Archive | YouTube

Video gadis kecil berbakat besar menyanyi

Hebat!, tak sangka walaupun masih kecil dan agaknya baru berumur 7-8 tahun, tetapi gadis kecil ini mampu mengagumkan ramai orang dengan suara merdunya.

Jom tengok video budak kecil berbakat besar menyanyi ini,

Video YouTube bertajuk ‘Kecik-kecik dah ade suara sedap’ ini menarik perhatian ramai apabila ianya mula ‘viral’ dan tersebar setelah dikongsikan oleh ramai orang di laman internet dan media sosial termasuk Facebook.

Gadis kecil ini dirakam menyanyikan lagu ‘Awan yang terpilu’, nyanyian asal oleh Ning Baizura.

Masih berpakaian seragam sekolah, video itu dirakam di dalam suasana bilik darjah di sebuah sekolah yang tidak dapat dikenalpasti.

Menurut beberapa maklumat, kononnya dah ada produser lagu yang menghubungi gadis kecil ini. Amboi,..

Berdasarkan keterangan pada video itu pula, katanya gadis kecil itu berasal dari Brunei.

Apa kebenaran mengenai maklumat itu, sama-sama kita nantikan.

gadis kecil berbakat besar Video gadis kecil berbakat besar menyanyi

Posted in Random, YouTube2 Comments

Rakyat Malaysia pertama bermain untuk Manchester United?

Ada kenal dengan Ramli? Ala, pemain nombor 19 untuk Manchester United tu, boleh dikatakan lagenda Malaysia sebab pernah bermain untuk Manchester United!

Eh, bukan la, ini sebenarnya gimik iklan terbaru Telekom Malaysia (TM) je rupanya, untuk maklumkan kepada semua pelanggan, TM merupakan rakan tajaan bersama untuk kelab terkemuka bola sepak inggeris, Manchester United.

Kesemuanya berkaitan dengan iklan baru TM dibawah ni, jom tengok!

Iklan YouTube TM – Manchester United (Ramli Manchester United)

Hebat betul Ramli ni! Sampaikan Nani pun siap peluk-peluk dia lagi. Pemain penyerang untuk Manchester United rupanya Ramli ni!

Yang lawaknya dialog awal iklan tu, “Anak jiran tu skor 9A tau tak!”. Penuh bermakna lagi, mungkin dah sampai masa mentaliti rakyat Malaysia kena melihat kepada sukan sebagai haluan pekerjaan.

Tahniah Ramli! Walaupun ini gimik, ini gimik yang memberi harapan tinggi kepada pembangunan bolasepak negara!

Ramli : Pemain pertama Malaysia untuk Manchester United

ramli manchester united Rakyat Malaysia pertama bermain untuk Manchester United?

Posted in Random, YouTube2 Comments

Sepakan penalti paling bodoh abad ini

Sepakan penalti paling bodoh abad ini

Cubaan konon-kononnya nak buat sepakan penalti cantik oleh pemain ni gagal dengan teruk, dah la tak gol, kena hukuman pula tu! Jom tengok video kelakar ni.

Ketika perlawanan antara  kelab bolasepak Mesir, Kima Aswan dan Al Ahly, Amir Sayoud, pemain kelab Al Ahly, cuba untuk melakukan teknik tendangan penalti ‘Paradinha’ yang sudah diharamkan oleh FIFA semenjak tahun 2010 lagi.

Sudahla cubaan sepakan beliau gagal sampai tergolek, bangun je dari tergolek, kena kad kuning dari pengadil pula! Teknik tu haram! Dah tu, gol pun tak masuk! Ala, kalau gol tu masuk pun, dah pasti kena batalkan oleh pengadil kan?

Haha, Amir tu pun boleh tergelak je lepas sepak. Mana taknya, walaupun tak gol dan malu muka, pasukannya dah mendahului 4-0 dah pun!

Posted in LOL, Random, YouTube1 Comment

(Video) Amboi, melampaunya kucing ni terkejut!

(Video) Amboi, melampaunya kucing ni terkejut!

Anda pernah terkejut? Kadang-kadang manusia melatah kalau terkejut ni, tapi macam mana pula kalau kucing terkejut. Jom tengok video kucing terkejut melampau ni.

Haha, Lawak kan? Kucing tu terkejut sampai berdiri, berlari guna dua kaki je!

Lagi menarik, video ni baru je dimuatnaik ke YouTube selama 4 hari, tapi, sehingga kini dah mencecah lebih dari 2.4 Juta paparan!

Kucing anda boleh buat macam tu? icon razz (Video) Amboi, melampaunya kucing ni terkejut!

Posted in Cats, Random, YouTube0 Comments

Burung paling degil dalam dunia!

Burung paling degil dalam dunia! Cuba tengok video di bawah ni, degil sungguh burung ni. Tak reti bahasa betul dah buat macam tu pun tak nak terbang lagi.

Biasanya, kalau burung yang ‘bijak’, lepas gerakkan je ‘wiper’ penggilap tingkap tu, dah pasti akan terbang. Tapi burung ni tak faham-faham juga, tetap nak melekat kat penggilap cermin kereta tu. Bukan main kuat lagi berpaut pula tu.

Yang paling menggerunkan, apabila pemilik kereta juga tukang pegang kamera cuba ‘zoom’ pada burung tersebut, burung kecil tu boleh pula merenung tajam ganas kat kamera. Burung ni memang bergaya!

burung paling degil dalam dunia Burung paling degil dalam dunia!

