Archive | Websites

Akaun Facebook palsu Rosmah Mansor (Bik Mama)

Nampaknya ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba menjatuhkan Datin Seri Rosmah Mansor dengan mewujudkan Akaun Facebook palsu kononnya milik beliau.

Isteri Perdana Menteri Malaysia itu mengingatkan awam bahawa tidak mudah percaya pada fitnah tersebut, dan berkata bahawa beliau tidak mempunyai walau satu pun akaun Facebook dan lebih gemar berjumpa dengan orang secara berdepan.

Sehingga kini, laman palsu Facebook Datin Seri Rosmah ini telah mencecah 1,244 pengikut, dan nampaknya setiap aktiviti Datin Seri Rosmah dimasukkan ke laman ini.

Secara terang-terangan akaun Facebook ini menghina Datin Seri Rosmah Mansor dengan menggunakan gelaran Bik Mama.

bik mama rosmah mansor facebook Akaun Facebook palsu Rosmah Mansor (Bik Mama)

Laman ini sehingga kini nampaknya menjadi tempat ramai pengguna Facebook lain menghina Rosmah Mansor. Apa-apa pun, jangan mudah percaya pada segala apa yang ada pada internet.

Laman Facebook Palsu Datin Seri Rosmah Mansor (Bik Mama) : https://www.facebook.com/pages/Bik-Mama/101169019968143

Posted in Internet, Random, Websites1 Comment

Salingsapa.com : Jaringan sosial mirip Facebook dari Indonesia

Muhamad Yahya Harlan, 13 Tahun, dari Indonesia telah menghasilkan sebuah jaringan sosial menyerupai Facebook, yang dihasilkan dalam masa sebulan.

Pelajar tersebut yang kini sedang belajar di Sekolah Alam Bandung, Indonesia, telah pun membentangkan hasil kerjanya di Institut Teknologi Bandung, dihadapan rektor, dan para mahasiswa universiti tersebut.

Laman web tersebut yang dikatakan bersaing dengan Facebook ciptaan Mark Zuckerberg dari Amerika Syarikat, diharap dapat membawa kebaikan pada komuniti di Indonesia.

Anak pasangan Yan Harlan, 45, dan isterinya, Fidriana, 37, diberi galakan dan tunjuk ajar untuk membuat laman tersebut, malah kini sudah ditaja oleh beberapa syarikat teknologi dari Indonesia sendiri.

saling sapa com jcow Salingsapa.com : Jaringan sosial mirip Facebook dari Indonesia

Namun menurut komen seorang pakar dalam bidang aplikasi internet. Kanak-kanak tersebut, Muhamad Yahya Harlan, bukanlah pencipta asli untuk laman tersebut. Tetapi kredit ciptaan asal harus diberikan kepada pencipta skrip open source Jcow.

Apa yang dilakukan oleh Yahya cuma adalah menggunakan skrip tersebut, sedikit pengubahsuaian, dan membuang kredit asal kepada pencipta skrip open source tersebut.

Apa pandangan anda?

Posted in Internet, Random, Websites5 Comments

Laman Web FAM kena hack!

Hari ini, laman web Football Association Malaysia (FAM) telah dihack atau defacement, namun nampaknya segala defacement tersebut telah dibetulkan, berikut merupakan screenshot.

GOOD LUCK PASUKAN MALAYSIA!
GANYANG INDONESIA!

AhliSyurgaCrew Was Here
Credits : Siberjihad

Begitulah kenyataan yang ditulis pada defacement tersebut.

Mungkin ada antara anda yang sempat untuk menyaksikan defacement tersebut, namun bagi yang tidak sempat, dibawah adalah screenshot defacement tersebut.

Edit : Nampaknya defacement ni masih boleh dilihat di url ini http://www.fam.org.my/index.html , nampaknya webmaster laman web FAM dah betulkan redirection dari hacker ni.

website FAM kena hack Laman Web FAM kena hack!

Posted in Internet, Websites18 Comments

Website Metro Driving Academy kena hack

Macam-macam website kena hack sekarang ni, kali ni giliran website Sekolah Memandu Terkenal pula yang kena, Metro Driving Academy.

Hacker atau penggodam website tersebut turut meninggalkan trademark sendiri iaitu dengan menggunakan gelaran ‘Gerandong’?

Berdasarkan imej yang ditinggalkan, antara kata-kata yang diletakkan sebagai pesanan ialah,

No System Perfect

“Audit Security Website sebagai Warning bagi semua orang,
Web Admin maupun Pemilik Website serta semua pihak yang berkomitmen
agar lebih SADAR bahwa Security Website itu sangat penting…!!!”

GERANDONG 007

Macam-macam, apa agaknya tindakan Webmaster website tersebut nanti.

