Archive | Websites

Malaysians Unite For Road Safety – MUFORS

Tahukah anda secara purata 17 orang terkorban dalam kemalangan jalan raya setiap hari di Malaysia? Semuanya kerana sikap lalai dan cuai pemandu di jalan raya.

Malaysians Unite For Road Safety (MUFORS) merupakan projek komuniti untuk menggalakkan rakyat malaysia supaya lebih berhati-hati di jalan raya.

Malah, Portal MUFORS turut diwujudkan sebagai peringatan dan pesanan betapa pentingnya kita sebagai pengguna jalan raya menjadikan jalan raya selamat digunakan untuk semua.

Tidak kira anda seorang pemandu, penumpang, mahupun pengguna kenderaan awam, anda perlu sedar bahawa menjadikan jalan raya selamat adalah untuk kebaikan semua. Sanggupkah anda melihat ahli keluarga anda menjadi mangsa kemalangan?

Tiada siapa pun yang layak untuk maut di jalan raya.

Malaysians Unite For Road Safety MUFORS Malaysians Unite For Road Safety   MUFORS

Lebih-lebih lagi musim perayaan nanti, jalan raya sudah tentu sesak.

Akhir kata, Berhati-hati di jalan raya, ingatlah orang tersayang.

Sumber : http://www.mufors.org.my

Posted in Malaysia, Websites2 Comments

Alamat email terpanjang di dunia!

Pernahkah anda terfikir untuk mendaftar email yang terpanjang di dunia? Selama ini apa yang difikirkan cuma untuk mendapatkan email tersingkat supaya senang untuk orang ingat.

Peter Craig, pemilik kepada laman web http://pacraig.com/ telah mencatat rekod sebagai pemilik email terpanjang di dunia.

Email beliau yang mempunyai sebanyak 345 karakter itu telah didaftarkan di bawah subdomain beliau yang juga amat panjang iaitu,

please-try-to.send-me-an-email-if-you-can-possibly-begin-to-remember-this-coz.this-is-the-longest-email-address-known-to-man-but-to-be-honest.this-is-such-a-stupidly-long-sub-domain-it-could-go-on-forever.pacraig.com

Email beliau pula ialah,,

contact-admin-hello-webmaster-info-services-peter-crazy-but-oh-so-ubber-cool-english-alphabet-loverer-abcdefghijklmnopqrstuvwxyz@please-try-to.send-me-an-email-if-you-can-possibly-begin-to-remember-this-coz.this-is-the-longest-email-address-known-to-man-but-to-be-honest.this-is-such-a-stupidly-long-sub-domain-it-could-go-on-forever.pacraig.com

Haha, nampaknya beliau sendiri pun melakukannya dengan niat untuk berlawak sahaja.

Cuba bayangkan kalau anda perlu menghantar email kepada beliau?

longest email in the world Alamat email terpanjang di dunia!

Cuba anda ke laman web subdomain dan laman utama beliau. Sangat menakutkan!

Source : urdb.org

Posted in Internet, LOL, Websites17 Comments

Rupa baru Google Image

Semalam, 13 Ogos 2010, nampaknya Google telah mengubah rupa antaramuka Google Image kepada suatu yang dilihat sebagai lebih interaktif.

Cubua lihat perbezaan nya pada contoh gambar yang NK paparkan ini.

wajah lama google image 1024x574 Rupa baru Google Image

Sebelum

wajah baru google image 1024x553 Rupa baru Google Image

Selepas

Perbezaan yang ketara sudah pasti pada paparan gambar yang telah di-Google.

Sebelum ini, keterangan mengenai gambar-gambar pada Google Image terletak dibawah setiap paparan gambar tersebut, namun, yang terbaru gambar tersebut perlu diletakkan cursor terlebih dahulu barulah keterangan mengenai gambar tersebut akan dipaparkan.

Sebelum ini, Google Image hanya akan memaparkan lebih kurang 20 gambar setiap kali anda Search, dan untuk selanjutnya anda perlu tekan “Next”, namun, yang terbaru Google Image akan load semua gambar pada page lain pada page yang sama, bermaksud akan ada lebih dari 20 gambar dipaparkan serentak.

Dan yang pasti, nampaknya Google Image yang baru ini load lebih pantas berbanding sebelumnya.

Jika anda tidak berminat untuk menggunakan Google Image yang baru ini, anda sentiasa boleh menukarnya kepada yang lama dengan klik pada “Switch to basic version”.

Apa lagi tunggu, cuba lah.

Posted in Internet, Websites14 Comments

Tambah duit poket anda dengan Twitter – ChurpChurp

Pernah dengar tentang ChurpChurp? ChurpChurp merupakan perkhidmatan yang mampu menjana wang kepada pengguna Twitter dan juga mampu mengiklankan produk anda di Twitter.

