Archive | Weird

Sembah tuhan loceng untuk keputusan cemerlang peperiksaan?

Pelajar universiti sekarang dah terlampau terdesak nak berjaya dalam peperiksaan, sehinggakan sanggup menyembah “Bell Curve God” (Dewa/Tuhan Loceng Bengkok?)

Perkara yang berlaku di Singapura ini bukan satu perkara yang memeranjatkan, malah ianya sebenarnya telah begitu lama berlaku dan diamalkan pelajar-pelajar universiti disana.

bell curve god 2 Sembah tuhan loceng untuk keputusan cemerlang peperiksaan?

Nah kau, siap ada tokong lagi khas untuk dewa loceng ni.

Dikatakan setiap kali menjelang musim peperiksaan, pelajar-pelajar akan membuat tawaran ‘tribute’ penyembahan kepada dewa loceng ini bagi memberikan mereka keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Dan tawaran yang diberikan berupa makanan, seperti mee segera cawan, biskut, minuman.

Siap ada tulis amaran lagi, barang siapa yang memasuki kuil penyembahan itu tanpa membawa makanan, mereka akan disumpah dalam menghadapi peperiksaan. (Lihat gambar dalam galeri dibawah)

Mungkin ada yang menganggap perkara ini sebagai lawak, tapi apa pula yang berlaku kalau ianya menjadi serius, dan pelajar lebih fokus menyembah-nyembah dari mengulangkaji pelajaran?

Jangan sampai berlaku di Malaysia sudah lah, minta-minta pelajar di sini lebih bijak dan cerah akal fikirannya.

Sumber : Stomp.com.sg

Posted in Random, Weird0 Comments

Seni lukisan palsu yang menarik!

Cuba tengok gambar-gambar di pameran seni ni, gambar yang disangka merupakan lukisan, sebenarnya adalah palsu! dan ianya adalah gambar orang yang sebenar!

Seni Fotografi unik dan menarik hasil Alexa Meade ni konon-kononya menghasilkan seni lukisan gambar potret akrilik atau lukisan menggunakan cat minyak. Walhal sebenarnya ianya adalah seni mekap menggunakan alat akrilik terus pada badan model dan diambil foto dan pelbagai gaya.

Hasilnya? Alexa mampu mendapatkan ilusi berupa Tiga Dimensi (3D) pada gambar fotografinya, dan ianya kelihatan sungguh realistik, malah ada yang kata lebih realistik dari lukisan tangan yang belum tentu mampu mendapatkan bayangan cahaya sebaik itu!.

Kurang faham? Teruskan saja melihat pada gambar-gambar di bawah ni, pasti anda boleh faham.

fake painting alexa meades 1 Seni lukisan palsu yang menarik!fake painting alexa meade 2 Seni lukisan palsu yang menarik!fake painting alexa meade 3 Seni lukisan palsu yang menarik!fake painting alexa meade 4 Seni lukisan palsu yang menarik!fake painting alexa meade 5 Seni lukisan palsu yang menarik!fake painting alexa meade 6 Seni lukisan palsu yang menarik!

Menarik bukan? Sungguh nampak ‘Real’ mekap yang Alexa ni buat. Nak tengok lagi hasil seni akrilik palsu Alexa? Boleh tengok lebih lagi pada Portfolio beliau.

Posted in Random, Weird4 Comments

Tapak bola keranjang paling pelik!

Tapak bola keranjang di Munich, Jerman ini sememangnya pelik dan unik. Yang hairannya, macam mana nak main kalau tapak permainannya macam ni?

tapak bola keranjang pelik 1 Tapak bola keranjang paling pelik!

Tapak bola keranjang ini diciptakan begitu artistik dengan pelbagai lekuk dan bonggol, malah garisan dan bahan hiasan untuk tapak bola keranjang tersebut amat serupa dengan tapak permainan biasa.

Kononnya, pereka tapak itu, ingin mengabdikan rekaan ’3D’ pada tapak bola keranjang tersebut.

tapak bola keranjang pelik 2 Tapak bola keranjang paling pelik!

Setelah ianya siap dibina, ianya kemudiannya dijadikan salah satu tarikan dan tempat kunjungan di Munich. Ramai orang yang tinggal dan bekerja di sekitar tersebut datang untuk bersantai dan beriadah di sekitar tapak bola keranjang tersebut.

tapak bola keranjang pelik 3 Tapak bola keranjang paling pelik!tapak bola keranjang pelik 4 Tapak bola keranjang paling pelik!

 

Posted in Random, Weird0 Comments

Makanan pelik dan jijik, sedap tak?

