Archive | Events

#TwtupIpoh 28 April 2012 di PORT Ipoh

Terbaik! Kali ni giliran Ipoh pula untuk diadakan #TwtupIpoh buat julung kalinya. Apa lagi warga Twitterjaya sekalian? Kosongkan kalendar anda untuk sertai Twtup Ipoh 2012 ini!

twtup Ipoh #TwtupIpoh 28 April 2012 di PORT Ipoh

#Twtup IPOH

Tarikh : 28 April 2012 (Sabtu)
Masa : 10 pagi – 10 malam
Lokasi : P.O.R.T (https://www.facebook.com/portno9)
Koordinat GPS : +4° 34′ 50.73″, +101° 6′ 26.31″ (4.580759, 101.107309)

PERCUMA!!

Masih ada lebih kurang sebulan lagi sebelum acara ini berlansung. Tak lama lagi juga jualan untuk baju-t rasmi #TwtupIpoh akan mula dijual, jadi jangan lupa berikan sokongan anda ok!

Anda masih keliru apa itu #Twtup? Jom tengok entri-entri sebelum ini yang berkaitan Twtup ni, mesti anda akan rasa teruja untuk sertai Twtup ni nanti! : Entri Twtup

Antara lain yang menarik, anda berkemungkinan besar berpeluang untuk berjumpa dengan selebriti-selebriti tanah air! Artis-artis wanita seperti Fauziah Gous, Lisa Surihani dan Scha Alyahya mungkin?

Jangan lupa ya, katanya #TwtupIpoh kali ini mempunyai harapan kononnya hendak pastikan seramai 3,000 warga Twitter! Bukan sahaja di sekitar Ipoh atau Perak, tapi sekitar bahagian utara Semenanjung Malaysia!

Kalau anda ada sebarang persoalan hendak ditanya, boleh sampaikan ke Twitter @TwtUpIpoh atau juga Twitter @PORTipoh. Mereka juga sedang memanggil warga Twitterjaya yang sudi memberikan bantuan dan menawarkan diri sebagai sukarelawan untuk membantu menjayakan acara ini.

Posted in Events0 Comments

FlashMob #OccupyDataran untuk Merdeka! Malam tahun baru 2012

#OccupyDataran untuk Merdeka ini akan mengumpulkan ramai orang di Dataran Merdeka pada malam Tahun Baru, kemudian menampilkan satu adegan ala filem ‘V for Vendetta’. Jom!

Berlangsung tepat pada jam 12 malam ini, pada 31 Disember 2011, berlokasi di Dataran Merdeka, acara ini bukan sahaja mengumpulkan ramai orang untuk menyambut tahun baru 2012, tetapi juga untuk menyampaikan satu maklumat dan agenda yang disampaikan dalam filem ‘V for Vendetta’.

occupy dataran for merdeka 1 FlashMob #OccupyDataran untuk Merdeka! Malam tahun baru 2012

Bukan itu sahaja, panggilan untuk #OccupyDataran untuk Merdeka ini begitu luas disebarkan di laman media sosial, seperti Facebook, Twitter, dan juga YouTube! Cuba lihat video YouTube menyeru orang ramai menyertai acara ala ‘Flash Mob’ ini.

Selamat Petang Kuala Lumpur,

Saya, seperti juga anda menghargai keselesaan dalam rutin, keselamatan benda-benda biasa dan keamanan dalam pengulangan. Saya suka lepak di mamak dan tonton tv di rumah seperti mana manusia normal yang lain. Dan dalam semangat menyambut tahun baru ini saya fikir kita patut buat suatu yang istimewa dan meletakkan makna baru kepada tarikh 31 desember.

Sememangnya ada yang tidak mahu kita bersuara. Saya jangkakan sekarang arahan sedang dipekikkan melalui telefon dan lelaki dengan senjata sedang dalam perjalanan ke dataran. Kenapa? Kerana apabila cota digunakan untuk membantai komunikasi, kata-kata akan tetap memiliki kuasanya. Kata-kata merupakan perkakas kepada makna dan kepada sesiapa yang bersedia untuk mendengar, bersedialah untuk kebenaran. Dan sebenarnya ada yang sangat tidak kena dengan negara ini.