Pengguna Twitter perlu mendaftar dahulu sebagai seorang Churper, dan kemudiannya anda akan diberi Tweets dimana anda perlu selesaikan dan hantar. Bagi setiap Tweets yang di luluskan oleh sistem ChurpChurp, anda akan dibayar mengikut tawaran yang ditetapkan.

Maka, disamping anda dapat berkongsi dan berkenalan di laman Twitter, anda turut juga boleh menjana wang!

churp churp twitter duit money Tambah duit poket anda dengan Twitter   ChurpChurp

Jadi apa tunggu lagi? Cepat Register sebagai salah seorang Churpers! Jom Kumpul duit Raya~

http://bit.ly/cvku9g

Posted in Internet, Websites2 Comments

Rupa baru Gmail Google

Selepas terdapat banyak khabar angin bahawa Google akan melancarkan perkhidmatan email, Gmail Versi baru, ia kini telah tiba! Nampaknya perubahan yang terdapat pada versi baru agak menyerupai seperti yang ada pada khabar angin sebelum ini.

Rupa Gmail Sebelum,

gmail old looks lama Rupa baru Gmail Google

Rupa Baru Gmail terkini,

new gmail looks baru Rupa baru Gmail Google

Seperti yang anda boleh lihat ada gambar diatas, terdapat beberapa perubahan yang agak ketara pada interface Gmail yang baru ini, seperti :

  • Lambang Gmail yang telah berubah sedikit
  • Fungsi Compose Mail yang dahulunya sekadar URL kini dah jadi Button
  • Fungsi Select dengan pilihan seperti All, None, Unread, kini telah dijadikan drop-down button.
  • Rupa yang lebih kemas dan bersih.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk : Google Support

Tahniah Google, nampaknya terdapat banyak pembaharuan yang menarik pada Rupa Baru Gmail ini.

logo gmail by google Rupa baru Gmail Google

Posted in Internet, Websites6 Comments

Tonton.com.my – Tonton TV Online Percuma!

Tonton.com.my merupakan sebuah laman web Portal baru yang bernaung di bawah Alt Media Sdn Bhd. Alt Media Sdn Bhd Turut mengendalikan Portal Muzik, Gua.com.my.

Portal Baru ini mempunyai hubungan dengan Media Prima Malaysia untuk membolehkan kebanyakan siaran yang dapat ditonton melalui Portal Tonton.com.my. Stesyen TV yang terlibat ialah TV3, NTV7, TV8, dan TV9.

Kebanyakan siaran dapat ditonton secara langsung, manakala jika ada siaran yang terlepas, anda masih boleh menontonnya di laman Portal ini.

Antara Genre yang terdapat sebagai pilihan ialah, Drama, Lifestyle, Entertainment, News, Talk Show dan lain-lain lagi. Jadi dapatlah anda tonton rancangan seperti siri Drama Arjuna, Siri Drama Adamaya, dan juga siri Drama 8 Bulan.

Yang paling hebat, kesemua perkhidmatan tersebut adalah PERCUMA! tiada sebarang bayaran yang dikenakan!

Namun, sebelum anda dapat menikmati segala kelebihan Portal Tonton.com.my, anda dikehendaki untuk mendaftar sebagai pengguna terlebih dahulu. Pendaftaran juga adalah percuma, jadi tidak perlu risau dan ianya juga tidak mengambil masa yang lama.

Nasihat NK, untuk mendapat lebih kelancaran, jangan lupa update Adobe Flash Player browser internet anda ye,

Jom layan Tonton.com.my!

tonton dot com dot my Tonton.com.my   Tonton TV Online Percuma!

Posted in Internet, Malaysia, Technology, Websites147 Comments

Misteri Mohd Khairuddin terbongkar

Pernah tengok Saluran YouTube MohdKharuddinsMum? Mesti tertanya-tanya kan siapa Mohd Khairuddin? Akhirnya rahsia siapa beliau sebenarnya terbongkar!

Sebenarnya, ia adalah merupakan gimik pemasaran pelancaran produk baru daripada Alliance Bank Malaysia Berhad. Produk baru Alliance Bank ini adalah Alliance You:nique Prepaid Card dan Alliance You:nique Credit Card.

Alliance Younique Prepaid Card dan Alliance Younique Credit Card Misteri Mohd Khairuddin terbongkar

Produk baru Alliance Bank nampaknya lebih menfokuskan kepada pelajar-pelajar universiti dan kolej, itulah sebab watak Mohd Khairuddin dan ibu Mohd Khairuddin diperkenalkan.

Produk baru ini dipercayai dapat membantu golongan pelajar ini berjimat cermat dan belajar membuat bajet perbelanjaan.

Malah, ia memudahkan pelajar untuk membuat pembelian kerana fungsinya sama seperti Kad Kredit biasa. Cuma Prepaid card ini, perlu ditambah nilai dahulu sebelum boleh digunakan untuk berbelanja. Ia turut boleh digunakan untuk segala transaksi atas talian (online transaction) seperti eBay, PayPal, malah iTunes AppStore.

