Archive | China

Kehebatan kosmetik, Lelaki = Gadis Comel

Apa agaknya yang berlaku kalau lelaki pun pandai pakai alat kosmetik? Kalau anda minat gadis comel yang bermekap, anda wajib tengok entri ini!

Comel tak gadis dibawah ni?

gadis comel pondan Kehebatan kosmetik, Lelaki = Gadis Comel

Sangat comel bukan? Nak tahu apa rahsia sebenar gadis comel ni? Klik pada ‘Spoiler’ dibawah ni :

Spoiler SelectShow

Gila hebat! Dan menakutkan!! Siapa sangka kalau lelaki pakai mekap pun boleh berubah menjadi perempuan! Kalau macam ni, lelaki tulen pun boleh tertipu!

Pondan rupanya!!

Nak tengok lebih banyak lagi kehebatan mekap? Boleh lihat disini : Rahsia wanita bermekap tebal.

Posted in China, Random0 Comments

KFC saman Obama Fried Chicken (OFC) ?

Anda pernah dengar Obama Fried Chicken (OFC)? Restoren dengan hidangan Ayam Goreng yang meniru konsep KFC, dan diinspirasikan dari Barack Obama.

Dah kena saman pun! Tapi tak kisah la kan, sebab Obama Fried Chicken ni cuma boleh ditemui di China je. Biasa la China, memang dah lazim dengan adegan dan adat-adat men-ciplak dan meniru hakcipta industri perniagaan lain.

Yang paling menarik, logo yang digunakan untuk OFC ni lebih kurang dengan KFC. Tapi kalau KFC guna muka orang tua Colonel Sanders tu sebagai logo, OFC ni pula guna muka Barack Obama sedang ketawa sebagai logo! Sebiji sama dengan muka Obama di bawah ni!

obama KFC saman Obama Fried Chicken (OFC) ?

Dan Logo Obama Fried Chicken (OFC)

obama fried chicken KFC saman Obama Fried Chicken (OFC) ?

Kenapa Barack Obama? Entahla, mungkin orang di China ni makin berselera makan ayam goreng bila tengok muka Barack Obama mungkin?

Tapi Kentucky Fried Chicken (KFC) di China telah pun mengeluarkan amaran untuk saman OFC ni jikalau masih beroperasi dalam medium yang sama. Mungkin lepas ni OFC akan tukar nama lain agaknya kan?

Posted in China, Random0 Comments

Alamak teruknya barang ciplak tiruan China

Bersepah di pasaraya dimana-mana dengan barang-barang ciplak ‘Made In China’ betul tak? Nak tengok barang tiruan China yang paling kelakar tak? Tengok sini jom,

alamak barang china 1 Alamak teruknya barang ciplak tiruan Chinaalamak barang china 2 Alamak teruknya barang ciplak tiruan Chinaalamak barang china 3 Alamak teruknya barang ciplak tiruan China

Macam mana tu??? Pening kepala tengok. Beg sekolah tulis Spiderman tapi gambar animasi ‘Cars’?? Beg sekolah tulis Harry Potter, tapi ada gambar kartun Sonic the Hedgehog dan tulisan OBAMA??? Gambar Superman tapi tulisan BATMAN???

Ciplak + Palsu + Tiruan + Kelakar = Produk palsu “Made in China”

Alamak, teruknya beg sekolah ciplak ni, kalau nak buat salinan tiruan pun, buat la elok-elok, macam ni pula jadi hasilnya, aduhai, tepuk dahi tanya selera la macam ni….

Posted in China, Random0 Comments

Pernah tengok babi cacat berkaki 2?

Kalau di China, Babi ni bukan sahaja untuk dimakan, tapi ada juga Babi yang jadi selebriti kerana kecacatan dan mampu berjalan dengan 2 kaki sahaja!

babi berkaki 2 Pernah tengok babi cacat berkaki 2?

Pemilik babi ni kata, pada mula babi ni dilahirkan, isterinya memintanya untuk buang babi ni atau dimakan sahaja, kerana tak mahu ianya hidup seksa. Tapi pemiliknya itu kemudian mengambil tindakan terus membela babi tersebut, dan melatih ia sehingga mampu berjalan dan berdiri 2 kaki!

babi berkaki 2 a Pernah tengok babi cacat berkaki 2?

Pemilik tu siap cakap lagi, tak akan jual babi ni walau berapa sekalipun harga yang ditawarkan!