Kekejaman, ketidakadilan, dan penindasan. Anda pernah mempunyai ruang untuk membantah dan menyatakan pendapat sebebasnya tetapi sekarang maklumat anda ditapis, dan sistem pemantauan berterusan memakasa anda untuk tunduk, patuh dan setia. Bagaimana ini boleh berlaku? Siapa yang harus dipersalahkan? Sememangnya terdapat orang-orang yang lebih bertanggungjawab daripada kita dan mereka akan dipertanggungjawabkan. Tetapi apabila berbicara tentang kebenaran. Jika anda mencari seseorang untuk dipersalahkan, tempat pertama yang anda patut lihat adalah di cermin.

Saya tahu mengapa anda lakukannya, saya tahu anda takut. Mengapa tidak? 13 mei, pergaduhan kaum, komunis, operasi lalang… Terdapat rentetan masalah dibingkaikan untuk merosakkan pertimbangan dan merompak kewarasan anda. Lalu Ketakutan menguasai dan dalam keadaan panik anda berlindung di belakang Barisan Nasional. BN menjanjikan kestabilan, BN menawarkan keamanan. Dan sebagai balasan anda hanya perlu menyerahkan ketaatan, tunduk, patuh dan setia kepada setiap rencana mereka.

Hari ini saya bercadang untuk menghentikan ketaatan ini. 2011 akan diingati dalam sejarah sebagai tahun revolusi aman tanpa keganasan. Ia bermula di Tunisia dan merebak ke Dataran Tahrir Mesir. Dataran Tahrir adalah simbol pembebasan dan kuasa rakyat di abad ke 21. Kita juga melihat gerakan rakyat di Sepanyol yang diikuti oleh pergerakan Occupy Wall Street.

Arus demokratik yang dijana oleh warga di atas jalanan ini adalah satu perubahan besar di zaman kita sebagai tanda penentangan terhadap elit seluruh dunia. Hari semakin suntuk dan tahun ini akan pantas berakhir. Awan hitam masih terawang di langit Malaysia dan tiada bezanya dengan tahun-tahun yang lepas.

Tekanan terhadap hak asasi manusia masih tidak dipedulikan. Warga menderita dalam bentuk dan tahap berbeza. Adalah sukar bagi orang biasa untuk menjelaskan dan menyuarakan derita dan perjuangan mereka. Oleh itu kita mahu semua orang mencari suara mereka dan memformulasi tuntutan masing-masing.

Beberapa tuntutan datang daripada ketidakadilan seperti : halangan protes jalanan, rang undang-undang perhimpunan aman, kilang nadir bumi Lynas, rompakan tanah orang asli dan orang asal sabah dan Sarawak, korupsi dalam kerajaan, eksploitasi pendatang, kematian dalam tahanan polis dan sprm, tekanan terhadap kebebasan akademik baik pelajar mahupun pensyarah dalam auku dan pelbagai lagi.

Jadi, jika anda tidak nampak. Jika jenayah kerajaan ini tidak penting bagi anda, saya cadangkan supaya anda tinggalkan 31 desember tanpa apa-apa makna.

Tapi jika anda nampak apa yang saya nampak, anda rasa apa yang saya rasa, dan anda mahu apa yang saya mahu, saya minta untuk anda berdiri di sebelah saya memakai topeng V pada malam ambang tahun baru di dataran merdeka dan kita berikan mereka tahun baru yang tidak akan dapat dilupakan.

Menarik? Bukan main tinggi lagi harapan dan maksud sebenar perhimpunan #OccupyDataran untuk Merdeka ini. Maksud, objektif, dan motif asal perhimpunan menyambut tahun baru ini begitu mendalam dan mempunyai makna yang tersendiri.

Anda berminat tapi tak mempunyai topeng Guy Fawkes atau V ini? Nak berjimat dan murah, boleh muat-turun saja gambar topeng di bawah ini dah guna pakai.

occupy dataran FlashMob #OccupyDataran untuk Merdeka! Malam tahun baru 2012

Muat-turun di URL ini : http://rt.my/xr.

