Archive | Travel

Tempat duduk percuma tiket RM0 promosi Air Asia!

Air Asia kembali lagi dengan promosi gila-gila! Kali ini promosi Harga Tempat Duduk RM0, atau dengan kata lain PERCUMA!

Promosi ini adalah berkesan keatas semua destinasi AirAsia sama ada dalam negara mahupun luar negara.

Jadi sesuai la bagi mereka-mereka yang bercadang nak melepaskan tekanan perasaan di bandar, mahupun mereka yang baru sahaja berkahwin, dan mahu berbulan madu.

Maklumat mengenai promosi ini adalah seperti berikut :

Tempoh tempahan : 9 November 2010 – 14 November 2010
Waktu perjalanan : 1 Julai 2011 – 10 November 2011

Setakat ini, NK dapati masih banyak lagi tempat duduk kosong yang ada dalam promosi gila-gila ini. Tapi kemungkinan besar kesemuanya habis dijual 2 atau 3 hari lagi.

Jadi apa tunggu lagi? Segera ke laman web AirAsia untuk buat tempahan!

Airasia promotion free seats Tempat duduk percuma tiket RM0 promosi Air Asia!

Posted in Promotion, Random, Travel1 Comment

Tren Keretapi dari Ipoh (Batu Gajah) ke Lumut

Kementerian pengangkutan mengumumkan mengenai perancangan untuk mewujudkan sistem rangkaian tren keretapi baru menghubungkan Ipoh ke Lumut.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata bahawa kajian telah diadakan untuk mengkaji laluan hubungan keretapi baru itu dan lokasi stesyen yang akan disambungkan dari stesyen Batu Gajah hingga ke Lumut.

Kajian mengenai keberkesanan masa akan datang seperti potensi terhadap industri sekitar dan juga jumlah penumpang.

Kos dan Tempoh pembinaan laluan baru keretapi itu juga masih lagi dalam kajian dan tertakluk kepada keputusan melibatkan permintaan ramai.

Cadangan mengenai pembinaan laluan baru itu sebenarnya sebelum ini telah dicadangkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bagi mengembangkan lagi kawasan berpotensi di sekitar Manjung.

Sudah pasti, mungkin menjadi antara pilihan Lokasi yang bakal menjadi stesyen perhentian laluan keretapi tersebut ialah Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Teknologi Mara (UiTM Perak), dan Pusat bersejarah Pasir Salak.

Jadi semakin mudahlah pelajar-pelajar sekitar Taman Universiti Sri Iskandar untuk melakukan perjalanan pulang.

keretapi ktmb ipoh batu gajah lumut Tren Keretapi dari Ipoh (Batu Gajah) ke Lumut

Posted in News, Travel3 Comments

Bercuti di Jepun dengan AirAsia : Moshi Moshi Japan!

Baru-baru ini AirAsia telah menawarkan perjalanan penerbangan ke Jepun! Dan kini AirAsia menawarkan pakej percutian ke Jepun!

Penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur International Airport (LCC Terminal) ini akan mendarat ke Tokyo International Airport atau turut dikenali dengan Haneda Airport.

Yang menarik, AirAsia kini sedang mengadakan promosi khas untuk penerbangan ke Jepun dalam tempoh tempahan yang terhad, pelanggan kini dapat terbang ke Jepun dengan harga tiket serendah RM99!

Maklumat mengenai Promosi AirAsia ke Jepun adalah seperti berikut :

Tempoh Tempahan : 23 September 2010 – 31 Oktober 2010
Tempoh Penerbangan : 9 Disember 2010 – 31 Julai 2011

- Penerbangan pada setiap hari Selasa, Khamis dan Ahad

Berkenaan Harga pula adalah seperti berikut :

Kuala Lumpur International Airport (LCC Terminal) ke Tokyo International Airport
-Bermula dari RM99

Tokyo International Airport ke Kuala Lumpur International Airport (LCC Terminal)

-Bermula dari RM312

Jadi ada sudah mula merancang untuk melancong ke Jepun? Tempah awal-awal kerana promosi harga rendah ini sudah pasti akan laris dan mungkin tarikh yang anda inginkan sudah ditempah pelanggan lain.

Malah, AirAsia turut menawarkan pakej percutian lengkap dengan Hotel penginapan dan Harga Tiket pergi dan balik melalui mini portal AirAsiaGo yang harganya serendah RM699!

Dapatkan selagi tawaran masih ada!

air asia fly to japan Bercuti di Jepun dengan AirAsia : Moshi Moshi Japan!

Posted in Malaysia, Travel, World3 Comments

Tol Lebuhraya Percuma sempena Hari Raya!

Tol Lebuhraya Percuma sempena Hari Raya!