Untung kau babi, walaupun kau babi yang cacat, kau masih diberi layanan seperti babi-babi yang lain…. icon razz Pernah tengok babi cacat berkaki 2?

Posted in China, Random2 Comments

Video budak 4 tahun bawa kereta di lebuhraya, hebat!

Video budak 4 tahun bawa kereta di lebuhraya, hebat!

Seorang budak perempuan berumur 4 tahun dirakam sedang memandu kereta di lebuhraya yang sibuk, yang mengejutkan ibubapanya yang merakam video itu!

Kes itu yang berlaku di daerah Shandong, China, mendapat perhatian pihak berkuasa setelah video itu tersebar luas di internet. Namun, pihak berkuasa berkata ini bukan kali pertama  kes ini berlaku, kerana sebelum ini juga pernah berlaku, tetapi tiada tindakan boleh diambil kerana kanak-kanak tersebut tidak mempunyai lesen untuk disaman.

Jom tengok video budak perempuan hebat ni.

Dahsyat kan? Hebat budak ni, di jalanraya yang tengah sibuk, banyak kereta pun boleh bawa kereta agak laju macam tu. 4 tahun pula tu!

Selepas lebih kurang 2 minit budak perempuan itu bawa kereta, ayahnya yang berada di tempat duduk belakang menyuruhnya untuk berhenti dan tukar tempat duduk. Budak perempuan itu pun dengan selambanya berhentikan kereta, dan merangkak ke tempat duduk penumpan, ke riba ibunya.

Berdasarkan perbualan dalam video itu, dipercayai nama budak perempuan itu ialah Jia Zheng.

Di China, remaja boleh mendapatkan lesen memandu seawal 14 tahun. Tapi adik ni lagi 10 tahun baru cukup umur!

Posted in China, Random0 Comments

Eh, Perempuan ni selamba je berbogel tukar baju dalam tren

Eh, Kat China memang dah tiada tandas ke untuk tukar baju? Selamba je perempuan ni berbogel tukar baju dalam tren. Tak malu ke?

Satu video dirakamkan oleh penumpang Tren Metro Shanghai yang terkejut apabila dengan tiba-tiba, seorang perempuan masuk ke dalam tren terus membuka baju dan dalam berkeadaan hanya memakai pakaian dalam, menukar kepada pakaian lain pula.

Cuba tengok gambar sedutan dari video yang dirakamkan tu,

bogel dalam tren 1 Eh, Perempuan ni selamba je berbogel tukar baju dalam trenbogel dalam tren 2 Eh, Perempuan ni selamba je berbogel tukar baju dalam trenbogel dalam tren 3 Eh, Perempuan ni selamba je berbogel tukar baju dalam tren

Amboi, bukan main seksi lagi! Tak sempat sangat ke nak tukar baju tempat tertutup sampai kena berbogel di tempat terbuka? Kesian penumpang lelaki tu tersipu-sipu je malu.

Di China je boleh berlaku ni, di Malaysia ni tak mungkin berlaku! Kalau berlaku juga, dah tentu-tentu perempuan tu kena saman.

Jangan pula ada yang berani cuba ye, tak pasal-pasal nanti ada penumpang lain yang trauma nak naik LRT pula nanti. icon razz Eh, Perempuan ni selamba je berbogel tukar baju dalam tren

Macam-macam China ni,….

 

Posted in China, Random3 Comments

Kantoi raba-raba dalam kereta dengan ‘speed trap’

Alamak, pemandu ni kantoi main raba-raba dalam kereta pula, dah tu kantoi dengan kamera perangkap laju pula tu! Dahsyat! Tapi malu tak henti la..

Lelaki yang bernama Deng Jialin ni, membawa kereta pada kelajuan 92KM/jam di kawasan yang hadlajunya cuma 80KM/jam. Dah pasti la kena ‘tangkap’ dengan kamera had laju kan?

Tapi yang menariknya, bukan hanya nombor plet kenderaan dan muka pemandu itu yang ditangkap, apa yang pemandu tu tengah buat pun turut ditangkap sekali.

Seperti yang dah dijangka, Deng Jialin ni kantoi pula sedang meraba-raba dalam keretanya. Cuba tengok gambar dibawah,

raba raba dalam kereta Kantoi raba raba dalam kereta dengan speed trap

 

Penuh bergaya lagi tu, bawa kereta Nissan X-Trail, memandu sebelah tangan, sebelah tangan lagi tengah ‘ehem-ehem’ (meraba la tu..).