Untuk maklumat lanjut acara ini, boleh rujuk di laman sosial mereka

Twitter : http://twitter.com/occupydataran

Facebook : https://www.facebook.com/occupydataran

Facebook Event : https://www.facebook.com/events/180134328752210/

Apa-apa pun, nasihat untuk mereka yang akan menghadirkan diri, sedia maklum dengan keselamatan diri sendiri yang perlu lebih diutamakan. Maklumlah, ramai orang yang keluar ke pusat bandar di malam tahun baru 2012 ini, mungkin boleh sesat, atau hilang di dalam khalayak ramai orang pula nanti.

Dan Selamat Tahun Baru dari Notakosong.com.

occupy dataran for merdeka FlashMob #OccupyDataran untuk Merdeka! Malam tahun baru 2012

 

Posted in Events, Malaysia0 Comments

#OctTwtFest 2011, sukses dan menghiburkan!

Adakah anda berjaya libatkan diri dengan hadir ke #OctTwtFest 2011? Kesimpulan keseluruhan acara ini adalah ianya sukses dan menghiburkan! Objektif tercapai dengan mudah!

Objektif utama #OctTwtFest 2011 adalah untuk memecahkan rekod jumlah perhimpunan pengguna Twitter di satu tempat dalam masa yang sama, dimana sebelum ini direkodkan di Detroit seramai 1,935.

Dan jumlah asal yang dianggarkan akan hadir #OctTwtFest 2011 ialah dalam linkungan 2000+ orang, sudah memadai untuk memecahkan rekod sebelum ini. Yang menakjubkan ialah, seramai 2,650+ pengguna Twitter Malaysia yang muncul menghadirkan diri!

Ini termasuk ramai selebriti-selebriti yang turut hadir memberikan sokongan untuk acara ini.

Jom tengok beberapa klip gambar acara penuh meriah ini!

octtwtfest 2011 a #OctTwtFest 2011, sukses dan menghiburkan!octtwtfest 2011 b #OctTwtFest 2011, sukses dan menghiburkan!octtwtfest 2011 c #OctTwtFest 2011, sukses dan menghiburkan!octtwtfest 2011 d #OctTwtFest 2011, sukses dan menghiburkan!octtwtfest 2011 e #OctTwtFest 2011, sukses dan menghiburkan!octtwtfest 2011 f #OctTwtFest 2011, sukses dan menghiburkan!octtwtfest 2011 g #OctTwtFest 2011, sukses dan menghiburkan!octtwtfest 2011 h #OctTwtFest 2011, sukses dan menghiburkan!octtwtfest 2011 i #OctTwtFest 2011, sukses dan menghiburkan!octtwtfest 2011 j #OctTwtFest 2011, sukses dan menghiburkan!

Bukan saja berjaya mencatat rekod pada Guiness World Record, malah ianya turut dirakamkan oleh E! News Asia dan beberapa selebriti terkenal turut hadir memeriahkan acara.

Anda tidak berkesempatan untuk hadirkan diri ke #OctTwtFest 2011? Dengar-dengar tahun hadapan akan diadakan lagi #OctTwtFest 2012?

Tak kurang juga dengan pelbagai lagi #Twtup yang akan diadakan bagi menghimpunkan pengguna Twitter di Malaysia. Seronok bukan?

Tahniah kepada semua yang terlibat, secara langsung mahupun tidak langsung. Terima kasih juga kepada semua pihak penganjur terutamanya DiGi kerana menyediakan sebuah tapak yang sangat hebat!

Jikalau anda tak pasti festival ini berkenaan apa, mungkin anda terlepas entri sebelum ini berkenaan #OctTwtFest 2011.

Posted in Events0 Comments

Jom sertai #OctTwtFest 22 Oktober 2011 di DiGI HQ

OctTwtFest ialah acara tahunan yang diasaskan berdasarkan ‘Tweet-up (TwtUp)’, yang memberi maksud, perhimpunan pengguna Twitter/Social Media di sesebuah lokasi tertentu.

OctTwtFest 2011 ini merupakan kesinambungan acara Oct23rdTwtup yang diadakan pada tahun sebelumnya pada 23 Oktober 2010. Oleh kerana respon yang amat menakjubkan, festival ini diadakan lagi tahun ini, dengan objektif dan sasaran yang lebih besar!.

Kalau pada tahun yang lalu (Oct23rdTwtup), lebih dari 600 orang dan ramai selebriti yang hadir, tahun ini dianggarkan sambutan akan melebihi jumlah 1,500 orang pengguna Twitter, aktivis Media Sosial dan selebriti yang akan menghadirkan diri.

