Pernah tengok Skuad Bom Malaysia beraksi? Nak tahu macam mana? Jom tengok apa beza skuad bom Malaysia dan luar negara menjalankan tugas.
Cuba perhatikan beza skuad bom Malaysia dan luar negara (Amerika Syarikat dan China) dibawah, apa beza yang paling ketara?
China
Amerika Syarikat
MALAYSIA
Hebat kan! Polis Malaysia juga yang paling hebat, menghadap bom selamba je tak perlu apa-apa sut keselamatan pun. Kalau dah sampai ajal tu, mati juga betul tak? Tak perlu nak elak.
p/s : entri lama kiriman pembaca, alamak, maaf la ye baru siarkan,
Anda pernah dengar tentang Restoran Bendang Tujuh Relung? Pernah dengar tentang kisah pontianak di Restoran itu? Teruskan membaca entri ini.
Pernah baca Majalah APO? Majalah lawak yang sememangnya sudah lama berada di pasaran, mungkin sekarang ni dah kurang popular seperti dahulu. Maklumlah, zaman sekarang ni remaja lebih cenderung untuk menghadap komputer berbanding majalah-majalah.
Ni ada satu cerita hantu lawak yang boleh dikongsi hasil karya Lambok APO. Cerita hantu di Restoran Bendang Tujuh Relung.
Seram tak? seram tak? Haha. Itu la dia kalau nak tau Bedtime Stories hasil karya Lambok. Cerita hantu di Restoran Bendang Tujuh Relung.
Alang-alang jual bubur, biar sampai berperisa Justin Bieber? Alamak, penjual ni tumpang populariti Justin Bieber untuk jual bubur lambuk, dah jadi Justin Bubur!
Harga dijual cuma RM2.50, murah la tu kan? Dapat rasa Bubur Lambuk kegemaran Justin Bieber ni kot? Atau Justin Bieber yang masak bubur lambuk ni?
Tapi apa pun, tiada maklumat mengenai lokasi jualan ni, kalau anda tahu, sila bagitahu ye, boleh ramai-ramai pergi serang kedai ni beli ‘Justin Bubur’.
Bagi yang dah cuba, apa rasanya? Sedap? Anda rasa nak menyanyi dan menari tak lepas makan?
p/s : cuba sebut laju-laju, jadi tak senonoh la pula bunyinya…
Kalau dalam entri sebelum ni, dah paparkan gambar tragedi rusuhan di London, entri kali ini pula gambar rusuhan London versi lawak. Jom Tengok!
Tapi sebelum tu, gambar-gambar di bawah adalah gambar yang telah diolah, dan bukanlah gambar situasi sebenar yang berlaku di London. Kreatif betul orang yang olah gambar dibawah ni.
Kesemuanya mengarut, malah, ada juga yang melibatkan karakter luar jangkaan seperti ‘Teletubbies’ dan juga Justin Bieber.
Jom tengok gambar lawak olahan gambar asal di rusuhan London di bawah!
Menarik kan? Tak logik sungguh semua olahan yang dibuat tu. Kalau ada yang berminat dengan gambar sebenar situasi di rusuhan London, sila rujuk entri sebelum ini : http://goo.gl/OeJyf
Burung paling degil dalam dunia! Cuba tengok video di bawah ni, degil sungguh burung ni. Tak reti bahasa betul dah buat macam tu pun tak nak terbang lagi.
Biasanya, kalau burung yang ‘bijak’, lepas gerakkan je ‘wiper’ penggilap tingkap tu, dah pasti akan terbang. Tapi burung ni tak faham-faham juga, tetap nak melekat kat penggilap cermin kereta tu. Bukan main kuat lagi berpaut pula tu.
Yang paling menggerunkan, apabila pemilik kereta juga tukang pegang kamera cuba ‘zoom’ pada burung tersebut, burung kecil tu boleh pula merenung tajam ganas kat kamera. Burung ni memang bergaya!
Kalau dulu heboh dengan gaya bergambar ‘Planking’ – meniarap merata-rata, kini muncul pula gaya ‘Owling’, bergambar bercangkung merata-rata pula.
Gaya bergambar yang semakin popular di negara-negara luar seperti Amerika Syarikat, Australia dan Britain ini semakin heboh di laman internet dimana ramai orang mula memaparkan gambar dengan gaya posing terkini ini.
‘Owling’ ini diinspirasikan berdasarkan gaya burung hantu – ‘Owl’ – yang duduk di dahan pokok tanpa bergerak, dan memandang arah lain.
Serupa juga dengan gaya bergambar baru ini, pesertanya akan duduk bercangkung menyerupai burung hantu, dan memandang arah lain.
Pelik kan? Nak cuba bergambar ‘Owling’ ni beramai-ramai tak?
Nak tengok gambar gaya ‘Planking’? cuba tengok gambar-gambar terkenal di internet dalam entri sebelum ini : Planking
Anda ingat lagi entri sebelum ini mengenai peminat Manchester United yang dibuli peminat Liverpool ketika perlawanan latihan di Bukit Jalil? Dia dapat pujian Wayne Rooney!
Walaupun cuma di Twitter, ini sudah pasti cukup untuk membuatkan lelaki tersebut bangga walaupun sedih tak dapat tengok habis perlawanan latihan Liverpool tu kan,
Jadi apa lagi, kalau anda merupakan peminat Manchester United, dan ingin diri anda dipuji pemain bintang-bintang kelab kegemaran anda, pakailah baju Manchester United untuk menyaksikan perlawanan pasukan lain. Lepas ni perlawanan persahabatan Asia Tour Chelsea FC menentang Harimau Malaya pula, ada masa lagi ni.
Anda dah tengok cerita X-Men yang terkini? Teringin nak cuba-cuba jadi X-Men? Jom tengok cara buat kostum X-Men sendiri, mudah sahaja!
Anda boleh cuba cara dibawah untuk buat kostum D.I.Y watak filem X-Men seperti Magneto, Wolverine, Cyclops, dan juga Gambit! Jom tengok gambar dibawah sebagai panduan.
Sudah pasti anda dah biasa tengok kucing mengiau, tapi pernahkah anda jumpa kucing yang menyalak? Jom tengok video pelik kucing menyalak macam anjing!
Sila klik pada butang 'LIKE' untuk dapatkan kandungan penuh entri ini
Pelik kan? Boleh pula kucing ni menyalak, dan pemiliknya rakam dalam video, sebelum kucing tersebut perasan ianya dirakam dan perlahan-lahan tukar bunyi kepada bunyi kucing, kejap menyalak, kejap mengiau.
Atau, ini merupakan bunyi kucing yang sebenar?? dan bunyi mengiau cuma adalah samaran kucing?? Pelik, pelik….
Recent Comments