Apa-apa pun, mungkin Hacker tersebut berniat baik?

http://metrodriving.com.my/Home/tabid/110/Default.aspx

logo metro Website Metro Driving Academy kena hack

Posted in Random, Websites1 Comment

Laman Web Kelantan FA kena Hack lagi

Nampaknya Laman Web Kelantan FA, theredwarriors.com kena Hack lagi. Baru sahaja minggu lepas kena hack, nampaknya kena lagi pula minggu ni.

Lagi beberapa minit akan berlangsung final Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dengan Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Boleh pula kena hack masa macam ni.

Nampaknya kali ini giliran Hacker dari Indonesia pula yang menceroboh laman The Red Warriors (TRW) ini. Ini berdasarkan gambar laman wordpress yang disertakan pada muka depan yang telah dihack tersebut.

Adakah kelemahan sistem pertahanan Laman Web Kelantan FA ini melambangkan kelemahan pertahanan Kelantan FA di final nanti? mungkin tidak,

Apa-apa pun, Diharap Webmaster laman tersebut dapat pulihkan kembali laman web tersebut dengan segera.

Jadi, Hobin Jang Hobin ke Gomo klate Gomo malam ni?

The red warriors kelantan website kena hack Laman Web Kelantan FA kena Hack lagi

Posted in Random, Websites3 Comments

Facebook Anti-Menara Warisan Merdeka mencecahi 100,000 orang

Sebuah Facebook Fanpage dilancarkan awal minggu lepas sebagai satu reaksi menentang pembinaan Menara Warisan Merdeka.

Facebook tersebut yang bertajuk ‘1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower‘, adalah dengan jelasnya adalah untuk menentang dari bermulanya pembinaan menara 100 tingkat yang dicadangkan oleh Datuk Seri Najib ketika mengumumkan bajet malaysia 2011.

Merujuk kepada laman Facebook tersebut, adah dikatakan kos RM 5 Bilion yang bakal dibelanjakan untuk pembinaan Menara tersebut adalah pembaziran, dan wang tersebut sepatutnya boleh dijana untuk pelbagai perkara lain yang lebih membawa manfaat.

Menurut keterangan pada Facebook tersebut, :

Malaysians saying no to the RM5-Billion 100-storey Mega Tower proposed by PM Najib in the 2011 budget. Malaysia needs better education, better health care, better public transportation, safer neighbourhood, cleaner water, but not taller building. We dont need another white elephant!

“No Mega Tower! This is a national unity movement!”

Are you ready for action? Announcement to be made when we reach 100,000

This got nothing to do with race, religion, politic or money; this is all about humanity, the earth and its worth. Rejecting this idea only proves that we know what better way to help people with RM5 Billion and that we still care about our land and its condition. We only have 1 earth… and we have too many people that needs help. We are still proud to be Malaysian WITHOUT the mega tower.

http://www.facebook.com/NoMegaTower

Dalam isu lain, Perwakilan UMNO hari ini meminta menara tersebut dibina di kawasan Kampung Baru, ini adalah dengan alasan bahawa Menara Warisan Merdeka tersebut perlu dijadikan simbol pencapaian melayu di ibu kota tersebut.

facebook reject menara warisan merdeka Facebook Anti Menara Warisan Merdeka mencecahi 100,000 orang

Posted in Internet, Malaysia, News, Websites7 Comments

Amaran Malware palsu Google dan iklan Innity

Semua pemilik blog dan laman web pagi ini dikejutkan dengan kebanyakan dari blog atau laman web mereka telah diberi amaran dari Google menyatakan terdapatnya Malware atau Malicious Software pada laman tersebut, termasuk juga Notakosong.com.

Beberapa laman web lain yang amat terkenal seperti Harian Metro dan Chedet turut terkena tempias amaran Malware dari Google ini.

Berdasarkan apa yang difahamkan, sebenarnya kesemua laman web tersebut bukanlah telah di hack atau terkena serangan Malware dan Virus, namun ianya cuma datang dari skrip syarikat pengiklanan yang terdapat pada laman web tersebut.

Skrip pengiklanan dari Innity mungkin telah disalah anggap oleh google sebagai kod yang mempunyai Virus atau Malware, dimana sebenarnya tiada satu pun Virus atau Malware pada Skrip tersebut. Berikut adalah petikan kod dari Innity tersebut.

<script type=”text/javascript” src=”http://cdn.innity.com/network.js”>

NK telah pun mengirim satu email ringkas kepada Innity untuk menerima maklumat mengenai respon mereka terhadap amaran palsu dari Google ini.

Perlu diingatkan, amaran Malware tersebut bukan hanya keluar pada laman web yang mempunyai skrip kod iklan dari Innity, malah turut juga diletakkan pada laman web dan blog yang meletakkan URL link laman web dan blog yang mempunyai kod skrip Innity.

Apa-apa pun, pembaca tak perlu risau, tiada sebarang Malware atau Virus yang ada pada laman web blog ini, ini cuma sedikit kesilapan teknikal.

malware error notakosong Amaran Malware palsu Google dan iklan Innity

Posted in Internet, Websites9 Comments

Laman Xtive Utusan Malaysia kena Hack!!