OctTwtFest 22 Oktober 2011 Digi Jom sertai #OctTwtFest 22 Oktober 2011 di DiGI HQ

Yang paling menarik dan mengejutkan, pada perhimpunan tahun ini, satu cubaan untuk mencatat rekod dalam ‘Guiness World Records’ akan diadakan, dan wakil dari ’Guiness World Records’ sendiri akan turut serta untuk mengesahkan rekod tersebut!

Maklumat rasmi #OctTwtFest 2011 :

Tarikh : 22 Oktober 2011
Masa : 3PM-12AM
Lokasi : DiGi Telecommunications Sdn Bhd,
Lot 10, Jalan Delima 1/1
Subang Hi-Tech Industrial Park
40000, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Kordinat GPS: 3.0689098253134692, 101.56967639923096

Masuk adalah PERCUMA!!

Maklumat lanjut di : http://octtwtfest.wordpress.com/ & https://www.facebook.com/OctTwtFest

Apa lagi, jangan lepaskan peluang untuk turut serta dalam cubaan mencatat sejarah ini! Rugi kalau anda tak hadirkan diri!. Untuk sentiasa dapatkan kemaskini maklumat terkini mengenai festival ini, ikuti ‘hashtag’ #OctTwtFest di Twitter.

Tidak lupa juga kepada penaja utama #OctTwtFest, DiGi Telecommunications Sdn Bhd “Always the Smarter Choice”.

Sokong penglibatan Media Sosial di Malaysia!

Jumpa anda disana!

Posted in Events, Random1 Comment

Maxis10 : Contoh Video Cam Nexus S dan Teaser ICN UTP 2011

Maxis10 : Contoh Video Cam Nexus S dan Teaser ICN UTP 2011

Entri kali ni agak istimewa, disebabkan NK dipilih sebagai Media Collaborators ICN UTP 2011, NK berpeluang saksikan latihan ICN, sambil-sambil mencuba rakaman Video Cam Nexus S.

Apa lagi, sementara sedang menikmati beberapa persembahan latihan, ingin juga membuat beberapa cubaan rakaman HD menggunakan Google Nexus S pemberian Maxis10 ini.

Kalau menurut spesifikasi yang diberikan, kamera 5 Megapixel milik Nexus S ini mampu memberikan paparan video sehebat 720p. Video HD tu! (Pembetulan : Video Kamera Nexus S cuma hasilkan video dengan kualiti 480p sahaja, dan ianya bukan HD, tetapi Enhanced Definition (ED))

Namun mungkin oleh sebab keadaaan sekeliling penggambaran yang tidak cukup terang, mungkin itu sebabnya kualiti video yang terhasil kurang memuaskan.

International culture Night UTP 20111 Maxis10 : Contoh Video Cam Nexus S dan Teaser ICN UTP 2011

Apa komen anda tentang kualiti video Nexus S? Nantikan lebih review mengenai hasil gambar dari Nexus S dalam kiriman akan datang.

Apa-apa pun, jangan lupa untuk datang ke International Culture Night (ICN) UTP 2011! Video di atas hanya teaser latihan persembahan ICN, untuk dapatkan pengalaman dan persembahan yang lebih memuaskan, jemput datang ke ICN UTP di Dewan Kanselor Universiti Teknologi PETRONAS malam ini!.

Bagaimana nak dapatkan tiket ICN anda? Sila rujuk pada entri sebelum ini.

Posted in Events, Maxis102 Comments

Jom dapatkan tiket International Culture Night UTP 2011

Ingat lagi entri NK mengenai International Culture Night 2011 yang bakal berlangsung di Universiti Teknologi PETRONAS nanti? Jom tengok bagaimana nak dapatkan tiket anda.

Kalau anda masih lagi belum dapatkan tiket anda, teruskan membaca bagaimana cara mudah untuk anda dapatkan tiket anda.

International Culture Night (ICN) ini yang akan berlangsung lewat petang esok (1 April 2011), di Dewan Kanselor Universiti Teknologi PETRONAS, merupakan acara istimewa yang menampilkan persembahan dari pelbagai negara seperti, Vietnam, Afrika Selatan, Indonesia, Thailand, Nigeria, Mesir, Sudan, Mozambique dan lain-lain negara lagi.

