak berhemah didalam bas.

Eh, garangnya polis ni? Sampai menjerit-jerit ketika bersoal.

Video yang dikirim ini kelihatan agak tidak jelas apabila cuma sedikit bahagian yang ditayangkan, dan tidak pasti dan jelas apa punca berlakunya pertelingkahan ini.

Dalam erti kata lain, pelancong ini juga silap kerana tidak membawa passport dirinya ketika berjalan-jalan di kawasan awam, kerana itu adalah satu kewajipan bagi sesiapa sahaja yang melancong di Malaysia.

Dan juga polis ini tidak sepatutnya meninggikan suara, kerana bukanlah adab sebenar rakyat Malaysia apabila bertindak kurang-ajar terhadap tetamu negara kita.

Apa pendapat anda?

Posted in Random, YouTube2 Comments

Ibu mohon Facebook Nur Farrahin di hack dan delete

Seorang ibu sibuk menyebarkan maklumat untuk mohon bantuan orang ramai untuk menggodam laman Facebook anaknya, Nur Farrahin yang sudah meninggal dunia. Kenapa?

Cuba baca pada maklumat yang disebarkan di bawah ini :

ibu rayu hack facebook Nur Farrahin Ibu mohon Facebook Nur Farrahin di hack dan delete

Allahyarham baru meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya baru-baru ini.Tak Lama kemudian ibunya bermimpi yang beliau merayu-rayu agar tutup acc facebook kerana auratnya terdedah di pandangan umum & rohnya tidak tenteram kerana banyak sangat gambar yang terdedah dan tidak tutup aurat ..
Kepada sesiapa sesiapa yang baca entry sila ke facebook dia dan report untuk delete.Pada Hacker Bijak pandai..sila hack.. (kalau pandai la..sbb hacker skang ni pandai mulut jer)
AL-Fatihah..

Facebook Arwah

Sumber : xlupa.com

Apa pendapat anda? Adakah perkara sebegini benar berlaku?

Apa-apapun, semoga perkara ni dijadikan teladan. Takziah pada keluarga mangsa.

Posted in Random4 Comments

Kisah Faiqah Azizan, gadis melayu penari tiang

Anda pasti sudah tahu tentang sekumpulan perempuan melayu yang bekerja sebagai penari tiang kelab malam, disaman RM25. Tahukah anda RM25 itu cuma terlalu kecil?

Cuba tengok salah seorang penari kelab malam itu, Faiqah Azizan. Apa yang anda tak tahu mungkin, RM25 itu cuma kecil berbanding apa yang dia terima bekerja sebagai gadis penari tiang ni.

Tak percaya? Cuba tengok gambar dibawah, dan lihat gaya hidup Faiqah Azizan ni bagaimana,

Faiqah Azizan 1 Kisah Faiqah Azizan, gadis melayu penari tiangFaiqah Azizan 2 Kisah Faiqah Azizan, gadis melayu penari tiangFaiqah Azizan 3 Kisah Faiqah Azizan, gadis melayu penari tiangFaiqah Azizan 4 Kisah Faiqah Azizan, gadis melayu penari tiang

Cuba perhatikan betul-betul pada gambar yang kedua tu. Bukan ke wang ringgit not RM50 yang berkepuk dalam beg tangan tu? Setakat RM25? Dia bagi RM50 je tak perlu pulangkan baki. Kesemua gambar ini diperolehi dari sumber yang katanya diperoleh dari Facebook Faiqah Azizan ni sendiri.

Bukan nak kritik ke apa, cuma persoalan kewajaran denda tu sebenarnya.

Dalam masa yang sama, cuba perhatikan pada petikan artikel dalam gambar dibawah ni pula :

polis saman serban Kisah Faiqah Azizan, gadis melayu penari tiang

Klik untuk paparan besar

Hmm, Orang berserban pun kena saman. Dah tu pula, lagi mahal samannya dari penari tiang.

Apa pendapat anda?

Posted in Random2 Comments

#TwtupIpoh 28 April 2012 di PORT Ipoh

Terbaik! Kali ni giliran Ipoh pula untuk diadakan #TwtupIpoh buat julung kalinya. Apa lagi warga Twitterjaya sekalian? Kosongkan kalendar anda untuk sertai Twtup Ipoh 2012 ini!

twtup Ipoh #TwtupIpoh 28 April 2012 di PORT Ipoh

#Twtup IPOH

Tarikh : 28 April 2012 (Sabtu)
Masa : 10 pagi – 10 malam
Lokasi : P.O.R.T (https://www.facebook.com/portno9)
Koordinat GPS : +4° 34′ 50.73″, +101° 6′ 26.31″ (4.580759, 101.107309)

PERCUMA!!

