Baru sahaja beberapa hari Steve Jobs mengumumkan barisan baru bagi produk terkenal Apple, iPod, kini iPod Touch, iPod Nano, dan juga iPod Shuffle baru boleh dimiliki di Malaysia!
Kesemua barisan produk tersebut diumumkan ketika Apple Fall Event 2010. Turut diumumkan adalah keterangan mengenai spesifikasi setiap Apple iPod dan juga harga yang ditawarkan.
Malah kesemua barisan keluarga baru Apple iPod ini telah diletakkan dalam senarai pilihan di Online Apple Store Malaysia bersama-sama dengan maklumat mendalam serta harga!
Berikut merupakan maklumat lanjut mengenai kesemua barisan baru Apple iPod ini.
Apple iPod Touch 4
Retina Display dengan skrin 3.5 inci
Kamera depan dan belakang dengan rakaman 720p HD
Menggunakan cip Apple A4 baru seperti iPhone 4
Mempunyai Speaker dan Mikrofon
Dilengkapi iOS 4.1
Harga bermula RM829
Apple iPod Nano 6th Gen
46% lebih kecil dan 42% lebih ringan berbanding sebelumnya
Skrin dengan teknologi multitouch
Bateri tahan selama 24 jam
Harga bermula RM549
Apple iPod Shuffle
Terdapat pilihan warna Biru, Merah Jambu, Hitam, Hijau dan Kuning
Bateri tahan selama 15 jam
Simpanan sebanyak 2GB
Harga bermula RM179
*Maklumat lanjut sila layari laman web rasmi Apple Malaysia
Plaza Low Yat akan mengadakan jualan penghabisan gudang pada 15 – 31 Ogos 2010 di Plaza Low Yat Boulevard.
Pelbagai barangan akan ditawarkan dengan tawaran menarik sehingga 70% diskaun!
Antara jenama-jenama terkenal yang terlibat ialah HP, Toshiba, Samsung, Sony, Brother, Nokia, HTC, Canon, Nikon, CSL, Digi, Maxis, Celcom, P1Wimax, Apple, Blackberry dan lain-lain!
Maka kalau ada di antara anda yang bercadang untuk membeli telefon bimbit baru, barangan komputer baru mahupun peralatan kamera dan gajet elektronik terkini dengan harga yang menarik, jangan lupa hadirkan diri ke Plaza Low Yat WAREHOUSE CLEARANCE SALE!
Tonton.com.my merupakan sebuah laman web Portal baru yang bernaung di bawah Alt Media Sdn Bhd. Alt Media Sdn Bhd Turut mengendalikan Portal Muzik, Gua.com.my.
Portal Baru ini mempunyai hubungan dengan Media Prima Malaysia untuk membolehkan kebanyakan siaran yang dapat ditonton melalui Portal Tonton.com.my. Stesyen TV yang terlibat ialah TV3, NTV7, TV8, dan TV9.
Kebanyakan siaran dapat ditonton secara langsung, manakala jika ada siaran yang terlepas, anda masih boleh menontonnya di laman Portal ini.
Antara Genre yang terdapat sebagai pilihan ialah, Drama, Lifestyle, Entertainment, News, Talk Show dan lain-lain lagi. Jadi dapatlah anda tonton rancangan seperti siri Drama Arjuna, Siri Drama Adamaya, dan juga siri Drama 8 Bulan.
Yang paling hebat, kesemua perkhidmatan tersebut adalah PERCUMA! tiada sebarang bayaran yang dikenakan!
Namun, sebelum anda dapat menikmati segala kelebihan Portal Tonton.com.my, anda dikehendaki untuk mendaftar sebagai pengguna terlebih dahulu. Pendaftaran juga adalah percuma, jadi tidak perlu risau dan ianya juga tidak mengambil masa yang lama.