Yang menarik, dikatakan terdapat lebih 13 negara dan lebih 21 persembahan akan ditampilkan!

Semua ini dengan tiket yang cuma berharga RM10 sahaja! Bagi pelajar UTP pula, anda boleh dapatkan Tiket ICN dengan harga cuma RM5!!

tiket international culture night utp 2011 Jom dapatkan tiket International Culture Night UTP 2011

Apa yang anda perlu buat cuma hubungi mereka-mereka di bawah ini, dan tempah tiket anda untuk malam esok!

Nor Atiqah – 017 277 2141
tqaz90@gmail.com

Khairulanwar – 017 513 7156
nuarbudakbaik@gmail.com

Dah tempah? Bagaimana nak dapatkan tiket anda? Jangan risau, anda cuma perlu hadirkan diri ke tempat berlangsungnya majlis gilang-gemilang ini, dan hubungi mereka-mereka di atas untuk dapatkan tiket anda.

International culture Night UTP 2011 Jom dapatkan tiket International Culture Night UTP 2011

Maklumat lengkap International Culture Night 2011 UTP :

Masa : 7.45PM – 12.00AM
Tempat : Dewan Kanselor, Universiti Teknologi PETRONAS, Tronoh, Perak
Harga Tiket : RM10 (RM5 untuk pelajar UTP)

Dapatkan makluman terkini dari http://www.facebook.com/icnutp.

Jumpa anda disana!

P/s : Nak dapatkan tiket secara percuma? Nantikan pengumuman di Notakosong.com ataupun di http://www.facebook.com/Notakosong untuk maklumat lanjut. Ada beberapa tiket terhad untuk diberi PERCUMA!!

Posted in Events1 Comment

Green Globe Expo ICN UTP 2011

Ingat lagi entri sebelum ini mengenai International Culture Night (ICN) di Universiti Teknologi Petronas? Mulai hari ini, pelbagai acara sampingan diadakan sebelum berlangsungnya ICN.

Acara sampingan yang bermula hari ini dan bermula sejak awal pagi tadi, ialah Green Globe Expo dan International Culture Exhibition.

Pelbagai gerai-gerai kecil dibuka di ekspo tersebut. Antaranya gerai-gerai menjual pelbagai hidangan makanan ringan dan minuman, pakaian dan aksesori kecantikan, malah tidak kurang juga gerai-gerai khas yang menampilkan keunikan berlainan bangsa yang dipaparkan oleh pelajar-pelajar antarabangsa.

green globe expo utp Green Globe Expo ICN UTP 2011

Kalau itu tidak cukup, ada pelbagai aktiviti dan permainan menarik untuk dicuba! Malah, permainan ekstrem seperti Paintball turut disediakan!

Ingin dapatkan tiket untuk International Culture Night yang berlangsung pada 1 April? Jangan lupa singgah ke gerai jualan tiket yang disediakan Khas!

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai Green Glove Expo dan International Culture Exhibition :

Tarikh : 28 Mac 2011 hingga 1 April 2011
Tempat : Poket D dan Poket C, Universiti Teknologi PETRONAS, Tronoh, Perak.

Untuk makluman-makluman terkini, ikuti ICN UTP di laman Facebook : http://www.facebook.com/icnutp

Apa lagi, jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan ekspo yang berlangsung selama 5 hari ini!

Datang jangan tak datang!

Posted in Events2 Comments

PSK 2011 (Perhimpunan Skuter Kebangsaan)

Festival yang sudah pasti sentiasa dinantikan oleh semua peminat sukan permotoran tempatan, nampaknya Perhimpunan Skuter Kebangsaan (PSK) akan diadakan lagi untuk tahun 2011!

Festival yang menampilkan sukan permotoran dimana majoriti adalah kategori skuter ini bukan sahaja melibatkan skuter, malah terdapat juga sukan berkenaan moped dan juga vespa.

Selain dari acara yang sudah pasti akan berlangsung iaitu sukan lumba drag permotoran (sprint test), turut akan dijalankan adalah Autoshow, Extreme Games, Woodstock, Stunts, dan lain-lain lagi.

