Seorang bayi berusia 10 bulan yang berasal dari China mengejutkan pakar kesihatan apabila berat beliau dikatakan seberat kanak-kanak berusia 6 tahun, iaitu lebih dari 20kg!.
Bayi tersebut yang diberi nama Lei Lei, dikatakan lahir dengan berat yang normal pada asalnya, namun oleh kerana selera makannya yang melampau, berat beliau meningkat secara mendadak.
Ibu beliau, Cheng Qingyu, berkata bahawa perkara kegemaran Lei Lei ialah makan. Segala apa yand dapat Lei Lei capai akan diletakkan kedalam mulut beliau. (Bukan normal ke semua bayi macam tu?)
Yang menarik, oleh kerana saiz badan beliau yang begitu bulat dan berlapis-lapis tersebut, Lei Lei telah diberi gelaran ‘Michelin Baby’! Ini kerana rupa bentuk badan beliau amat menyerupai maskot tayar Michelin!.
Kini para pakar kesihatan masih membuat kajian sama ada kenaikan berat badan mendadak itu berdasarkan faktor kesihatan atau ianya simptom kepada obesiti melampau.
Seekor anak lembu yang mempunyai dua kepala telah lahir di Serbia pada awal bulan lepas, dan kini selepas sebulan hidup, nampaknya lembu tersebut masih didapati sihat.
Pemilik anak lembu tersebut yang merupakan seorang petani, Radomir Timotijevic, pada awal kelahiran anak lembu tersebut sebenarnya telah diminta oleh pakar veterinar supaya anak lembu tersebut patut di bunuh sahaja kerana khuatir ia akan membawa kepada lebih banyak masalah pada lembu tersebut kelak.
Radomir Timotijevic yang kini telah menggangap anak lembu tersebut sebagai haiwan peliharaan, berkata beliau tidak sampai hati untuk melihat anak lembu tersebut menderita, kerana ketika ini beliau lihat anak lembu itu seronok hidup dengannya.
Radomir Timotijevic berkata beliau sangat terharu setiap kali memberi makan kepada lembu tersebut menggunakan botol, dan tidak berniat untuk menghantar lembu tersebut untuk disembelih.
Untuk pengetahuan semua, ini bukan pertama kali anak lembu berkepala dua dilahirkan di dunia.
Guo Qingpo, lelaki berusia 53 tahun dari China menghidap penyakit yang dikenali dengan nama gynecomastia. Penyakit ini menyebabkan beliau mempunyai payudara bersaiz ekstrem.
Payudara beliau yang didapat mula membesar sejak dari tahun 2008 dikatakan mendapat perhatian 20 orang Doktor Pakar dari 8 jabatan berlainan di sebuah Hospital di Dezhou, Shandong.
Pembedahan yang mengambil masa lebih 6 jam itu akhirnya berjaya mengeluarkan sepasang payudara tersebut yang mempunyai berat dianggarkan lebih 5 kilogram.
Gynecomastia merupakan simptom kepada berlakunya ketumbahan tumor yang berkait dengan hormon pada dada, hati dan juga organ badan lain.
Seorang peminat tegar filem animasi Toy Story 3 yang berasal dari West Bromwich, Steve Bolton, telah menukarkan nama beliau kepada Buzz Lightyear.
Beliau berkata, beliau akan rasa seronok dapat menggembirakan Teman Wanita beliau yang juga merupakan peminat bagi filem animasi Toy Story. Beliau menjangkakan, apabila orang bertanya siapa yang teman wanita beliau sedang bersama, teman wanita beliau akan menjawab Buzz Lightyear!
Beliau turut berkata beliau berharap untuk menjadi lebih popular dikalangan kanak-kanak, dan akan rasa seronok untuk menurunkan tandatangan kepada mana-mana kanak-kanak yang inginkannya.
Dahsyat dan Pelik. Vuvuzela seperti yang kita ketahui ialah merupakan sebuah instrumen yang sudah tentu bukannya objek bernyawa. Tapi Vuvuzela ada Twitter??
the_vuvuzela, itu lah id bagi Twitter Vuvuzela ini.
Dari laman twitter ‘beliau’, dapat dilihat bahawa nampaknya Vuvuzela sudah mula berniat untuk membingitkan lagi dunia Twitter yang sememangnya sudah bingit dengan tweet tweet dari berjuta-juta manusia.
Memandangkan Twiter encik Vuvuzela ini sudah mencecah sehingga 11,275 manusia, kalau anda nak follow beliau, boleh la ke http://twitter.com/the_vuvuzela
Anda selalu cuai ketika menggunakan peralatan Elektrik? Selalu terkena kejutan Elektrik tapi anda bernasib baik masih hidup? Sekarang sudah ada produk yang akan menjadi penyelamat segala kesusahan anda itu.
Shohero Technologies, sebuah syarikat berasal dari Taiwan telah memperkenalkan produk terbarunya yang dinamakan Wet Circuits, iaitu merupakan sebuah soket elektrik yang kalis air!