Kementerian Kerja Raya hari ini mengumumkan laluan Tol tidak akan dikenakan sebarang bayaran pada tempoh yang telah ditetapkan sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.

Tol Percuma yang membabitkan semua kelas kenderaan yang melalui Lebuhraya Karak dan Lebuhraya Pantai Timur 1, kesemuanya berada di bawah pengurusan MTD Prime.

Tempoh masa dan tarikh laluan Tol tersebut secara Percuma adalah seperti berikut :

Bermula
7 September 2010 : 9 Malam

Berakhir
8 September 2010 : 6 Pagi

Bermula
15 September 2010 : 9 Malam

Berakhir
16 September 2010 : 6 Pagi

Terima Kasih diucapkan kepada pihak terbabit atas pengecualian bayaran Tol ini walaupun hanya sementara.

Apa-apa pun, kita sebagai pengguna Jalan Raya diminta berhati-hati di jalan raya, Ingatlah orang tersayang~

malaysia tol Tol Lebuhraya Percuma sempena Hari Raya!

Posted in Malaysia, News, Travel5 Comments

Tol percuma dan diskaun sempena Hari Merdeka

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Malaysia, Datuk Shaziman Abu Mansor, mengumumkan bahawa akan adanya perkhidmatan Tol secara percuma dan juga diskaun bagi Tol-tol tertentu seluruh Malaysia sempena Hari Kemerdekaan 31 Ogos.

Laluan percuma bermakna tiada cas bayaran tol akan diberi pada pengguna Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).

Lebuhraya PLUS, Elite, Linkedua, dan Seremban-Port Dickson pula akan menawarkan diskaun sebanyak 20% pada 31 Ogos dan 1 September.

Namun diskaun ini akan hanya diberi kepada pengguna yang menggunakan laluan tersebut pada waktu 12 tengahmalam sehingga 7 pagi. Dimana kebiasaanya pengguna pada waktu tersebut hanya menerima diskaun sebanyak 10%.

Ini bermakna, bagi pengguna yang sering menggunakan Lebuhraya PLUS misalnya, laluan tol dari Tol Juru hingga Tol Jalan Duta mengenakan cas sebanyak RM43.30, namun pada tempoh diskaun tersebut, cas yang dikenakan hanya RM35.

Berkenaan dengan Diskaun Tol pada tempoh sepanjang sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri pula, beliau berkata ianya akan diumumkan pada 2 September akan datang.

malaysia tol Tol percuma dan diskaun sempena Hari Merdeka

Posted in Malaysia, News, Travel1 Comment

Promosi ‘Citra Ramadan Special’ Malaysia Airlines

malaysia airlines ramadhan special Promosi Citra Ramadan Special Malaysia Airlines

Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang, Malaysia Airlines kembali lagi dengan promosi penerbangan jimat untuk ke Destinasi pilihan anda!

Promosi Balik Kampung dari Malaysia Airlines (MAS) !.

Tiket untuk penerbangan jimat serendah RM99 sehala ini boleh mula ditempah mulai 2 Ogos 2010 sehingga 8 Ogos 2010, dan tempoh penerbangan pula ialah antara 9 Ogos 2010 sehingga 2 September 2010.

Promosi ‘Citra Ramadan Special’ juga dapat dinikmati oleh destinasi luar negara seperti Jakarta, Phuket, Ho Chi Minh City, Yogyakarta dan lain-lain.

Jangan lepaskan peluang ini! Untuk maklumat lanjut layari Laman Web Rasmi Malaysia Airlines (MAS)  yang rasmi.

Sumber : http://www.malaysiaairlines.com

Posted in Malaysia, Travel4 Comments

Harga Tiket Tren Elektrik Ipoh-KL

Harga Tiket Tren Elektrik Ipoh-KL

ktmb tren baru Harga Tiket Tren Elektrik Ipoh KL

Tren Elektrik KTMB yang dijanji akan mula beroperasi pada minggu pertama Ogos akan datang dikatakan akan ditawarkan pada harga antara RM30 dan RM35.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, harga perkhidmatan tren tersebut adalah ditentukan setelah mengambil kira taraf pendapatan bakal pengguna tren transit berkenaan.

Harga yang diminta oleh KTM Berhad pada awalnya dikatakan melebihi RM50, dimana ianya telah dibantah pada peringkat kementerian.

Ia dikatakan bertentangan dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan pengangkutan yang selamat, mudah dan jimat bagi para pengguna. Dengan ini dapat juga mengurangkan kadar kemalangan jalanraya yang banyak melibatkan kenderaan awam seperti Bas Ekspres.

