Beberapa hari yang lalu, kecoh mengenai video pengotor pekerja KFC yang meletakkan KFC pada tapak kasut. Ini lagi satu video pengotor pekerja KFC.
Jijik dan memalukan!
Sila klik pada butang 'LIKE' untuk dapatkan kandungan penuh entri ini
Kalau sebelum ini video mengenai ayam KFC yang disapu ke tapak kasut terlebih dahulu sebelum digoreng, kali ni video minyak masakan KFC yang dicampur dengan minyak/air dari kain kotor yang digunakan untuk mengelap.
Meskipun video-video pengotor pekerja KFC ini sudah lama tersebar di internet, namun ianya wajar diambil perhatian pihak-pihak tertentu, lebih-lebih lagi pihak KFC Holdings sendiri yang perlu memantau tingkah laku pekerjanya.
Jikalau perlu, pasang CCTV agar mudah untuk dipantau tindakan melampau sebegini. Mungkin pendedahan video sedikit sebanyak menggugat kredibiliti KFC, tetapi ini adalah wajar dan merupakan hak pengguna.
Video mengenai pekerja KFC masak ayam guna tapak kasut? Disini cuma ada video pekerja KFC guna minyak lebihan kain lap yang kotor.
Seorang profesor dari Universiti Okayama, Jepun, telah menghasilkan makanan daging burger menggunakan najis melalui kajian yang beliau jalankan.
Profesor tersebut, Mitsuyuki Ikeda, kajian yang dijalankan beliau adalah bagi persediaan untuk menghadapi krisis makanan yang akan berlaku di dunia ini.
Makanan yang dihasilkan menggunakan najis manusia ini dipanggil sebagai daging artifisial moden dimana ianya mengandungi zat serupa dengan daging haiwan yang sebenar.
Menggunakan ekstrak Protein dari najis beliau sendiri, beliau berjaya menghasilkan kepingan daging burger yang boleh dimakan dan mempunyai rasa serupa seperti daging.
Saksikan kajian ini dalam video dibawah:
Menurut beliau juga, tidak mustahil untuk manusia memakan daging palsu najis ini kerana apa yang jadi penghalang hanyalah pemikiran psikologi manusia sendiri.
Alamak, biar betul si Ikeda ni, sanggup pula dia makan najis sendiri? Habis tu, galakkan orang lain makan najis sendiri pula.
Tapi masalahnya, betul ke wujud masalah krisis kurang makanan? Macam tak pernah berlaku je setakat ni. Menurut Ikeda juga, daging ‘najis’ ni lebih mahal dari harga daging sebenar!
Macam-macam orang Jepun ni, teknologi terlalu canggih sampaikan ada masa untuk buat kajian sebegini.
(AMARAN : VIDEO COMEL MELAMPAU) Siapa sangka video yang memaparkan seekor ibu kucing dan anak kucing yang sedang tidur pun boleh jadi viral disebabkan terlampau comel.
Video YouTube yang dimuat naik oleh pengguna YouTube dragomirnet86dengan tajuk ‘Cat mom hugs baby kitten’ kini mempunyai paparan lebih 4 Juta hanya dalam masa 2 hari selepas ianya dimuat naik!.
Sudah semestinya punca utama menjadikan video tersebut viral adalah apabila ianya dipaparkan di laman Reddit.com, dan kemudiannya disebarkan ke laman-laman lain.
Baj Dengchun, bintang sensasi baru dalam China Got Talent, bertambah popular apabila video aksi beliau di rancangan tersebut dipaparkan di YouTube. Potong timun guna Kad Poker!
Baj Dengchun sedar bakat beliau tersebut setelah beliau tewas dalam permainan poker, lalu membaling kepingan kad poker tersebut.
Pengamal ilmu mempertahankan diri tersebut berkata, beliau akan menggunakan bakat istimewa beliau itu untuk memperkenalkan seni bela diri China ke mata dunia.
Beliau kemudiannya tampil di rancangan China Got Talent dan mengejutkan juri dengan penampilan yang menarik perhatian. (Video YouTube di atas)
Malah, salah seorang juri berkata bahawa persembahan tersebut sangat istimewa, dan berseloroh bahawa beliau tidak mahu menjadi seperti timun itu.
