Archive | Promotion

Promosi ‘Crazy Sale’ Plaza Lowyat, harga runtuh!

Wah! Plaza Lowyat akan mengadakan promosi jualan barangan elektronik dengan harga runtuh! Promosi ‘Crazy Sale’ dengan jualan barang bermula RM1 sahaja!

Tak percaya? Cuba tengok kepingan risalah iklan yang diiklankan di surat khabar tempohari.

lowyat crazy sale 718x1024 Promosi Crazy Sale Plaza Lowyat, harga runtuh!

Promosi ‘Crazy Sale’ Plaza Lowyat ini akan bermula hari ini, 15 September 2011 sehingga 18 September 2011, bermula jam 1 tengahari dan selanjutnya!

Yang dah pasti menjadi perhatian sudah pasti jualan murah pelbagai alatan elektronik berjenama pada barisan pertama risalah itu! Antaranya, CSL Mi 700 Droid Pad boleh didapatkan dengan cuma RM11 sahaja! Samsung Galaxy Ace dengan RM450, Apple iPad 2 cuma RM750! Hebat kan?

promosi lowyat Promosi Crazy Sale Plaza Lowyat, harga runtuh!

Namun demikian, berdasarkan beberapa maklumat yang disampaikan, terdapat beberapa syarat-syarat dan langkah-langkah yang perlu dilakukan sebelum dapat membeli barangan itu dengan harga sedemikian. Sila rujuk dibawah :

  1. Membuat belian bernilai RM50 atau lebih dalam satu resit, di kedai-kedai yang turut serta.
  2. Setiap seorang dengan satu resit boleh membuat undian pada hari sama resit tersebut dikeluarkan.
  3. Undian ini akan menentukan barangan elektronik yang anda boleh beli dengan harga runtuh ‘Crazy Sale’ ini.

Alamak! Lecehnya! Berbaloi ke habiskan RM50 semata-mata untuk dapatkan diskaun membeli barangan yang belum tentu menjadi pilihan walaupun dengan harga murah?

Apa-apa pun, menarik ni! Jom ke Plaza Lowyat!

Posted in Promotion, Random3 Comments

Tempat duduk percuma tiket RM0 promosi Air Asia!

Air Asia kembali lagi dengan promosi gila-gila! Kali ini promosi Harga Tempat Duduk RM0, atau dengan kata lain PERCUMA!

Promosi ini adalah berkesan keatas semua destinasi AirAsia sama ada dalam negara mahupun luar negara.

Jadi sesuai la bagi mereka-mereka yang bercadang nak melepaskan tekanan perasaan di bandar, mahupun mereka yang baru sahaja berkahwin, dan mahu berbulan madu.

Maklumat mengenai promosi ini adalah seperti berikut :

Tempoh tempahan : 9 November 2010 – 14 November 2010
Waktu perjalanan : 1 Julai 2011 – 10 November 2011

Setakat ini, NK dapati masih banyak lagi tempat duduk kosong yang ada dalam promosi gila-gila ini. Tapi kemungkinan besar kesemuanya habis dijual 2 atau 3 hari lagi.

Jadi apa tunggu lagi? Segera ke laman web AirAsia untuk buat tempahan!

Airasia promotion free seats Tempat duduk percuma tiket RM0 promosi Air Asia!

Posted in Promotion, Random, Travel1 Comment

New Zealand Natural Merdeka Ice Cream Madness

Sambut hari kemerdekaan anda yang ke-53 dengan menikmati Ais Krim New Zealand Natural!

Dapatkan 30% diskaun dengan setiap pembelian Take Home Packs di New Zealand Natural! Promosi 5 hari ini akan bermula hari ini, 27 Ogos.

Promosi Ais Krim Merdeka ini berlangsung dari 27 Ogos 2010 hingga 31 Ogos 2010!

Dapatkan rasa enak sempena kemerdekaan ini dengan pelbagai perisa yang berlainan~ Cuma jangan cuba waktu berpuasa ye, cuba di malam hari~

Merdeka Ice Cream new zealand New Zealand Natural Merdeka Ice Cream Madness

Posted in Food, Promotion2 Comments








Partly powered by CleverPlugins.com