Segala perihal lanjut mengenai penggunaan Tren Elektrik tersebut boleh dibaca di kiriman NK sebelum ini.
Tren Elektrik Ipoh-KL-Ipoh

Sumber : TheStar

Posted in Malaysia, News, Travel2 Comments

Tren elektrik KL-Ipoh mulai bulan ini

ktm Tren elektrik KL Ipoh mulai bulan ini

Perkhidmatan tren elektrik (ETS) KTMB yang mampu untuk mencapai kelajuan 140 kilometer sejam ini dijangka akan beroperasi pada pertengahan-penghujung bulan ini.

Perkhidmatan tren ini yang disasarkan khusus kepada golongan profesional dan ahli perniagaan ini dikatakan mampu menyingkatkan tempoh perjalanan KL-Ipoh dari selama 3 jam kepada 2 jam sahaja.

Turut menjadi tambahan ialah khidmat layanan pramugari dan pramugara yang diadakan khusus bersama-sama dengan perkhidmatan tren. Bermakna anda akan menerima layanan seumpama anda menaiki Kapal Terbang.

Tren ini yang diperbuat khas oleh Hyundai mampu untuk membawa sehingga 350 penumpang pada satu-satu perjalanan. Tren ini turut dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) sebagai jaminan keselamatan penumpang.

Perkhidmatan tren elektrik (ETS) KTMB ini yang akan berkhidmat dari pukul 5 pagi hingga 11 malam masih dalam perbincangan dengan kementerian pengangkutan mengenai harga untuk setiap perjalanan. Kemungkinan besar harga yang ditentukan adalah antara RM30 hingga RM35.

ktmb tren baru Tren elektrik KL Ipoh mulai bulan ini

Tren ini buat masa ini akan hanya berkhidmat dari KL ke Ipoh, namun pada masa akan datang, khidmatnya akan diperluas sehingga ke Seremban. Buat masa ini juga, hanya 16 perjalanan KL-IPOH akan diwujudkan sehari.

Maka lepas ni lebih jimatla naik tren ye, cepat pun cepat.

Posted in Malaysia, News, Travel15 Comments

Projek Monorel Melaka dijangka siap hujung bulan ini

monorel Projek Monorel Melaka dijangka siap hujung bulan ini

Sistem Monorel Melaka yang dibina sejak tahun 2008 telah mendapat tangguhan sehingga hujung bulan ini, dan ianya dijangka siap dan berfungsi pada tempoh itu.

Projek Monorel Melaka itu yang pada asalnya diberi tempoh sehingga akhir bulan Mei 2010 itu, diberi tengguhan tempoh lagi oleh kerana masalah sebuah stesen dinamakan Stesen Hang Tuah tidak dapat disiapkan.

Punca Stesen ini tidak dapat disiapkan adalah dikatakan berpunca dari bantahan penduduk yang tidak ingin menerima pampasan yang diberi oleh kerajaan negeri. Setelah melalui beberapa perbincangan, akhirnya kerajaan negeri Melaka terpaksa bersetuju untuk menambahkan jumlah pampasan tanah kepada penduduk disitu.

Sistem Monorel ini yang dibina sepanjang sungai Melaka akan turut menjadi tarikan disamping Eye On Melaka. Ianya dijangka dapat menarik pelancong dan pengunjung yang lebih ramai hadir ke Bandaraya Melaka.

Dikatakan juga, ia akan menjadi sebuah Taman Tema Bandar umpama Disneyland.

Wah, Seronok la orang Melaka macam ni ye, bestnye, lepas ni kalau nak bercuti boleh ke Melaka Bandaraya Bersejarah je la ye.

Namun begitu, kerajaan kena la cari langkah untuk mengelakkan berlakunya jenayah dan aktiviti tidak sihat di sekitar kawasan perlancongan itu ye.

dn 03.1 Projek Monorel Melaka dijangka siap hujung bulan ini

Posted in Malaysia, Travel2 Comments

Nota Kosong bercuti seketika~

Buat sementara waktu sahaja, kemungkinan 2-3 hari ye, NK akan bercuti seketika. NK sedang mengadakan percutian di Bumi Kenyalang, Sarawak!

Maka itu lah sebabnya mengapa dua tiga hari sebelum ini NK tidak berjaya untuk membuat kiriman, mungkin 2-3 hari lagi pun akan terlepas untuk membuat update info-info menarik terkini.

Bagi yang sedang bercuti juga, selamat bercuti dan jaga diri ye~,

Nantikan berita terbaru dari NK, termasuk apa yang berlaku sepanjang perjalanan ke Negeri Sarawak.

Akhir kata dari NK, Berhati-hati di jalan raya, Majulah sukan untuk Negara.

Posted in LOL, Malaysia, Travel0 Comments







Partly powered by CleverPlugins.com