Nasihat NK, untuk mendapat lebih kelancaran, jangan lupa update Adobe Flash Player browser internet anda ye,
International Hacking Competition (iHack) kini tiba lagi setelah kali terakhir diadakan ialah 2 tahun yang lalu iaitu pada tahun 2008.
Kali ni dibawakan khas oleh Fakulti komputer dan sains matematik Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan juga Data Communication And Networking Society (NETS), pertandingan bagi tahun ini nampaknya menawarkan hadiah yang amat lumayan untuk para peserta!
Hadiah-hadiah yang ditawarkan ialah :
Kategori : Hacking and Defense
Tempat Pertama – RM6,000 X 1
Tempat Kedua – RM5,000 X 1
Tempat Ketiga – RM4,000 X 1
Kategori : Computer Forensic
Tempat Pertama – RM4,000 X 1
Tempat Kedua – RM3,000 X 1
Tempat Ketiga – RM2,000 X 1
Menarik kan hadiah! Ribu-ribu tu…
Pertandingan kali ini turut mendapat sokongan dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Ada antara anda yang layan lagu dangdut tak? Mungkin tak dengar lagu, tapi lebih perhatikan pada penyanyi tersebut kan? Haha,
Sebuah video klip yang dilengkapi dengan lagu dangdut berjudul Keong Racun menjadi fenomena baru di Indonesia, apabila 2 orang gadis remaja dari Bandung, Jovita Adityasari dan Shinta Nuriansyah merakamkan sebuah video menayangkan aksi mereka bernyanyi mimik bibir lagu Dangdut tersebut.
Lagu Keong Racun yang dinyanyikan oleh penyanyi popular Dangdut indonesia, Lissa, yang suatu ketika dahulu pernah popular pada tahun 2008, secara tiba-tiba kini sudah melonjak naik kembali popularitinya disebabkan video dari Youtube tersebut.
Berikut merupakan video YouTube Keong Racun ciptaan Jovita Adityasari dan Shinta Nuriansyah tersebut,
Hebat kan? walaupun hanya dinyanyikan dengan mimik bibir, video tersebut laku ditonton ramai orang.
Nampaknya rakyat dari negara jiran kita memang hebat dan berbakat menghasilkan video, atau populariti video ini disebabkan dua gadis cantik yang menghasilkan video tersebut?
Semalam 31 Julai 2010, Akaun Twitter milik CIMB Assists telah dihack. Dimana status akaun CIMB Assists tersebut mengeluarkan kenyataan lucah dan amat tidak senonoh untuk dibaca oleh semua followers yg lain.
Akaun @CIMB_Assists mengeluarkan tweet seperti pada gambar dibawah,
Dahsyat kan? Lucah, tidak senonoh dan amat tidak sesuai dijadikan sebagai tweet yang disampaikan kepada ramai pengguna Twitter lain inginkan bantuan online dari pihak CIMB Bank.
Namun demikian, setelah mengenal pasti kejadian tersebut, selepas pada itu CIMB Assists telah mengeluarkan tweet baru yang menyatakan bahawa tweet sebelumnya bukan datang dari pihak CIMB Bank, tetapi dari Hijacker yang depat melepasi password Twitter CIMB Assists.
Jadi peringatan kepada semua pengguna Twitter yang lain, sedangkan CIMB Bank yang sudah pasti mempunyai akaun dengan password yang unik dan sukar boleh dihijack, apatah lagi pengguna Twitter lain yang mungkin belum sedar bahaya Hijacker Twitter ini.
Mesti ramai yang dah tahu bahawa Apple iPad sudah banyak dijual di kebanyakan kedai-kedai barang teknologi seperti kedai-kedai di Plaza Lowyat.
Dan Harga yang ditawarkan untuk setiap unit Apple iPad yang diimport khas dari USA ini adalah antara RM2500 hingga RM4000!. Tapi ada juga iPed iaitu pesaing iPad dari China yang dijual dengan harga lebih rendah iaitu RM700-RM900.