Ginny Joiner, dari Atlanta, Amerika Syarikat pada mulanya menyangkakan bahawa beliau sedang menonton filem ‘Fast Five’, tiba-tiba ianya berubah menjadi lamaran perkahwinan!
Beliau, yang pergi menonton wayang bersama abang beliau pada mulanya tidak menyangka apa-apa apabila menonton beberapa trailer filem sebelum itu. Kemudiannya terkejut apabila sebuah trailer filem berlainan ditayangkan, dimana terdapat rakaman perbualan teman lelaki dan juga ayah beliau.
Teman lelaki beliau, Matt, kemudiannya muncul di penghujung trailer tersebut mengejutkan Ginny dan kemudiannya melamar Ginny di khalayak ramai penonton dalam panggung wayang tersebut.
Sebenarnya kebanyakan penonton dalam panggung wayang tersebut adalah antara sahabat karib mereka dan beberapa penonton lain yang bertuah.
Segalanya reaksi Ginny dan video tersebut dirakam dan kemudiannya dimasukkan ke YouTube dengan tajuk “Greatest Marriage Proposal EVER!!!”. Sebuah laman web khas juga dibina untuk menceritakan kisah perlamaran Matt dan Ginny ini di internet. : http://www.mattandginny.com/
Yang menarik, video tersebut sudah mencecah lebih 5 JUTA tontonan walaupun baru sahaja masuk hari ke-4 di muat naik!, dan ianya kini mendekati 6 JUTA tontonan!
Kalau ada yang belum pernah cuba main Angry Birds, jom cuba permainan ni menggunakan pelayar internet anda, istimewa untuk Google Chrome, tetapi boleh juga di mainkan di pelayar internet lain. Rujuk pada entri sebelum ini.
Sebuah video mula tersebar di YouTube dan Facebook, seorang penjual air soya jalanan di Bangi, meludah air liur dalam minuman yang dijualnya!
Lokasi penjual tersebut, berdasarkan komen di YouTube, terletak di Bandar Baru Bangi, dan bertentangan dengan stesyen minyak Shell. Berdasarkan dialog dalam video, turut dinyatakan adalah bahawa terdapat cawangan Bank Maybank berhampiran lokasi penjual tersebut.
Penjual tersebut, yang dipercayai merupakan seorang perempuan warga Indonesia nampaknya telah lama beroperasi dan akhirnya berdasarkan syak wasangka pembeli, sebuah video memaparkan tindak-tanduk penjual tersebut yang menjijikkan berjaya dirakam dalam video.
Menurut beberapa orang yang mengeluarkan komen pada video YouTube tersebut, dipercayai tindakan penjual ini adalah sebagai pelaris hasil jualan beliau.
Malah, terdapat juga mereka-mereka yang telah melaporkan tindakan jijik penjual tersebut kepada Majlis Perbandaran.
Berikut merupakan Video YouTube yang dinyatakan :
Apa-apa pun, diharap para pembaca dapat lebih berjaga-jaga dan berwaspada pada penjual gerai-gerai di tepi jalan, pastikan ianya betul-betul bersih.
Sila sampaikan komen-komen anda di bawah atau terus ke Twitter Notakosong.
Sebuah video mengejutkan mula tersebar di YouTube bermula hujung bulan Mac yang lalu, seorang pencuri bertindak kurang ajar dengan memecahkan cermin kereta.
Menurut pengguna YouTube yang memuat naik video tersebut, kejadian malang tersebut berlaku pada 27 Mac 2011 yang lalu, lokasi yang dimaklumkan hanya pusingan U, seksyen 16.
Video tersebut sempat dirakam menggunakan kamera CCTV yang siap sedia terpasang pada kereta pengguna YouTube tersebut yang menggunakan nama bigggmouth.
Berdasarkan video tersebut, peragut bermotorsikal tersebut mengambil kesempatan kesesakan lalu lintas, memecahkan cermin kereta dan meragut sesuatu yang menyerupai beg tangan. Motorsikal tersebut kemudiannya segera meninggalkan tempat kejadian.
Apa-apa pun, diharap semua pengguna jalanraya untuk lebih berhati-hati dan berjaga-jaga, simpan barang berharga anda di tempat yang sukar dilihat dan diperhatikan.
Recent Comments