Sedang seluruh Malaysia sibuk menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53, tidak semena-mena laman mini sebuah web portal berita, Utusan Malaysia Online, Xtive, telah di hack dan deface oleh Hacker yang dipercayai dari Negara Indonesia.

Seluruh laman dan laman mini yang berada di bawah subdomain Utusan Malaysia Online tesebut telah digodam dan digantikan dengan laman lain yang amat memalukan dan menghina Malaysia.

Antara kata-kata yang diletakkan di laman mini tersebut ialah,

SATU BANGSA KAMI ADALAH SATU DARI KESATUAN YANG KERAP KAU USIK,
PADAHAL KAMI TIDAK BERBUAT SALAH DI NEGARAMU.
SATU BANGSA KAMI ADALAH SATU DARI KESATUAN TANAH AIR,
TANAH AIR YANG MERDEKA DENGAN TANGAN KAMI SENDIRI.
SATU BANGSA KAMI ADALAH SATU DARI KESATUAN DARAH DAGING KAMI.
SATU KESATUAN KAMI, ADALAH BANGSA YANG KAU USIK DAN KAMI MEMBALAS DENGAN CARA KAMI.
SATU BANGSA KAMI ADALAH SATU DARI KESATUAN YANG KERAP KAU USIK,PADAHAL KAMI TIDAK BERBUAT SALAH DI NEGARAMU.SATU BANGSA KAMI ADALAH SATU DARI KESATUAN TANAH AIR,TANAH AIR YANG MERDEKA DENGAN TANGAN KAMI SENDIRI.SATU BANGSA KAMI ADALAH SATU DARI KESATUAN DARAH DAGING KAMI.SATU KESATUAN KAMI, ADALAH BANGSA YANG KAU USIK DAN KAMI MEMBALAS DENGAN CARA KAMI.

Mungkin ini adalah reaksi marah segelintir rakyat Indonesia.

Namun demikian mungkin ini boleh diambil sebagai pengajaran bahawa Laman Web mini Utusan Malaysia Online perlu mempunyai lebih sistem keselamatan untuk mengelakkan dari perkara sama berulang lagi.

Agak sedih apabila sambutan Kemerdekaan tahun ini menjadi medan para Hacker yang berkemungkinan dari Indonesia ini untuk menguji kehebatan masing-masing.

Namun, harus diingati bahawa, menjadi pegangan seorang penggodam (Hacker) bahawa tidak meninggalkan jejak dalam setiap tingkah-laku, Mana tahu serangan ini datang dari dalam Malaysia sendiri?

Laman tersebut : http://xtive.utusan.com.my/

xtive utusan kena hack1 Laman Xtive Utusan Malaysia kena Hack!!

Click image to view larger

Posted in Internet, News, Picture, Websites10 Comments

Jenama Upin & Ipin diguna untuk penipuan

Siapa yang tak kenal dengan cerita animasi Upin dan Ipin ciptaan produksi negara kita, Les’ Copaque Production Sdn Bhd. Animasi yang mengisahkan dua beradik Upin dan Ipin ini sangat terkenal di serantau Asia.

Jenama Upin dan Ipin ini sangat terkenal sehingga  banyak produk tiruan telah menggunakan namanya tanpa kebenaran sah dari Les’ Copaque Production.

Sehingga ini menyebabkan jenama Upin dan Ipin ini dipergunakan untuk penipuan di internet. Sebuah iklan di internet menggunakan paparan imej dari Animasi Upin dan Ipin.

Namun, iklan di internet secara terang dan nyata merupakan sebuah penipuan di mana jikalau tidak disedari, pengguna mungkin akan mengalami kerugian sehingga RM58 setiap bulan!

Iklan yang menawarkan produk grafik dari jenama Upin dan Ipin ini meminta pelanggan untuk mendaftar dengan harga RM10, dan pada setiap minggu, nilai kredit telefon bimbit anda akan ditolak secara automatik sebanyak RM12!

upin ipin iklan Jenama Upin & Ipin diguna untuk penipuan

URL iklan yang dikatakan : http://bit.ly/aURLQt

Posted in Internet, Malaysia, Websites4 Comments

Najib buka puasa = anjing buka puasa???

Bayangkan, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, di hina oleh Search Engine nombor satu dunia, Google.

Mungkin ianya hanya kebetulan, namun, ia tetap mampu memberikan kesan yang tidak baik terhadap imej pemimpin negara Malaysia ini.

Pernahkah anda Cuba untuk taip pada laman carian Google, “Najib buka puasa” ?

Apa kata anda cuba sekarang, dan saksikan apa yang dipaparkan hasil carian tersebut.

najib buka puasa google Najib buka puasa =  anjing buka puasa???

Click image to view larger

Mungkin pada sesetengah orang ianya hanya kebetulan yang tidak dijangka, dan tidak memberi apa-apa makna, namun, apa pula pendapat segelintir yang lain??

Posted in LOL, Malaysia, Websites6 Comments

Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com