Aduhai, ini berlaku di China ni, agak kat Malaysia pernah berlaku tak? atau, selama ni dirahsiakan je?

P/s : ada berita remaja maut lepas cuba lari ketika berasmara dengan pasangan di lebuhraya. Simpati kat remaja tu, tak sempat nak bertaubat….

Posted in China, Random1 Comment

Anjing di China menyerupai haiwan lain, Harimau dan Panda?

Biasa la kan China, macam-macam benda pelik di dunia, China mesti ada yang lebih pelik. Jom tengok pula hobi pelik pemilik haiwan disana, menghias anjing menyerupai haiwan lain.

anjing china harimau Anjing di China menyerupai haiwan lain, Harimau dan Panda?

Jangan terkejut kalau anda terjumpa ‘Panda’ dan ‘Harimau’ yang menyalak di China, ini kerana ianya mungkin berkenaan fenomena kegilaan baru pemilik anjing di China. Mereka mewarnakan anjing-anjing mereka, dan menghiasnya sehingga menyerupai haiwan lain!

Contoh yang paling popular adalah, Panda dan Harimau!

anjing china panda Anjing di China menyerupai haiwan lain, Harimau dan Panda?anjing china harimau 2 Anjing di China menyerupai haiwan lain, Harimau dan Panda?Dahsyat kan? Kalau dulu kecoh dengan amalan memakan anjing di China, kini dengan kegilaan baru ni, agak-agak kumpulan aktivis hak asasi haiwan buat bising lagi tak? Mana la tahu nanti ini dikira sebagai menyiksa haiwan pula kan.

Yang pasti, kegilaan di China ini melampau-lampau sehingga ramai pemilik menghabiskan banyak wang untuk sertai pelbagai pertandingan berkenaan anjing yang diadakan!

anjing china panda 2 Anjing di China menyerupai haiwan lain, Harimau dan Panda?

Posted in China, Random0 Comments

Telur rebus air kencing (Virgin Eggs)

Pernah dengar tentang Virgin Eggs? Kalau nak tahu, ianya merupakan telur rebus yang dimasak menggunakan air kencing, dan kononnya mempunyai pelbagai khasiat!

Namun, bukan sebarang air kencing yang digunakan tau, mesti air kencing kanak-kanak lelaki yang belum baligh!

‘Makanan unik’ ini kononnya adalah makanan tradisi turun-temurun masyarakat di pekan Dongyang, China. Ianya dikatakan sudah mula dihasilkan di pekan tersebut sejak tahu 1800-an lagi. Malah, telah diiktiraf sebagai warisan rasmi pekan itu.

telur rebus air kencing 1 Telur rebus air kencing (Virgin Eggs)

Beberapa komen yang diberikan terhadap telur itu adalah, walaupun ianya mempunyai bau yang busuk (memangla, nama pun air kencing), tapi ianya mempunyai rasa enak. Sehinggakan ada yang mampu jadi ketagih dengan telur ini. Amboi, sedap sangat tu.

telur rebus air kencing 2 Telur rebus air kencing (Virgin Eggs)

Pemakan telur rebus kencing ni juga mendakwa pemakanan telur ini mempunyai pelbagai khasiat kesihatan. Katanya, ianya baik untuk pengaliran darah, dan juga mengurangkan suhu badan pada ketika cuaca panas.

Betul ke? Macam tak logik langsung. Langsung tak ada penjelasan saintifik ni.

telur rebus air kencing 3 Telur rebus air kencing (Virgin Eggs)

Yang lagi menarik, macam mana mereka kumpulkan air kencing budak-budak lelaki ni? Tengok gambar dibawah, ianya dikumpulkan di sekolah-sekolah! Sekolah apa yang benarkan budak-budak kencing depan kelas dalam baldi macam tu ya?

telur rebus air kencing 4 Telur rebus air kencing (Virgin Eggs)

Macam-macam betul. Elok la sangat tu didik anak-anak kencing tepi jalan je.

Harap-harap telur ini tak dihasilkan di Malaysia, dah tentu-tentu haram. Bukan ke NAJIS tu?

telur rebus air kencing 5 Telur rebus air kencing (Virgin Eggs)

Hebat China, negara anda mempunyai keunikan terlampau dalam penyediaan makanan. Tapi pelik, kalau tengok telur ayam mereka, amboi bukan main besar lagi! Telur ayam palsu?

telur rebus air kencing Telur rebus air kencing (Virgin Eggs)

 

Posted in China, Food, Random1 Comment


Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com