Anda pernah cuba makan makanan eksotik? Kat sini ada beberapa gambar makanan eksotik yang pelik dan ada antaranya jijik. Sedap ke? Jom tengok dulu.

AMARAN : BUKAN UNTUK MEREKA YANG SEDANG MAKAN ATAU LEMAH SEMANGAT icon razz Makanan pelik dan jijik, sedap tak?

Spoiler SelectShow

Jadi macam mana? Ada yang nak cuba makanan-makanan tu? Kat mana boleh cari ya? Nampak macam lazat je, Haha.

P/s : Eja Sate tu, Sate ke Satay?

Posted in Food, Random, Weird2 Comments

Gaya posing gambar ‘Owling’ lebih pelik dari ‘Planking’

Kalau dulu heboh dengan gaya bergambar ‘Planking’ – meniarap merata-rata, kini muncul pula gaya ‘Owling’, bergambar bercangkung merata-rata pula.

owling pelik Gaya posing gambar Owling lebih pelik dari Planking

Gaya bergambar yang semakin popular di negara-negara luar seperti Amerika Syarikat, Australia dan Britain ini semakin heboh di laman internet dimana ramai orang mula memaparkan gambar dengan gaya posing terkini ini.

‘Owling’ ini diinspirasikan berdasarkan gaya burung hantu – ‘Owl’ – yang duduk di dahan pokok tanpa bergerak, dan memandang arah lain.

Serupa juga dengan gaya bergambar baru ini, pesertanya akan duduk bercangkung menyerupai burung hantu, dan memandang arah lain.

Pelik kan? Nak cuba bergambar ‘Owling’ ni beramai-ramai tak?

Nak tengok gambar gaya ‘Planking’? cuba tengok gambar-gambar terkenal di internet dalam entri sebelum ini : Planking

owling pelik 2 Gaya posing gambar Owling lebih pelik dari Plankingowling pelik 3 Gaya posing gambar Owling lebih pelik dari Planking

Posted in LOL, Picture, Random, Weird0 Comments

(Video) Kucing ni menyalak macam anjing? Pelik!

Sudah pasti anda dah biasa tengok kucing mengiau, tapi pernahkah anda jumpa kucing yang menyalak? Jom tengok video pelik kucing menyalak macam anjing!

Pelik kan? Boleh pula kucing ni menyalak, dan pemiliknya rakam dalam video, sebelum kucing tersebut perasan ianya dirakam dan perlahan-lahan tukar bunyi kepada bunyi kucing, kejap menyalak, kejap mengiau.

Atau, ini merupakan bunyi kucing yang sebenar?? dan bunyi mengiau cuma adalah samaran kucing?? Pelik, pelik….

 

Posted in LOL, Random, Weird0 Comments

Jepun hasilkan daging Burger Najis

Seorang profesor dari Universiti Okayama, Jepun, telah menghasilkan makanan daging burger menggunakan najis melalui kajian yang beliau jalankan.

Profesor tersebut, Mitsuyuki Ikeda, kajian yang dijalankan beliau adalah bagi persediaan untuk menghadapi krisis makanan yang akan berlaku di dunia ini.

Makanan yang dihasilkan menggunakan najis manusia ini dipanggil sebagai daging artifisial moden dimana ianya mengandungi zat serupa dengan daging haiwan yang sebenar.

Menggunakan ekstrak Protein dari najis beliau sendiri, beliau berjaya menghasilkan kepingan daging burger yang boleh dimakan dan mempunyai rasa serupa seperti daging.

Saksikan kajian ini dalam video dibawah:

Menurut beliau juga, tidak mustahil untuk manusia memakan daging palsu najis ini kerana apa yang jadi penghalang hanyalah pemikiran psikologi manusia sendiri.

Alamak, biar betul si Ikeda ni, sanggup pula dia makan najis sendiri? Habis tu, galakkan orang lain makan najis sendiri pula.

Tapi masalahnya, betul ke wujud masalah krisis kurang makanan? Macam tak pernah berlaku je setakat ni. Menurut Ikeda juga, daging ‘najis’ ni lebih mahal dari harga daging sebenar!

Macam-macam orang Jepun ni, teknologi terlalu canggih sampaikan ada masa untuk buat kajian sebegini.

shit burger najis jepun Jepun hasilkan daging Burger Najis

Posted in Food, Random, Weird, YouTube3 Comments

Konvoi bogel sempena ‘World Naked Bike Ride’

Ribuan penunggang basikal menunggang basikal secara berbogel sempena sambutan World Naked Bike Ride di Portland, Oregon, Amerika Syarikat.

