Panyee Football Club (FC), berasal dari Koh Panyee, iaitu sebuah perkampungan nelayan yang kurang daratan, namun mempunyai cara tersendiri untuk bermain bola sepak.
Dengan semangat yang begitu tinggi untuk bermain bola sepak, sekumpulan kanak-kanak di kampung tersebut sanggup membuat sebuat platform menggunakan kayu sebagai tapak kawasan untuk mereka bermain bola sepak.
Mereka dah buktikan tanpa tanah daratan sekalipun mereka masih boleh bermain bola sepak!
Malah, yang menarik mereka merupakan antara pasukan bola sepak yang paling berjaya dalam sejarah di Selatan Thailand!
Betul ke ni? Laman web Tentera Udara Di-Raja Malaysia (TUDM) telah kena Hack? Macam mana la laman web rasmi tentera Malaysia boleh kena Hack ni ya? Jom Tengok.
Berdasarkan apa yang ditulis, laman web TUDM ini telah di-hack oleh Hacker-Newbie.
Bagi yang ingin cuba lihat sendiri, mungkin laman web yang telah kena deface ini masih wujud, boleh cuba lihat di http://www.airforce.gov.my/
Pelik, macam mana la laman web ketenteraan boleh kena hack, mana la tahu ada maklumat penting atau sulit ke, bahaya tu kalau terdedah pada umum.
Apa-apa pun, harap-harap webmaster laman web tersebut lebih berjaga-jaga. Takut juga kalau Notakosong.com pun kena Hack!,
Dah pasti semua orang pun tahu mengenai permainan Angry Birds pada gajet seperti iPhone, iPad, telefon bimbit Android. Kini anda boleh main Angry Bird di Google Chrome!
Permainan terkenal ini sememangnya mendapat perhatian orang ramai, dan sudah menjadi kemestian sebagai aplikasi mesti muat-turun bagi apa-apa gajet sekali pun (Kecuali BlackBerry ).
Yang menarik seperti permainan Angry Birds di gajet-gajet lain, Angry Birds pada Google Chrome juga adalah PERCUMA!
Bagi yang tertanya-tanya, permainan Angry Birds ini juga boleh dimainkan menggunakan pelayar internet lain seperti Mozilla Firefox, Safari, mahupun Opera. Namun pengguna Google Chrome mendapat kelebihan ekstra dengan mempunyai mod dalam permainan yang tersendiri.
Tahukah anda binatang peliharaan comel seperti kucing digunakan oleh tentera untuk membantu di medan perang? Hebat betul kucing ni kan, boleh bantu dalam peperangan rupanya.
Jangan terkejut, kucing-kucing yang terdapat dalam gambar di bawah ni semuanya telah dilatih untuk membantu dalam peperangan.
Dikatakan kucing-kucing ini dilatih oleh Amerika Syarikat bagi program ketenteraannya iaitu Covert Anti-Terrorism Stealth (CATS). Kucing digunakan sebab kucing lebih pandai dari anjing, dan lebih tangkas dari anjing.
Yang paling istimewa, kucing mempunyai sembilan nyawa! ( Haha )
Kucing di medan perang Tebing Barat.
Kucing digunakan ketika Perang Dunia Kedua.
Kucing digunakan ketika perang di Vietnam.
Kucing ketika operasi melibatkan penerjunan di udara. Tak perlu payung terjun sebab kucing mampu mendarat dengan selamat apabila jatuh dari tempat tinggi.
Kucing mempunyai penglihatan waktu malam semulajadi, berguna ketika operasi pada waktu malam.
Pegawai tertinggi CATS membantu dalam perancangan strategi di Pentagon. Barack Obama pun ada!
Haha, menarik kan gambar-gambar di atas? Yang sebenarnya kesemua gambar tersebut adalah tidak benar dan cuma rekaan semata-mata. Sekadar hiburan lawak jenaka semata-mata.
Apa pendapat anda jikalau anda dapat melihat gambar pegun (Still Image) yang mempunyai sedikit animasi yang tidak mencacatkan keseluruhan gambar pegun tersebut? Jom Tengok.
Something more than a Photo but less than a Video
Itulah yang diperkatakan oleh jurnalis DailyMail UK mengenai karya-karya seni dibawah yang menghasilkan gambar pegun, tetapi mempunyai sedikit animasi yang tidak menyebabkan gambar .gif tersebut terlalu menyerupai video.
Adaptasi animasi pada beberapa bahagian gambar tersebut menghasilkan iringan sinematografi yang unik dan mengagumkan.