Posted in LOL, Random, YouTube0 Comments

Anda tak makan durian? Kucing pun makan durian tau,

Anda tak makan durian? Kucing pun makan durian tau,

Tidak hairan kalau ada sesetengah diantara kita yang tidak suka makan apatah lagi bau durian. Tapi tahukah anda, kucing pun minat makan durian tau?

Dikatakan kalau makan durian dalam jumlah yang banyak, badan akan terasa panas, dan suhu badan pula akan meningkat. Bagaimana pula dengan kucing? Suhu badan kucing pun boleh meningkat macam manusia kalau makan durian?

Orang kata, kalau anda tak minat makan durian, bermakna anda dah kerugian satu nikmat dunia!

Ada antara kucing ni, sampai memilih kalau makan durian. Nak durian yang gred mahal je, Musang King la, D24 la. Kalau durian gred murah, bau je dah lari. Amboi, kucing pun pandai memilih durian.

Apa-apa pun, jom tengok video YouTube gelagat kucing yang minat makan durian dibawah ini.

VIDEO KUCING MAKAN DURIAN

Posted in Cats, Random, YouTube1 Comment

Anda suka pada kucing? Anda perlu cuba ‘Songify’!

Anda suka pada kucing? Anda perlu cuba ‘Songify’!

(Kelakar) Anda betul-betul suka pada kucing? Tak cukup selagi anda tak cuba luahkan perasaan, dan ‘Songify’kan perasaan sayang anda.

Tak faham? Jom tengok video YouTube dibawah ni mengenai ‘Debbie’ yang teramat-amat sayangkan kucing.

Apa pendapat anda? Sedih kan? nampaknya ‘Debbie’ ni memang betul-betul sayangkan kucing sampai menangis teresak-esak tu.

Jom tengok video sama, yang telah di-’Songify’kan. icon razz Anda suka pada kucing? Anda perlu cuba Songify!

Menarik kan? Video sedih pun boleh jadi lagu, hebat!.

Tapi yang sebenarnya, video ini cuma merupakan video palsu, dan bukan video ‘sedih-pada-kucing’ yang betul-betuk benar.

 

Posted in Internet, Random, YouTube0 Comments

Video Fan Manchester United cuba hina Liverpool

 Video Fan Manchester United cuba hina Liverpool

Jom tengok Video yang dirakamkan ketika sesi latihan Liverpool Asia Tour di Stadium Bukit Jalil, Malaysia. Apabila peminat Manchester United cuba hina peminat Liverpool.

Berdasarkan kenyataan pada video tersebut, dikatakan bahawa penyokong Manchester United ni cuba mengadakan provokasi terhadap peminat Liverpool terlebih dahulu apabila dia mencium lencana lambang Manchester United beberapa kali di hadapan ratusan peminat Liverpool.

Dia kemudiannya menjerit beberapa kali laungan menyokong Manchester United menyebabkan penyokong Liverpool di sekitar tempat duduknya sakit hati dan apa yang berlaku seterusnya, cuba saksikan video di bawah.

Video YouTube peminat Manchester United dibuli peminat Liverpool.

Apa pendapat anda? Patut atau tak patut perkara sebegini berlaku?

Posted in Random, Sport, YouTube1 Comment

Video cara berhentikan kucing

Video cara berhentikan kucing

Kejam gila cara berhentikan kucing ni! Cuba tengok video dibawah ni dan apa pendapat anda mengenai cara orang ni buat kucing tu duduk diam.

Siap pakai klip tu! Rasanya pegang pun dah memadai kot?

Tapi yang menarik adalah komen-komen pelik dan kelakar yang ditulis untuk video YouTube tersebut :

‘But will this work on my gf?’ - Zaderzare

‘Works on my wife too!! Thanks for showing me this’ - TKLewis09

‘Cat has bin defused !’ - DdclProduction

‘This would make catching and eating cats that much easier’ - anythinggoesjoe

Macam-macam betul kan?

Posted in Random, YouTube6 Comments

Lagi-lagi video pengotor pekerja KFC

Beberapa hari yang lalu, kecoh mengenai video pengotor pekerja KFC yang meletakkan KFC pada tapak kasut. Ini lagi satu video pengotor pekerja KFC.

Jijik dan memalukan!

Kalau sebelum ini video mengenai ayam KFC yang disapu ke tapak kasut terlebih dahulu sebelum digoreng, kali ni video minyak masakan KFC yang dicampur dengan minyak/air dari kain kotor yang digunakan untuk mengelap.

Meskipun video-video pengotor pekerja KFC ini sudah lama tersebar di internet, namun ianya wajar diambil perhatian pihak-pihak tertentu, lebih-lebih lagi pihak KFC Holdings sendiri yang perlu memantau tingkah laku pekerjanya.

Jikalau perlu, pasang CCTV agar mudah untuk dipantau tindakan melampau sebegini. Mungkin pendedahan video sedikit sebanyak menggugat kredibiliti KFC, tetapi ini adalah wajar dan merupakan hak pengguna.

Video mengenai pekerja KFC masak ayam guna tapak kasut? Disini cuma ada video pekerja KFC guna minyak lebihan kain lap yang kotor.

Posted in Random, YouTube0 Comments

Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com