Acara ini telah diadakan sejak tahun 2004 lagi dan sehingga tahun ini ianya telah menarik lebih seribu orang penyertaan dari penunggang basikal tempatan dan juga luar negara.

Pada asalnya, tujuan World Naked Bike Ride ini diadakan adalah bagi memberi kesedaran pada orang ramai mengenai keselamatan penunggang basikal dan juga pejalan kaki. Malah turut dikaitkan dengan penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui.

naked bike ride London Konvoi bogel sempena World Naked Bike Ride

Namun konvoi yang diadakan kali ini adalah bertujuan mempromosikan penggunaan basikal sebagai pengangkutan alternatif. Tujuan lain adalah bagi menggalakkan penggunaan tengan boleh diperbaharui.

Salah seorang penunggang berkata, “Sememangnya cara ini dapat menarik perhatian orang ramai, menunggang sambil berbogel adalah cara yang efektif untuk mendapat perhatian orang ramai terhadap isu ini”.

Macam-macam orang di Amerika Syarikat ni. Dah kehabisan idea agaknya, sampai perlu guna idea lucah macam ni?

Kalau macam tu kat Malaysia pun boleh juga buat agaknya untuk mempromosikan “Cuti-cuti Malaysia”? icon razz Konvoi bogel sempena World Naked Bike Ride

Posted in LOL, Random, Weird0 Comments

Arnab mutasi tanpa telinga ditemui di Jepun

Arnab mutasi tanpa telinga ditemui di Jepun. Arnab ini kelihatan normal seperti arnab lain kecuali ianya tidak mempunyai telinga! Arnab radiasi?

arnab mutasi jepun tanpa telinga Arnab mutasi tanpa telinga ditemui di Jepun

Arnab ini ditemui di daerah Fukushima, Jepun, dimana merupakan daerah yang heboh dengan pendedahan radiasi nuklear akibat dari bencana yang menimpak loji nuklear di daerah itu.

Adakah ini kesan radiasi pertama yang ditemui sejak dari bencana alam tersebut?

Sejak dari gempa bumi dan pendedahan radiasi yang berlaku, penduduk di daerah berdekatan diminta untuk tinggal di kawasan yang berlindung, tidak menggunakan penghawa dingin, dan juga tidak minum air dari punca air paip.

Menurut maklumat juga, pendedahan radiasi di daerah sekitar sudah berkurangan, namun pendedahan radiasi di loji tersebut pula sudah berganda.

Bahaya betul, mungkin betul anak tersebut lahir tanpa telinga akibat kesan radiasi, sebab kalau kena seksa dengan manusia, mesti ada kesan cedera betul tak?

Posted in Random, Weird0 Comments

Patung bayi umpama bernyawa, ‘Reborn Babies’!

Patung bayi seumpama bernyawa, ‘Reborn Babies’ yang amat menyerupai bayi sebenar ini begitu laris dijual di Amerika Syarikat dan Britain, kononnya sebagai alat koleksi.

Namun sebenarnya patung-patung ini dibeli oleh mereka yang kehilangan anak mereka sebagai pengganti rasa kehilangan anak itu.

Menurut Eve Hasty, seorang ibu warganegara Amerika Syarikat, beliau sanggup ke Britain semata-semata untuk membeli anak patung pilihan beliau, sebagai ganti mengenangkan anak perempuan beliau yang meninggal kerana sakit Leukaemia pada umur 7 tahun.

patung bayi hidup Patung bayi umpama bernyawa, Reborn Babies!

Malah ada yang inginkan anak kecil, tetapi tidak sanggup untuk memberikan sepenuh komitmen dan memilih untuk membeli anak patung bayi ini.

Koleksi anak patung bayi ini mempunyai rupa fizikal yang amat realistik dimana rambut, kening mata hinggakan kuku sekalipun dibuat menggunakan bahan yang amat menyerupai rambut dan kuku sebenar. Malah, terdapat juga kesan air liur pada bibir bayi-bayi tersebut, menjadikan ianya lebih realistik.

patung bayi hidup 1 Patung bayi umpama bernyawa, Reborn Babies!

Kononnya, perasaan dimana sedar dan tahu bahawa patung bayi tersebut tidak akan berasa sakit dan tidak akan mati dapat menghilangkan tekanan yang dialami jika membesarkan bayi yang sebenar.

Menakutkan atau ianya sesuatu yang baik? Nampaknya ianya lebih membuatkan orang menjadi tidak siuman berbanding menenangkan jiwa!

patung bayi hidup 2 Patung bayi umpama bernyawa, Reborn Babies!

Posted in Random, Weird2 Comments

Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com