Yang terbaru, sebuah gadget yang menyerupai Apple iPad telah dicipta oleh sekumpulan penyelidik di sebuah Universiti di India!
Yang lebih menarik, gadget yang dipanggil sebagai inovasi kepada Tablet PC ini cuma berharga USD$35! lebih kurang RM140+- jika ditukar kepada Ringgit Malaysia!
Tablet PC yang masih belum diberi nama ini dikatakan mampu melakukan pelbagai fungsi dan ianya akan dilengkapi bersama dengan Operating System Linux.
Dikatakan juga, ianya akan dijadikan sebagai salah satu inisiatif kementerian pendidikan India untuk membolehkan pelajar-pelajar disana memanfaatkan internet dan membantu dalam pelajaran. Malah pada masa akan datang, ada juga perancangan untuk diturunkan harga Tablet PC ini kepada hanya USD$10!
Berikut merupakan kenyataan video yang NK peroleh dari Laman YouTube,
Kalau sebelum ini pernah NK kirim mengenai kewujudan pesaing Facebook dari Pakistan, MillatFacebook.com, yang mana ianya mengumpulkan ramai orang muslim bukan sahaja di Pakistan, tapi seluruh dunia.
Nampaknya wujud pula Laman Jaringan Sosial (Social Networking) baru yang dicipta khas untuk Masyarakat Islam Dunia, Madina.com.
Berikut merupakan apa yang dinyatakan pada lamannya,
Madina.com is an Islamic Social Network, abiding by the highest Islamic principals. We strive to keep the environment in Madina friendly and peaceful, so we can flourish as a community and stay united.
Bermakna semua pengguna Madina.com perlu mengikuti segala peraturan pada laman Social Networking tersebut dan segala yang dilarang adalah seperti, penggunaan bahasa kasar, bahan-bahan lucah dan segala perkara yang boleh memudaratkan penggunanya.
Baru sahaja Apple iPhone 4 dilancarkan, nampaknya Apple sedang bersedia untuk mengeluarkan sebuah lagi produk terbarunya, Apple iPod Touch generasi seterusnya, iaitu Apple iPod Touch 4.
Berdasarkan khabar angin yang sibuk disebarkan di serata Internet, Apple iPod Touch 4 ini akan dilengkapi dengan segalanya seumpama yang dilengkapi pada Apple iPhone 4. Kamera 5MP bersama dengan keupayaan merakam video HD 720p.
Dengan teknologi Paparan Retina (Retina Display) diperkenalkan, adalah tidak mustahil untuk anda memainkan Video-video kegemaran anda dalam HD!
Segalanya yang ada pada Apple iPhone 4 akan turut ada pada Apple iPod Touch 4 kecuali kebolehan untuk telefon dan masalah kelemahan talian telefon.
Apa-apa pun, nantikan kenyataan rasmi dari Apple mengenai perkara ini. Kemungkinan besar, generasi seterusnya Apple iPod Touch akan keluar dalam bulan Ogos.
Anda selalu cuai ketika menggunakan peralatan Elektrik? Selalu terkena kejutan Elektrik tapi anda bernasib baik masih hidup? Sekarang sudah ada produk yang akan menjadi penyelamat segala kesusahan anda itu.
Shohero Technologies, sebuah syarikat berasal dari Taiwan telah memperkenalkan produk terbarunya yang dinamakan Wet Circuits, iaitu merupakan sebuah soket elektrik yang kalis air!
Produk yang berharga USD35 ini dikatakan mempunyai banyak kelebihan selain kalis air berbanding soket elektrik biasa,
Water Resistant
Touch Protection
Overheat Protection
Spark Prevention
4x Lifespan
Berikut merupakan Contoh eksperimen yang telah dilakukan bagi membuktikan kehebatan Soket Elektrik ini.
Hebat kan? Lepas ni boleh anda nak kenakan rakan-rakan anda ke kan, sambil basah-basah terus cucuk jari kat soket tu. Hehe