Produk yang berharga USD35 ini dikatakan mempunyai banyak kelebihan selain kalis air berbanding soket elektrik biasa,
Water Resistant
Touch Protection
Overheat Protection
Spark Prevention
4x Lifespan
Berikut merupakan Contoh eksperimen yang telah dilakukan bagi membuktikan kehebatan Soket Elektrik ini.
Hebat kan? Lepas ni boleh anda nak kenakan rakan-rakan anda ke kan, sambil basah-basah terus cucuk jari kat soket tu. Hehe
Wang hadiah tunai berjumlah RM20,000 telah disediakan untuk Mat Rempit yang berjaya untuk berlumba sebagai Mat Rempit paling perlahan. Tak pernah dalam sejarah manusia rasanya ada pertandingan seumpama ini diwujudkan untuk Mat Rempit.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, menyatakan bahawa lebih 1,600 remaja telah dikenalpasti sebagai Mat Rempit. Kesemua remaja tersebut adalah dijemput untuk turut serta pertandingan ini.
Perlumbaan Mat Rempit paling perlahan ini akan dibahagikan kepada beberapa Kategori, dan jarak yang dipertandingkan ialah 50 Meter.
“Mereka dibenarkan berlumba dalam apa gaya sekalipun, namun mereka perlu mempunyai kemahiran untuk tiba ke garisan penamat dan memenangi perlumbaan”, begitulah apa yang diberitahu oleh beliau.
Turut dinyatakan ialah ianya merupakan pertama kali diadakan, dan merupakan salah satu langkah kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah sosial di negeri itu. Pelbagai lagi aktiviti dan program untuk rakyat akan diadakan.
Macam-macam kan? NK tak pasti macam mana dengan perlumbaan ini akan menyedarkan Mat-mat Rempit ni. Macam lagi seronok je Mat Rempit nanti ada la kot, menang RM20,000, ubahsuai motor lagi la kan.
Nah kalau siapa yang tak kenal Mat Rempit, yang kat bawah ni Mat Rempit.
Berminat ke dengan bunyi Vuvuzela yang monotone ni? Apakata anda cuba layan bunyi Vuvuzela ni sambil layari internet, buat-buat macam anda tengah dengar lagu la kan kononnya.
Langkah pertama, pastikan volume speaker anda telah dipasang pada nada yang sekuat mungkin ye, kalau perlahan nanti macam mana jiran sebelah nak marah. Pasang kuat baru jiran marah kan,.
Untuk contoh laman web NK yang berlatarkan bunyi Vuvuzela ni, Klik pada URL di INI
Menarik kan? Ke menyakitkan hati? Haha, itulah bunyi yang didengari setiap hari oleh penonton stadium untuk FIFA World Cup 2010 di Afrika Selatan.
Sempena sambutan hari lahir isteri kesayangan beliau seorang rakyat London yang menetap di Afrika Selatan telah memikirkan hadiah yang unik sebgai hadiah hari jadi. Sebuah Apple iPad yang bersalut Coklat, ianya berfungsi dengan biasa!
Stefan Magdalinski, pengasas syarikat penghasilan kad moo.com itu telah berkerjasama dengan sahabatnya di London untuk mengirimkan Apple iPad yang masih belum dilancarkan di Afrika. Ianya dikirim setelah disaluti coklat.
Sahabat beliau di London, Paul A Young, merupakan seorang pakar terkenal dalam penghasilan coklat. Di atas permintaan istimewa Magdalinski tersebut. Paul berjaya menyalutkan Apple iPad tersebut tanpa merosakkan komponen alat elektronik tersebut tersebut.
Coklat yang dikirim tersebut mengalami sedikit masalah ketika tiba di Kastam Afrika Selatan, bukan masalah pada iPad tersebut, tetapi masalah dengan prosedur Kastam. Setelah menceritakan segalanya, Magdalinski berjaya meyakinkan pihak Kastam tersebut.
Paul A Young menjangkakan beliau akan menerima lebih banyak tempahan untuk menyaluti coklat pada alat elektronik lagi pada masa akan datang.
Nampaknya Saintis dari Korea Utara telah berjaya mencipta sejenis minuman tenaga baru! Minuman mengandungi anti-oksidan yang tinggi dan mampu membekalkan pemulihan tenaga yang lebih berbanding lain-lain minuman tenaga yang ada di pasaran (Redbull, Monster).
Minuman ini mengandungi ekstrak daripada 30 jenis herba. Didakwa mampu meningkatkan kesihatan mental dan menggandakan perkembangan sel otak
Ia juga didakwa mampu memberikan kesan awet muda dengan melambatkan proses penuaan serta menghalang kulit dari berkedut. Malah, turut berupaya untuk menghilangkan bintik-bintik atau tompok-tompok hitam pada kulit muka menjadikan rupa yang lebih sihat, dan cantik! Wow!
Agak-agaknya minuman ni yang diberikan kepada Artis-artis dari sana tak? macam WonderGirls ke, atau apatah lagi kumpulan penyanyi dari Korea tu?
Mungkin atlet Bola sepak Korea Selatan Untuk FIFA World Cup 2010 ni pun diberi minuman khas ini sebagai minuman rasmi?