Masih ada lebih kurang sebulan lagi sebelum acara ini berlansung. Tak lama lagi juga jualan untuk baju-t rasmi #TwtupIpoh akan mula dijual, jadi jangan lupa berikan sokongan anda ok!

Anda masih keliru apa itu #Twtup? Jom tengok entri-entri sebelum ini yang berkaitan Twtup ni, mesti anda akan rasa teruja untuk sertai Twtup ni nanti! : Entri Twtup

Antara lain yang menarik, anda berkemungkinan besar berpeluang untuk berjumpa dengan selebriti-selebriti tanah air! Artis-artis wanita seperti Fauziah Gous, Lisa Surihani dan Scha Alyahya mungkin?

Jangan lupa ya, katanya #TwtupIpoh kali ini mempunyai harapan kononnya hendak pastikan seramai 3,000 warga Twitter! Bukan sahaja di sekitar Ipoh atau Perak, tapi sekitar bahagian utara Semenanjung Malaysia!

Kalau anda ada sebarang persoalan hendak ditanya, boleh sampaikan ke Twitter @TwtUpIpoh atau juga Twitter @PORTipoh. Mereka juga sedang memanggil warga Twitterjaya yang sudi memberikan bantuan dan menawarkan diri sebagai sukarelawan untuk membantu menjayakan acara ini.

Posted in Events0 Comments

Mr. Bean dan Dewi Perssik dalam filem hantu Indonesia?

Rowan Atkinson atau lebih dikenali dengan nama Mr. Bean, bakal berlakon dalam filem seram Indonesia? Digandingkan pula dengan bintang dangdut Indonesia, Dewi Perssik!

dewi perssik Mr. Bean dan Dewi Perssik dalam filem hantu Indonesia?

Pelawak terkenal antarabangsa itu, akan berlakon dalam filem seram Indonesia yang bertajuk ‘Mr. Bean Kesurupan DP’, atau membawa maksud Mr. Bean yang obses dengan DP.

DP disini mungkin sebenarnya membawa maksud Dewi Perssik?

Dalam filem itu, Rowan Atkinson akan berlakon sebagai Hantu Pocong, yang obses dengan Dewi Perssik dan dalam masa yang sama menjadi punca kepada pelbagai masalah lain.

Pelawak British terkenal antarabangsa, bergandingan dengan penyanyi dangdut seksi Indonesia? Apakah ini semua? Dimana logik akalnya filem ni?

Macam-macam Indonesia, mungkin industri hiburan disana dah ketandusan idea menarik?

Posted in Random0 Comments

Siti Azliza Binti Johan hilang diculik

Siti Azliza Binti Johan, wanita berasal dari Bandar Kota Tinggi, Johor, dilaporkan hilang, dan dipercayai dilarikan diri ke negara jiran oleh seorang lelaki.

siti azliza binti johan diculik hilang Siti Azliza Binti Johan hilang diculik

MINTA PERHATIAN KEPADA SEMUA RAKAN!
ANDAI ANDA TERLIHAT ATAU TERJUMPA WANITA SEPERTI DI DALAM GAMBAR TERSEBUT, SILA HUBUNGI KE BALAI POLIS TERHAMPIR ATAU ANDA BOLEH HUBUNGI TERUS KE TALIAN 019-7986520 ATAU 07-8952486 (BAPA WANITA TERSEBUT).

UNTUK MAKLUMAN RAKAN-RAKAN, WANITA TERSEBUT IALAH ANAK SEORANG GURU YANG DIPERCAYAI TELAH DILARIKAN OLEH SEORANG LELAKI.WANITA TERSEBUT DIPERCAYAI MENGHILANGKAN DIRI DILUAR KESEDARAN DIRINYA (BERKEMUNGKINAN DISIHIR / DIPUKAU).
MAKLUMAT MENGENAI WANITA TERSEBUT SEPERTI BERIKUT :

NAMA : SITI AZLIZA BINTI JOHAN
UMUR : 27 TAHUN
STATUS : BUJANG
PEKERJAAN : GURU
WARNA KULIT : CERAH
TINGGI : 5 kaki 6 inci
LOKASI TERAKHIR : BANDAR KOTA TINGGI

HARAP DAPAT DISEBARKAN KEPADA RAKAN-RAKAN YANG LAIN. PERTOLONGAN RAKAN-RAKAN AMAT DIHARAPKAN.

Sumber : Facebook

Sila hubungi pihak terbabit jika anda ada sebarang maklumat.

Posted in Random0 Comments







Partly powered by CleverPlugins.com