Contohnya gambar perempuan dibawah yang kelihatan tidak bergerak, namun tiupan angin membuaikan rambut beliau.
Gambar perempuan sedang duduk sambil rambut dan pakaiannya ditiup angin.
Gambar orang baca surat khabar, surat khabar diselak muka demi muka.
Wah, lepas ni dah tak perlu lagi cas bateri laptop anda guna ‘wall charger’, anda boleh guna USB anda sendiri untuk cas laptop anda terus tanpa henti. Cuba tengok produk ini.
Pandai sungguh orang yang meletakkan iklan alat ni di Mudah.my, produk ni nampak sangat lah secara terang-terangan memang produk palsu dan tipu.
Yang menarik perhatian, macam mana la produk palsu macam ni boleh diiklankan di Mudah.my ye, nasib baik la harganya cuma RM5 sahaja, harap-harap tiada sesiapa yang tertipu. Mungkin pengiklan ni saja-saja nak troll pembeli agaknya.
Nampaknya ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba menjatuhkan Datin Seri Rosmah Mansor dengan mewujudkan Akaun Facebook palsu kononnya milik beliau.
Isteri Perdana Menteri Malaysia itu mengingatkan awam bahawa tidak mudah percaya pada fitnah tersebut, dan berkata bahawa beliau tidak mempunyai walau satu pun akaun Facebook dan lebih gemar berjumpa dengan orang secara berdepan.
Sehingga kini, laman palsu Facebook Datin Seri Rosmah ini telah mencecah 1,244 pengikut, dan nampaknya setiap aktiviti Datin Seri Rosmah dimasukkan ke laman ini.
Secara terang-terangan akaun Facebook ini menghina Datin Seri Rosmah Mansor dengan menggunakan gelaran Bik Mama.
Laman ini sehingga kini nampaknya menjadi tempat ramai pengguna Facebook lain menghina Rosmah Mansor. Apa-apa pun, jangan mudah percaya pada segala apa yang ada pada internet.
Seorang auditor muda PricewaterhouseCoopers (PwC) maut disebabkan ‘Acute Cerebral Meningitis’, dan jangkitan virus.
Pan Jie, 25 Tahun, dipercayai mempunyai beberapa tanda-tanda penyakit tersebut sebelum itu seperti sakit kepala dan demam berterusan.
Menurut doktor yang memeriksa beliau, terdapat jumlan bilangan sel darah putih yang amat sedikit dalam badan beliau, menyebabkan badan beliau tidak mampu melawan penyakit.
Dipercayai sistem imun badan beliau menjadi lemah berpunca dari beban dan tekanan di tempat kerja yang melampau.
Namun, kenyataaan tersebut ditolak oleh wakil rasmi PwC Shanghai.
Berdasarkan kenyataan dari teman sekerja Pan Jie, Pan Jie sebelum ini berkerja lebih kurang 18 jam sehari dan lebih dari 120 jam seminggu!.
Turut menjadi perhatian adalah kenyataan PwC dimana kerja lebih 100 jam seminggu adalah kebiasaan bagi kalangan pekerja disana oleh kerana ketika ini adalah waktu puncak bagi musim audit.
Walau apa sekali pun, jangan lupa untuk jaga tubuh badan anda, dan dapatkan rehat yang secukupnya sebelum meneruskan kerja.
Harap-harap perkara begini tidak berlaku di PwC Malaysia.
Laman web jurnalis berkenaan politik yang terkemuka di Malaysia, Malaysiakini.com, kini sudah masuk hari kedua sukar untuk diakses pembaca, disebabkan serangan DDOS.
Serangan DDOS terhadap server Malaysiakini.com menyebabkan server laman web tersebut menjadi lembab dan laman web tersebut menjadi sukar untuk diakses.
Punca serangan ini dipercayai ada kena mengena dengan pilihanraya umum yang sedang berlangsung di Sarawak. Mungkin ianya berpunca dari mana-mana parti politik yang ingin menyukarkan pembaca untuk mendapat berita berkenaan politik.
Namun, ianya tidak menghentikan usaha Editor laman tersebut untuk menyampaikan berita politik kepada pembacanya, buat masa sementara ini, Malaysiakini.com akan beroperasi melalui beberapa saluran seperti yang dinyatakan dibawah :
Editor Malaysiakini.com berupaya untuk membuatkan laman Malaysiakini kembali dapat diakses, walaupun dalam rupa yang telah dipermudahkan bagi mengurangkan beban pada server laman web tersebut.
Menurut laman web tersebut, terdapat juga kenyataan dimana mereka sedang menambah beberapa server lain bagi menampung beban trafik yang ada.
Recent Comments