Menariknya, anda turut boleh reka rupa bentuk kad anda itu sendiri, mungkin anda ingin meletakkan rupa anda pada kad tersebut ke, atau gambar keluarga anda, malah juga gambar pasukan bola sepak kegemaran anda kan. Menarik kan?

Untuk maklumat lanjut mengenai gimik Mohd Khairuddin ini, boleh melawat laman web rasmi Mohd Khairuddin. http://www.mohdkhairuddin.com/

mohd khairuddin khairuddin mum Misteri Mohd Khairuddin terbongkar

Bagi yang belum pernah menonton video rakaman Mohd Khairuddins Mum, boleh ke saluran YouTube beliau. http://www.youtube.com/user/MohdKhairuddinsMum

Posted in Internet, Video, Websites10 Comments

Akaun Twitter CIMB Assists kena hack

Semalam 31 Julai 2010, Akaun Twitter milik CIMB Assists telah dihack. Dimana status akaun CIMB Assists tersebut mengeluarkan kenyataan lucah dan amat tidak senonoh untuk dibaca oleh semua followers yg lain.

Akaun @CIMB_Assists mengeluarkan tweet seperti pada gambar dibawah,

cimb kena hack Akaun Twitter CIMB Assists kena hack

Dahsyat kan? Lucah, tidak senonoh dan amat tidak sesuai dijadikan sebagai tweet yang disampaikan kepada ramai pengguna Twitter lain inginkan bantuan online dari pihak CIMB Bank.

Namun demikian, setelah mengenal pasti kejadian tersebut, selepas pada itu CIMB Assists telah mengeluarkan tweet baru yang menyatakan bahawa tweet sebelumnya bukan datang dari pihak CIMB Bank, tetapi dari Hijacker yang depat melepasi password Twitter CIMB Assists.

cimb confirm kena hack twitter Akaun Twitter CIMB Assists kena hack

Jadi peringatan kepada semua pengguna Twitter yang lain, sedangkan CIMB Bank yang sudah pasti mempunyai akaun dengan password yang unik dan sukar boleh dihijack, apatah lagi pengguna Twitter lain yang mungkin belum sedar bahaya Hijacker Twitter ini.

Apa-apa pun, jemput jadi follower Notakosong.com di http://twitter.com/notakosong ye~

Sumber : GreyReview

Posted in Internet, Malaysia, Technology, Websites9 Comments

Mari dengar suara seksi dari Komputer Windows anda~

Tahukah anda bahawa setiap komputer anda yang menggunakan sistem operasi (Operating System) Windows mempunyai personaliti sendiri?

NK punya suara gadis remaja seksi yang ayu anggun lagi memikat personaliti suaranya~

Cara-caranya adalah :

  1. Mula-mula buka aplikasi Notepad di komputer Windows anda.
  2. Taip perkataan ”  CreateObject(“SAPI.SpVoice”).Speak”I love YOU so much” “.
  3. Kemudian klik save as, ‘” i love you.vbs ”  ke desktop anda.
  4. Dan klik!
  5. Cuba dengar suara kasar lelaki ataupun suara awek gadis cun merdu?, hehe

Mungkin dah lama dah trick ni wujud, tapi NK baru dapat peluang untuk berkongsi dengan anda, selamat mencuba~

gadis comel ayu ketawa di notakosong Mari dengar suara seksi dari Komputer Windows anda~

Posted in LOL, Tutorial, Websites8 Comments

Madina.com : Social Networking untuk Muslim

Kalau sebelum ini pernah NK kirim mengenai kewujudan pesaing Facebook dari Pakistan, MillatFacebook.com, yang mana ianya mengumpulkan ramai orang muslim bukan sahaja di Pakistan, tapi seluruh dunia.

Nampaknya wujud pula Laman Jaringan Sosial (Social Networking) baru yang dicipta khas untuk Masyarakat Islam Dunia, Madina.com.

Berikut merupakan apa yang dinyatakan pada lamannya,

Madina.com is an Islamic Social Network, abiding by the highest Islamic principals. We strive to keep the environment in Madina friendly and peaceful, so we can flourish as a community and stay united.

Bermakna semua pengguna Madina.com perlu mengikuti segala peraturan pada laman Social Networking tersebut dan segala yang dilarang adalah seperti, penggunaan bahasa kasar, bahan-bahan lucah dan segala perkara yang boleh memudaratkan penggunanya.

Berikut merupakan halaman depan Madina.com,

Madina Madina.com : Social Networking untuk Muslim

Rasa-rasa, boleh bersaing dengan Facebook ke?

MillatFaceBook (MFB) pun susah nak dengar orang bersembang kan?

Apa-apa pun, ini satu usaha yang murni.

Posted in Internet, Technology, Websites, World19 Comments







Partly powered by CleverPlugins.com