Sebelum ini mengikut perancangan PSK 2010 akan diadakan pada 11 dan 12 Disember 2010, bertempatkan di Stadium Putra Bukit Jalil (Parking A & B), namun ianya terpaksa ditunda atas sebab-sebab tertentu.

Walaupun telah banyak kali berubah tarikh, nampaknya kali ini ianya sudah ditetapkan tarikh muktamad akan diadakan pada 7 hingga 9 Januari 2011, dan masih bertapak di tempat yang sama iaitu Stadium Putra Bukit Jalil.

Moto PSK 2011 juga menarik perhatian dengan,”Pabila yang baru bertemu yang lama, pabila yang lawa disatukan kekuatan jentera”. Wow!

Apa-apapun, jangan terlepas peluang untuk ke Perhimpunan Skuter Kebangsaan 2011!

Dibawakan kepada anda oleh MUSC Motorsports.

Flyer Rasmi Perhimpunan Skuter Kebangsaan (PSK) 2011

150546 1772882321575 1224799724 2585287 7135089 n PSK 2011 (Perhimpunan Skuter Kebangsaan)

Posted in Events2 Comments

Rock The World 10 : RTW 10

Rock The World kembali lagi untuk tahun 2010! Rock The World 10 atau RTW 10 merupakan festival acara muzik yang terbesar diadakan di Malaysia.

Acara tahunan yang setiap kali sentiasa dijayakan oleh Fat Boy Records menampilkan ramai artis malaysia yang sudah terkenal dan juga yang masih sedang menggapai kegemilangan.

Setiap kali diadakan, festival ini sentiasa dapat menarik ribuan peminat muzik di serata Malaysia.

Maklumat mengenai Rock The World 10.

Masa: 10pagi
Tarikh: 26 Disember 2010
Tempat: Carpark A, Stadium Bukit Jalil
Harga Tiket: RM30
Senarai Artis : Massacre Conspiracy, Skudap Skudip, Dichi Michi, Couple, One Buck Short, Azlan & The Typewriter, Sevencollar T-Shirt, Bleeding Mascara, Bunkface, Republic of Brickfields, Dragon Red, They Will Kill Us All, Love Me Butch, Pop Shuvit, Bittersweet, Disagree, Lo, The Pilgrims, Gerhana Ska Cinta

Dapatkan Tiket anda di Rock Corner, Music Valley dan juga TicketPro. Malah tiket juga boleh di beli di Pintu Masuk ketika festival berlangsung.

rock the world 2010 Rock The World 10 : RTW 10

Posted in Entertainment, Events, Music4 Comments

Facebook Anti-Menara 100 tingkat anjurkan Parti Kek

Sempena menyambut tepat 1 bulan Facebook Fanpage Anti-Menara 100 tingkat wujud, Parti Kek akan diadakan pada hari ini (16 November 2010).

Parti makan Kek yang akan diadakan merata tempat di seluruh Malaysia ini dikatakan hanyalah perhimpunan aman dan tidak akan menyalahi undang-undang.

Tempat-tempat yang tersenarai setakat ini dan waktu berlangsung Parti Kek,

1. Empty ground outside Stadium Merdeka (5pm-8pm)
2. At the fountain outside KLCC (6pm-8pm)
3. Secret Recipe, 5, Jalan Saujana, Kedah (7pm-10pm)
4. McDonalds Kampar (8pm-11pm)
5.Speaker’s Square, Esplanade, Penang (8.30-9.30pm)
6. Coffee Bean Wisma Merdeka, Kota Kinabalu (9pm-10.30pm)
7. Han’s Cafe, City Hall, Singapore (6pm-8pm)
8. Panera Bread on Katy Freeway (I-10), West Houston, Texas, US (11.30 am local time)
9. Ipoh Jaya Jusco, Secret Recipe (8pm – )
10. Food Court KB Mall, Kota Bahru (8.30 – 10 pm)

http://www.facebook.com/NoMegaTower

Wah, bukan sahaja di Malaysia Parti Kek ini diadakan, malah hingga ke Singapore dan Amerika Syarikat.

Apa pendapat anda?

facebook anti tower cake party Facebook Anti Menara 100 tingkat anjurkan Parti Kek

Posted in Events, Random1 Comment







Partly powered by CleverPlugins.com